Anda di halaman 1dari 7

FEBRUARI 2019

1. PROGRAM KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH PKT KE JABATAN PENDIDIKAN NEGERI


TERENGGANU - 10 Feb 2019

10 FEBRUARI 2019 - Kunjungan Hormat Pengarah PKT kepada Pengarah JPNT bertujuan
untuk membincangkan aktiviti promosi kemasukan ke PKT bagi tahun 2019 dan kerjasama lain
pada masa akan datang oleh kedua-dua pihak. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji
Shafruddin bin Haji Ali Hussin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu atas layanan
yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini akan dapat direalisasikan dan mencapai objektif
yang telah dirancang.

Gambar Aktiviti
Hebahan di Media Sosial

Facebook Instagram
2. MAJLIS PENYERAHAN PROJEK INOVASI PELAJAR (SISTEM PENGURUSAN DISIPLIN
MURID)

11 FEBRUARI 2019 - Pelajar Politeknik Kuala Terengganu (PKT) baru-baru ini telah berjaya
mencipta satu sistem yang dikenali sebagai E-Disiplin menerusi projek semester akhir. Lebih
membanggakan apabila sistem tersebut akan diguna pakai oleh pihak pengurusan Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala, Kota Bharu, Kelantan bagi merekod dan memantau
tahap disiplin murid di sekolah itu.

Inovasi ini dihasilkan oleh sekumpulan pelajar semester akhir jurusan Diploma Teknologi
Maklumat (Teknologi Digital) dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu Arif Amzar
Asa’ari, Muhd Arif Azuddin dan Muhammad Afiq Allias di bawah penyeliaan pensyarah mereka
Rasmaliza Rashid dan Siti Sarah Malini Mohd Hanifa.

Arif Amzar yang merupakan bekas pelajar sekolah itu berkata inovasi sistem ini dihasilkan
berikutan sekolah tersebut memerlukan satu sistem pengurusan disiplin murid yang boleh
membuat pengiraan merit dan penalti yang khusus.

“Selain dapat membuat kiraan merit dan penalti, antara kelebihan lain sistem ini adalah boleh
diakses oleh ibu bapa dan murid selain pihak pengurusan sekolah sendiri” katanya.
“Kumpulan kami bermula dengan berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah bagi mengenal
pasti masalah yang dihadapi dan memahami keperluan mereka. Projek ini mengambil masa kira-
kira 6 bulan untuk disiapkan dan kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya projek ini dapat
diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah dan akan diguna pakai tidak lama lagi”, ulasnya.

“Dalam masa yang sama, kami akan terus memantau dan menambah baik sistem ini mengikut
keperluan pengurusan sekolah dari semasa ke semasa”, tambahnya.

Md. Basri bin Arifin, Pengetua SMK Padang Kala ketika ditemui semasa sesi penyerahan
tersebut berkata, sistem ini banyak membantu pihak pengurusan sekolah untuk membuat
pengiraan mata merit dan penalti secara auto-calculation dan laporan akhir rekod disiplin murid
akan dibentangkan oleh guru kelas kepada ibu bapa semasa sesi temu murni yang diadakan tiga
kali setahun.
“Faktor kecemerlangan murid di sekolah bukan sahaja diukur melalui pencapaian akademik,
malah tingkah laku dan sahsiah pelajar juga merupakan penyumbang utama dalam melahirkan
modal insan yang holistik”, ujarnya.
“Selain berfungsi sebagai rekod dan rujukan pihak sekolah, laporan penuh rekod disiplin murid
yang dijana menerusi sistem ini boleh diguna sebagai dokumen sokongan untuk memohon
pekerjaan pada masa akan datang. Hal ini kerana, pihak sekolah bukan sahaja merekod salah
laku disiplin pelajar malah sahsiah baik yang ditonjolkan pelajar juga akan di beri penilaian”,
tambahnya.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada para pelajar dan pihak PKT atas idea dan usaha yang
diberikan dalam membantu menambah baik sistem pengurusan disiplin murid di sekolah ini,”
katanya.

“Saya juga berharap agar sistem ini dapat diguna pakai dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh
pengurusan sekolah, ibu bapa dan murid dalam memastikan tahap disiplin murid di sekolah ini
berada pada tahap yang cemerlang” tambahnya.

Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kuala Terengganu ketika dihubungi turut
berbangga dengan pencapaian pelajar dan pensyarah tersebut.

“PKT sebagai salah sebuah institusi peneraju Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET) di Malaysia amat komited dalam melahirkan modal insan yang dapat menjana idea-idea
inovasi dan pengciptaan teknologi baharu selari dengan perkembangan Revolusi Perindustrian
4.0 (IR 4.0)”, ujarnya.

Pada akhir sesi penyerahan itu, satu sijil penghargaan telah diserahkan kepada Jabatan
Teknologi Maklumat & Komunikasi, Politeknik Kuala Terengganu oleh pihak pengurusan SMK
Padang Kala sebagai tanda penghargaan.
Gambar Aktiviti

Hebahan di Media Sosial

Facebook Instagram
3. PROGRAM RELASIS BERSAMA KOMUNITI

27 FEBRUARI 2019 - Telah berlangsung Program RELASIS bersama Komuniti anjuran Briged
RELASIS Politeknik Kuala Terengganu dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia
bertempat di Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Teluk Ketapang, Seberang Takir, Terengganu.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah gotong-royong membersihkan kawasan sekitar Rumah
Tunas Harapan Darul Hilmi dan membaja pokok-pokok tanaman yang terdapat di kawasan itu.

Aktiviti ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi silibus pembelajaran di PKT malah dapat
menanam sifat kesukarelawan dalam diri pelajar untuk menyumbang apa sahaja yang terdaya
buat masyarakat setempat yang memerlukan.

PKT amat komited dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik
malah berciri holistik. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Gambar Aktiviti

H
e
b
Hebahan di Media Sosial

Facebook Instagram

Anda mungkin juga menyukai