Anda di halaman 1dari 2

PUTUS HARAPAN

Sudah ku cuba menanam tebu

Belum ku tahu tumbuh daunnya

Berapa lama harus ku tunggu

Baru ku tahu manis rasanya

Mungkin kerana panasnya hari

Tanah yang subur menjadi gersang

Walau ku siram petang dan pagi

Rumpunnya tidak menjadi batang

Kiranya daku berputus asa

Tidak ku nanti sampai bertahun

Belum ku tahu apa salahnya

Benih ku semai tak juga berdaun

Baik dahulu daku tinggalkan

Kiranya hari menjelang senja

Tinggallah engkau sebagai jambangan

Semoga hidupmu bertambah jaya

Anda mungkin juga menyukai