Anda di halaman 1dari 2

BERA 24 Mac - Penambahbaikan modul pengajaran khususnya penambahan tiga modul ba-

haru taman bimbingan kanak-kanak (tabika) Kemas di seluruh negara akan dilaksanakan
sepenuhnya pada tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada
masa ini, dua modul baharu iaitu penghayatan pendidikan Islam dan patriotik telah
dilaksanakan di kesemua 11,229 tabika Kemas seluruh negara.

“Terdapat tiga modul baharu akan dilaksanakan iaitu memperkasakan pendidikan Islam, me-
nanamkan semangat patriotik dan juga menanamkan semangat keyakinan diri dalam
kalangan anak-anak tabika Kemas.

“Pada masa ini, dua modul telah dilaksanakan manakala satu lagi modul iaitu keyakinan diri
akan siap pada Jun ini sebelum dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya dalam majlis
perjumpaan khas bersama ahli Kemas Parlimen Bera di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amirudin Ariffin.

Menurut Ismail Sabri, usaha mentransformasikan Tabika Kemas amat signifikan dalam
memberikan pendidikan prasekolah terbaik khususnya kepada masyarakat luar bandar.

Justeru, katanya, usaha mentransformasikan tabika Kemas di seluruh negara akan


dilakukan secara berterusan.

Tambahnya, selain memperkasakan modul pengajaran tabika Kemas, pihaknya juga akan
terus memperkasakan lagi kemudahan infrastruktur tabika berkenaan bergantung kepada
kewangan semasa.

Dalam pada itu, mengenai isu pemberian elaun bulanan kepada bekas kakitangan kontrak
Jabatan Kemajuan Masyarakat yang tidak menerima elaun bulanan kerana menamatkan
perkhidmatan sebelum usia 55 tahun, beliau berkata, perkara itu sedang diberi perhatian.

Katanya, beliau dan juga wakil Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) akan
bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan
perkara itu dalam waktu terdekat.

“Dalam isu ini, kita menyokong PBAKM kerana mereka adalah bekas anggota kita tetapi
semuanya akan bergantung kepada keadaan kewangan semasa,” ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/modul-baharu-tabika-kemas-
seluruh-negara-1.461431#ixzz4cdlVbpk9 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Anda mungkin juga menyukai