Anda di halaman 1dari 9

APRIL 2019

1. PROGRAM TUNJUK AJARKU SIFU BERSAMA ALUMNI PKT

04 APRIL 2019 - Pada hari ini seramai 200 orang pelajar PKT telah dilibatkan dan mereka adalah
terdiri dari pelajar Semester 1,2,3, 4 dan pelajar tahun akhir. Terdapat 5 aktiviti yang dijalankan
secara serentak iaitu Program Talk IR 4.0, Bengkel Kabel Optik, Bengkel Mobile Fotografi,
Bengkel Abacus dan TRIZ Competition. Dan pada hari ini juga akan diadakan Majlis
Menandatangi Sijil Kolaborasi bersama Malaysia Automotive, Robotics & IoT Institute (MARii)
dan Terengganu Digital.

Kerjasama antara PKT bersama pihak industri dan Alumni menerusi Program Tunjuk Ajarku Sifu
ini diharapkan dapat memperkasakan lagi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di
negara ini. Hal ini kerana bidang TVET bukan sahaja semakin penting tetapi ia mampu menjadi
sektor pemangkin dalam menjana ekonomi negara pada masa depan. Dengan wujudnya
kolaborasi berterusan dengan pihak industri dan Alumni, akan membina lebih banyak peluang
pekerjaan untuk dipenuhi oleh para graduan PKT pada masa akan datang sekaligus
kebolehpasaran graduan PKT juga dapat ditingkatkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung dalam menganjurkan Program Tunjuk Ajarku Sifu ini .
Tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan staf yang terlibat
sepanjang program ini berlangsung.

Gambar Aktiviti
Hebahan di Media Sosial

Instagram Facebook
Keratan Akhbar Sinar Harian, 07 April 2019 (AHAD)
2. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN ROBOT FIRA KATEGORI SIMOROSOT
PERINGKAT PKT

07 APRIL 2019 - Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Robot FIRA Kategori
SIMOROSOT (Middle and Large) disempurnakan oleh En. Abdul Halim bin Ahmad, Timbalan
Pengarah Akademik PKT anjuran Jawatankuasa Robot PKT melibatkan pelajar JKE dan JTMK.
Pemenang pertandingan ini akan mewakili PKT di Pertandingan Robot FIRA Politeknik Malaysia
di Politeknik Port Dickson pada 28 April ~ 3 Mei 2019.

Gambar Aktiviti

Hebahan di Media Sosial

Instagram Facebook
3. MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN INOVASI PROJEK PELAJAR SESI
DISEMBER 2018

08 APRIL 2019 - Pertandingan Inovasi Projek Pelajar merupakan aktiviti dwi tahunan yang
dilaksanakan pada setiap hujung semester sebelum peperiksaan berlangsung. Pertandingan ini
dianjurkan oleh Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (UPIK) Politeknik Kuala Terengganu
dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (JTMK).

Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap produk dan hasil inovasi projek
pelajar. Projek pelajar merupakan kursus wajib yang perlu semua pelajar diploma politeknik
penuhi untuk melayakkan pelajar tamat pengajian. Kursus yang terlibat dengan pertandingan ini
adalah kursus DEE6092 (Project 2) daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan kursus
DFT6014 (Integrated Project) daripada Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK).

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi galakkan kepada pelajar bagi menghasilkan satu
produk inovasi yang memberi impak kepada jabatan khususnya dan institusi amnya serta kepada
komuniti dengan merujuk kepada teknologi terkini.

Pertandingan ini disertai oleh 5 kumpulan projek pelajar terbaik dari Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dan 6 kumpulan projek pelajar terbaik dari Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lebih kurang 30 orang. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada semua peserta atas idea-idea inovasi yang telah dihasilkan menerusi
projek dan ciptaan masing-masing.
Gambar Aktiviti
Hebahan di Media Sosial

Instagram Facebook
4. PROMOSI KEJOHANAN E-SUKAN KAMPUS OLEH MEDIA PRIMA DIGITAL DI POLITEKNIK
KUALA TERENGGANU

11 APRIL 2019 – Team Perhubungan Awam Media Prima Digital bersama-sama dengan
Pegawai Perhubungan Awam PKT telah mengadakan Promosi Kejohanan E-Sukan Kampus di
sekitar kampus Politeknik Kuala Terengganu hari ini. Program Kejohanan E-Sukan Kampus ini
adalah anjuran Xpax bersama dengan My Game On, Kitamen, UNISZA dan Politeknik Kuala
Terengganu. Program ini akan diadakan pada 12-13 April 2019 bertempat di Dewan Al-Muktafi
Billah Shah, UNISZA, Terengganu. Antara permainan yang akan dipertandingkan adalah
Permainan Mobile Legends, Permainan DOTA 2, Permainan PES2019. Pemenang bagi
peringkat Zon Timur ini akan meneruskan saingan ke peringkat akhir yang dijangka akan
berlangsung di Sunway Pyramid.

13 APRIL 2019 - Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKT dan Pn. Suzana binti Mohd Ali,
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKT menyampaikan hadiah kepada pemenang
Kejohanan E-Sukan Kampus dicetuskan oleh XPAX, anjuran bersama MYGAMEON, KITAMEN,
UNISZA dan PKT bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, Terengganu. Tahniah
diucapkan kepada para pemenang.
Hebahan di Media Sosial

Facebook Instagram

Twitter

Anda mungkin juga menyukai