Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN

Setiap manusia di dunia ini mempunyai matlamat yang tersendiri untuk mencapai apa
sahaja yang mereka impikan. Pelajar adalah salah satu individu yang mempunyai matlamat
dan impian yang besar dalam hidup mereka. Namun begitu, mungkin hanya tinggal impian
jika mereka masih tidak tahu cara bagaimana untuk menetapkan matlamat yang berkesan.
Sebelum kita mencapai sesuatu matlamat diri, kita haruslah tahu cara untuk mencapai
sesuatu matlamat itu.

Pertama ialah, pelajar harus menguasai kemahiran belajar. Menurut Sabri Samad 2003,
kemahiran ialah prinsip, teori umum dan kaedah tertentu yang dapat melipatgandakan
keberkesanan pelajar. Manakala, berdasarkan Modul OUM HBML 2203,2009, Kemahiran
Belajar ditafsirkan sebagai kaedah sistematik dan teratur untuk memperoleh dan
memproses maklumat. Setiap pelajar mempunyai masalah dalam kemahiran belajar
terutamanya dalam pengurusan masa. Pelajar juga harus tahu gaya pembelajaran regulasi
kendiri. Menurut Zimmerman (1989), regulasi bermaksud seseorang pelajar secara kendiri
menilai, memantau,keadaan semasa dan membuat penambahbaikkan untuk mencapai
tahap yang optima dalam pembelajaran. Ini adalah strategi pelajar dalam mencapai sasaran
yang telah ditetapkan.

Cara untuk mencapai sesuatu matlamat ialah melalui pengurusan masa yang berkesan.
Kemahiran mengurus masa merupakan cara menggunakan masa depan dengan betul.
Rahsia kejayaan seseorang pelajar yang berkemampuan tinggi adalah mempunyai
pengurusan masa yang cekap. Menurut Peter F.Drucker dalam Ambsworkz,(2005), masa
merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang dapat diurus
kecuali masa diurus. Menurut Abdul Rahman Aziz (2001), masa sesuatu yang amat
berharga dalam kehidupan manusia. Pengurusan masa juga boleh bermaksud ilmu yang
berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus, membahagi dan mengatur masa
hariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Masa merupakan sesuatu
yang sangat bernilai dan lebih bernilai dari wang ringgit. Saya sebagai seorang siswa
pendidik harus tahu bagaimana mengurus masa dengan cekap untuk mencapai matlamat
saya. Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik
dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu sama ada jadual harian dan mingguan.
Saya telah merancang jadual belajar harian dan mingguan untuk mencapai matlamat saya.

1
2.0 PERANCANGAN JADUAL BELAJAR HARIAN KENDIRI

Masa Aktiviti
05.30-06.00 am Bangun Tidur/Kemas Diri
06.00-07.00 am Sarapan pagi
07.10-07.20 am Masuk Kelas
07.30-10.30 am Sesi pembelajaran di kelas
10.30-11.00 am Rehat
11.00-1.00 pm Sesi pembelajaran di kelas
1.00-2.00 pm Makan tengahari/rehat tengahari
2.00-4.00 pm Sesi pembelajaran di kelas
4.00-6.00 pm Aktiviti Riadah
6.00-7.00 pm Rehat petang/ kemas diri/makan malam
7.00-8.00 pm Membuat kerja kursus
8.00-8.30 pm Menonton tv
8.30-11.30 pm Membuat ulangkaji matapelajaran/membuat kerja kursus
11.30 pm Tidur

Jadual harian

Sebagai seorang pelajar, kita perlulah mempunyai jadual waktu harian. Mamiliki jadual
waktu memudahkan kita membuat perancangan terhadap pelbagai aktiviti harian yang perlu
dilakukan, terutamanya terhadap aktiviti pelajaran. Kita juga perlu merancang masa yang
sesuai dan cukup untuk mengulangkaji pelajaran. Jadual ini juga dapat membantu pelajar-
pelajar menguruskan masa dengan betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan
lancar.

Saya telah membuat jadual belajar harian untuk memudahkan saya membahagikan
masa saya. Aktiviti harian saya bermula pada pukul 5.30 untuk menyiapkan diri sehingga
pukul 6.00 pagi. Dari pukul 6.00 hingga pukul 7.00 pagi saya akan pergi bersarapan kerana
sarapan dapat memberi tenaga yang mencukupi dalam melakukan aktiviti harian.
Memandangkan kuliah bermula pada pukul 7.30 pagi, saya akan masuk ke kelas sekitar
pukul 7.10 hingga pukul 7.20 iaitu 10 minit sebelum kuliah bermula. Pada pukul 7.30 pagi
hingga pukul 10.30 pagi adalah masa untuk kuliah.

2
Selepas rehat pukul 11.00, kuliah akan bermula lagi sehingga pukul 1 petang. Selepas
rehat tengahari, kuliah akan bermula lagi hingga pukul hingga pukul 4.00 petang. Semasa
pukul 4.00 hingga pukul 6.00 petang, saya akan mengikuti aktiviti riadah atau mengikuti
aktiviti yang telah dianjurkan. Selepas waktu riadah, saya akan berehat sebentar dan
mengemas diri dalam masa satu jam iaitu dari pukul 6.00 petang hingga pukul 7.00 malam.
Selepas itu, saya akan merehatkan minda dahulu dengan menonton tv selama setengah
jam sahaja. Pada pukul 8.00 hingga pukul 11.30 malam, saya akan mengulangkaji mata
pelajaran atau menyiapkan kerja kursus yang belum siap. Begitulah jadual harian saya
sepanjang minggu iaitu dari hari Isnin hingga hari jumaat. Dengan adanya jadual ini, saya
dapat membahagikan masa saya dengan belajar dan bermain.

3.0 PERANCANGAN JADUAL BELAJAR MINGGUAN KENDIRI

Masa 7:30-1300 1600-1800 1800-1900 1900-2100 2100-2200 2200-


2300
Hari 1400-1600
Isnin Waktu Riadah Rehat Buat kerja GEC1033 BIB 1014
Kuliah petang kursus GKB 1053
Selasa Waktu Riadah Rehat Buat kerja GKK 1043 BIB1024
Kuliah petang kursus GEC 1033
Rabu Waktu Riadah Rehat Buat kerja GSB 1012 BIB1034
Kuliah Petang kursus GCI 1022
Khamis Waktu Riadah Rehat Buat kerja GCI1022 BIB 1024
Kuliah Petang kursus GSB 1O12
Jumaat Waktu Riadah Rehat Buat kerja GKB 1053 BIB 1014
Kuliah petang kursus

Masa 7:00- 8:00-8:30 9:00- 12:00- 1400- 1600- 1800- 1900-2200


Hari 8:00 11:30 1400 1600 1730 1900
Sabtu Sarapan Kemas GEC1033 Rehat BIB1024 Riadah Makan Buat kerja
pagi bilik GKB1053 BIB1034 petang kursus
Ahad Sarapan Kemas GCI 1022 Rehat BIB1014 Riadah Makan GKB1053
pagi bilik GSB1012 petang BIB1024

3
Membina jadual waktu dan mengatur aktiviti peribadi dan pembelajaran secara
sistematik akan membantu saya mendisiplinkan diri. Walaupun nampak sukar, tetapi ia
adalah antara kaedah terbaik yang perlu dipatuhi untuk menggunakan masa dengan
berkesan. Seperti di dalam jadual mingguan yang telah saya buat, masa yang diperuntukkan
untuk kuliah dan pelbagai aktiviti sangat padat. Oleh itu, saya telah berusaha
membahagikan masa saya untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja kursus.

Pada waktu pagi, dari pukul 7:30 hingga pukul 1:00 petang adalah waktu untuk kuliah
pagi. Pada waktu petang pula kuliah bersambung dari pukul 2:00 hingga pukul 4:00 petang.
Saya akan menghadiri kuliah seperti yang telah ditetapkan dan berusaha untuk tidak
ponteng kerana waktu kuliah adalah waktu yang sangat penting untuk belajar sesuatu tajuk
yang baru. Pada pukul 1:00 petang hingga pukul 2:00 petang, saya mengambil keputusan
untuk berehat sebentar. Pada masa tersebut, saya berusaha membahagikan masa makan
dengan waktu tidur. Pada waktu itu juga, saya akan tidur dalam 15 minit sahaja untuk
merehatkan minda. Ini adalah cara yang berkesan untuk menyegarkan semula badan dan
minda sebelum memulakan kuliah pada pukul 2:00 hingga pukul 4:00 petang.

Selepas habis waktu kuliah, iaitu pukul 4:00 petang, saya mengambil keputusan untuk
beriadah bersama rakan-rakan ataupun mengikuti aktiviti yang dianjurkan seperti mengikuti
latihan taekwondo pada waktu petang. Ini adalah kerana beriadah adalah sangat penting
untuk kesihatan tubuh badan. Menyingkap daripada sudut perspektif lain, aktiviti riadah
pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri
seseorang. Dengan melakukan aktiviti beriadah, kita dapat mengeratkan hubungan antara
satu sama lain. Selepas waktu beriadah, saya akan berehat sebentar dari pukul 6:00 hingga
pukul 7:00 petang. Waktu itu adalah masa untuk makan petang dan mengemas diri.

Saya telah menetapka jadual belajar saya iaitu bermula pada waktu malam, iaitu dari
pukul 7:00 hingga pukul 9:00 malam iaitu untuk membuat kerja kursus yang belum siap dan
membuat kerja rumah yang diberi semasa waktu kuliah. Pada pukul 9:00 hingga pukul 10:00
malam iaitu, saya akan belajar subjek yang akan diajar pada keesokkan harinya selama 30
minit sahaja dan 30 minit lagi akan saya gunakan untuk mengulangkaji semula subjek yang
diajar pada hari tersebut. Seperti yang terdapat dalam jadual harian saya itu, saya belajar
subjek bahasa inggeris iaitu GEC 1033 malam isnin kerana subjek bahasa inggeris akan
diajar pada hari selasa.

4
Dengan menelaah tajuk itu terlebih dahulu, akan memudahkan saya memahami dengan
lebih mendalam dengan tajuk yang akan dipelajari nanti. Saya juga akan belajar tajuk-tajuk
yang saya lemah dalam subjek tersebut. Selepas itu, pada pukul 10:00 hingga pukul 11:00
malam, iaitu selama satu jam setengah untuk mengulangji matapelajaran bahasa Iban iaitu
BIB 1014 kerana tajuk itu sangat penting dan banyak tajuk yang perlu diambil perhatian.
Begitulah dengan hari yang seterusnya hingga hari khamis. Aktiviti harian adalah sama
kecuali pada waktu malam, matapelajaran yang diulangkaji tidak sama dengan hari lain.
Matapelajaran yang sangat susah difahami dan sangat penting akan mengambil masa yang
lama untuk diulangkaji.

Pada hari jumaat, jadual harian berubah sedikit kerana hari jumaat adalah masa untuk
balik kampung dan masa untuk berehat. Dengan membuat jadual waktu harian ini, saya
dapat membahagikan masa dengan sempurna. Oleh itu, perancangan jadual harian sangat
penting kerana sekiranya kita merancang jadual, kita tidak akan mengalami masalah
kekurangan masa dan terlebih masa. Ini kerana, dengan teknik, taktik, kebijaksanaan dan
komitmen yang bersungguh-sungguh , kita pasti akan mendapat pulangan yang bermanfaat.

Masa hujung minggu adalah masa yang sangat bernilai bagi setiap pelajar. Oleh itu,
untuk tidak membazirkan masa pada hujung minggu, setipa pelajar harus membuat jadual
sendiri untuk belajar. Sebagai seorang pelajar, saya telah membuat jadual hujung minggu
saya sendiri. Jadual yang saya buat adalah berbeza dengan jadual yang saya buat semasa
sekolah menengah dahulu. Berdasarkan jadual yang telah saya buat, saya telah merancang
aktiviti untuk untuk memenuhi masa yang terluang. Pada hujung minggu, saya berusaha
untuk bangun sekitar pukul 7 dan pukul 8 pagi dan masa itulah untuk saya sarapan pagi.
Pada pukul 8 hingga 8:30 pagi saya merancang untuk mengemas bilik terlebih dahulu
sebelum membuat sesuatu tugas yang lain.

Seterusnya, pada pukul 9:00 hingga pukul 11:30 pagi adalah masa untuk membuat
ulangkaji matapelajaran atau sekiranya ada kerja rumah yang perlu disiapkan, saya akan
berusaha menyiapkan kerja rumah tersebut. Seperti di dalam jadual, saya telah merancang
membuat ulangkaji untuk subjek bahasa Inggeris(GEC1033) dan subjek Kemahiran
belajar(GKB1053). Selam 2 jam setengah itu, saya merancang untuk lebih fokus kepada
subjek yang saya lemah. Hal ini supaya saya dapat menyeimbangkan subjek yang saya
pelajari. Selain itu, saya akan mencari nota kuliah untuk setiap subjek tersebut supaya dapat
memudahkan saya belajar dan belajar sesuatu tajuk yang akan dipelajari pada hari yang
seterusnya.

5
Jadual hujung minggu akan berubah sekiranya ada aktiviti yang yang dianjurkan.
Sekiranya ada aktiviti pada hujung minggu, saya akan mengulangkaji subjek tersebut pada
waktu petang iaitu pada pukul 2:30 hingga 4:00 petang. Pada pukul 4:00 hingga pukul 5:30
petang, saya akan keluar beriadah untuk merehatkan minda. Sekiranya tidak beriadah,
saya akan meluangka masa untuk menonton tv. Hal ini supaya saya dapat mengurangka
rasa tekanan semasa belajar.

Seterusnya pada pukul 7:00 malam hingga 9:00 malam, saya akan membuat kerja
kursus yang belum siap. Masa ini adalah masa yang sangat berharga bagi saya untuk
menyiapkan kerja kursus. Masa ini juga, masa saya berbincang dengan rakan-rakan
mengenai cara membuat kerja kursus dan berbincang dengan mereka tentang subjek yang
belum difahami atau susah difahami. Seterusnya pada pukul 10:00 malam saya mengambil
keputusan untuk menonton tv dan berehat.

Pada hari ahad pula, jadual saya seperti jadual hari sabtu. Walaubagaimanapun,
jadual pada hari ahad tidak tetap kerana hari ahad adalah masa untuk pergi ke pasar atau
masa untuk pergi ke gereja. Pada petang hari ahad, jadual saya seperti biasa iaitu mengikut
jadual yang telah ditetapkan, Sekiranya saya balik lewat dari pasar, saya akan
mengulangkaji subjek yang telah ditetapka pada malam hari ahad. Pada malam tersebut
juga, saya akan menyusun nota-nota kuliah untuk hari isnin. Pada pukul 7:00 hingga pukul
10:00 malam, saya akan belajar subjek bahasa Iban 1024 dan Kemahiran belajar GKB 1053
kerana subjek tersebut akan diajar pada hari isnin. Hal ini supaya saya dapat memahami
dengan lebih mendalam lagi dengan tajuk yang akan diajar keesokkan harinya.

4.0 KEPENTINGAN MERANCANG JADUAL BELAJAR

Perancangan jadual waktu adala sangat penting dalam kehidupan. Tujuan merancang
jadual waktu dibuat agar hidup kita lebih tersusun dan lebih bermakna. Dengan adanya
jadual belajar, kita akan dapat membahagikan masa untuk mengulangkaji sesuatu subjek
dengan sistematik. Jadual ini juga penting untuk melatih mendisiplinkan diri dalam menepati
masa. Kita juga dapat mempelbagaikan aktiviti yang perlu kita lakukan setiap hari.

6
Memiliki jadual waktu memudahkan kita membuat perancangan terhadap pelbagai
aktiviti harian yang perlu dilakukan, terutamanya terhadap aktiviti pelajaran. Kita perlu
merancang masa yang sesuai dan cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Kadangkala kita
sering mengutamakan mata pelajaran yang kita minati dan meninggalkan pelajaran-
pelajaran yang lain. Akibatnya, prestasi pencapaian mata pelajaran yang lain merosot.
Masalah ini tidak akan timbul jika kita mempunyai jadual waktu mengulang kaji pelajaran.
Setiap masa pelajaran adalah sama pentingnya dan perlu diulang kaji.

Selain itu, jadual waktu membolehka pelajar menilai kembali apakah yang telah mereka
lakukan seperti menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberi faedah atau
tidak. Pengurusan masa yang cekap dapat mendorong pelajar kea rah pencapaian kejayaan
yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Jadual waktu juga dapat mengelakkan
amalan bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktiviti yang lebih digemari dan
mengabaikan aktiviti lain yang berguna.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengurusan masa bukanlah mudah seperti yang kita


sangkakan. Ramai di kalangan individu terutamanya para pelajar yang mengabaikan
kepentingan penggunaan masa hingga ada yang berpendapat bahawa mereka tidak
mempunyai masa yang mencukupi dalam kehidupan harian. Oleh itu, perancangan jadual
harian kendiri dan jadual mingguan kendiri adalah sangat penting untuk mencapai sesuatu
matlamat. Saya berusaha membuat jadual saya sendiri supaya saya dapat membiasakan
diri untuk tidak membazir masa yang terluang dan dapat membahagikan masa sendiri.
Perancangan jadual ini telah membuatkan saya lebih berdikari dalam menguruskan masa.
Saya berharap, semua pelajar dapat membahagikan masa mereka untuk mencapai
matlamat yang mereka inginkan.

7
RUJUKAN

BUKU

Ahmad Subki Bin Miskon, Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010), Kemahiran Belajar : Kuala
Lumpur Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Edaris Abbu Bakri (2005), Pengurusan strategik:Utusan Publication and Distributors


Sdn.Bhd.

Sabri Ahmad (2003), Kemahiran Belajar Berkesan, Utusan Publications and Distributors
Sdn.Bhd.

INTERNET

Amira Amir (2016), Pengurusan Masa-Time Management, http://www.meirapda.blogspot.-


my/p/pengurusan-masa-time-management.html

Azi Cooldanmatang (2011), Kepentingan Jadual Waktu, http://www.scribd.com/doc/588161-


52/Kepentingan-jadual-waktu.html

Lia Liyana (2013), Pembelajaran Akses Kendiri, http://www.mydanis.blogspot.my/2013/10/-


pembelajaran-akses-kendiri.html

Victoria Wenddy, Pengurusan Masa, http://www.slideshare.net/unit4-28636824

Anda mungkin juga menyukai