Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan

Gaya pembelajaran adalah satu cara bagi memudahkan seseorang untuk menerima
pelajaran yang telah dipelajari. Menurut Zubaidah Begam, gaya bermaksud cara atau stail
dan gaya pembelajaran pula bermaksud cara seseorang berinteraksi atau memberi respon
terhadap sesuatu maklumat dan memproses serta menganalisa maklumat tersebut untuk
dijadikan pengetahuannya. Menurut Rohaila Yusof, Norasmah Othman dan Faridah Karim
pula, gaya pembelajaran dimaksudkan dengan cara seseorang yang cenderung untuk
menerima dan memproses maklumat yang menunjukkan suatu perbezaan antara individu.

Beberapa kajian lepas menyatakan bahawa, pelajar dapat belajar dengan lebih
berjaya dan efektif sekiranya pelbagai model dan teknik pembelajaran yang betul
didedahkan. Menurut Sarena Abdul Karim, teknik belajar secara formal ini kurang
dititikberatkan dalam sistem pendidikan di Malaysia malah teknik atau Kemahiran belajar ini
dipelajari oleh para pelajar secara kebetulan atau melalui pengaruh rakan sebaya. Pelajar
kurang didedahkan dengan model gaya pembelajaran dan Kemahiran Belajar pada
peringkat awal persekolahan. Hal ini dapat disahkan apabila suatu kajian yang dilakukan
oleh Siti Hawa Munji terhadap pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) mengenai
kemahiran belajar para pelajar tersebut di peringkat menara gading. Melalui kajian beliau,
terbukti bahawa penggunaan Kemahiran Belajar yang berkesan juga tidak dapat dikuasai
dengan sepenuhnya oleh pelajar di UPM.

Terdapat beberapa kajian juga dibuat mengenai gaya pembelajaran, Kemahiran


Belajar dan juga masalah belajar pelajar di universiti untuk meningkatkan lagi proses dan
prestasi pembelajaran pelajar. Kecenderungan belajar pelajar dapat ditingkatkan apabila
mereka menyedari pentingnya interaksi antara elemen dalam setiap aspek Kemahiran
Belajar kerana ini dapat memudahkan pihak universiti dan para pensyarah untuk
menyediakan persekitaran dan juga kaedah mengajar yang lebih efektif.

Dalam hal ini, terdapat beberapa model gaya pembelajaran yang menunjukkan
perbezaan gaya-gaya pembelajaran tersebut iaitu Model gaya pembelajaran Dunn dan
Dunn, Model gaya pembelajaran Honey and Mumford dan Model gaya pembelajaran Kolb.
Saya telah menggunakan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dalam pembelajaran
saya.
2.0 Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn

Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn merupakan cara atau kaedah seseorang dalam
menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan
sukar.

Sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dalam sebuah
kumpulan adalah berbeza-beza mengikut seseorang individu. Perbezaan dalam diri individu
tersebut dapat dikesan melalui aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Hal
ini menyebabkan setiap pelajar mempunyai kecenderungan gaya belajar yang pelbagai dan
berbeza dari segi strategi dan juga kadar pembelajaran. Oleh itu, para pendidik sepatutnya
mengenal pasti kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar mereka semasa proses pengajaran
dan pembelajaran agar dapat membuat persediaan yang lebih awal sebelum memulakan
pengajaran.

Menurut Dunn dan Dunn, suatu kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
strategi belajar setiap individu adalah sangat berbeza dan gaya pembelajaran ini dapat
dikategorikan kepada lima kategori. Antaranya ialah persekitaran, emosional, sosiologikal,
fizikal dan psikologikal.

3.0 Justifikasi

Saya telah mengenalpasti jenis model gaya pembelajaran yang telah saya gunakan dalam
pembelajaran saya iaitu model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn. Saya amat bersetuju
dengan lima kategori yang dinyatakan dalam model gaya pembelajaran tersebut.

Kategori yang pertama ialah persekitaran di mana Dunn dan Dunn menyatakan
cahaya memberi kesan juga kepada individu yang berbeza dari segi strategi pembelajaran.
Menurut kajian beliau lagi, pelajar amat sensitif terhadap cahaya apabila melakukan
pembelajaran mereka. Menurut Siti Hawa Munji pula, segelintir pelajar memerlukan
persekitaran cahaya yang terang berbanding persekitaran cahaya yang samar kerana
keadaan sedemikian akan membuat mereka berasa letih dan mengantuk.
Walaubagaimanapun, terdapat juga pelajar yang tidak suka dengan persekitaran cahaya
yang terang kerana mereka berasa silau dan tidak selesa. Selain daripada itu, terdapat juga
pelajar yang tidak memperdulikan persekitaran cahaya mereka semasa belajar. Saya
bersetuju dengan aspek ini kerana saya memerlukan persekitaran cahaya yang terang
semasa belajar agar dapat mengelakkan diri saya daripada tertidur atau terlelap semasa
belajar terutamanya apabila saya perlu menghafal maklumat penting seperti fakta-fakta
sejarah.
Kategori yang kedua ialah emosional semasa belajar. Sikap sedemikian seharusnya
diterapkan dalam pelajaran oleh para pelajar dengan sentiasa menyiapkan tugasan atas
inisiatif sendiri. Dalam konteks ini, saya menanam sikap tanggungjawab semasa belajar di
mana saya memastikan tugasan yang diberikan disiapkan dengan sempurna dan tekun
kerana saya sedar bahawa tugasan yang sempurna menunjukkan personaliti seseorang
dalam pembelajaran mereka.

Kategori yang ketiga pula berkaitan dengan sosiologi yang terdiri daripada
rangsangan rakan sebaya. Aspek ini melibatkan pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang
melibatkan lebih daripada dua orang rakan sebaya. Melalui cara ini, lebih banyak
perbincangan dan idea dapat dikongsikan. Dalam perkara ini, saya lebih selesa dan gemar
melakukan pembelajaran saya dalam kumpulan bersama rakan-rakan sebaya saya kerana
saya boleh memperolehi lebih banyak maklumat daripada perkongsian antara rakan-rakan
saya.

Kategori yang seterusnya ialah rangsangan fizikal daripada makanan dan minuman
yang diambil. Terdapat beberapa individu yang mengambil makanan dan minuman semasa
belajar bagi mengurangkan tekanan tetapi ada juga pelajar yang tidak gemar untuk makan
kerana mereka berpendapat bahawa tindakan demikian akan membuatkan mereka kurang
fokus. Saya bersetuju dengan perkara di atas kerana saya akan mula berasa mengantuk
apabila mengambil makanan semasa belajar dan ini menyebabkan saya kurang fokus
semasa mengulang kaji atau membuat tugasan.

Kategori yang terakhir ialah melalui rangsangan psikologi. Elemen yang dapat
dikaitkan ialah analitik atau global. Pelajar analitik melakukan tugasan dan fokus terhadap
setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Pelajar global pula lebih gemar untuk
bekerjasama dalam kumpulan dan suka melakukan banyak perkara dalam satu masa. Saya
tergolong dalam pelajar global kerana saya lebih gemar melakukan kerja atau belajar
bersama rakan-rakan saya agar saya boleh mendapatkan tunjuk ajar. Saya juga seorang
yang minat untuk melakukan banyak perkara dalam masa yang sama bagi mencabar diri
saya.
Hari/Mas 0630- 0730- 1330- 1500- 1700-1930 2030- 2130- 2400-
a 0700 1230 1430 1630 2100 2330 0600
Isnin Bangun Kuliah Makan Rehat Membuat Makan Rehat Tidur
dan tugasan dan urus
Urus diri
diri
Selasa Bangun Kuliah Makan Rehat Ulang kaji Makan Rehat Tidur
dan dan urus
Urus diri
diri
Rabu Bangun Kuliah Makan Rehat Riadah Makan Membuat Tidur
dan dan urus tugasan
Urus diri
diri
Khamis Bangun Kuliah Makan Rehat Membuat Makan Ulang kaji Tidur
dan tugasan dan urus
Urus diri
diri
Jumaat Bangun Kuliah Makan Makan Membuat Tidur
Rehat
dan dan urus tugasan
Urus diri
diri
Hari/Mas 0700- 0830- 1230- 1430- 1730-1830 1930-
2130-
a 0800 1030 1330 1630 2030 0600
Sabtu Bangun Ulang Makan Rehat Riadah Makan Tidur
dan kaji dan
Urus menguru
diri s diri
Hari/Mas 0700- 0900- 1100- 1330- 1500-1730 1800- 2000- 2100-
a 0800 1030 1230 1430 1900 2030 0530
Ahad Bangun Kemas Rehat Makan Ulang kaji Makan Menyedia Tidur
dan bilik dan -kan
Urus menguru bahan
diri s diri kuliah
4.0 Jadual pembelajaran kendiri

4.1 Penerangan jadual pembelajaran kendiri

Menurut jadual di atas, saya memilih waktu petang dan waktu malam untuk mengulang kaji
dan menyiapkan tugasan saya kerana pada waktu sedemikian saya lebih dapat
menumpukan perhatian saya untuk melakukan kerja-kerja saya yang penting. Pada hari
Sabtu dan Ahad pula, saya memilih untuk mengulang kaji pada waktu pagi kerana tidak
mempunyai kuliah dan saya masi dalam keadaan segar untuk belajar semula perkara yang
telah diajar malah saya juga mempunyai masa yang lebih panjang untuk mendapatkan tidur
yang cukup.

5.0 Penutup

Kesimpulannya, Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn menunjukkan individu yang
berbeza melalui strategi atau cara mereka semasa belajar. Gaya pembelajaran yang
pelbagai memberi impak yang berlainan dalam proses belajar dan prestasi belajar
seseorang individu itu. Oleh itu, pelajar sepatutnya bijak mengenalpasti gaya pembelajaran
diri sendiri agar dapat mempertingkatkan prestasi akademik melalui kaedah belajar yang
betul dan berkesan.

Rujukan

Buku
Khalid Mohd. Nor (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur. Cahaya Pantai

(M) Sdn. Bhd.

Dunn.R & Dunn.K (1978). Teaching students through their individual learning styles. Reston,

VA ; Reston.

Yahaya, A., Ghaffar, M. N., Ramli, J., Boon, Y., & Hamid, W.Z.W. (2007). Hubungan di

antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

Walling, Donovan R. 2006. Teaching Writing to Visual, Auditory and Kinesthetic Learners.

California: Corwin Press.

Internet

Gaya Pembelajaran. (2012, February 07). Diakses pada September 19 2016, diambil dari

laman web https://scoreatips.wordpress.com/2012/02/07/gaya-pembelajaran/

Anda mungkin juga menyukai