Anda di halaman 1dari 32

BMK 3053 KETERAMPILAN MENULIS

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK:
MARAH KE TU? : STRATEGI BAHASA KEMARAHAN DALAM
HIKAYAT PAHANG

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD NURHISYAM BIN D20181082481
SHAHAMAN
SITI NURZALIKHA BINTI JAMBRI D20181082484
NUR ALIA HAFIZA BINTI ABDUL RAHIM D20181082493

NURUL NAJWA BINTI AHMAD ROSE D20181082536

HANIF IMRAN BIN AZMAN D20181084638

KUMPULAN A
SEMESTER 2 SESI 2019/2020

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABU HASSAN BIN ABDUL

Tarikh: MEI 2020


SENARAI KANDUNGAN
BI PERKARA HALAMAN
L
1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 KONSEP 1
1.2 LATAR BELAKANG 2
2.0 PERBINCANGAN 4
2.1 BAHASA KEMARAHAN DALAM KONTEKS 4
MEMBERIKAN NASIHAT
2.1.1 NASIHAT DALAM BENTUK LARANGAN 5
2.1.2 NASIHAT DALAM BENTUK SURUHAN 6
2.1.3 NASIHAT UNTUK MEMBERIKAN PELUANG 8
2.2 BAHASA KEMARAHAN MENGGUNAKAN 9
FIZIKAL
2.2.1 MEMUKUL 9
2.2.2 SERANGAN 10
2.2.3 MENGAMUK 11
2.2.4 PENGGUNAAN SENJATA 12
2.3 BAHASA KEMARAHAN DALAM KONTEKS 13
MENGANCAM
2.3.1 MEMBAHAYAKAN ATAU MENYUSAHKAN 13
2.3.2 MENGUGUT 14
2.3.3 MENGGERTAK 15
2.4 BAHASA KEMARAHAN MELIBATKAN EMOSI 16
DAN SUARA
2.4.1 BAHASA KEMARAHAN MELIBATKAN 17
EMOSI
2.4.2 BAHASA KEMARAHAN MELIBATKAN 18
SUARA
2.5 BAHASA KEMARAHAN DALAM KONTEKS 20
HERDIKAN
3.0 KESIMPULAN 24
4.0 RUJUKAN 25
5.0 LAMPIRAN 27

i
SENARAI GAMBAR

BI GAMBAR HALAMAN
L
1 Riak Wajah Kemarahan 1
2 Ilustrasi Emosi Marah 17
3 Contoh Muka Tok Kaya yang Menggambarkan ‘Marah 18
Mukanya Merah Sehari Semalam

ii
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Konsep Bahasa Kemarahan

Kemarahan adalah salah satu perasaan yang muncul apabila seseorang individu itu
berasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Kemarahan boleh terjadi daripada
sedikit keresahan hingga menjadi ganas dan tidak terkawal. Secara amnya, perasaan
marah boleh diterima masyarakat, tetapi bukanlah kemarahan yang melampau dan
berlebih-lebihan. Kemarahan yang tidak dapat dikawal boleh membawa keburukan
dan merosakkan diri sendiri serta orang lain.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, marah dapat didefinisikan


sebagai berasa panas hati kerana ditipu (dihina dan lain-lain lagi), perasaan panas
hati, berang, gusar dan murka. Kemarahan biasanya akan diiringi dengan perubahan
fisiologi dan biologi seperti muka menjadi merah, anggota badan menggeletar,
degupan jantung menjadi kencang, berlakunya perubahan hormon tenaga dan
tingkah laku serta pertuturan yang bercelaru. Tingkah laku di luar jangkaan seperti
memaki hamun, mengutuk, mendera dan berdendam juga boleh berlaku disebabkan
oleh kemarahan. Kemarahan dalam diri seseorang boleh tercetus disebabkan oleh
kebimbangan atau konflik berkenaan dengan hal peribadi. Kenangan dan peristiwa
traumatik atau dendam juga merupakan antara sebab yang boleh mencetuskan
kemarahan.

Gambar 1: Riak wajah kemarahan.

1
1.2 Latar Belakang Hikayat Pahang

Naskhah ini berbentuk buku, berkulit keras dan ditaip dalam tulisan rumi. Buku ini
berukuran 9" X 11" dan mengandungi sebanyak 217 halaman. Penulis atau
penyalinnya tidak diketahui kerana tiada dinyatakan di dalamnya, cuma
mencatatkan di akhir cerita, "telah selesai fakir mengarangkan hikayat ini, iaitu
peranakan Pahang". Ini mungkin dapat menjelaskan kepada kita bahawa hikayat ini
telah ditulis atau dikarang oleh seorang anak Pahang. Namun, namanya dan
penjelasan lanjut mengenainya tidak pula diberikan. Dia hanya memanggil dirinya
"fakir " peranakan Pahang. Ini bersesuaian sekali dengan tradisi penulis-penulis dan
pengarang-pengarang zaman dahulu yang tidak suka menyebutkan namanya, dan
hanya membahasakan dirinya sebagai "fakir " atau hamba sahaja.

Naskhah ini, yang dipanggil naskhah B, telah dijilid oleh A.Savarimuthu


pada 5 haribulan Julai, 1963, dan telah disemak pula oleh K. Rasiah pada 12
haribulan Julai, 1963 itu juga. Terdapat sedikit tambahan pada naskhah ini, iaitu di
halaman yang pertama tercatat nama-nama Bendahara Pahang, daripada Bendahara
yang pertama, iaitu Bcndahara Tahir hinggalah kepada Bendahara yang keempat,
Bendahara Ali, di zaman mana cerita ini bermula. Bendahara Ali telah memerintah
Pahang dari zaman cerita ini bermula yang mana memerintah Pahang dari tahun
1806 hingga tahun 1847. Di samping itu, disebutkan juga nama-nama putera dan
puteri Bendahara-bendahara tersebut.

Walau bagaimanapun, naskhah ini telah menamatkan ceritanya lebih awal


daripada naskhah A, iaitu ia berakhir dengan cerita kepulangan Sultan Ahmad dari
Johor setelah menerima bintang K.C.M.G. daripada baginda Queen. Tarikh akhir
yang disebutkan dalam naskhah ini adalah 1302 bersamaan dengan 1883 Masihi,
iaitu pertabalan Sultan Ahmad sebagai Sultan Pahang. Oleh yang demikian,
bolehlah dikatakan bahawa naskhah ini telah ditulis lebih awal daripada naskhah A.
Jadi, apakah mungkin naskhah ini yang dimaksudkan oleh Linchan apabila beliau
menyatakan bahawa Hikayat Pahang itu adalah merupakan "A typed documen t of
over 200 sheets, " yang telah ditulis dalam tahun 1910.

Penulisannya tidak diketahui. Tetapi menurutnya, 50 halaman pertama


naskhah ini telah hilang, iaitu naskhah yang disimpan oleh Tengku Besar Pahang.

2
Bagaimanapun, menurutnya lagi, Dr. R.O.Winstedt memiliki versi lengkap cerita
ini. Jadi, mungkinkah naskhah B ini adalah naskhah yang dimiliki oleh Dr.Winstedt
itu, kerana naskhah ini lengkap, tidak terdapat satu muka surat pun yang hilang. Ini
tidaklah mustahil, kerana mungkin penjilid naskhah ini telah mendapatkan versi
lengkap ini daripada Winstedt sendiri atau daripada punca-punca yang lain.
Sayangnya, tidak ada keterangan lanjut yang dapat menjelaskan hal ini. Dalam
kajian ini, perbandingan yang dibuat sangatlah terbatas sekali, kerana hanya dua
buah naskhah sahaja yang dapat digunakan.

Walau bagaimanapun, pada dasarnya, kedua-dua teks ini tidak terdapat


perbezaan yang besar dari segi isinya, hanya terdapat perbezaan yang kecil di sana
sini yang bukanlah pula tidak signifikan. Perbezaan ini terletak pada kepanjangan
ayat dan kepanjangan cerita, yang bukanlah pula tidak membawa apa-apa makna
pada jalan cerita. Perbezaan ini bolehlah dikatakan sebagai tokok tambah dan
pengurangan dari penulis atau penyalin itu sendiri, seperti mana yang lazimnya
terdapat pada karya-karya kesusasteraan Melayu lama yang lainnya, kerana seorang
penyalin itu adalah juga seorang pengarang.

3
2.0 PERBINCANGAN

2.1 Bahasa Kemarahan dalam Konteks Memberikan Nasihat

Kemarahan merupakan naluri yang dimiliki oleh setiap manusia. Emosi marah ini
akan memberikan kesan yang buruk sekiranya keterlaluan dan tidak dikawal. Di
samping itu, seseorang itu akan menunjukkan emosi marah dalam pelbagai bentuk
sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Lazimnya, kemarahan
ditunjukkan dengan cara kekerasan iaitu menggunakan fizikal, menggunakan teknik
mengancam, melibatkan suara dan emosi serta menggunakan bahasa herdik atau
tempelak. Sehubungan dengan itu, kesemua strategi bahasa kemarahan ini akan
menimbulkan kesan mendalam kepada pihak lawan seperti menyakitkan hati dan
semestinya akan menyebabkan pertelingkahan antara satu sama lain.

Namun begitu, tidak dilupakan bahawa bahasa kemarahan ini juga wujud
dalam konteks memberikan nasihat. Hal ini dikatakan demikian kerana emosi marah
bukan sahaja dapat dilihat dari sudut negatif tetapi juga dapat ditunjukkan dalam
perspektif yang positif seperti untuk tujuan memberikan nasihat ini. Sementara itu,
kadangkala bahasa marah dengan menggunakan teknik nasihat ini lebih berkesan
yang mana mampu memberikan motivasi kepada seseorang. Tambahan lagi, teknik
nasihat ini tentunya menggunakan bahasa yang halus dan kadangkala berkias yang
boleh mengelakkan pertelingkahan berlaku. Buktinya, kesantunan diinterpretasikan
oleh Lakoff (1975) sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi. Malah, Fraser dan Nolen (1981) turut berpendapat bahawa kesantunan
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai
usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang
konflik.

Di samping itu, sebagai manusia, kita memang digalakkan saling menasihati


antara satu sama lain. Sanat (2000) berpendapat bahawa konsep kesantunan yang
paling luas adalah kesantunan yang berpandukan kepada amar ma’ruf nahi mungkar.
Konsep ini bukan hanya semata-mata menjaga air muka sahaja tetapi tujuan
utamanya adalah menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan
keburukan. Hal ini demikian juga bertepatan dengan konsep nasihat itu sendiri iaitu,

4
ajaran atau petunjuk yang baik dan memberikan peringatan. (Kamus Bahasa
Melayu).

2.1.1 Nasihat dalam Bentuk Larangan

Stategi bahasa kemarahan nasihat dalam bentuk larangan ini semestinya


menggunakan ayat larangan. Ayat larangan ini membawa maksud ayat yang
digunakan untuk melarang atau menegah pendengar daripada melakukan sesuatu.
Kebiasaannya, kata larangan yang digunakan seperti jangan dan usah. Secara tidak
langsung, strategi nasihat yang dilakukan secara larangan ini dapat mengawal
seseorang daripada melakukan kemungkaran dan perkara yang memudaratkan.
Lebih-lebih lagi, pendekatan ini bertujuan untuk mengubah sikap negatif seseorang
menjadi positif.

“ (Kerana itu) Kemudian tersebutlah kisah dua orang hulu balang, Tok
Tangguk Bingkal Tembaga dan Tok Parit. Keduanya mengadap Datuk
Bendahara (Seri Maharaja) memohon hendak pergi merompak ke laut. Maka
jawabnya, “Jangan engkau pergi.” Kemudian daripada itu ia memohon
juga kerana sesak. Maka raja pun diam (tiada menjawab). Di dalam hal itu ia
pun kembalilah ke rumah berfikir-fikir.” ( Muka surat 3 ).

Berdasarkan petikan di atas, “Jangan engkau pergi.” merupakan ayat


larangan yang mana Datuk Bendahara menasihati Tok Tangguk Bingkal Tembaga
dan Tok Parit agar tidak pergi merompak. Hal ini demikian kerana merompak
merupakan satu kesalahan merampas hak orang lain yang boleh mendatangkan dosa
jika melakukannya.

“Akan halnya tidak sekali-kali fitnah itu, hanyalah aniaya Engku Syed dan
Engku Temenggung sahaja, dikatakan hendak mengambil kerajaan Pahang;
sebab itulah sangat-sangat murkanya. Seri Paduka ayahanda sudah tua,
dinasihatkan kepada paduka anakandanya Engku Muda jangan bercerai
adik beradik, bermuafaatlah baik-baik, “Ambil Ahmad ini, bela, suruh apa-
apa yang patut. Jadikan pegawai di bawah anakanda”, bersabda sendiri dan
menyuruh orang besar-besar memberi nasihat pada Engku Muda itu. Tiada

5
terpakai nasihat itu kerana dia yakin akan persembahan Engku Syed dan
Engku Temenggung.” (Muka surat 8 ).

Berdasarkan petikan di atas, Seri Paduka ayahanda menasihati anakandanya


supaya menjaga hubungan adik-beradik. Baginda melarang anakandanya bergaduh
antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana, pertalian darah antara adik beradik
tidak akan putus dan perlu sentiasa berkasih sayang serta bermuafakat sesama
mereka.

“Maka Maharaja pun (sampai) dengan Tuan Gabenor. (Maka) dukacitalah


melihat kapal yang demikian. Maka bena (bendunglah) tangis ratap anak
laki-laki dan perempuan orang-orang Teluk Belanga sekaliannya. Setengah
(ber)bilang-bilang kepada rajanya, “Janganlah tuanku berniat lagi
menderhaka kepada paduka ayahanda yang di Pahang itu. Pangkatnya
(lebih), tuahnya (tinggi), hingga inilah kita dipertakdirkan. Qadak Allah
Taala zahirlah daulatnya.” Maka Maharaja pun tafakurlah, sugul masyhgul.
Demikianlah akhirnya.” (Muka surat 58).

Berdasarkan petikan di atas, Maharaja dinasihati supaya tidak menderhaka


kepada ayahandanya. Seperti kita tahu, ibu bapa merupakan insan yang telah
melahirkan kita ke dunia ini dan membesarkan kita dengan sepenuh kasih sayang.
Oleh itu, sebagai anak, kita mestilah menghormati mereka dan tidak boleh bersikap
kasar terhadap orang tua kita. Tambahan lagi, ayahanda Maharaja tersebut memiliki
daulat yang mana kedudukannya lebih tinggi. Orang bawahannya tidak boleh
menderhaka dan melawan perintah baginda.

2.1.2 Nasihat dalam Bentuk Suruhan

Suruhan ini merupakan suatu perintah. Jadi, ayat suruhan adalah ayat yang
diucapkan untuk menyuruh atau memberikan arahan agar orang yang mendengar
atau yang ditujukan pertuturan itu melakukan sesuatu. Sehubungan dengan itu,
teknik nasihat dalam bentuk suruhan ini merupakan stategi bahasa kemarahan secara
langsung dan bersifat tegas. Dalam konteks ini, kaedah suruhan ini memastikan
individu yang dimarahi bertindak terhadap arahan yang diberikan bagi mengubah
tingkah laku yang tidak diingini secara terus.

6
“Akan halnya tidak sekali-kali fitnah itu, hanyalah aniaya Engku Syed dan
Engku Temenggung sahaja, dikatakan hendak mengambil kerajaan Pahang;
sebab itulah sangat-sangat murkanya. Seri Paduka ayahanda sudah tua,
dinasihatkan kepada paduka anakandanya Engku Muda jangan bercerai adik
beradik, bermuafaatlah baik-baik, “Ambil Ahmad ini, bela, suruh apa-apa
yang patut. Jadikan pegawai di bawah anakanda”, bersabda sendiri dan
menyuruh orang besar-besar memberi nasihat pada Engku Muda itu. Tiada
terpakai nasihat itu kerana dia yakin akan persembahan Engku Syed dan
Engku Temenggung.” (Muka surat 8 ).

Berdasarkan petikan di atas, Seri Paduka meminta Engku Muda mendidik


Ahmad dan menjadikannya pegawai. Perkara ini demikian menunjukkan bahawa
Seri Paduka mempercayai kebolehan yang ada pada Ahmad. Oleh yang demikian,
baginda menasihati Engku Muda memberikan jawatan kepada Ahmad dalam
pentadbiran untuk kebaikan kerajaan.

“Kemudian daripada itu, Sultan Ali dan Tengku Abdul Jalil pun
bermesyuaratlah. “Fikiran sahaya patutlah Encik Engku Ahmad berlayar
ke Terengganu, tiada kebajikan duduk di sini dan baiklah (boleh kita)
minta pertolongan kepada Baginda Omar di Terengganu.” (Muka surat
10).

Berdasarkan petikan di atas, kaedah suruhan digunakan apabila terdapatnya


masalah yang timbul dan mahu mendapatkan sesuatu pertolongan. Misalnya, Sultan
Ali meminta Engku Ahmad pergi ke Terengganu untuk mendapatkan pertolongan
demi kebaikannya. Sememangnya, dengan tindakan ini, dapat menyelesaikan
masalah yang wujud dan menjadikan seseorang itu berani menghadapi ujian.
Tambahan lagi, sikap ego juga dapat dibuang bagi mendapatkan pertolongan orang
lain.

“Maka dikatanya orang Kemaman. Maka dicampakkannya galahnya,


katanya, “Lari kita, perahu ini (ia tiada mahu mudik) dipegang (oleh)
hantu air. Perahu orang (sudah) habis mudik,” Ia pun (terjunlah lalu) lari,
dan Engku Panglima Besar dan Tengku Ismail dan sekalian (nya) orang
undur malam itu juga, berjalan darat (akan) ke Ganchung. Yang Mulia Datuk

7
Bendahara Siwa Raja Ahmad pun masuklah di dalam kota, bersemayam di
istana dengan sekalian Menteri hulubalangnya.” (Muka surat 14).

Berdasarkan petikan di atas, hulubalang meminta kesemua yang ada di


dalam perahu melompat keluar. Hal ini demikian bagi menjamin keselamatan
semua. Lebih-lebih lagi, keadaan pada ketika itu sangat bahaya yang mana mereka
diganggu oleh hantu air. Situasi ini menjadi petanda yang buruk dan memerlukan
mereka mendengar suruhan tersebut dan kembali pulang dengan selamat.

2.1.3 Nasihat untuk Memberikan Peluang

Seperti kita tahu, seseorang itu memberikan nasihat kepada kita adalah bertujuan
untuk memberikan peluang kepada kita supaya berubah menjadi orang yang lebih
baik dan berusaha memperbaiki kesilapan. Tambahan lagi, kita perlu menerima
segala nasihat demi kebaikan diri kita sendiri. Misalnya, dalam situasi di sekolah,
guru memarahi pelajar yang nakal agar mereka sedar perbuatan salah mereka.
Kemudian, pelajar nakal diberikan kaunseling supaya mereka mempunyai peluang
untuk berubah.

“Habis semua perahu yang ketujuh itu lekat semuanya dan Datuk Tangguk
pun berjalan ke Haluan dan ke belakang bertanya kepada segala perompak
itu, “Hendak (kah) hidupkah engkau atau hendak mati?” Maka jawab
segala perompak itu, “Hendak hidup Datuk dan minta ampunlah Datuk dan
Datuk ambillah segala harta sahaya ini.” (Muka surat 3).

Berdasarkan petikan di atas, Datuk Tangguk memberikan peluang kepada


perompak tersebut untuk meminta ampun. Sekiranya Datuk mengikut perasaan
marah yang membuak, pastinya beliau akan membunuh terus perompak tersebut
tanpa belas kasihan. Namun, Datuk menggunakan kaedah nasihat dengan
memberikan peluang dan mengenepikan perasaan marahnya.

“Tolong Latuk, jangan bunuhlah saya. Ikut Latuklah.” Maka jawab


sekalian, “Baiklah.” Tiadalah dirampas, diampunkanlah sekalian cina-
cina.” (Muka surat 46).

8
Berdasarkan petikan di atas, Datuk turut memberikan peluang kepada orang
cina yang telah melakukan kesalahan dengan melepaskan mereka tanpa dibunuh.
Tindakan ini dilakukan bagi mengelakkan pergaduhan besar terjadi.

“Tiada diberi masuk kubu jika tuan berkelahi.” Maka sekalian musuh
pun langsunglah lari mudik ke atas jeram. Keesokannya, Panglima Garang
Yusuf dan tuan-tuan ketiga itu pun mudiklah ke kampung Penghulu Raja,
langsunglah tuan-tuan dan Panglima Garang Yusuf menurut sampai ke atas
jeram, berjumpa dengan Encik Wan Ahmad. Maka katanya, “Sekalian
musuh itu sudah lari ke Lebir, Ulu Kelantan.” Panglima Garang Yusuf dan
tuan-tuan baliklah hilir langsung ke Kuala Tembeling.” (Muka surat 134).

Berdasarkan petikan di atas, kaedah nasihat digunakan apabila ada unsur


memberikan peluang. Peluang diberikan supaya tidak berlakunya pertelingkahan
kerana keadaan kucar-kacir akan mengancam keselamatan. Tambahan pula, kubu
merupakan tempat perlindungan yang perlu dijaga dengan ketat supaya tidak
diserang.

2.2 Bahasa Kemarahan Menggunakan Fizikal

Bahasa kemarahan merupakan salah satu daripada strategi bahasa emotif yang
bersifat negatif yang akan memberi kesan kepada diri serta orang sekeliling kita.
Kemarahan juga merupakan satu bentuk emosi yang boleh berubah dan disalurkan
dalam bentuk fizikal atau perbuatan. Menurut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi
Kedua (2015), fizikal bermaksud tentang badan (yang berlawanan dengan moral
atau rohani). Maka, bahasa kemarahan menggunakan fizikal bermaksud perasaan
yang berbentuk negatif seperti panas hati, berang, gusar, murka dan sebagainya yang
menyebabkan seseorang mengambil keputusan melepaskan perasaan tersebut dalam
bentuk fizikal atau perbuatan. Dalam kajian ini, bahasa kemarahan menggunakan
fizikal hanya membincangkan keadaan memukul, serangan, mengamuk dan
penggunaan senjata.

2.2.1 Memukul

9
Memukul bermaksud mengenakan sesuatu yang keras atau berat dengan kuat,
memalu, membalun, menempa, mengetuk, meninju, menokok, menumbuk, dan lain-
lain (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016). Perbuatan memukul merupakan tindakan
yang menggunakan anggota badan seperti tangan, kaki dan sebagainya untuk
mencederakan mangsa. Kadang kala, perbuatan memukul juga boleh berlaku apabila
seseorang menggunakan senjata seperti kayu, batu, dan sebagainya untuk melakukan
perbuatan memukul. Berdasarkan karya yang dikaji iaitu Hikayat Pahang, terdapat
beberapa contoh yang dapat dikaitkan dengan strategi bahasa kemarahan
menggunakan fizikal dengan perbuatan memukul.

“Tok Husin itu sangatlah baik dan berani, dipukul(nya) musuh sekeliling
hingga tiada dapat orang di sebelah hilir hendak membantu. Hairanlah orang
mendengarnya, belum pernah lagi(lah) begini keras perbuatan orang Jelai.
Gentarlah (sekalian) hati-hati orang di dalam kubu itu.” (Muka surat 29).

Berdasarkan contoh petikan tersebut, kita dapat melihat strategi bahasa


kemarahan menggunakan fizikal yang menunjukkan perbuatan memukul. Petikan
tersebut menerangkan Tok Husin merupakan orang yang baik dan berani
memandangkan pukulannya menyebabkan musuhnya tidak dapat berbuat apa-apa
apabila salah seorang daripada telah dipukul oleh Tok Husin. Petikan tersebut
menerangkan bahawa perbuatannya begitu menakutkan bagi seorang penduduk
Jelai.

2.2.2 Serangan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016), serangan membawa maksud


perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dan lain-lain). Apabila
seseorang tidak dapat menahan kemarahan, individu tersebut berkemungkinan
menggunakan keadaan fizikalnya untuk menyerang mangsa. Serangan yang sering
digunakan adalah dalam pelbagai bentuk semata-mata untuk melempiaskan perasaan
marahnya dengan mencederakan mangsa. A. P. V. Rogers (1996) menyatakan
mengikut Undang-Undang Peperangan, serangan bermaksud tindakan kekerasan
terhadap pihak lawan, sama ada dalam keadaan menyerang atau pertahanan.
Berdasarkan karya Hikayat Pahang, perbuatan serangan dapat dilihat dengan jelas

10
dalam bahasa kemarahan menggunakan fizikal. Berikut merupakan contoh petikan
tersebut:

“Maka di dalam hal itu, angkatan dari Pahang pun datanglah melanggar.
Empat puluh haluan perahu; setengahnya berjalan darat. Kepala yang besar
datang itu Panglima Mansu Kota Berjalan dan Panglima Kiri Buruk dan
Encik Embok, Encik Nit dan Cik Uda, dan Datuk Syahbandar dan Encik
Lambak dan lain-lain hulubalang; cukuplah laut darat. Maka dipukulnyalah
dengan keras, tiadalah boleh diperikan bunyi meriam laut darat. Maka Kuala
Endau pun ditutupnya dengan perahu, tiada boleh keluar masuk.” (Muka
surat 22 dan 23).

Dalam petikan tersebut, kita dapat melihat strategi bahasa kemarahan


menggunakan fizikal yang merujuk kepada serangan. Perkataan ‘melanggar’
merujuk kepada ‘serang’ manakala frasa ‘dipukulnyalah dengan keras’ merujuk
keadaan ‘serangan’ yang dilakukan oleh Panglima Mansu Kota Berjalan, Panglima
Kiri Buruk, Encik Embok, Encik Nik, Cik Uda, Datuk Syahbandar, Encik Lambak
dan hulubalang-hulubalang yang lain terhadap Kuala Endau. Perbuatan serangan
tersebut menunjukkan keadaan mereka yang melakukan tindakan tersebut dalam
keadaan marah sehingga mereka bertindak untuk menyerang Kuala Endau dengan
menggunakan senjata seperti meriam laut darat.

2.2.3 Mengamuk

Definisi bagi ‘mengamuk’ membawa maksud menyerang dengan membabi buta


(kerana sangat marah, gelap mata, dan lain-lain) dan membunuh atau mencederakan
sesiapa saja yang ditemui (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2016). Perbuatan
mengamuk merupakan kesan apabila seseorang bertindak secara ganas atau agresif
tanpa mempedulikan keadaan diri dan orang sekeliling. Menurut HM. Nasruddin
Anshoriy (2008) mengamuk (sastraghma) merupakan perbuatan orang yang sedang
bingung dan putus asa kerana tidak dapat menjawab sesuatu persoalan sehingga
fikirannya menjadi buntu dan hilang kesedaran. Perbuatan ini menimbulkan
kepanikan bahkan pembunuhan. Berdasarkan karya Hikayat Pahang, terdapat contoh

11
petikan yang menunjukkan bahasa kemarahan menggunakan fizikal yang merujuk
keadaan mengamuk. Berikut merupakan contoh petikan tersebut:

“Maka berangkatlah mengikut pandu yang pandai berjalan menuju ke Ulu


Parit, niatnya apakala sampai ke Parit terus menyeberang mengamuk kota
serta dibakar dengan api sekali.” (Muka surat 22).

Dalam petikan tersebut, kita dapat melihat strategi bahasa kemarahan


menggunakan fizikal yang merujuk keadaan mengamuk. Panglima Perang Wan
Muhammad, Encik Komeng Imam Perang, Encik Endut Panglima Raja, Bahaman
Panglima Kakap, Encik Talib Panglima Laut, Panglima Tunggal, Panglima Dalam,
Panglima Muda dan Panglima Hitam membuat perancangan apabila tiba di Ulu
Parit, mereka akan mengamuk dan membakar kota. Perbuatan membakar kota
tersebut merujuk kepada perbuatan ‘mengamuk’ yang dianggap sebagai perlakuan
yang ganas atau agresif.

2.2.4 Penggunaan Senjata

Kamus Dewan Edisi Keempat (2016) mendefinisikan senjata sebagai alat yang
digunakan untuk berperang atau berkelahi (keris, lembing, senapang, dan lain-
lain).Penggunaan senjata merupakan satu keadaan dimana seseorang yang dalam
keadaan marah bertindak untuk menggunakan senjata untuk menyerang dan
mencederakan mangsa. Menurut Weagel (1984) dalam Senjata Api dan Penanganan
Tindak Kriminal (2014), penggunaan senjata hanya untuk peristiwa yang memakai
kekerasan secara paksa atau untuk situasi yang menyertakan pertahanan hidup dan
mati. Seseorang yang sedang marah yang bertindak untuk menggunakan senjata
kebanyakannya berniat untuk mencedera atau membunuh mangsanya supaya tidak
lagi timbul perasaan marah. Terdapat contoh petikan yang dapat menggambarkan
strategi bahasa kemarahan menggunakan senjata yang merujuk kepada penggunaan
senjata. Berikut merupakan contoh tersebut:

“Maka jawab Datuk Bendahara Siwa Raja Ahmad, “Tidak sekali-kali saya
mahu memberi kepada Encik Abu Bakar ini. Ditunjukkan dengan kadam
kiri, tiada kena-mengena dengan saya pemberian Datuk Bendahara Tun
Tahir. Ini negeri saya ambil dengan ubat peluru. Saya punya abang itu sudah

12
kalah dan Encik Wan Abu Bakar, itu semua yang ada ini, meninggalkan
Pahang dengan lari. Di mana ia kuasa lagi di Pahang? Jikalau tiada puas hati,
boleh perang lagi dengan saya, tetapi jangan masuk dengan pihak
Government Inggeris (itu). Tiadalah (daya) upaya saya, tidaklah saya
mencita-cita akan berlawan dengan Inggeris.” (Muka surat 60).

Berdasarkan petikan tersebut, kita dapat melihat strategi bahasa kemarahan


menggunakan fizikal yang merujuk kepada penggunaan senjata. Dalam petikan
tersebut, Datuk Bendahara Siwa Raja Ahmad berasa marah dan tidak ingin memberi
Sungai Endau kepada Maharaja Johor iaitu Encik Abu Bakar memandangkan Datuk
Bendahara Siwa mendapat Sungai Endau melalui peperangan. Beliau mendapat
kawasan tersebut dengan ‘ubat peluru’ yang merujuk kepada penggunaan senjata
seperti meriam, senapang, pistol dan sebagainya. Kebiasaannya, penggunaan senjata
seperti meriam, senapang dan sebagainya dalam sesuatu situasi sering digunakan
dalam peperangan.

2.3 Bahasa Kemarahan dalam Konteks Mengancam


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mengancam bermaksud menakut-
nakutkan dengan mengadakan sesuatu yang dapat membahayakan atau menyusahkan,
mengugut dan menggertak. Pengkaji mendapati terdapat penggunaan bahasa kemarahan
dalam konteks mengancam di dalam hikayat yang dikaji. Mengancam bukan sahaja
dalam bentuk perkataan tetap dapat dilihat dalam bentuk gerak badan atau
menggunakan bahasa badan untuk meluahkan atau menyatakan ancaman kepada sesiapa
sahaja. Kemarahan dalam bentuk mengancam sering digunakan bagi menakut-nakutkan
orang lain dalam melakukan kejahatan terutama ketika marah kepada orang lain dan
juga membawa maksud yang berunsurkan negatif. Bahasa kemarahan mengancam
kebanyakan digunakan terutama di dalam karya yang berbentuk peperangan kerana
penggunaannya lebih membantu para pembaca yang cuba untuk menghayati pembacaan
mereka. Mengancam terbahagi kepada empat iaitu membahayakan atau menyusahkan,
mengugut dan menggertak.

2.3.1 Membahayakan atau Menyusahkan

13
Bahaya membawa maksud sesuatu yang dapat mendatangkan bencana dan
menyusahkan pula membawa maksud menyebabkan sesuatu menjadi susah (Kamus
Dewan Edisi Keempat 2016). Bahaya merupakan perkara yang membawa keburukan
terutama kepada sesuatu yang boleh mendatang bencana dan boleh menyusahkan orang
lain dalam situasi tertentu. Situasi ini kebanyakan melibatkan aktiviti fizikal yang boleh
memudaratkan dan membahayakan orang lain ataupun diri sendiri. Oleh hal yang
demikian, terdapat beberapa situasi yang membahayakan di dalam hikayat yang dikaji
oleh pengkaji.

“ mudiklah melanggar ke Ganchung dan orang-orang di Ganchung dahulu satu


hari sudah undur (nya), kerana putera-putera raja yang perempuan sangatlah
takut (nya).” ( Muka surat 4).

“ Dan anak-anak Selangor akan menyerang Pangkalan batu dan patik itu sudah
menghadap tuan patik dan sampai surat Tuan Gabenorn minta balik jalan Kelang
kerana Hendak menerima ringgit kepada raja asal $30,000.” (Muka surat 73).

“Panglima perang kiri dekat hendak berjalan diambil satu dibedil yang bernama
Jala Rambang dipikulnya, suruh orang mencucuh. Maka kata orang “ jangan
Datuk cucuh”. Maka kata dia “ Engkau belum tahu. Bukankan bumi alam mini.”
(Muka surat 18).

Berdasarkan contoh petikan tersebut, terdapat beberapa perkataan yang


membawa bahaya kepada orang lain dan dapat mengancam nyawa. Strategi bahasa
kemarahan mengancam dalam bentuk perbuatan seperti melanggar, menyerang dan
mencucuh. Perbuatan ini dapat mengundang bahaya dan menyusahkan kepada orang
lain serta berlaku kemusnahan di sekeliling.

2.3.2 Mengugut

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mengugut membawa maksud menakut-
nakutkan dengan menyatakan akan melakukan sesuatu yang tidak baik. Apabila
sesorang tidak dapat menahan rasa marah dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu
perkara, mereka akan mula menggunakan ugutan untuk mendapatkan sesuatu atau
melepaskan kemarahan dengan cara tersebut. Hal ini demikian dapat mengancam dan

14
akan memberikan perasaan takut kepada orang yang diugut dan dapat mengancam
terutama ketenteraman seseorang.

“Hai sekalian orang-orang Pahang, (tinggallah) baik-baik. Nanti selagi ada


umur Ahmad ini, sesekali- kali tiada boleh senang Pahang, bersarang
tupai (di) atas kepala.” (Muka surat 54).

Dalam petikan tersebut kita dapat melihat strategi bahasa kemarahan


menggunakan ugutan terhadap orang lain iaitu, “sesekali-kali tiada senang Pahang.”
Menyatakan bahawa ini adalah seakan-akan mengugut orang Pahang dengan menghasut
jika Ahmad masih lagi di Pahang maka negeri itu akan dilanda bencana buruk.
Penggunaan kemarahan dalam bentuk ugutan dapat mengancam kesenangan orang lain.
Hal ini demikian kerana ugutan tidak memberikan keselesaan kepada orang lain dan
boleh mewujudkan peperangan antara orang Pahang serta akan mengancam nyawa
orang lain.

2.3.3 Menggertak

Menggertak adalah menakut-nakutkan dengan suara keras dengan ancaman (Kamus


Besar Bahasa Indonesia). Menggertak dengan menggunakan suara yang kuat dan boleh
menakutkan orang lain serta telah mengancam keselamatan orang lain. Perasaan marah
mengancam dengan menggertak sering digunakan terutama dalam peperangan terutama
seperti hikayat yang dikaji oleh pengkaji.

“Ada sejurus datanglah gembiranya Datuk Tangguk dan Datuk Parit, habis
putus rantai; bergoncang perahu perompak itu bagaikan pecah dan segala
panglima perompak orang-orangnya pun habis lekat punggungnya tidak boleh
bangun. Habis semua perahu yang ketujuh itu lekat semuanya dan Datuk
Tangguk pun berjalan ke haluan dan ke belakang bertanya kepada segala
perompak itu “Hendak (kah) hidupkah engkau atau hendak mati ?” Maka
jawab segala perompak itu “ Hendak hidup Datuk dan minta ampunlah Datuk
dan Datuk ambillah segala harta sahaya ini.” (Muka surat 3).

Dalam petikan tersebut kita dapat lihat strategi bahasa kemarahan menggunakan
ancaman yang merujuk kepada ayat “ Hendak (kah) hidupkah engkau atau hendak
15
mati ?” yang mana penggunaan ayat tersebut untuk menggertak perompak agar
menyerahkan semua hasil rompakan yang dirompak. Oleh itu, Datuk Tangguk cuba
untuk mengertak mereka. Gertakan itu berjaya kerana perompak itu berasa takut akan
Datuk Tangguk.

“Maka jawab Datuk Bendehara Siwa Raja Ahmad, “ Tidak sekali-kali saya mahu
memberi kepada Encik abu Bakar ini. ditujukan dengan kadam kiri, tiada kena
mengena dengan saya pemberian Datuk Bendahara Tun Tahir. Ini negeri saya
ambil dengan peluru. Saya punya abang itu sudah kalah dan encik Wan Abu
Bakar, itu semua yang ada ini, meninggalkan Pahang dengan lari. Di mana
ia kuasa lagi Pahang ? Jikalau tidak puas hati, boleh perang lagi dengan
saya, tetapi jangan masuk pihak Government Ingeris (itu). Tiadalah (daya)
upaya saya, tidaklah saya mencita cita akan berlawan dengan Inggeris.”
(Muka surat 45).

Petikan di atas adalah penggunaan bahasa kemarahan yang mengancam kerana


tidak mahu akan campur tanggan kuasa asing terhadap pemerintahan di Pahang.
Penggunaan intonasi yang agak tinggi dalam percakapan juga merupakan gertakan
kerana boleh membawa ancaman kepada orang lain. Gertakan yang digunakan dengan
lebih jelas ialah “Ini negeri saya ambil dengan peluru. Saya punya abang itu sudah
kalah dan encik Wan Abu Bakar, itu semua yang ada ini, meninggalkan Pahang
dengan lari. Di mana ia kuasa lagi Pahang ? Jikalau tidak puas hati, boleh perang
lagi dengan saya, tetapi jangan masuk pihak Government Ingeris (itu). Tiadalah
(daya) upaya saya, tidaklah saya mencita cita akan berlawan dengan Inggeris.”
Jelaslah bahawa Datuk Bendahara Siwa Raja Ahmad sangat marah akan orang yang
cuba untuk bermain-main dengan negerinya.

2.4 Bahasa Kemarahan Melibatkan Emosi dan Suara

Dalam subtopik ini, pengkaji telah mengkaji tentang bahasa kemarahan yang
melibatkan emosi dan suara. Emosi dan suara merupakan dua perkara yang berbeza
akan tetapi ianya boleh bersangkut paut antara satu sama lain. Menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua (2005), emosi bermaksud perasaan jiwa (batin) yang kuat
seperti sedih, gembira, marah ataupun keadaan perasan atau fikiran yang terangsang
dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pada seseorang. Kajian terhadap

16
emosi marah dalam bahasa Melayu telah dilakukan oleh Norliza dan Samsudin
(2005). Mereka mendapati bahawa, pada amnya emosi marah dalam masyarakat
Melayu diluahkan dalam beberapa tahap iaitu tahap tinggi, sederhana dan rendah.
Setiap tahap kemarahan ini disalurkan melalui ungkapan khusus dan disertakan pula
dengan tindakan susulan yang tertentu.

Dalam konteks emosi jiwa Melayu, marah pada tahap tinggi boleh
ditakrifkan sebagai kemarahan melampau atau tidak boleh dikawal lagi. Namun,
dalam menghadapi emosi marah, masyarakat Melayu yang dikongkong oleh adat
dan agama akan berusaha menurunkan tahap kemarahannya menjadi tahap yang
rendah. Justeru, kemarahan tahap sederhana biasanya hanya melibatkan ungkapan
yang tidak menjelaskan kemarahan itu sepenuhnya dan tidak pula timbul sebarang
tindakan kasar atau melampaui batas kemanusiaan. Sebagai manusia biasa, perasaan
marah pasti wujud dalam diri manusia Melayu. Di sinilah dapat diperjelas tentang
kemarahan yang amat rendah dengan dimanifestasikan melalui mimik muka dan
kadang-kadang disusuli dengan ungkapan tertentu tetapi tidak melibatkan perilaku
yang bengis. Dalam rajah 1 dibawah menunjukkan mimik muka seseorang yang
sedang marah.

Gambar 2: Ilustrasi emosi marah.

2.4.1 Bahasa Kemarahan Melibatkan Emosi

Semasa mengkaji Hikayat Pahang, pengkaji telah mendapatkan beberapa contoh


bahasa kemarahan melibatkan emosi. Berikut merupakan contoh petikan tersebut:

“Tiap-tiap sedar inilah katanya . Hilir sampai ke Chenor, berjumpa dengan


Encik Engku Aman ; singgah sebentar, orang-orangnya mengadap .

17
Kemudian hulu, hilir ke Kuala Jempul. Di tengah hilir, mati Panglima Mansu
itu. Maka Encik Engku Aman pun dukacitalah melepaskan orang(-orang)nya
mudik menindih Temerloh. Panglima Dalam, Panglima Besar, Panglima
Perang Kanan, Panglima Kiri Buruk dan lain-lain hulubalang; Encik Bulang,
Pahlawan Gendut, Mat Petah, terdahulu mudik masuk di dalam rumah Tok
Kaya Temerloh. Ini orang yang tersebut masyhurlah beraninya . Tok Kaya
Temerloh, Wan Daud Busu Dolah, Imam Perang Rasu, Tok Imam Latif
Budu, Pak Daud, Tok Muda Teh; sekalian itu apik di samping. Wan Daud
dan Imam Perang Rasulah kepala(-kepala) orang Rawa. Semuanya itu naik
bersama-sama dengan Tok Kaya ke Selasar dan Wan Daud tiada berenggang
dengan Busu Dolah dan Tok Kaya hendak memasuk ke dalam, orang-orang
perempuan tiada memberi kerana orang pertikaman empat puluh ada di
dalam rumah. Tok Kaya Temerloh sekaliannya berkemas keris-keris
pinggang. Itulah masa orang-orang melihat keberanian Tok Kaya Temerloh;
marah mukanya merah sehari semalam. Sekalian anak menantu dan
cucunya habis berhimpun belaka dengan kesiapan.” (Muka surat 27).

Dalam petikan tersebut, kita dapat melihat strategi bahasa kemarahan


menggunakan emosi yang merujuk kepada perkataan ‘marah mukanya merah
sehari semalam’. Perkataan ini jelas menunjukkan emosi Tok Kaya yang sedang
berang kerana beliau tidak dapat masuk ke dalam kerana terdapat pertikaman empat
puluh ada di dalam rumah. Akibat daripada peristiwa itu, Tok Kaya mengemaskan
semua kerisnya dan menghimpun semua menantu dan cucunya untuk mengamuk.
Sebagai contoh dalam Gambar 3:

Gambar 3: Contoh muka Tok Kaya yang menggambarkan ‘marah mukanya


merah sehari semalam’.

2.4.2 Bahasa Kemarahan Melibatkan Suara


18
Selain daripada bahasa kemarahan yang melibatkan emosi, pengkaji juga telah
menemukan bahasa kemarahan yang melibatkan suara. Bahasa kemarahan yang
melibatkan suara ini boleh diklasifikasikan sebagai seseorang yang sedang marah
atau mengeluarkan suara yang lantang apabila sedang bercakap. Berikut merupakan
contoh dalam petikan yang dijumpai dalam ceritera kedua puluh Hikayat Pahang
ini :

“Maka keesokan(nya) hari, orang Bukit Segumpal pun melanggarlah kubu di


seberang Chenor. Maka pelurunya sampai ke kenaikan Encik Engku Aman
(dan Engku Syed seperti laying layang mandi). Maka gentarlah dan
berdebarlah sekalian hati. (Habis sekalian) orang besar-besar sudah belot
dan kubu Panglima Harun hampirkan pecah, tiada seorang
membantunya .Maka Encik Mat Akil pun menyeberanglah menindih
sembilan orang. Masa itulah zahirlah beraninya dipandang oleh sekalian
orang tiada berhingga. Ditembak oleh musuh tiada diendahkan(nya).
Sampailah ia di sebelah hilir kubu. Ia menerkam ke hulu dengan pedang.
Maka undurlah pihak yang melanggar sedikit. Ia pun masuk kubu, hari pun
malam. Maka sekalian kepala-kepala pun berkiralah mengundurkan raja.”

“Dengan seketika, habislah semuanya hilir. Orang-orang Bukit Segumpal


mengadang di Batu Gajah masa Encik Engku Aman (menempuh) hilir. Maka
berteriaklah mereka itu akan Encik Engku Aman,"Encik Engku Aman
raja yang jahat, (raja yang) zalim; Engku Syed yang dengki khianat
kepada orang-orang; ambillah bekas tangan anak Bukit Segumpal ini!".
lapun menembaklah dengan ramainya (tiada berhingga bunyi senapang.
Lepaslah hilir sekaliannya, selama dah tiada yang mati), tetapi tiada yang
cedera, teruslah ke Pekan.” (Muka surat 35 dan 36).

Dalam petikan tersebut, kita dapat melihat strategi bahasa kemarahan


menggunakan suara yang merujuk keadaan berteriak. Di saat orang Bukit Segumpal
mengadang di Batu Gajah, mereka berteriak dengan sangat kuat kepada Encik
Engku Aman. Mereka menyatakan bahawa beliau seorang raja yang jahat dan
zalim. Selain itu, penduduk Bukit Segumpal juga berkata bahawa Engku Syed telah
mengkhianati kepada penduduk disitu. Contoh yang telah diberikan ini jelas
membuktikan bahawa terdapat strategi bahasa kemarahan yang melibatkan suara

19
dalam hikayat ini. Antara contoh lain bahasa kemarahan yang melibatkan suara
dalam hikayat ini adalah:

“Maka yang pertama sekali menjawab Imam Perang Indera Mahkota, Imam
Perang Indera Gajah Pahang. Keduanya dengan semacam bunyi
sembahannya, seperti orang sudah muafakat, katanya, "Ampun bersira
ampun, mudah-mudahan amanlah kita daripada sekalian seteru. Terlebih
maklumlah government Inggeris, orang yang kuatkuasanya. Di dalam pada
itu, terpulanglah pada ke bawah duli semuanya."

“Kemudian baharulah persembahan daripada Orang Besar Berempat,


mengangkat tangan, "Ampun duli tuanku, patik semuanya sangatlah bersetuju
bagaimana sembahnya saudara patik Imam Perang kedua itu, kerana dialah
jeneral peperangan; telah termaklum kepadanya. Di dalam pada itu,
menjunjunglah apa-apa titah perintah."

“Maka titah Sultan, "Saya ini sangatlah tiada bersetuju kerana di bawah
naungan lain. Tetapi apa boleh buat, sudah takdir Tuhan di atas hambanya,
melainkan inilah saya memanggil sekalian datuk-datuk. Jikalau sudah datuk
fikirkan begitu, saya pun menurutlah, kerana bukan lawannya kita dengannya.
Maka kepada hari, tetaplah mesyuarat kita, diikut kehendak Tuan Gabenor."
(Muka surat 109).

Dalam contoh petikan di atas, dapat pengkaji menyatakan bahawa Sultan


Pahang tidak bersetuju atas kehendak Gabenor untuk diletakkan salah seorang
pegawai Inggeris dalam pentadbiran negeri Pahang. Namun begitu, Sultan Pahang
tidak dapat menolak kerana kuasa Inggeris sangat kuat pada masa itu.

2.5 Bahasa Kemarahan dalam Konteks Herdikan


Herdikan sememangnya bukan suatu perkara yang asing bagi mereka yang sedang
berada dalam keadaan marah. Kebiasaannya, seseorang individu akan menghamburkan
kata-kata herdikan sekiranya wujud rasa tidak puas hati dalam dirinya terhadap sesuatu
perkara sesuatu perkara. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, herdik
bermaksud kata-kata yang keras dan kasar (untuk memarahi dan lain-lain), dan
tengking. Herdikan juga digunakan untuk memaki hamun atau menengking seseorang

20
terutamanya orang yang tidak disukai, Intonasi atau nada suara yang digunakan ketika
seseorang itu mengherdik adalah tinggi dan keras. Perasaan marah yang dimaksudkan
digambarkan dengan perkataan yang diucapkan selain gambaran melalui mimik muka
dan tingkah laku yang ditunjukkan kepada seseorang kerana perbuatan dan perilaku
yang kurang disenangi.
Menurut Za’ba (1965), bahasa herdik seakan-akan bahasa tempelak juga, tetapi
tujuannya adalah untuk menyatakan kesalahan pada masa itu dan bukannya pada masa
silam. Dalam pada itu, herdikan merupakan suatu kecaman, iaitu gambaran kemarahan
tanpa berselindung atau secara terbuka kerana orang yang dimarahinya itu melakukan
kesalahan. Bukan itu sahaja, kata-kata herdikan ini juga dilafazkan seakan-akan
mengejek dengan harapan orang yang mendengar akan faham akan maksudnya.
Misalnya, seorang individu sedang memarahi rakannya yang tidak membuat apa-apa
ketika aktiviti gotong-royong dijalankan dengan mengeluarkan ujaran yang
berunsurkan herdikan seperti “kalau dah datang kemari, tak kan tak reti nak buat kerja,
jangan duduk menyemak saja”. Walaupun kata-kata herdikan yang gunakan agak kasar
dan mampu memberikan kesan yang mendalam, namun ia tidak melibatkan penggunaan
perkataan yang terlampau kesat. Oleh hal yang demikian, unsur herdikan memang
mempunyai perkaitan yang cukup rapat dengan bahasa kemarahan.
Dalam karya yang telah dikaji iaitu Hikayat Pahang, terdapat beberapa contoh
yang dapat dikaitkan dengan strategi bahasa kemarahan yang berunsur herdikan.
Tamsilnya, strategi bahasa ini dapat dilihat menerusi beberapa situasi.

Contoh petikan:

“Kepala perang Bugis (itu) namanya Suliwatang, sangatlah (berani orangnya),


bengis rupa orangnya. Sampai ia ke Chenor, naik ke darat. Ia minta mengaruk
kepada raja, maka dibenarkan oleh raja. Maka mengaruklah dia dengan dua
belas pasukan dengan dua belas pasukan, dua petang berturut-turut. Berbagai-
bagai bunyi bangkitnya dekat ia mengamuk itu dilepaskan rambut Panjang,
mencabut keris, “Ceh! Inilah orang yang mati mengerjakan raja
keturunannya, teguh setia zaman-berzaman. Raja malu, aku lah mati”.
Mengaruklah hinggga kelam-kabut, sangat lah elok nampaknya. Raja pun
sedaplah hatinya; pada fikiran(nya) tentulah tiada siapa boleh melawan orang
Pahang akan ini Bugis (ini) keberaniannya.” (Muka surat 33).

21
Daripada petikan di atas, kita dapat melihat strategi bahasa kemarahan dalam
konteks herdikan melalui laungan yang dilontarkan oleh Suliwatang iaitu “ceh! Inilah
orang yang mati mengerjakan raja keturunannya, teguh setia zaman-berzaman”.
Laungan ini jelas menunjukkan bahawa Suliwatang ingin memberikan kesedaran
kepada penduduk di negeri Pahang pada ketika itu untuk berjuang menentang musuh
demi melindungi raja daripada segala ancaman. Oleh itu, Raja Pahang iaitu Datuk
Bendahara Siwa Raja yakin bahawa keamanan negeri Pahang sukar digugat dengan
adanya bantuan daripada Suliwatang yang merupakan salah seorang anggota daripada
Angkatan Pertolongn Engku Temenggung Teluk Belanga dan Johor.

Selain itu, contoh lain bagi bahasa kemarahan dalam konteks herdikan yang
terdapat dalam hikayat Pahang ini adalah sewaktu Tuan Gabenor dan Maharaja Johor
datang ke Pahang untuk menuntut Sungai Endau daripada kerajaan Negeri Pahang.
Contohnya:

“Harap Tuan Raja boleh beri kepada Maharaja Johor sebab ia sudah menerima
pemeberian Datuk Bendahara Seri Maharaja Tun Tahir. Maka jawab Datuk
Bendahara Siwa Raja Ahmad, “Tidak sekali-kali saya mahu memberi kepada
Encik Abu Bakar ini. Ditunjukkan dengan kadam kiri, tiada kena mengena
dengan saya pemberian Datuk Bendahara Tun Tahir. Ini negeri saya ambil
dengan ubat peluru. Saya punya abang itu sudah kalah dan Encik Wan Abu
Bakar, itu semua yang ada ini, meninggalkan Pahang dengan lari. Di mana ia
kuasa lagi di Pahang? Jikalau tidak puas hati, boleh perang lagi dengan saya,
tetapi jangan masuk dengan pihak Government Inggeris (itu). Tiadalah (daya)
upaya saya, tidaklah saya mencita-cita akan berlawan dengan Inggeris .” (Muka
surat 60).

Berdasarkan petikan tersebut, potongan ayat yang berbunyi “Ini negeri saya
ambil dengan ubat peluru” jelas menunjukkan bahawa Raja Pahang mengherdik
perbuatan Tuan Gabenor dan Maharaja Johor yang sewenang-wenang menuntut hak
mereka ke atas Sungai Endau. Perkara ini sememangnya tidak mendapat persetujuan
daripada Datuk Bendahara Siwa Raja (Raja Pahang) kerana beliau dan rakyatnya
telah bersusah-payah menjaga negeri Pahang. Dalam pada itu, Raja Pahang juga

22
berpendapat bahawa Maharaja Johor tidak layak untuk memiliki Sungai Endau
kerana telah lari meninggalkan negeri Pahang.

Di samping itu, strategi bahasa kemarahan yang mempunyai unsur herdikan


dapat dilihat dalam petikan yang melibatkan watak Magistrate iaitu Tuan
Desborough yang marah akan ketuaan Temerloh. Contoh petikan:

“Kemudian Si Bahaman (pun) hilirlah meyerang Kuala Semantan. Maka


Tuan Desborough dengan sekalian orang-orang Sikh tiada sabar lagi,
datanglah takutnya. Inilah perangai pegawai-pegawai yang muda-muda,
tambahan belum mencuba perkelahian. Maka katanya, “Tempik! Ketuaan
Temerloh tiada boleh diharap. Haruslah mendatangkan bahaya.”
Maka Tuan Desborough hilirlah (dengan segala orang-orang Sikh
undurlah) terus berhenti di Chenor. Maka Si Bahaman pun sampailah dengan
angkatan (nya) membinasakan rumah pasung Kuala Semantan dan rumah-
rumah kerajaan di situ.” (Muka surat 116).

Petikan di atas membuktikan bahawa Tuan Desborough mengherdik


tindakan Ketuaan Temerloh yang diterajui oleh Si Bahaman yang cuba menyerang
Kuala Semantan. Tuan Desborough sangat tidak berpuas hati dengan Si Bahaman
kerana beliau telah mengganggu kerja Tuan Desborough. Sepertimana yang kita
tahu, Si Bahaman merupakan salah seorang daripada pahlawan yang berjuang untuk
membebaskan negeri Pahang dari jajahan British. Oleh hal yang demikian,
Semangat juang tinggi yang ditonjolkan Si Bahaman sukar disangkal oleh
Magistrate (Tuan Desborough).

Akhir sekali, penggunaan strategi bahasa kemarahan dalam konteks herdikan


dapat dilihat menerusi perbualan di antara Tok Kaya dan Tuan Clifford yang
mengherdik dan menghentam kelakuan Mat Kilau. Contoh petikan:

“Sampai ke Budu, di panggil Mat Kilau oleh Tuan Clifford. (Ia) tiada mahu
datang. Disuruhnya Muhammad Yusuf lima belas orang bercakap di antara
Tuan Clifford dengan Mat Kilau membawa percakapan yang sombong,
gagah perkasa (nya). Tuan Clifford bertanya Tok Kaya, “Apa fikiran datuk?”
Maka Kata Tok Kaya “Ini orang derhaka, kita perang.” Tuan Kolonel
Walker pun memberi hukum kepada sojarnya. Mereka itu (pun)
menembaklah dengan barisan senapang dan Meriam. Ada sejurus, banyaklah

23
rumah-rumah (mereka) yang terbakar kena meriam api dan ada melawan
sedikit, lari; sebab itulah Kampung Budu binasa.” (Muka surat 129).

Daripada petikan di atas, pengkaji dapat melihat bahawa Tok Kaya telah
mengherdik Mat Kilau yang enggan bertemu dengan Tuan Clifford. Tok Kaya
bertekad untuk memerangi Mat Kilau kerana beliau beranggapan bahawa Mat Kilau
telah menderhakai kerajaan negeri Pahang. Akibat daripada kedegilan Mat Kilau
untuk tampil kehadapan, Kampung Budu telah dibedil oleh pasukan Tuan Clifford
sehingga menyebabkan kerosakan yang teruk. Dalam Hikayat ini, Mat Kilau yang
merupakan anak kepada Imam Perang Rasu (Tok Gajah) juga adalah seorang
pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negeri Pahang.

3.0 KESIMPULAN

Strategi bahasa marah sememangnya kerap digunakan dalam sesuatu penulisan.


Lebih-lebih lagi, bahasa kemarahan digunakan bagi menimbulkan kesan emotif iaitu
perasaan marah kepada pembaca. Tambahan pula, penggunaan bahasa marah yang
tepat dapat menimbulkan suspen kepada pemabaca disebabkan konflik yang terjadi
kesan daripada emosi marah tersebut.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah memilih Hikayat Pahang sebagai


bahan rujukan penulisan. Hal ini demikian kerana hikayat ini berkisar tentang
peperangan dan pemerintahan terdahulu. Oleh yang demikian, sudah pasti hikayat
ini banyak menggunakan strategi bahasa marah dalam penceritaannya. Jadi, terdapat
pelabagai jenis strategi bahasa kemarahan yang terdapat dalam hikayat ini.
Antaranya adalah bahasa kemarahan dalam konteks memberikan nasihat, bahasa
kemarahan menggunakan fizikal, bahasa kemarahan mengancam atau menakutkan,
bahasa kemarahan melibatkan emosi atau suara dan bahasa kemarahan herdik.
Kelima-lima strategi bahasa kemarahan ini mempunyai cara penyampaiannya yang
berbeza. Namun begitu, dalam kelima-lima strategi bahasa ini, hanya satu sahaja
strategi yang bersifat positif iaitu bahasa kemarahan dalam konteks memberikan
24
nasihat. Seperti kita tahu, seseorang itu memberikan nasihat bukan untuk
merendahkan kita atau membuat kita marah, tetapi untuk menyedarkan tentang
kesilapan yang kita lakukan. Sesungguhnya, perasaan marah ini ditunjukkan dengan
cara yang pelbagai dan tujuannya sama untuk menegur dan secara tidak langsung
boleh menimbulkan perselisihan faham sekiranya diambil dari sudut negatif.

Kesimpulannya, kita perlu bijak mengawal perasaan marah supaya tidak


mendatangkan keburukan kepada diri sendiri dan juga orang lain. Kita juga perlu
berhati-hati dalam berkomunikasi supaya hubungan yang harmoni dapat
diwujudkan.

4.0 RUJUKAN

A. Josias Simon Runturambi & Atin Sri Pujiastuti. (2015). Senjata Api dan
Penanganan Tindak Kriminal. Jakarta: Yayasan Pustaka Obor Indonesia.
Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?
id=VSJLDAAAQBAJ&pg=PA18&dq=sebab+penggunaan+senjata&hl=en
&sa=X&ved=0ahUKEwijh9LMyfzoAhUEIbcAHe4PC8IQ6AEIRjAD#v=o
nepage&q&f=false

A. P. V. Rogers. (1996). Law on the Battefield. Manchester: Manchester University


Press. Diperoleh daripada https://books.google.com.my/books?
id=09VRAQAAIAAJ&pg=PA24&dq=definition+of+attack&hl=en&sa=X
&ved=0ahUKEwjXmvvfm_zoAhXN7nMBHahbBQoQ6AEIMTAB#v=one
page&q&f=false

25
Ahmad Afindiy Zaini & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2019). Strategi Kesantunan
Bertutur Remaja Program Dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara. Jurnal
Bahasa, 19, 17-138.

Arba’ie Sujud, Che Ibrahim Salleh dan Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2007).
Bahasa Verbal dan Non-Verbal Sebagai Cerminan Masyarakat dalam
Novel-Novel Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 18, 1-24.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Nasruddin Anshoriy. (2008). Neo Patriotisme: Etika Kekuasaan dalam


Kebudayaan Jawa. Yogyakarta: LKiS Yogyakarta. Diperoleh daripada
https://books.google.com.my/books?
id=pypnDwAAQBAJ&pg=PA54&dq=sastraghna+mengamuk&hl=en&sa=
X&ved=0ahUKEwj8prjbzPzoAhW1heYKHTYJDyQQ6AEIKzAA#v=one
page&q&f=false

Norliza Jamaluddin & Samsudin Suhaili. (2005). Emosi marah Melayu: Gambaran
dalam data korpus berkomputer. Dlm Hashim Awang et. al. Emosi Melayu,
hlm. 377-384. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaysia.

Rozaimah Rashidin & Nor Hashimah Jalaluddin. (2015, Januari). Metafora


Konsepsi Emosi Marah dalam Data Korupus Teks Tradisional Melayu.
Seminar Linguistik Kebangsaan, Kuala Lumpur. Diperoleh daripada:
https://www.researchgate.net/publication/286439506_Metafora_Konsepsi_
Emosi_Marah_dalam_Data_Korpus_Teks_Tradisional_Melayu

Wan Siti Fatimatul Akmal W. Hassan & Suhaila Zailani @ Ahmad. (2019). Strategi
dan Panduan Kesantunan Bahasa Menurut Perspektif Islam. Islamiyyat, 41,
117-124.

26
5.0 LAMPIRAN

27
28

Anda mungkin juga menyukai