Anda di halaman 1dari 12

KANDUNGAN

Biodata

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Program Pendidikan


Khas Integrasi (PPKI) Prasekolah, Rendah dan Menengah

Catatan Tugasan Harian

Catatan Perbincangan dengan Guru


Catatan Perbincangan dengan Ibu Bapa
Catatan Pemantauan

Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan


Malaysia Bil. 3 Tahun 2009: Bayaran Insentif Pembantu
Pengurusan Murid Yang Terlibat Dalam Program Pendidikan
Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
BAHAGIAN A
Nama : _________________________________
No. KP Utama : _________________________________
No. Fail JPN : _________________________________
Alamat Tetap : _________________________________
No. Telefon : _________________________________
E-mail : _________________________________

BAHAGIAN B
Tarikh Lapor Bersama : ____________________
Tarikh Lantikan : ____________________
Tarikh Sah : ____________________
Pengalaman Bekerja : ____________________________________
: ____________________________________
: ____________________________________

BAHAGIAN C
Penyakit/ Kecacatan : ____________________________________
Waris Terdekat : ________________ Telefon: ___________
: ________________ Telefon: ___________
Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Prasekolah, Rendah dan Menengah

WAKTU BEKERJA HARI PERSEKOLAHAN


Negeri Kelas Bermula Waktu Bekerja PPM
Semenanjung Malaysia 07.30 pagi 07.00 pagi – 04.00 petang
Sabah 07.10 pagi 06.40 pagi – 03.40 petang
Sarawak 07.30 pagi 07.00 pagi – 04.00 petang

WAKTU BEKERJA CUTI PERSEKOLAHAN


Negeri Waktu Bekerja PPM
Semenanjung Malaysia 07.30 pagi – 04.30 petang
08.00 pagi – 05.00 petang
08.30 pagi – 05.30 petang
Sabah 08.00 pagi – 05.00 petang
Sarawak 08.00 pagi – 05.00 petang
Perhatian: 1. PPM PPKI BERTUGAS SEPENUH MASA DI KELAS PENDIDIKAN KHAS
2. PPM PPKI BUKAN MENJALANKAN KERJA-KERJA PERKERANIAN SEKOLAH INDUK DI PEJABAT SEKOLAH.
3. Waktu bekerja bagi PPM PPKI ialah 9 JAM SEHARI TERMASUK WAKTU REHAT. Pilihan waktu bergantung pada waktu kelas bermula. PPM
PPKI perlu berada di kelas setengah jam sebelum kelas bermula.

JADUAL KERJA HARI PERSEKOLAHAN


Masa Tugas
07.00 pagi – 09.00 pagi  Menyediakan premis untuk P&P.
 Menyediakan murid untuk P&P.
 Mengurus murid sewaktu P&P.
09.00 pagi – 09.30 pagi  Menguruskan murid makan di kantin.
 Menguruskan murid selepas makan.
09.30 pagi – 12.00 tgh  Menguruskan murid sewaktu P&P.
 Menyediakan murid untuk pulang ke rumah.
12.00 tgh – 01.00 petang  Mengemas premis.
01.00 petang – 02.00 petang  Rehat
02.00 petang – 04.00 petang  Menguruskan murid sewaktu aktiviti kokurikulum.
 Perancangan untuk esok.
 Membantu guru menyediakan BBM.
 Menguruskan dokumen dan stok.
 Menguruskan dan membersihkan premis.
 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.
 Menutup semua pintu dan memadamkan semua suis sebelum meninggalkan premis.

JADUAL KERJA CUTI PERSEKOLAHAN


Masa Tugas
 Mengemas, mengurus, dan membersihkan premis.
07.30 pagi – 04.30 petang  Menguruskan projek P&P.
08.00 pagi – 05.00 petang  Membantu guru merancang aktiviti untuk penggal persekolahan yang akan datang.
08.30 pagi – 05.30 petang  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan.
 Menutup semua pintu dan memadamkan semua suis sebelum meninggalkan premis.
01.00 petang – 02.00 petang  Rehat

ETIKA PAKAIAN
PPM PPKI Prasekolah, Rendah dan Menengah perlu memakai pakaian yang sesuai dengan tugas dan tempat kerja.
Catatan Tugasan Harian
Minggu : ________ Tarikh : _______ Hari : ________
Catatan Tugasan Harian : Hal Ehwal Murid, Penyediaan Makanan, Akademik & kokurikulum, Pentadbiran,
Pengurusan Dokumen, Stok & Kewangan dan Arahan Ketua Jabatan.
Masa Laporan Tugasan Catatan/ Lokasi

Senarai Semak Rutin Harian : Pengurusan Premis Pendidikan Khas


Bilik Darjah Bilik Air Dapur/ Sudut Memasak
 Membuka Kelas  Membersihkan Singki  Membersihkan Singki
 Membersihkan Kelas  Membersihkan Mangkuk Tandas  Membersihkan Tingkap
 Membersihkan Tingkap  Membersihkan Tingkap  Membersihkan Peralatan Dapur
 Mengemop Lantai  Mengemop Lantai  Membersihkan Lantai
 Menyusun Kerusi, Meja & BBM  Menyusun Lantai  Mengemop Lantai
 Menutup & Mengunci Kelas  Menutup Dan Mengunci Tandas  Menyusun Kerusi & Meja, Peralatan Dapur
Tandakan  ke dalam  sekiranya tugasan tersebut telah disempurnakan
BIDANG TUGAS
Tugas Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Rendah dibahagikan kepada bidang-bidang berikut dan disenaraikan mengikut
keutamaan.

1. Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas

i. Memastikan murid sentiasa dalam keadaan selamat, sihat, bersih dan kemas.

a. Membantu dan membimbing murid untuk membersihkan diri pada awal pagi.
b. Membawa murid ke tandas dan menunjukkan cara menggunakan tandas kepada
murid.
c. Membantu dan membimbing murid untuk membersihkan diri selepas ke tandas.
d. Membantu dan membimbing murid untuk membeli makanan di kantin.
e. Mengajar murid adab makan yang sopan.
f. Membantu dan membimbing untuk menyuapkan makanan.
g. Membantu dan membimbing murid untuk membersihkan diri selepas makan.
h. Membantu murid merawat kecederaan ringan.
i. Menjaga murid yang sakit sementara menunggu kedatangan ibu bapa/ penjaga.
j. Menjaga murid yang pulang lewat.

ii. Menggalakkan murid hadir ke sekolah.

a. Memaklumkan kehadiran murid kepada guru kelas pada setiap hari.


b. Menghubungi Ibu bapa/ penjaga murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa
makluman awal.
c. Sebelum murid balik atau sementara menunggu Ibu bapa/ penjaga, sentiasa pesan
kepada murid supaya datang ke sekolah pada keesokan hari.
d. Bersama-sama guru semasa membuat lawatan ke rumah murid yang selalu tidak
datang ke sekolah.

iii. Memastikan murid sentiasa berasa dihargai dan disayangi.

a. Menyambut kedatangan murid pada setiap pagi dengan senyuman.


b. Melayan murid dengan penuh kasih sayang sepanjang murid berada di sekolah.
c. Mengucapkan selamat tinggal dan mengingatkan murid supaya jangan lupa datang
ke sekolah pada keesokan hari.
d. Memberikan sokongan moral kepada murid.
iv. Memastikan murid sentiasa mendapat sikap, amalan dan teladan yang baik.

a. Menjadi ‘role-model’ kepada murid dengan menunjukkan teladan yang baik yang
boleh dicontohi.
b. Bersama-sama dengan guru semasa menilai perkembangan sahsiah murid.

v. Memastikan ibu bapa/ penjaga terlibat dihubungi apabila berlaku sebarang kecemasan.

a. Menghubungi Ibu bapa/ penjaga dengan kadar segera apabila berlaku sebarang
kecemasan atas anak mereka.

2. Akademik dan Kokurikulum Pendidikan Khas.

i. Memastikan murid dapat mengikuti P&P dan aktiviti Kokurikulum dengan lancar.

a. Membantu guru mengawal disiplin murid semasa P&P dan aktiviti kokurikulum
sedang berjalan.
b. Membantu murid yang memerlukan bantuan semasa aktiviti P&P.
c. Membantu murid yang memerlukan bantuan semasa aktiviti kokurikulum.
d. Membantu murid menenangkan emosinya.
e. Membantu guru mengawasi murid apabila melakukan aktiviti di luar bilik darjah.
f. Membantu murid pendengaran memakai alat bantuan pendengaran dengan betul.
g. Membantu murid penglihatan (rabun) memakai cermin matanya/ menggunakan
kanta pembesar dengan betul.
h. Membantu murid yang cacat anggota menggunakan alat bantu mobiliti dengan
betul.
i. Membantu dan membimbing murid penglihatan dan cacat anggota untuk bergerak
dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
j. Mengawasi murid ketika ketiadaan guru.

ii. Memastikan peralatan P&P berfungsi dan mencukupi bagi semua murid.

a. Membantu guru menyediakan BBM dan lembaran kerja.


b. Membantu guru menyediakan peralatan tambahan P&P yang diperlukan.
c. Membantu guru menggunakan mesin Braille

3. Pentadbiran Pendidikan Khas.

i. Memastikan semua program yang dirancang dapat memenuhi keperluan semua murid.

a. Membantu guru merancang takwim tahunan.


b. Membantu guru merancang program semasa.
4. Pengurusan Premis Pendidikan Khas.

i. Memastikan kawasan luar dan dalam bilik darjah, dapur dan tandas dijaga dengan
bersih, kemas dan ceria.

a. Membersihkan kawasan luar dan dalam bilik darjah, dapur dan tandas sebelum
kelas bermula.
b. Mengemaskan bilik darjah, dapur dan tandas selepas digunakan.
c. Mencuci kawasan luar dan dalam bilik darjah, dapur dan tandas secara berkala
mengikut jadual/ mengikut keperluan semasa.
d. Menceriakan kawasan luar dan dalam bilik darjah, dapur dan tandas.
e. Membasuh semua langsir dan sarung sofa semasa cuti sekolah.
f. Membersihkan sawang dan sarang burung yang terdapat dalam bilik darjah, dapur
dan tandas.

ii. Memastikan peralatan dan perabot dijaga dengan baik.

a. Menjaga dan menyimpan BBM dengan elok dan kemas di tempatnya.


b. Menjaga dan menyimpan peralatan khas seperti Alat Pendengaran dan Mesin
Braille dengan kemas di tempatnya.
c. Mengemas pusat pembelajaran.
d. Melengkapkan peti pertolongan cemas.
e. Membersihkan dan mengelap semua perabot supaya bebas dari habuk.

iii. Memastikan keselamatan di dalam dan di luar bilik darjah.

a. Mengunci pintu apabila bilik berkenaan tidak digunakan.


b. Membuang semua benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya.
c. Memadamkan semua suis elektrik apabila tidak digunakan.
d. Memadamkan dapur gas dan menutup gas memasak apabila tidak digunakan.

iv. Memastikan projek P&P diuruskan.

a. Menjaga dan memelihara projek P&P seperti tanaman dan haiwan peliharaan
semasa cuti sekolah.

5. Pengurusan Dokumen Pendidikan Khas

i. Memastikan dokumen persekolahan murid lengkap dan dikemas kini.

a. Mengambil rekod kedatangan murid dari pejabat setiap pagi dan menyerahkan
kepada guru kelas untuk tindakan.
b. Memulangkan rekod kedatangan murid ke pejabat setelah dilengkapkan oleh guru
kelas.
c. Melengkapkan kandungan I-file setiap murid.
d. Menyimpan fail RPI murid dengan kemas di tempatnya.

ii. Memastikan kecapaian dokumen pengurusan PPKI.

a. Menyimpan semua dokumen pengurusan PPKI dengan sistematik supaya dapat


dicapai dengan segera apabila diperlukan.
b. Mengumpul semula semua surat jawapan dari Ibu bapa/ penjaga dan
menyimpannya dengan sistematik untuk tindakan guru.

iii. Memastikan penyebaran maklumat PPKI.

a. Membantu guru mengemas kini maklumat pada papan kenyataan kelas.


b. Membantu guru mengedarkan surat dan memo pemakluman kepada Ibu bapa/
penjaga.

6. Pengurusan stok Pendidikan Khas.

i. Memastikan bekalan bahan dan peralatan sokongan P&P sentiasa mencukupi.

a. Menyemak bekalan bahan dan peralatan sokongan P&P dari masa ke semasa.
b. Membantu guru mengemas kini maklumat dan buku stok.
c. Melaporkan bekalan yang tidak mencukupi kepada guru berkaitan untuk tindakan.

7. Pengurusan Kewangan Pendidikan Khas.

i. Memastikan semua urusan berhubung kewangan PPKI berjalan dengan lancar.

a. Membantu PT ke sekolah menguruskan dokumen berkaitan kewangan PPKI.

8. Arahan Ketua Jabatan.

i. Memastikan kelancaran imej organisasi.

a. Melaksanakan lain-lain tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari masa ke
semasa.
CATATAN PERBINCANGAN DENGAN GURU
Tarikh Isi dan Hasil Perbincangan Lokasi
CATATAN PERBINCANGAN DENGAN IBU BAPA
Tarikh Isi dan Hasil Perbincangan Lokasi
PEMANTAUAN

Tarikh Ulasan Pegawai Pemantauan

Anda mungkin juga menyukai