Anda di halaman 1dari 2

i) Jantina, umur, bangsa, status (bujang, berkahwin, duda dll), taraf pendidikan , status

pekerjaan (bekerja, belajar, penganggur dll)

ii) Kenapa dan bagaimana mereka terjebak dengan masalah.


iii) Siapa yang mendorong / mempengaruhi melakukan aktiviti tersebut.
iv) Di mana lokasi popular aktiviti di lakukan.
v) Faedah yang didapati daripada aktiviti tersebut.
vi) Pengalaman pahit daripada aktiviti yang dilakukan.

Kami diminta untuk mengkaji tentang masalah percintaan antara kaum sejenis iaitu
lesbian. Jika disebut mengenai lesbian, sudah tentu ianya melibatkan kaum wanita.
Semua orang yang kami temubual adalah berbangsa Melayu. Dari lima yang kami
temubual, empat daripadanya masih bujang dan seorang sahaja yang sudah
berumahtangga. Rata-rata dari mereka ini mempunyai pendidikan asas yang cukup dan
ada yang sedang melanjutkan pelajaran.

Daripada hasil kajian kami, mereka sebenarnya tahu bahawa apa yang mereka lakukan ini
adalah salah di sisi agama. Tetapi merka lakukan kerana berniat untuk membalas
dendam. Rata-rata dari hasil temubual kami, mereka mempunyai latar belakang yang
berlainan yang banyak mendorong mereka kearah gejala tidak sihat ini. Selain itu,
mereka juga menjadi lesbian kerana ingin mmuaskan nafsu sahaja.

Kebanyakan daripada lesbian ini banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya dan kehendak
diri sendiri. Mereka sering melakukan aktiviti ini di rumah semasa ketiadaan orang di
rumah dan di pasaraya-pasaraya terkenal contohnya di Kuala Lumpur Convention Center
(KLCC) dan Midvalley Megamall.

Daripada hasil kajain kami, mereka berasa perkara ini berfaedah kerana dapat melupakan
kisah lama yang pernah mereka hadapi/ selain itu, mereka berpendapat bahawa hubungan
ini tidak akan menyebabkan mereka mengandung.

Pengalaman pahit yang mereka hadapi ialah mereka sering dijangkiti penyakit kulit yang
serius dan kadang-kala melibatkan pendarahan yang banyak. Ada juga yang hampir
ditangkap pihk berkuasa kerana bersikap tidak senonoh di pasaraya dan taman-taman
awam.

Anda mungkin juga menyukai