Anda di halaman 1dari 2

Tajuk yang tidak keluar ialah:

perbandingan agama,jihad dan


kesenian Islam.
Final Sem Januari 2007.

Soalan mengandungi 2 bahagian

Bahagian A
Bahagian B

- Objektif - Subjektif
- 40 soalan (60 - Esei panjang
markah) - 40 markah
- Jawab semua - Jawab 3 soalan
soalan - Semua WAJIB
dijawab

Panduan Markah menjawab esei panjang (20 markah):


1. Mesti ada pendahuluan dan kesimpulan
2. Berikan 5 isi berserta huraian dan hujah
3. Setiap satu isi hendaklah dibuat satu perenggan. Jarakkan satu perenggan dengan
perenggan yang lain

Pendahuluan - 2m
Kesimpulan - 2m
Isi - 15m
(1 isi x 3 markah = ( 5 isi x 3 markah =15m)
Olahan -1m
TOTAL - 20 markah

Panduan Markah menjawab esei panjang (10 markah):


1. Mesti ada pendahuluan dan kesimpulan
2. Berikan 4 isi berserta huraian dan hujah
3. Setiap satu isi hendaklah dibuat satu perenggan. Jarakkan satu perenggan dengan
perenggan yang lain
Pendahuluan - 1m
Kesimpulan - 1m
Isi -8 m
(1 isi x 2 markah = ( 4 isi x 2 markah =8m)
TOTAL - 10 markah

-Markah diberi berdasarkan hujah, pendekatan, pengetahuan am dan analogi yang diberikan.
Pesanan Penting!!
1. Bawa calculator untuk soalan pengiraan zakat
2. Pastikan anda duduk ditempat yang betul. Soalan Degree berbeza
dengan soalan Diploma/Foundation
3. Semua arahan (no.matrik, section dll) di dalam borang OMR,
WAJIB diisi menggunakan pensel

Contoh jawapan yang diterima ( setiap isi dibuat satu peranggan-panduan markah lihat di
atas)

KALAU anda bercita-cita menjadi hartawan, universiti bukan tempat paling sesuai untuk mempelajari
kaedah menjadi kaya. Kalau anda berhasrat menjadi pemimpin ulung, universiti juga bukan
gelanggang yang boleh mempersiapkan anda untuk tujuan itu. Begitu juga jika anda bertekad menjadi
tokoh korporat, aktivis sosial, artis sanjungan atau ahli sukan ternama.

Barangkali menyedari hal itu tidak semua lepasan sekolah bercita-cita atau berkesempatan
menyambung pengajian pada peringkat pengajian tinggi. Bill Gates misalnya, ketika menuntut di
Universiti Harvard, menyedari pengajiannya itu melewatkan usahanya memajukan syarikat perisian
komputer Microsoft. A Samad Said pula belajar daripada pengalaman perang dan dunia
kewartawanan untuk menjadi sasterawan besar.

Namun, minggu ini kira-kira 40,000 mendaftar sebagai pelajar baru di 18 institusi pengajian tinggi
awam (IPTA). Kemasukan mereka ke IPTA diiringi pelbagai isu - sebahagiannya bersifat negatif
seperti pengangguran siswazah, penawaran kursus pengajian, kos hidup di kampus, skim bantuan
kewangan dan reputasi universiti tempatan.

Contoh jawapan yang TIDAK DITERIMA (tiada perenggan langsung)

PERANAN ibu bapa mendidik dan memberi kasih sayang dengan sempurna merupakan kunci utama
bagi negara untuk mengatasi masalah kerapuhan institusi keluarga termasuk kes jenayah yang
melibatkan anggota keluarga. Kesempurnaan kasih sayang yang harus diberikan kepada anak-anak
bukan bermakna perlunya menambah jam kredit pertemuan antara anak-anak dan ibu bapa tetapi
pentingnya waktu berkualiti dan hemah yang ditunjukkan oleh ibu bapa dalam melayan kehendak dan
keperluan anak-anak sama ada jasmani atau rohaninya.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan bahawa peranan ibu bapa tidak mampu
diambil alih oleh mana-mana pihak walaupun kerajaan boleh menyediakan pelbagai program dan
prasarana untuk memupuk keharmonian institusi keluarga.Banyak kejadian jenayah yang melibatkan
anak-anak termasuklah yang di bawah umur perlu diperhati dan diperhalusi sebab, gejala dan
akibatnya kerana ia harus dibendung di peringkat permulaan. Bahkan satu akta khusus yang
membolehkan ibu bapa dihukum apabila anak-anak mereka melakukan jenayah sedang dikaji dalam
usaha untuk membendung masalah jenayah di kalangan remaja yang semakin
membimbangkan.Mengaitkan ibu bapa dalam perbuatan jenayah yang dilakukan oleh anak mereka
adalah kerana banyak kajian mendapati punca utama berlakunya jenayah adalah disebabkan faktor
ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab. Walaupun hukuman yang akan dikenakan kepada ibu
bapa terbabit hanyalah khidmat masyarakat, tetapi sekurang-kurangnya mereka ingat tentang kesan
kelonggaran tanggungjawab terhadap anak-anak.Perbuatan vandalisme, merokok, ponteng sekolah,
menunggang dan memandu kenderaan tanpa lesen dan merosakkan harta benda orang lain sering
dilakukan oleh para remaja ataupun kanak-kanak terutamanya di kampung-kampung.

Anda mungkin juga menyukai