Anda di halaman 1dari 17

‫ فيه‬$‫ مسعت رسول اهلل عليه وسلم يقول من سلك طريقا يبتغي‬: ‫عن أيب الدرداء رضى اهلل

عنه قال‬
‫ لتضع أجنحتها لطالب العلم رضا مبا صنع وإن‬$‫ وإن املالئكة‬, ‫علما سهل اهلل له طريقا إىل اجلنة‬
‫العامل يستغفرله من ىف السموات ومن ىف االرض حىت احلتيان ىف املاء وفضل العامل على العابد‬
‫ وأن األنبياء مل يورثوا دينارا وال‬$‫ وإن العلماء ورثه االنبياء‬$.‫كفضل القمر على سائر الكواكب‬
‫درمها وأمنا ورثوا العلم فمن أخذه أخذ حبظ وافر‬
Daripada Abu Darda R.A. berkata : aku telah mendengar Rasulullah S.A.W : Sesiapa yang
berusaha untuk menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalan ke Syurga dan para
malaikat mengembangkan sayapnya menaungi orang yan g menuntut ilmu kerana suka
kepada mereka. Sesungguhnya orang yang alim juga akan dipohonkan keampunan oleh
makhluk yang berada di langit dan di bumi sehinggalah ikan di air dan kelebihan seorang
yang berilmu dengan seorang abid sama seperti bulan purnama berbanding cakerawala-
cakerawala yang lain . Sesungguhnya para Nabi sedikit tidak pun meninggalkan harta walau
satu dinar atau satu darham, sesungguhnya mereka hanyalah mewarisikan ilmu, Maka sesiapa
yang mendapatkan ilmu bererti ia telah memperolehi bahagiannya yang besar.

1. Setiap individu muslim wajib menuntut ilmu berdasarkan hadis Rasulullah yang
berbunyi :

‫ طلب العلم واجب‬: ‫ ق ال رس ول هللا ص لى هللا علي ه وس لم‬: ‫عن أنس بن مالك رضي هللا عل ه ق ال‬
‫على كل مسلم – رواه إبن ماجه والبيهقى‬

Maksudnya : Anas bin Malik R.A. berkata Rasulullah S.A.W telah bersabda, Menuntut
ilmu itu wajib ke atas setiap muslim.

2. Kategori ilmu yang wajib dipelajari :


a. Ilmu fardhu ain- Ilmu asas yang wajib dipelajari oleh setiap muslim. Contohnya
ilmu akidah, syariah ,akhlak dan sebagainya.
b. Ilmu fardhu kifayah- Ilmu yang wajib dipelajari untuk memenuhi keperluan diri,
masyarakat dan negara seperti ilmu perbatan, perniagaan, teknologi, pertanian dan
sebagainya.

3. Kelebihan menuntut ilmu :


a. Allah akan memudahkan jalan ke syurga.
b. Para malaikat sentiasa bersama orang yang menuntut ilmu.
c. Sentiasa mendapat keredhaan daripada Allah.
d. Semua makhluk sentiasa memohon keampunan untuk mereka.
e. Mereka bagaikan bulan purnama menyinari alam berbanding dengan cakerawala
yang lain.
4. Kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah :
a. Allah meningkatkan darjat serta kemuliaan di dunia dan akhirat.
b. Hamba yang takut kepada Allah kerana sentiasa mengkaji ilmunya.
c. Hatinya sentiasa hidup dengan cahaya hikmah.
d. Memperolehi pahala yang berterusan kerana ilmunya yang diajar menjadi amalan
dan panduan manusia.
.
5. Kedudukan orang yang tidak berilmu :
a. Manusia akan menjadi jahil sebab malas mencari ilmu pengetahuan.
b. Membinasakan diri kerana tiada semangat untuk belajar.
c. Kemungkaran akan berleluasa kerana kejahilan mereka.
d. Berlaku pengangguran dan suka berpeleseran membuang masa.

‫ إن اهلل ال‬: ‫ول‬$$ ‫ول اهلل (ص) يق‬$$ $‫ مسعت رس‬: ‫ال‬$$ $‫اص رضى اهلل عنهما ق‬$$ $‫رو بن الع‬$$ $‫عن عبداهلل بن عم‬
‫اء حىت إذا مل يبق عاملا اختذ‬$$ $ $ $ $ $ $ ‫ العلم‬$‫اد ولكن يقبض العلم يقبض‬$$ $ $ $ $ $ $ $‫يقبض العلم إنتزاعا ينتزعه من العب‬
) ‫( رواه البخاري‬ . ‫الناس رؤوسا جهاال فسئلوا فأفتوا بغري علم فضلوا وأضلوا‬
Maksudnya :Daripada Abdullah bin Amru Al-As R.A katanya : beliau mendengar Rasulullah
S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan ilmu pengetahuan daripada
hamba begitu sahaja tetapi Allah akan menghilangkan ilmu dengan mematikan para ulama
sehingga tiada lagi seorang alim, orang ramai akan melantik ketua yang jahil, maka apabila
ditanya, mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, maka mereka akan sesat dan
menyesatkan orang lain.

1. Ulama ialah orang yang mewarisi ilmu Nabi dan menjadi contoh teladan yang baik kepada
masyarakat. Di antara ciri-ciri ulama ialah :
a. Sentiasa takutkan Allah.
b. Ikhlas menyampaikan ilmu yang dimiliki.
c. Tempat rujukan masyarakat mengenai kemuyskilan agama.
d. Mempunyai ilmu pengetahuan agama yang mendalam.
e. Sentiasa mengkaji dan mempelajari al-Quran serta hadis.
f. Sentiasa cinta ilmu pengetahuan.
g. Bersedia menerima dan membetulkan kesalahan dan kesilapan.
h. Bersabar dan teguh pendirian dalam memperjuangkan yang hak dan benar.
2. Sebab-sebab kepupusan ulma dan ilmu pengetahuan :
a. Allah mematikan ulama dan para cendikiawan.
b. Orang islam semakin kurang minat mempelajari ilmu pengetahuan.
c. Tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki menjadikan ia ilmu tidak bermanfaat.
d. Menjual ayat-ayat Allah untuk kepentingan duniawi semata-mata.

3. Ketiadaan para ulama menyebabkan lahirnya pemimpin yang tidak berpengetahuan agama,
keluarnya fatwa yang mengelirukan, wujud ajaran sesat dan berleluasa kemungkaran.

‫ أكمل املؤمنني إميانا أحسنهم خلقا وخياركم‬: )‫ قال رسول اهلل (ص‬: ‫عن أيي هريرة رضى اهلل عنه قال‬
)‫خياركم لنسائكم خلقا (رواه الرتميذي‬
Maksudnya : Daripada Abu Huraurah R.A berkata bersabda Rasulullah S.A.W., Orang
mukmin yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik akhlaknya dan orang
yang terbaik di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak berbuat baik kepada isterinya.

1 Akhlak ialah perbuatan, perkataan dan tingkah laku yang elok serta indah berpandukan al-
. Quran dan as-Sunnah Rasulullah.

Iman menjadi asas bagi pembentukan akhlak mulia muslim sejati. Orang yang berakhlak
2. mulia ialah orang yang sentiasa bertakwa kepada Allah dan melakukan kebaikan pada
setiap masa dan tempat.

Di antara ciri-ciri akhlak yang baik ialah :


3 a. Bersifat mahmudah.
b. Berfikir sebelum bertindak.
c. Dikasihi oleh orang ramai.
d. Mudah mendapat hidayah.
e. Sentiasa mendapat rahmat Allah.

Di antara ciri-ciri akhlak yangburuk :


4 a. Dibenci oleh orang ramai.
b. Sisukai oleh syaitan dan musuh-musuh islam.
c. Bersifat mazmumah.
d. Membebankan masyarakat dengan beban,

Cara menjauhi akhlak buruk :


5 a. Sentiasa mengingati mati.
. b. Tidak bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya.
c. Sentiasa mengingati azah di akhirat.
d. Sentiasa memohon keampunan kepada Allah.
e. Sentiasa mendampingi para ulama.
f. Sentiasa menghadiri majlis ilmu.
g. Sentiasa mencontohi akhlak Rasulullah.

Kaedah membentuk keluarga bahagia :


6 a. Mencontohi keluarga Rasulullah S.A.W.
b. Membentuk keluarga yang beriman dan bertakwa.
c. Bersiar-siar dan berehlah bersama keluarga.
d. Saling memahami antara satu sama lain.

.‫عن ابن عباس رضى اهلل عنهما قال النيب (ص) نعمتان مغبون فيهما كثري من الناس الصحة والفراغ‬
Maksudnya : Daripada ibnu Abas R.A berkata , telah bersabda Rasulullah S.A.W, terdapat dua
nikmat yang kebanyakan manusia sering lupakan iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang.

1. Sebab nikmat sihat dan masa lapang dilupai :


a. Memperolehi nikmat secara percuma menyebabkan mereka tidak
menghargainya.
b. Leka dengan nikmat dunia.
c. Dalam keadaan nikmat yang terlalu banyak menyebabkan manusia lupa kepada
Allah.
d. Kurang penghayatan agama dalam kehidupan.

2. Cara menjaga kesihatan :


a. Makan makanan yang berkhasiat.
b. Sentiasa beriadah.
c. Makan makanan yang bersih dan halal.
d. Tidak makan berlebihan.
e. Waktu rehat yang cukup.
f. Mengamalkan makanan seimbang.

3. Cara mengisi masa lapang :


a. Membaca buku-buku ilmiah.
b. Berehlah bersama keluarga.
c. Menyertai badan-badan kebajikan.
d. Merenung dan berfikir mengenai makhluk ciptaan ilahi.
e. Membersih kawasan rumah.
f. Memperbanyakkan zikir.

4. Nikmat kesihatan kepada manusia :


a. Dapat beribadah dengan sempurna.
b. Dapat melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah.
c. Dapat memberi peluang manusia keluar berjihad di jalan Allah.
d. Dapat melakukan kerja-kerja kebajikan sesama manusia.
e. Dapat mendekatkan diri kepada Allah.

5. Kepentingan menjaga akal :


a. Dapat membezakan di antara yang baik dengan yang buruk.
b. Dapat berfikir dengan waras.
c. Dapat mengenal Allah sebagai pencipta.
d. Dapat melahirkan tubuh badan yang sihat.
e. Sempurna melakukan tuntutan Allah.
f. Membezakan di antara haiwan dan manusia.

6. Perkara-perkara yang melalaikan manusia :


a. Bergaul atau berkahwan dengan orang yang melakukan maksiat.
b. Tamak akan harta.
c. Membaca dan menonton bahan lucah.
d. Berhibur di tempat-tempat hiburan dan maksiat.
e. Banyak makan dan minum
f. Terpedaya dengan kemewahan dunia.

7. Cara untuk mengatasi perkara yang melalaikan :


a. Memberi pendidikan agama yang sempurna kepada kanak-kanak .
b. Menghapuskan tempat-tempat maksiat bagi menangani gejala sosial.
c. Mengelakkan diri dari tempat-tempat maksiat.
d. Banyakkan membaca al-Quran , berzikir dan beribadah kepada allah.

‫عن أنس بن مالك قال كان رسول اهلل (ص) يقول اللهم إين أعوذبك من العجز والكسل واجلنب واهلرم‬
‫ ( رواه‬.‫ وضلع الدين وغلبة الرجال‬: ‫والبخل وأعوذبك من عذاب القرب ومن فتنة احمليا واملماتز وىف رواية‬
) ‫مسلم‬
Maksud : Daripad Anas bin Malik R.A berkata Rasulullah S.A.W. bersabda : Ya Allah ,
Aku memohon perlindungan dengan engkau daripada sifat lemah, malas, pengecut, sifat
nyanyuk dan kedekut, dan akku memohon perlndungan dengan engkau ya Allah daripada
azab kubur dan daripada fitnah semasa hidup dan mati dalam riwayat lain ( beban hutang
dan penindasan ).
1. Islam melarang umatnya daripada bersifat negatif :
a. Lemah - Islam melarang umatnya daripada bersifat lemah samada jasmani atau
rohani kerana ia boleh melemahkan umatnya.
b. Malas – Sikap malas boleh menghalang umat islam daripada mencapai
kemajuan.
c. Penakut – Umat islam perlu mempunyai kekuatan dari aspek rohani dan
jasmani.
d. Kedekut – Umat islam dilarang bersifat kedekut kerana setiap sesuatu adalah
hak Allah mutlak.

2. Rasulullah melarang umatnya bersifat negatif kerana :


a. Umat islam umat yang terbaik dan terpilih.
b. Umat yang bersifat sederhana.
c. Akan menimbulkan kesusahan pada diri sendiri dan orang lain.

3. Akibat bersikap negatif :


a. Ekonomi negara merosot.
b. Negara menjadi mundur.
c. Masyarakat dipandang hina.
d. Masyarakat kucar- kacir.
e. Hidup tidak berkat.
f. Sikap pentingkan diri.
g. Iman semakin lemah.

4. Langkah mengatasi sifat negatif :


a. Mendalami ilmu islam seperti menghadiri majlis-majlis ilmu.
b. Mendampingi orang yang berakhlak mulia.
c. Mempunyai kemahuan untuk berubah.
d. Berdoa dan bertawakal kepada Allah.

5. Peranan doa dalam kehidupan :


a. Untuk memenuhi sesuatu yang dihajati.
b. Untuk mendekatkan hamba kepada Allah.
c. Melambangkan pengabdian kepada Allah.
‫ اإليمان باهلل‬: ‫ أي االعمال أفضال قال‬, ‫ قلت رسول اهلل‬: ‫عن أبي ذر رضى اهلل عنه قال‬
.‫والجهاد في سبيل اهلل‬
Maksudnya : Daripada Abu Zar R.A berkata , Aku telah bertanya Rasulullah, Apakah
amalan yang paling baik di sisi Allah ? baginda menjawab, beriman kepada Allah Dan
berjihad pada jalan Allah.

1. Peranan iman dalam kehidupan :


a. Sebagai benteng daripada melakukan maksiat atau kemungkaran.
b. Menenangkan perasaan daripada keluh kesah.
c. Menentukan segala amalan yang dilakukan diterima oleh Allah.
d. Untuk membezakan dia antara orang yang beriman atau tidak.
e. Memastikan segala yang dilakukan mengikut landasan yang ditetapkan oleh
syara’.
f. Memupuk semangat untuk berkorban,
g. Panduan berfikir sebelum bertindak,

2. Cara menjaga iman ;


a. Menjauhi amalan yang membatalkan iman.
b. Sentiasa menjaga batas hukum Allah.
c. Sentiasa mengingati mati.
d. Segera bertaubat apabila melakukan kesalahan.

3. Jihad bermaksud setiap usaha yang memerlukan curahan daya dan tenaga serta kekuatan
demi untuk mencapai matlamat dan cita- cita mulia iaitu islam.

4. Bidang-bidang jihad :
a. Pendidikan.
i. Sanggup bersaing dengan bangsa lain demi kecemerlangan.
ii. Menggunakan ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.
iii. Mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.
iv. Sanggup menyebarkan ilmu kepada yang memerlukan.

b. Siasah .
i. Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai rujukan dalam pemerintahan.
ii. Membenarkan rakyat menyatakan kebenaran melalui saluran yang betul.
iii. Berusaha mengekalkan keamanan dan perpaduan nasional.
iv. Mengutamakan pimpinan ilmuan yang bertakwa.

c. Nafsu.
i. Memperbanyakkan amalan-amalan sunat dalam kehidupan.
ii. Menjauhkan diri daripada unsur-unsur maksiat.
iii.Menjauhi sifat-sifat mazmumah.

d. Ekonomi
i. Mempertingkatkan taraf ekonomi umat islam.
ii. Membahagikan sumber ekonomi secara adil.
iii.Mengamalkan sistem ekonomi negara.
e. Sosial
i. Memperjuangkan hak individu dan masyarakat mengikut syariat.
ii. Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iii.Berusaha memurnikan aktiviti sosial.
iv. Mengamalkan kebudayaan islam.

f. Dakwah
i. Sanggup menerangkan islam kepada sesiapa sahaja.
ii. sanggup melakukan pengorbanan untuk islam.
iii.Sanggup menegakkan hukum Allah.

5. Pengorbanan semasa berjihad :


a. Wang dan harta kekayaan- kesanggupan mengorbankan harta pada jalan Allah.
b. Diri dan nyawa- Kesanggupan mengorbankan nyawa dan syahid demi kerana
agama yang tercinta.
c. Tenaga- Setiap jihad memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
d. Masa- Memperuntukkan masa untuk melakukan jihad.

6 Kelebihan jihad pada jalan Allah :


a. Dibalas dengan syurga.
b. Menjadi sebaik-baik manusia.
c. Mendapat keampunan daripada Allah.

‫ئول عن رعيته‬$$ $ $‫ أال كلكم راع وكلكم مس‬: ‫ال‬$$ $ $ $‫ىاهلل عنهما عن النىب (ص) أنه ق‬$$ $ $ $‫عن إبن عمر رض‬
‫ئول‬$$ $‫ والرجل راع على أهل بيته وهو مس‬,‫ه‬$$ $‫ئول عن رعيت‬$$ $‫اس راع وهو مس‬$$ $‫ذي على الن‬$$ $‫األمري ال‬$$ $‫ف‬.
‫يده وهو‬$$ ‫ال س‬$$ ‫ والعبد راع على م‬, ‫ئولة عنهم‬$$ ‫ده وهي مس‬$$ ‫ واملرأة راعية على بيت بعلها وول‬, ‫عنهم‬
‫ئول عن رعيته‬$$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ ‫ أال فكلكم راع وكلكم مس‬,‫ه‬$$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $‫ؤل عن‬$$ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $ $‫مس‬
)‫( متفق عليه‬
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W. baginda bersabda :
Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu adalah bertanggungjawab di
terhadap kepimpinan kamu dan orang yang kamu pimpin. Seorang ketua adalah pemimpin ke
atas manusia dan dia bertanggung jawab terhadap orang bawahnya. Seorang lelaki adalah
pemimpin terhadap ahli keluarganya dan dia bertanggung jawab terhadap mereka. Seorang
perempuan adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya, dia bertanggung
jawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah pemimpin ke atas harta tuannya dan
bertanggung jawab terhadapnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu
bertanggung jawab terhadap kepimpinanmu dan orang yang kamu pimpin.
1. Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Setiap amanah menjadi kewajipan untuk dilaksanakan dan akan dipertanggungjawabkan di
dunia dan akhirat.

2. Kelebihan bersifat amanah :


a. Menunjukkan kesempurnaan iman seseorang.
b. Akan dihormati oleh masyarakat dan segala urusannya boleh dipercayai.
c. Menjadi masyarakat harmonis dan saling percaya-mempercayai.
d. Menjadi seorang yang lebih produktif dalam kerjayanya kerana menganggap tugasan
yang diberikan kepadanya sebagai amanah.
e. Boleh menyumbang kepada kemajuan negara.

3. Keburukan bersifat Khianat :


a. Menunjukkan orang yang tidak sempurna imannya.
b. Tidak dihormati dan dipercayai oleh masyarakat.

c. Punca kepada rasuah, penyelewengan kuasa, penindasan dan sebagainya.


d. Menjadikan seorang yang pemalas, tidak produktif dan sentiasa mengelak daripada
tugas yang dibebankan kepadanya.
e. Membantu kemajuan negara.

4. Rasulullah mengingatkan kepada kita bahawa semua manusia adalah pemimpin dan
bertanggung jawab di atas kepimpinannya.

5. Kepimpinan dibahagikan kepada :

a. Al-Amir – Pemimpin diperingkat tertinggi seperti pemimpin masyarakat atau


pemimpin negara.
Tanggung jawab mereka ialah :
- Menjaga kebajikan rakyat.
- Memelihara perpaduan dan keamanan negara.
- Menguat kuasakan undang-undang.
- Memimpin rakyat ke jalan yang diredoi Allah.

b. Al-Rijal – Pemimpin yang memimpin diperingkat rendah seperti bapa atau suami
dalam sebuah keluarga.
Tanggung jawab sebagai bapa :
- Memberi bimbingan agama kepada anak –anak..
- Menyediakan keperluan rohani dan jasmani yang sewajarnya kepada anak
-anak.
- Memberi galakkan dan dorongan untuk kejayaan anak-anak.
- Mengajar dan menunjukkan akhlak yang baik dengan anak-anak .
Tanggung jawab sebagai suami :
- Mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga dan suasana yang harmonis.
- Bertimbang rasa dan pandai bermesra dengan isteri.
- Menyuburkan perasaan kasih sayang kepada isteri.
- Saling bertolak ansur dan hormat menghormati antara suami dan isteri.

c. Al-Mar’ah – Ibu atau suami yang membantu bapa atau suami memimpin dalam
sesebuah keluarga.

Tanggung jawab sebagai ibu :


- Menjadi guru yang mendidik anak-anaknya dirumah dengan penuh kasih
sayang.
- Menjadi rakan karib kepada anak-anak kerana kebiasaannya ibu lebih banyak
bergaul dengan anak-anak berbanding bapa.
- Mengambil berat tentang keperluan anak-anak dan perkembangan mereka di
luar dan di dalam rumah.
- Bijak membahagikan masa untuk tugas rutin di rumah dan untuk anak-anak.

Tanggung jawab sebagai isteri :


- Mentaati perintah suaminya selagi perintah tersebut tidak bertentangan
dengan hukum Allah.
- Menegur dan membetulkan kesalahan suami di dalam dan di luar rumah.
- Mengurus rumah tanggga dan harta benda suami terutama ketika
ketiadaannya.

d. Al-Abdu – ialah pekerja yang diamanahkan oleh majikan dengan tanggung jawab
tertentu.
Tanggung jawab utama seorang pekerja :
- Melaksanakan tugas dengan cermat, bersungguh-sungguh, cekap dan jujur.
- Amanah dan bertanggung jawab dengan tugas.
- Mengutamakan tugas.
- Mematuhi peraturan dan perintah majikan.

Langkah-langkah menjahui sifat khianat :


6. a. Sentiasa bermuhasabah diri.
b. Menanam nilai-nilai murni dalam kepimpinan.
c. Mengutamakan disiplin dalam tugas
d. Mengingati balasan-balasan yang dijanjikan oleh Allah.
e. Menyedari kelebihan atau kedudukan yang dimiliki merupakan amanah bukannya
suatu kemegahan.
f. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa.

‫نني أيب حفص‬$$ ‫عن أم**ير المؤم**نين أبي حفص عمر بن الخط**اب رضى اهلل عنه ق**ال عن أمري املؤم‬
‫ إمنا األعمال بالنيات وإمنا لكل‬: ‫مسعت رسول اهلل (ص) يقول‬: ‫عمر بن اخلطاب رضى اهلل عنه قال‬
‫انت هجرته‬$$ ‫ ومن ك‬,‫وله‬$$ ‫وله فهجرته إىل اهلل ورس‬$$ ‫انت هجرته إىل اهلل ورس‬$$ ‫فمن ك‬, ‫وى‬$$ ‫رئ ما ن‬$$ ‫ام‬
‫لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إىل ما هاجرإليه‬
Maksudnya : Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar bin Al-Khattab R.A. beliau
berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya setiap amalan itu
berdasarkan niat dan sesungguhnya bagi seorang itu apa yang diniatkan. Sesiapa yang
berhijrah kerana Allah dan Rasulnya maka hijrahnya untuk Allah dan rasulnya. Sesiapa yang
berhijrah kerana mencari keduniaan atau seorang seorang perempuan untuk dikahwini maka
hijrahnya untuk apa yang diniatkan.

1. Sebab diwarudkan hadis


Para ulama’menceritakan bahawa terdapat seorang sahabat yang berhijrah dari Mekah
bukan kerana menyahut perintah Allah dan rasulnya, tetapi kerana ingin berkahwin
dengan seorang wanita yang bernama Ummu Qaiys.Wanita tersebut telah mensyaratkan
kepada sahabat berkenaan supaya berhijrah ke Madinah jika ingin mengahwininya.
Ekoran peristiwa tersebut, Sahabat itu dikenali sebagai “ Muhajir Ummu Qaiys” yang
bermaksud Orang yang berhijrah kerana Ummu Qaiys.

2. Pengertian niat dari segi bahasa ialah kehendak hati atau tujuan hati. Manakala dari segi
istilah ialah gerak hati ke arah melaksanakan suatu pekerjaan dengan tujuan mencari
keredhoan Allah.

3. Di dalam ibadah niat penting untuk membezakan antara fardhu dengan sunat. Puasa
fardhu dan puasa sunat adalah sama cuma niat yang menbezakannya.

4. Sesetengah aspek seperti akidah dan beberapa jenis ibadah tertentu, tetap diambil kira
walaupun dilakukan tanpa niat. Contohnya seseorang yang
menolak kepercayaan kepada rukun iman atau rukun islam dianggap telah kufur
walaupun secara olok-olok atau tanpa niat.

5. Pengertian ikhlas dari segi bahasa ialah bersih dan suci manakala dari segi istilah ialah
niat yang tulus dan murni kerana Allah dalam melakukan segala amalan dan pekerjaan.

6. Ciri-ciri sifat ikhlas :


a. Mempunyai prinsip hidup dan matlamat kerja yang jelas iaitu mencari keredoan
Allah.
b. Menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan sebagai ibadah.
c. Berusaha memperbaiki mutu kerja dari masa ke semasa.
d. Gigih dalam mengejar cita-cita dan tabah dalam menghadapi ujian.
e. Merendah diri dengan kekayaan dan kedudukan yang dimiliki.
f. Menggunakan kekayaan dan kedudukannya untuk berkhidmat kepada orang
ramai.
g. Sentiasa mengingati Allah dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Kelebihan orang yang bersifat ikhlas :

7. a. Sentiasa bertakwa.
b. Amalannya diterima oleh Allah.
c. Mendapat balasan yang berlipat ganda di akhirat.
d. Mendapat ketenangan jiwa.

Akibat tidak ikhlas :

8. a. Dipandang hina oleh masyarakat tempatan dan luar.


b. Tidak ada kesungguhan dan ketekunan dalam sesuatu usaha.
c. Melahirkan budaya negatif dalam masyarakat seperti mengampu untuk
kepentingan diri.
d. Ibadat tidak diterima Allah.
e. Ibadah menjadi rosak dan tidak diberi pahala oleh Allah.

9. Perkara yang boleh merosakkan amalan :

a. Mengungkit-ungkit dengan kebaikan yang pernah dilakukan dengan tujuan


mengharapkan balasan manusia daripada kebaikan atau pemberiannya.
b. Menyakiti orang lain seperti memperkecilkan atau memandang hina orang yang
menerima bantuan daripadanya.
c. Riya’ iaitu suka menunjuk-nunjuk sesuatu kebaikan yang dilakukan dengan
tujuan mendapat pujian daripada orang lain.
d. Tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat serta tidak percaya dengan balasan
pahala dan dosa yang dijanjikan Allah di akhirat.

10 Pengertian hijrah dari segi bahasa ialah berpindah meninggalkan sesuatu tempat untuk
pergi ke tempat lain.

11 Hijrah dalam konteks sejarah islam bermaksud perpindahan Nabi Muhammad dan para
sahabat baginda dari Mekah ke Madinah untuk mengembangkan islam.

12 Pengertian hijrah yang diberikan oleh ulama’ iaitu :

a. Berpindah ke satu tempat ke satu tempat yang lain seperti berpindahnya Nabi
Muhammad dan para sahabat dari Mekah ke Madinah.
b. Perpindahan yang lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yang lebih
baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih hampir kepada rahmat Allah.

13 Tuntutan hijrah dalam kehidupan pelajar :


a. Menguasai cabang-cabang ilmu pengetahuan semasa seperti I.C.T., bahasa
inggeris, sains dan lain-lain.
b. Menghargai masa remaja dengan menuntut ilmu pengetahuan sebaik mungkin.
c. Mengamalkan ilmu-ilmu yang diperolehi dalam kehidupan harian.
d. Membina jati diri dan tidak terpengaruh dengan gajala-gejala yang kurang sihat.
‫ عمل‬: ‫ أفضل ؟ قال‬$‫ سئل رسولت اهلل (ص) أي الكسب‬: ‫عن إبن عمر رضىاهلل عنهما قال‬
)‫الرجل بيده وكل بيع مربور ( رواه الطرباين‬
Maksudnya : Daripada Ibnu Umar R.A. , beliau berkata : Rasulullah telah ditanya :
Pekerjaan apakah yang paling baik? Jawab baginda : Usaha seorang dengan tangannya dan
semua jenis jual beli yang mabrur

1. Pekerjaan adalah suatu ibadah dalam syariat islam. Orang yang rajin bekerja lebih baik
daripada orang yang malas dan mengharapkan bantuan orang lain.

2. Para Anbia juga berkerja di samping tugas-tugas Rasul seperti Nabi Noh sebagai tukang
kayu dan arkitek yang handal, Nabi Daud seorang tukang besi dan Nabi Muhammad juga
mahir berniaga.

3. Kelebihan berkerja :
a. Menghasilkan keluaran berguna untuk keperluan negara.
b. Meningkatkan taraf ekonomi seseorang hasil pendapatan daripada pekerjaannya.
c. Dapat memenuhi masa dengan kegiatan berfaedah.
d. Dapat memelihara maruah dan harga diri.
e. Meningkatkan taraf sosial sesebuah masyarakat.

Keburukan meminta-minta :
4. a. Merendahkan diri seseorang kerana meminta-minta ihsan daripada orang lain.
b. Malas dan menghabiskan masa dengan tidak melakukan aktiviti yang berfaedah.
c. Kurang pendapatan yang boleh merendahkan taraf ekonomi seseorang.
d. Mencemarkan imej bangsa di mata antarabangsa.
e. Membantutkan usaha-usaha kerajaan membangunkan negara.

Bidang perniagaan adalah pekerjaan yang diberkati dan memberi pulangan keuntungan.
5. Berniaga mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam islam, antaranya:
a. Membantu pengguna mendapatkan barang-barang keperluannya.
b. Membantu peniaga memasarkan barangannya.
c. Menjadikan kehidupan lebih mudah dan lancar.
d. Menjadi sumber pendapatan yang berkat dan menguntungkan.
e. Meningkatkan martabat ekonomi umat.

Ciri-ciri peniaga yang berjaya :


6. a. Menunaikan zakat perniagaan.
b. Bersifat jujur dan amanah.
c. Berusaha gigih.
d. Berilmu pengetahuan.
e. Mengutamakan kebajikan di samping keuntungan.
f. Mempunyai perancangan.

‫لوا ما إن‬$$ $ ‫رين لن تض‬$$ $ $ ‫ركت فيكم أم‬$$ $ $ ‫ ت‬: ‫ال‬$$ $ $ ‫ عن النيب (ص) أنه ق‬, ‫رة رضى اهلل عنه‬$$ $ $ ‫عن أيب هري‬
.‫ كتاب اهلل وسنة رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬: ‫متسكتم هبما‬
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi Muhammad S.A.W. baginda
bersabda : Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi kamu
berpegang dengan kedua-duanya, iaitu : Kitab Allah ( Al-Quran ) dan sunnah Rasullullah.

1. Al-Quran dan al-Sunnah menjadi panduan hidup manusia dalam semua perkara.
Orang yang mengikuti petunjuk al-Quran dan al-Sunnah akan diberi hidayah oleh
Allah manakala orang yang tidak mengikut petunjuknya akan tersesat daripada jalan
yang benar.

2. Sebab-sebab perlu berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah :


a. Menjadi panduan utama dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan
kehidupan.
b. Mengelakkan perselisihan pendapat dan perpecahan di kalangan umat islam.
c. Ajaran yang terkandung di dalam keduanya adalah benar dan tidak diragui.
d. Kandungannya sesuai untuk diamalkan sepanjang masa.
e. Mendapat taufik dan hidayah Allah.

3. Kelebihan al-Quran berbanding kitab samawi lain.


1. Kelebihan al-Quran :
a. syariat yang terkandung di dalamnya kekal sepanjang masa walaupun selepas
kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
b. Kandungannya dijamin selamat daripada penambahan atau pengurangan
selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.
c. Ia satu-satunya mukjizat yang masih kekal hingga sekarang.
d. Membacanya dikira ibadah khusus.

2. Kitab samawi lain :


a. Syariatnya terbatas untuk kaum tertentu dan semasa hayat seseorang rasul
sahaja.
b. Kandungannya telah banyak ditokok tambah oleh para pendita selepas
kewafatan rasul mereka.
c. Tidak lagi dianggap mukjizat kerana telah berlaku penambahan dan
pengurangan pada kandungannya.
d. Membacanya tidak dikira ibadah khusus.

4. Setiap permasalahan yang timbul samada berkaitan kepercayaan, ibadah atau


kehidupan manusia mestilah dirujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah supaya mendapat
keputusan yang betul dan terselamat daripada kesesatan di dunia dan akhirat.

Kaedah penyelesaian masalah menurut al-Quran dan al-Sunnah :


5. a. Cara motivasi – Menggalakkan manusia berlumba-lumba membuat kebaikan.
b. Cara ancaman – mengingatkan manusia supaya berhati-hati terhadap perkara-
perkara buruk.
c. Cara teguran yang membina – Memberi teguran yang baik kepada seseorang.
d. Cara perdebatan yang harmonis – Berhujjah menegakkan sesuatu kebenaran.
e. Cara permesyuaratan – Berbincang mencari penyelesaian.
f. Cara penyerahan ( Tawakkal ) – menyandarkan harapan kepada Allah.
g. Cara penyeksaan ( Azab ) – Menghukum sesiapa yang menyalahi perintah al-
Quran dan al-Sunnah.

Amalan yang bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah dinamakan sebagai syirik,
6. fasik, khurafat dan bid’ah.

Akibat tidak berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah :


7 a. Umat islam tidak akan mendapat petunjuk daripada Allah. Akibatnya amalan
buruk berlaku dalam masyarakat.
b. Pelbagai bidang pengetahuan yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah
tidak dikaitkan dengan unsur-unsur ketuhanan menyebabkan manusia menjadi
sesat.
c. Manusia akan menyimpang daripada sifat fatrahnya seperti berlakunya
sumbang mahram, seks bebas, pembuangan bayi dan sebagainya.
d. Manusia akan menerima azab dan laknat daripada Allah di dunia dan akhirat.
‫وي خري وأحب‬$‫ املؤمن الق‬: ‫لى اهلل عليه وسل‬$‫ول اهلل ص‬$‫ال رس‬$‫ ق‬: ‫عن أيب هريرة رضى اهلل عنه قال‬
‫ابك‬$$‫تعن باهلل والتعجز وإن أص‬$$‫ ويف كل خري إحرص على ما ينفعك واس‬$‫إىل اهلل من املؤمن الضعيف‬
‫إن لو تفتح عمل‬$$ $‫اء فعل ف‬$$ $‫در اهلل وما ش‬$$ $‫اذا ولكن قل ق‬$$ $‫ان كاذاوك‬$$ $‫يء فال تقل لو أىن فعلت ك‬$$ $‫ش‬
) ‫الشيطان ( رواه مسلم‬
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A. daripada Nabi Muhammad S.A.W. baginda
bersabda : Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi oleh Allah dari mukmin yang
lemah. Tiap-tiap mereka memiliki kebaikan. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan sesuatu yang berfaedah untukmu dan mohonlah pertolongan daripada Allah serta
janganlah engkau menjadi lemah. Jika engkau ditimpa bencana janganlah berkata : Kalaulah
aku melakukannya tidaklah jadi begitu dan begini, tetapi katakanlah ,Allah yang telah
mentakdirkannya. Apa-apa sahaja yang Allah kehendaki akan dibuatnya. Sesungguhnya
ungkapan “ kalau “ itu membuka peluang kepada syaitan.

1. Nabi Muhammad mengharapkan supaya setiap mukmin mempunyai kekuatan dalam segala
bidang seperti :

a. Iman – Iman ialah asas utama kekuatan seseorang mukmin.


b. Ilmu pengetahuan – Dapat mengikuti dan menguasai perkembangan dunia semasa.
c. Ekonomi - Mampu berdikari dan tidak bergantung kepada pihak lain.
d. Politik – Mengukuhkan perpaduan dan kekuatan umat islam.
e. Teknologi – Dapat memakmurkan bumi dengan menghasilkan produk-produk baru
yang bermanfaat.
f. Pertahanan – Dapat menjaga kedaulatan negara daripada ancaman musuh dari
dalam dan luar.

2. Bentuk-bentuk kelemahan umat islam dan akibatnya :

a. Bidang politik – Menyebabkan suatu kaum tidak mempunyai kekuatan dalam


memperjuangkan hak-hak mereka dan nasib saudara mereka di tempat lain.
b. Bidang ekonomi – Menjerumuskan mereka kepada penindasan seperti
menanggung beban hutang dan riba kerana terpaksa bergantung kuasa lain.
c. Bidang pendidikan – Menyebabkan banyak pengetahuan dan teknologi tidak dapat
dikuasai dan berlaku kemunduran.
d. Bidang sosial – Masyarakat akan berpecah belah, perbuatan fitnah berleluasa dan
akhirnya mereka lemah dan dihina.

3 Ciri-ciri mukmin yang kuat ialah :


a. Memiliki kekuatan iman kepada Allah.
b. Istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta yakin dengan janji-
janji Allah.
c. Bersemangat melakukan perkara-perkara baik samada untuk dirinya sendiri atau
terhadap orang lainm.
d. Memenuhi masa dengan perkara-perkara yang berfaedah.
e. Sentiasa bersabar dan memohon pertolongan Allah apabila menghadap kesusahan.
Ciri-ciri mukmin yang lemah :
a. Memiliki iman yang lemah.
4. b. Malas melaksanakan tanggung jawab dan kurang yakin dengan amaran Allah.
c. Melakukan perintah-perintah Allah secara sambil lewa.
d. Suka buang masa.
e. Sering bergantung kepada manusia dan mudah berputus asa.

Ciri-ciri iman yang sempurna :


a. Bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian.
5. b. Mengeratkan ukhuwah sesama manusia.
c. Memohon keampunan daripada dosa dan kesalahan.
d. Simpati dengan golongan yang lemah dan membantu mereka dengan apa yang
dimiliki.
e. Amanah dengan tanggung jawab terhadap Allah dan sesama manusia.
f. Memelihara keikhlasan dalam setiap pekerjaan.

6. Seorang mukmin tidak boleh berkata “ kalau” apabila menerima sesuatu ujian daripada
Allah. Ini kerana ungkapan kalau :
a. Menunjukkan sikap tidak redha terhadap qada’ dan qadar Allah kerana perkara yang
telah berlaku tetap berlaku.
b. Menunjukkan sikap seorang yang mudah kecewa dan berputus asa dengan sesuatu
ujian.
c. Meletakkan kesalahan dan menimbulkan prasangka buruk
terhadap orang lain.
d. Membuka peluang kepada syaitan menghasut manusia menyalahkan ketentuan yang
telah berlaku.

7. Peranan tawakal dalam kehidupan manusia :


a. Menimbulkan keyakinan terhadap kebesaran Allah.
b. Melahirkan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman dalam diri seseorang.
c. Mendorong seseorang untuk terus berjaya dan bangun semula apabila gagal.
d. Mengukuhkan keimanan seseorang kepada Allah setelah melakukan usaha yang
bersungguh-sungguh.
e. Bersyukur dengan pemberian Allah dan sabar di atas ujiannya.

8. Antara hikmah beriman dengan qada’ dan qadar ialah :


a. Menanam kefahaman akidah yang betul tentang kekuasaan Allah.
b. Boleh meberi ketenangan jiwa apabila menghadapi sesuatu ujian.
c. Menerima ketentuan Allah dengan hati yang redha.
d. Membentuk semangat juang, gigih berusaha dan sentiasa bertawakkal.

Anda mungkin juga menyukai