Anda di halaman 1dari 5

SMK PUTRAJAYA PRESINT 11(1)

JALAN P1 J1, PRESINT 11, 62300 PUTRAJAYA

Tel: 03-88887100 Faks: 03-88888359

______________________________________________________________________________

KERTAS KERJA PROGRAM/ AKTIVITI

TAJUK: PROGRAM K-MESRA 2014

LATAR BELAKANG

Program ini adalah satu aktiviti wajib tahunan untuk murid Pendidikan Khas menyambut hari
lahir mereka di sekolah. Ini adalah untuk menyemai sikap menghargai orang lain serta
bekerjasama di dalam kumpulan. Tujuan diadakan sambutan tersebut adalah untuk memberi
penghargaan kepada murid-murid, memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai
kemeriahan sambutan hari lahir mereka, menunjukkan rasa kasih sayang guru kepada murid-
murid, membolehkan murid-murid melahirkan perasaan gembira dan merasakan diri mereka
dihargai dan memberi pendedahan kepada murid tentang adanya satu hari yang diingati kepada
setiap warga guru.

MATLAMAT

Tujuan K-Mesra ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua warga
Pendidikan Khas SMKPP11(1) iaitu murid-murid, guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid
merasai kemeriahan Sambutan Hari Lahir yang dibuat serentak dengan Sambutan Hari Raya
Aidilfitri. Hubungan di antara warga PPKIBP diharapkan lebih utuh, mesra dan menghargai serta
memupuk kasih sayang yang sewajarnya. Selain itu juga, dapat memberi peluang kepada murid-
murid untuk merasai kemeriahan semasa menyambut hari lahir. Murid-murid PPKIBP akan
berasa dihargai dan diterima dalam kalangan rakan-rakan dan semua warga PPKIBP. Perasaan

1
saling menghargai ini akan memupuk perasaan kasih sayang guru kepada murid-murid
membolehkan murid-murid melahirkan perasaan gembira serta memberi pendedahan kepada
murid tentang adanya satu hari yang diingati kepada setiap warga guru.

OBJEKTIF

1. Dapat memupuk sikap menghargai diri sendiri, guru dan rakan sekolah
2. Dapat bekerjasama di dalam satu kumpulan dalam membuat persediaan majlis dan
memastikan majlis berjalan lancar
3. Dapat memupuk kasih sayang dan perasaan gembira
4. Mengeratkan silaturahim antara warga sekolah dengan ibu bapa

SASARAN : Semua warga Pendidikan Khas dan ibu bapa

MASA : 10.00 hingga 12.00 tengahari

TARIKH : 22 Ogos 2014 (Jumaat)

TEMPAT : Dataran Pendidikan Khas

ANGGARAN PERBELANJAAN/SUMBER KEWANGAN

SUMBER PENDAPATAN PERBELANJAAN


Tabung Kebajikan /Sumbngan 1. Makanan (70 orang xRm5.00) RM823.65
ibu bapa/guru 2. Hadiah murid (45 orang xRM10.00) RM450.00

2
3. Hadiah guru dan PPM (14 orang x RM280.00
RM20.00
JUMLAH RM 1553.65

STRATEGI PELAKSANAAN K-MESRA 2014

9.30 Pagi - Kehadiran tetamu

10.00 pagi - Ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis

- Bacaan Doa

- Ucapan aluan dari GPK

- Nyanyian lagu Allah Selamatkan kamu

- Acara potong kek

- Jamuan makan

12.00 - Bersurai

AHLI JAWATANKUASA K-MESRA 2014

Penasihat : Puan Sri Halimah bt. Abdul Majid


Pengerusi : Datin Azizah bt. Idris
Setiausaha : Puan Wan Faridah Fairus bt. Wan Ramli
Bendahari : Puan Noor Azizah bt. Ngah

3
Jamuan dan kebersihan : Pn. Mazani bt. Chik
: Pn Wan Amimah bt. Wan Mahmud
: Pn Che Zaharah bt. Abdul Rahman
: Pn Noor Azizah bt. Ngah
: Pn Roslina bt. Abas
: Pn Suzana bt Ahmad
: Pn Norhaslinda bt. Sabtu
: Pn. Junaidah bt. Ahmad
: Pn. Nurul Islahiyah bt. Ismail

Bacaan Doa & Juruacara : En Mohd Asri b. Haji Mohamad


: Murid PKIBP

Fotografi & papan cerita : En. Hendrick Bin Jamalun

Disiplin dan kawalan murid: Guru bertugas mingguan

Persiapan Tempat/ P.A System : En. Eazie Ezry b. Saufi


: Cik Chuah Beng Ean
: Semua murid PKIBP

Jemputan ibu bapa : Pn. Wan Faridah Fairus bt. Wan Ramli

Dokumentasi : Pn. Wan Faridah Fairus bt. Wan Ramli

K-Sarana Ibubapa : Semua guru kelas

4
PENUTUP

Kesimpulannya, pihak Jawatankuasa pelaksana berharap agar program ini mendapat sokongan
daripada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Selain itu,
kami juga berharap program ini dapat merapatkan ikatan ukhwah antara warga pendidikan Khas
SMK Putrajaya Presint 11 (1)

DISEDIAKAN OLEH,

………………………………

(WAN FARIDAH FAIRUS BINTI WAN RAMLI)

DILULUSKAN OLEH,

………………………………..

(DATIN AZIZAH BINTI IDRIS)

Anda mungkin juga menyukai