Anda di halaman 1dari 1

Faedah Menyimpan Wang

Amalan menyimpan wang sangat penting kepada kita.Amalan ini harus dipupuk sejak kecil kerana
melentur buluh biarlah rebungnya. Berbagai-bagai cara dapat kita lakukan untuk menyimpan wang.

Faedah utama untuk menyimpan wang adalah wang simpanan tersebut akan membantu untuk
masa akan datang . Contohnya,kita bolehlah menggunakan wang simpanan tersebut untuk membayar
pendidikan, membeli kereta dan sebagainya.Dengan berbuat begitu, kita dapat mengelakkan menjadi
seorang penghutang.

Faedah kedua untuk menyimpan wang adalah kita boleh menggunakan wang yang disimpan untuk
membeli barang keperluan kita.Contohnya,pelajar boleh membeli lebih buku latihan pada masa
persiapan peperiksaan yang penting seperti UPSR, PT3 ,SPM , dan sebagainya .Bagai orang dewasa
pula,wang simpanan tersebut amat berguna apabila gaji mereka tertangguh pada salah satu bulan .

Faedah ketiga untuk menyimpan wang adalah apabila ahli keluarga kita mengalami kekurangan
wang , wang simpanan kita boleh membantu mereka .Contohnya, sesiapa yang mengalami
kekurangan wang,wang simpanan kita boleh dipinjam untuk mereka pada masa kecemasan.Dengan
berbuat begitu, kita dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.

Faedah keempat untuk menyimpan wang adalah wang disimpan tersebut akan membantu kita jika
negara mengalami kemelesetan ekonomi . Contohnya semasa kemelesetan ekonomi ramai akan
dihentikan kerja secara tiba-tiba.Ini akan membawa keliruan dan kerisauan pada seorang.Wang
simpanan boleh mengelakkan situasi di atas dan boleh membantu seseorang pulih daripada
kebebanan kewangan.

Banyak lagi faedah menyimpan wang kerana itulah amalan ini harus dipupuk.Janganlah abaikan
amalan -amalan baik seperti amalan membawa membaca buku dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai