Anda di halaman 1dari 11

GBM 1103

KONTEKSTUAL BAHASA
MELAYU

(SYARAHAN)
NAMA : EVANA STELLA NGUI
PENSYARAH : PUAN LITAT
JABATAN : PENGAJIAN BAHASA MELAYU
APA ITU SYARAHAN?
• DIKENALI SEBAGAI PIDATO
• BIASANYA BERDASARKAN SATU-SATU TAJUK TERTENTU DAN
DIPERTANDINGKAN
• SEPERTI CERAMAH, DIGUNAKAN UNTUK MENYAMPAIKAN BUAH
FIKIRAN TENTANG SESUATU PERKARA SECARA LISAN
• ISI-ISI YANG DISAMPAIKAN HENDAKLAH JELAS DAN TEPAT AGAR
DAPAT MENERANGKAN MAKSUD YANG DIHAJATKAN
• SYARAHAN BIASANYA DIMULAKAN DENGAN MEMBERI MAKSUD
TAJUK SESUATU SYARAHAN TERSEBUT
TUJUAN SYARAHAN?
MENGINFORMASIKAN

MENGINSPIRASIKAN
TUJUAN MEYAKINKAN
SYARAHAN

MEMUJUK
CONTOH TEKS
SYARAHAN
UCAPAN ALU-
ALUAN

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, yang berbahagia Pengetua SMK


Sultan Ismail 2, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam 1 Malaysia. Pada
pagi yang cukup cerah ini, saya, Hariharan Menon, akan menyampaikan
syarahan saya kepada anda semua yang bertajuk "Budi Bahasa,Budaya
Kita".
ISI-ISI
SYARAHAN
Hadirin yang dihormati,
Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah mendengar ungkapan ' Budi
Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui maksud ungkapan ini? Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya
Kita ' ini merupakan satu kempen yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia bagi menyerapkan sikap budi bahasa
dalam kehidupan golongan masyarakat.
Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukan susah sangat. Perbuatan mudah seperti mengucapkan terima kasih
dan memberi salam juga dikira sebagai bersikap budi bahasa. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih
menganjurkan kempen ' Budi Bahasa Budaya Kita ' kerana golongan muda sekarang semakin terlibat dalam
masalah sosial dan tidak lagi menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.
Hadirin dan hadirat,
Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak manfaat. Namun, faedah yang paling utama
dengan bersikap berbudi bahasa ialah seseorang akan disukai oleh orang ramai. Jika kita selalu membantu
orang yang berada dalam kesusahan, tentulah kita akan disukai oleh banyak orang. Ketika kita sendiri
mempunyai masalah, orang lain juga akan membantu kita.
KATA-KATA PENUTUP

Konklusinya, masyarakat Malaysia sayugianya mempunyai sikap budi bahasa


dalam diri sendiri agar dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
Bagai kata pepatah, " hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang
juga. "

Sebagai mengakhiri syarahan saya, saya mohon maaf jika tersilap kata dan
terlanjur bicara.

Sekian, terima kasih.


CONTOH
SYARAHAN
TERIMA
KASIH ! :P

Anda mungkin juga menyukai