Anda di halaman 1dari 15

JANUARI 2019

1. PROMOSI KEMASUKAN KE POLITEKNIK SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL


LEPASAN PELAJAR 2019

05 JANUARI 2019 – Team Promosi PKT yang terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan
Pergawai Perhubungan Awam telah menyertai Program Promosi Kemasukan ke Politeknik
Malaysia sempena Majlis Perasmian Karnival Lepasan Pelajar (KLS 2019) anjuran Kelab Remaja
Ikatan Muslimin bertempat di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT. Program ini bertujuan
untuk menyebarluas peluang kemasukan ke institusi pendidikan tinggi sejurus selepas pelajar
tamat belajar di Sekolah Menengah. Lebih kurang seramai 200 pelajar di sekitar Negeri
Terengganu telah hadir ke program ini.

Gambar Aktiviti

Hebahan di Media Sosial


Facebook Instagram
2. PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PKT KE SMK TEKNIK TERENGGANU

16 JANUARI 2019 - Kunjungan Hormat Pengarah Politeknik Kuala Terengganu ke Sekolah


Menengah Teknik Terengganu bertujuan untuk mengadakan Taklimat Promosi Kemasukan ke
PKT kepada pelajar-pelajar SM Teknik Terengganu. Tujuan Taklimat Promosi ini adalah untuk
menyebarkan informasi berkenaan PKT kepada pelajar-pelajar SM Teknik Terengganu khasnya.

Selain itu, tujuan perjumpaan ini juga adalah untuk mengadakan hubungan kolaborasi antara
PKT dan SM Teknik Terengganu dalam bidang Inovasi, Sukan, Keusahawanan, Pembelajaran
Sepanjang Hayat, Robotik dan lain-lain pada masa akan datang. Tn. Hj. Mohd Nasri bin
Abdullah, Pengetua SM Teknik Terengganu memaklumkan beliau tiada halangan dengan
cadangan tersebut dan amat mengalu-alukan kerjasama dari PKT untuk bersama-sama
menjayakan jaringan kolaborasi ini.

Selain itu, Tn. Hj. Ariffin bin Mat Saman memaklumkan bahawa terdapat 3 bidang utama di SM
Teknik Terengganu iaitu Mekanikal, Elektrikal, Civil dan Perdagangan. PKT berhasrat untuk
memberi fokus utama kepada pelajar-pelajar peringkat sederhana untuk ditawarkan ke PKT
dengan mengambil kira syarat minimum kelayakan.

Turut hadir En. Abdul Halim bin Ahmad, Timb. Pengarah Akademik, Pn. Nor Hayati binti Ismail ,
Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Pn. Nooraini Binti Che Aziz, Pegawai Perhubungan Awam dan Tn.
Hj. Ariffin bin Mat Saman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SM Teknik Terengganu.

Gambar Aktiviti
Facebook Instagram
3. PROGRAM KURSUS INDUKSI DALAMAN (PEMANTAPAN STAF)

15-16 JANUARI 2019 - Kursus Induksi Dalaman (Pemantapan Staf)@Dewan Utama PKT.

Antara pengisian kursus ini adalah:


1) Skim Perkhidmatan dan Perjawatan (Kenaikan Pangkat & Urusan Luar Negara)
2) Tatatertib Penjawat Awam
3) Pengurusan Cuti dan Kehadiran
4) Skim Perkhidmatan dan Perjawatan (Tanggungan Kerja)
5) Latihan & Pembangunan Kompetensi
6) Riadah pagi di Bukit Panorama

Semoga segala ilmu yang dipelajari sepanjang kursus ini dapat dipatuhi dan dipraktikkan
sepanjang tempoh perkhidmatan.

Gambar Aktiviti
Hebahan di Media Sosial
Facebook Instagram
5. HEBAHAN UJIBAKAT PENCARIAN KREW POLITV PKT - 24 Jan 2019

21 JANUARI 2019 - Lawatan Kerja Pengarah PKT ke Mysoftcare Solution Sdn Bhd bagi
membincangkan perancangan kolaborasi antara dua pihak bagi tahun 2019. Turut hadir En.Abdul
Halim bin Ahmad, Timb. Pengarah Akademik, Pn. Raja Intan Sariah binti Raja Mahmood, Ketua
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pn. Noor Muzlinda binti Mat Hashim, Pensyarah
JTMK, Cik Foo Jyy Wei, Pegawai Kolaborasi dan Pn. Nooraini Che Aziz, Pegawai Perhubungan
Awam.
Gambar Aktiviti

Hebahan di Media Sosial


Facebook Instagram
30 JANUARI 2019 - Ujibakat Pencarian Krew PoliTV Politeknik Kuala Terengganu telah
berlangsung dengan jayanya pada hari ini bertempat di Bilik Tayangan PKT. Terima kasih
diucapkan kepada para peserta yang berani tampil kehadapan untuk menonjolkan bakat masing-
masing dalam bidang kewartawanan.

PERHATIAN!!!!! 📢📢📢📢
PENGUMUMAN PENTING!!!!!

Kepada semua pelajar Politeknik Kuala Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri
Ujibakat Pencarian Crew PoliTV PKT yang akan diadakan pada :

💖 Tarikh : 30 Januari 2019 (Rabu)

💖 Masa : 9.30 pagi


💖 Tempat : Bilik Tayangan PKT

Inilah masa untuk anda serlahkan bakat anda.💪💪💪

⭐ Kursus dan latihan akan disediakan pada yang berjaya.


⭐ Berpeluang untuk menyertai program-program politeknik dalam dan luar negara.
⭐ Sijil untuk setiap tugasan yang dilaksanakan akan disediakan.
⭐ Pengalaman berharga untuk alam pekerjaan kelak.
⭐ Sebagai platform untuk membina keyakinan diri dan bekerja dalam pasukan.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mungkin ANDA yang kami CARI..

Gambar Aktiviti
6. HEBAHAN KARNIVAL SUKAN PKT 2019

Facebook Instagram
26 JANUARI 2019 - Antara sukan yang dipertandingkan adalah Bola Jaring, Badminton, Sepak
Takraw dan Petanque.

Objektif utama Karnival Sukan ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat kesukanan yang
ada dalam diri para pelajar PKT selain mencari bakat-bakat baru dalam sukan yang
dipertandingkan untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Karnival Sukan PKT pada
tahun ini. Semoga Karnival Sukan ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar Aktiviti
Hebahan di Media Sosial

Facebook Instagram
7. PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PKT KE LEMBAGA TABUNG AMANAH
WARISAN NEGERI TERENGGANU

28 JANUARI 2019 (ISNIN) - Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan
tentang cadangan dan usaha untuk menambahbaik infrastruktur bangunan Politeknik Kuala
Terengganu pada masa akan datang. Semoga cadangan-cadangan yang dikemukakan dapat
dipertimbangkan dan mendapat sokongan padu.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abd Razak bin Abdul Rahman, Setiausaha Lembaga
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan staf atas layanan baik yang diberikan.

Gambar Aktiviti
Hebahan di Media Sosial

Facebook Instagram

Anda mungkin juga menyukai