Anda di halaman 1dari 57

BBMA FMS

Assalamualaikum,
Bismillah hirrahman nirrahim,
Selamat datang ke pembelajaran buku BBMA FMS. Sila share pdf ni pada yang lain dan semoga
bermanfaat.

Telegram T.me/bbmafms atau @bbmafms


Admin august 2019 – 2020 sila contack telegram @fms_admin
BBMA FMS
Pertama saya ingin memperkenalkan apa itu FMS?
FMS adalah FULL MARGIN SWING dan ini sahaja nama yang saya yang terlintas untuk tanpa fikir
banyak.
Apa indicator kita gunakan?
BOLINGGER BAND (BB) + MOVING AVERAGE(MA) juga
Di MT4 and masukan Bolinger Band(BB):

Gambar 1A

Gambar 1B
Period: 20 Shift:0 Deviations:2 Apply to:close style: ikut citarasa
BBMA FMS

Gambar 1C
Tekan ‘OK’ dan Jika sudah di masukan, akan terlihat carta MT4 anda seperti Gambar 1C di atas.

Bolingger Band?
BB adalah satu indicator yang diciptakan oleh John Bollinger dalam tahun 1980an yang telah
disetting untuk melihat karakteristik harga atau pergerakan candlestick secara purata tertentu.
Kini tidak di nafikan memang yang paling banyak di gunakan oleh trader trader bahkah jerung
besar sekalipun sebab ia juga merupakan satu indicator yang sama seperti moving average.

Gambar 1D
Gambar 1D atas menunjukkan adanya BB(Bollinger Band) memberi 3 line yang berposisi
berbeza. Satu di atas(TOP BB), satu di bawah(LOWER/LOW BB) dan satu lagi berada di tengah
antara TOP BB dan LOW BB.
BBMA FMS
Fungsi BB?
Kita melihat adanya 3 line BB dan setiap line itu mempunyai peranan. Dasar utama BB adalah
mengawal CS(candle stick) atau price dalam kawalan BB yang bermaksud CS tidak boleh
sesekali keluar daripada BB sama ada luar top bb atau low bb.
Dengan kefahaman di atas kita nampak CS di charta MT4 ada CS yang keluar BB dan menjadikan
dia keadaan yang tidak normal pada BB yang bermaksud di sini kita boleh mendeteksi adanya
kekuatan momentum atau lebih jelasnya kekuatan BUYER(pembeli) atau SELLER(penjual) pada
satu TF(TimeFrame). Jika berlaku momentum di TF H4(CS 4JAM) maka ada kekuatan di TF
tersebut.

Gambar 1E
Di mulakan dengan Gambar 1E di atas,
Kotak Biru adalah R(RESISTANT)
Kotak Merah adalah S(SUPPORT)
Kotak hijau adalah RS(SUPPORT/RESISTANT)
R itu adalah line TOP BB. Fungsinya sebagai resistance iaitu penghalang harga kenaikan.
S itu adalah line LOW BB. Fungsinya sebagai support iaitu pendinding harga penurunan.
RS itu adalah line MID BB. Fungsinya sama seperti support atau resistance dalam line MID BB.
Sebagai contoh kegunaan:
CS atau harga datang dari bawah lalu membuat kenaikan hingga ke R(TOP BB) maka TOP BB
adalah pengawal harga sama ada tembus atau tidak.
BBMA FMS
Pentingnya BB dalam FMS.
BB akan jadi peranan penting bagi signal FMS untuk mencari kekuatan buyer dan seller dalam
TF besar terutama H4 ke atas sperti D1 W1 dan MN.

Jadi setiap pecahan resistant di BB yang mana ada CS berjaya closing/tutup di luar TOP
BB(Signal buy) atau LOW BB(Signal sell) maka itu lah signal yang dinantikan dalam FMS.

Contoh:

Gambar 2A
Seperti Gambar 2A di atas, kita hanya mencari MMT. MMT itu adalah MOMENTUM dimana
MMT diditeksi dari CS yang ‘PERTAMA’ closed/tutup di luar BB sama ada TOP BB maka
bermaksud signal MMT BUY atau closed/tutup di luar LOW BB maka bermaksud signal MMT
SELL.
Dengan Gambar 2A itu memberikan signal BUY dimana itulah CS pertama yang berjaya closed di
luar BB dan CS memilih untuk MMT BUY. Perhatikan CS itu closed luar TOP BB dan yang
pertama closed itulah CS MMT BUY yang dinantikan terutama selepas sideways yang
berpanjangan. Lalu kita akan boleh menunggu peluang buy di MA4(LOW) untuk entry buy dan
ini akan di bahas selapas topic MMT ini.
BBMA FMS

Gambar 2B
Gambar 2B di atas adalah contoh signal yang di cari dan tempat entry buy di FMS cuma akan
harus lebih berhati hati terutama untuk entry yang selamat.

Gambar 2C
Gambar 2C menunjukan MMT BUY dari sebelah kiri, 3 MMT BUY memberikan kekuatan signal
yang berterusan. Hingga di tempat harga paling tinggi, CS tidak lagi berjaya membuat MMT BUY
dan selepas itu boleh di lihat timbulnya signal sell iaitu MMT SELL, ada CS yang berjaya closed
LUAR LOW BB dan kita harus focus dahulu MMT SELL ini.
BBMA FMS
MA 4/5 INDICATOR

Gambar 3A
MA4 high/low ATAU MA5 high/low adalah moving average yang di gunakan untuk entry selepas
mencari SIGNAL MMT BUY ATAU SELL seperti Gambar 3A di atas.

Gambar 3B
Saya sarankan untuk memasang indicator MA4 HIGH dan satu lagi MA4 LOW sahaja dengan
setting sama seperti Gambar 3Bdi atas. Anda juga boleh menukar period 4 ke 5 dan ia berubah
menjadi MA5. Warna juga boleh mengikut selera tapi di sarankan warna merah
BBMA FMS
Jika anda memilih MA4 seperti yang saya sarankan, itu akan lebih memudahkan untuk entry
sebab lebih dekat pada harga semasa atau CS. Jika sudah di ikutkan, sila tekan bahagian LEVELS
di setting yang sama dan tambahkan lagi setting:

Gambar 3C
Setting di menu LEVEL seperti Gambar 3C di atas untuk menambakan 2 line extra berdekatan di
antara MA HIGH itu sendiri dan pastikan kotak number 4 itu hanya yang nipis. Jika sudah tekan
‘OK’ makan akan terlihat seperti CONTOH GAMBAR 3D dibawah ini:

Gambar 3D
Lihat sudah ada satu MA4 HIGH yang di masukan dan ini di gunakan untuk entry SELL SAHAJA.
BBMA FMS

Gambar 3E
Gambar 3E menunjukan sebelah kiri berlakunya uptrend. Lalu di gambar tengah berlaku MMT
SELL di box kuning yang kita tunggu dan dgn signal sell MMT itu kita nak entry sell tapi harus di
MA4 HIGH tersebut dan setup ini di panggil RE ENTRY. Jika tidak berlaku MMT SELL selepas RE
ENTRY maka harus berhati-hati sebab tidak ada kekuatan sell maka price pun berpatah balik.
Kini kita sudah belajar RE ENTRY SELL lalu bagaimana pula untuk BUY? Dengan mudahnya, kita
tukar dia dangan MA4 LOW dan benda yang sama.

Gambar 3F
Setting ma4 sama Cuma yang berbeza adalah APPLY TO:LOW di mana line MA4 ini berada di
bawah bahagian CS. Manakala MA4 High berada di bahagian atas CS. Click ‘ok’
BBMA FMS

Gambar 3G
Gambar 3G telah menunjukan cara entry buy mengunakan re entry buy selepas MMT. Untuk
yang terakhir, saya tunjukan kedua-dua buy sell setup dalam satu tf.

Gambar 3H
Di Gambar 3H telah menceritakan kesemuanya. Point-point penting yang di lihat adalah:
1)Cari MMT SELL dan entry di ma4 high
2)Cari MMT BUY dan entry di ma4 low
3)Jika sudah masuk ENTRY SELL ATAU BUY, harus berlaku MMT BERTERUSAN. Jika tidak price
boleh menjadi sideway dan itu bahaya, ia bermakna melemah seperti BOX merah di Gambar 3H
4)Pastikan mengunakan TF besar terutama H4,D1,W1,MN untuk mencari signal ini. Jika anda
mengunakan TF kecil, harus tahu dimana zone exit.
BBMA FMS
SETUP FMS
Pembelajaran fms
BBMA FMS
Dalam PDF ini, hanya setup basic sahaja yang di cover. Advanced hanya ada tersedia di VIP FMS.

STRUCTURE- RAHSIA MARKET


Apakah kita pernah terfikir sejenak, macam mana pergerakan market bergerak dari mana
hendak ke mana? Buka TF M15,H1 macam pening nak follow buy atau sell. Tapi bila tengok TF
H4 sebenarnya makin mudah nak baca dan begitu juga TF besar cuma disebabkan tak sabar
maka ia boleh membuatkan kita gelabah.

Gambar 4B
Dengan simple di h4 ni kita hanya mencari MMT DAN PELUANG untuk kita masuk SELL di RE-
ENTRY. Kenapa perlu pilih h4? Sebab perjalanan beliau lebih jauh dan masa yang panjang dan
itu sesuai bagi INTRADAY TRADER.
BBMA FMS

Gambar 4C
Lihat Gambar 4C di atas, perjalanan dua TF yang mempunyai MMT DAN RE ENTRY SELL
mengikut trend sell yang ada. Di kiri H1 ada dua re entry sell dan 1 re entry sell di H4

Gambar 4D
Sekarang jelas tak setup yang berlaku di tf h4 dan h1 di Gambar 4D?
Line hijau perjalanan graph H4 dan line merah untuk H1. Dan dengan pemahaman simple,
setiap MMT H1 pasti ada RE ENTRY. Setiap MMT H4 pasti ada RE ENTRY
BBMA FMS

Gambar 4E
Tengok sekarang detail di gambar 4E menunjukan re entry fail. Ye FAIL. Sebab apa?
ada dua:
1)re entry yang tidak memberi momentum berterusan
2)re entry yg lama dan menjadikan dia sideway.
3)bila dah sideway, dia tanda melemah.
4)paling senang biasanya fail di sebabkan tidak valid re entry tu sebab tidak ada CO(page 15)
Dan anda sudah melihat pergerakan market structure. Kini saya tambahkan 3 TF untuk contoh
terakhir:
BBMA FMS
Boleh faham kan? Dan ini contoh dalam graph yang cantik saya boleh share:

Gambar 4F

Gambar 4G
Sekarang tengok full mapping yang ada di Gambar 4G ini. Ada alasan kenapa price atau CS
turun dan naik. Sebagai trader bbma, kita hanya harus faham. Bila tf kecil tak nak re entry maka
jawapan semuanya ada di tf besar.
Contoh terakhir: H4 re entry sell. Tiba-tiba naik jauh. Kita tahu dia akan cari DAILY RE ENTRY
SELL. Tapi bila dia tak turun juga. Maka dia mencari TF lebih besar atau kemungkinan tukar
trend. Jadi float besar la kita? Tak. Kita tak entry terus, kita tunggu validasi re entry.
BBMA FMS
C0 - CROSSOVER
CROSSOVER adalah bab penting kerana kita harus menunggu adanya signal CO ini sendiri.
Sebelumya, saya nak tanya, pernahkah anda melihat indicator big trader yang mereka gunakan?
Mungkin ya mungkin tak. Indicator sma20(simple moving average setting 20) dan
ema50(exponential moving average 50) antara salah satu indicator trend mereka.
Memang tak semua yang guna, tapi saya ada memerhati beberapa trader hebat dunia
mengunakan nya.

Gambar 5A
Di atas contoh indicator yang banyak digunakan terutama beberapa tahun yang lalu dan
kebanyakan sekarang banyak yang mengunakan BB(Bollinger band) sama seperti kita cuma
bacaan berbeza.

Gambar 5B
Macam mana dengan Gambar 5B? familiar tak? Line biru SMA20 dan Aqua EMA50.
BBMA FMS

Gambar 5C
Lihat Gambar C bila keadaan dia trending. Dia selalu break SMA20 berulang kali macam takda
makna. Tapi Alhamdulillah saya faham cara nak guna terutama benda ni ada jawapan pada
BBMA. Ok sekarang saya lukis:

Gambar 5D
Rujuk Gambar 5D di atas,
LINE MERAH adalah perjalanan CS. BOX KUNING adalah RE ENTRY TF H4 SAHAJA.
lihat di kanan, ada re entry sell h1 kan? Dia tak turun MMT jadi dia terpaksa mencari apa? ingat
lagi tak structure? Dia kene cari RE ENTRY TF H4. Maka contoh di atas lah kita guna concept ni
di TF H4 ke atas, kita menunggu reaksi dia. Jadi mana CO?
Sambung…..
BBMA FMS
Jadi CO ni adalah CS(HANYA SATU CANDLESTICK) yang BERJAYA BREAKOUT/MELEPASI DAN
CLOSED SMA20 TETAPI YANG KEMBALI KE TREND ASAL. Kene faham betul-betul dan dalam
bbma ini adalah CSAK(CS ARAH KUKUH) tetapi yang follow trend. Tapi haruslah kita mencari CO
ni di zone tertentu. Dalam basic FMS kita hanya mencari RE ENTRY makan di situlah kita akan
focus. Kalau RE ENTRY DI H4 maka CO berlaku di TF bawah dia di H1. Mana-mana TF yang RE
ENTRY, TF bawah dia kita cari CO. So WEEKLY RE ENTRY? Cari CO di DAILY. Tu je.

Gambar 5E
Tengok Gambar 5E. re entry h1 sell gagal. Maka dia perlu cari re entry 1 tf atas iaitu H4. Maka
dengan pergerakan CS di H1 yang ingin mencari re entry kotak kuning tu, H1 akan BREAKOUT
SMA20. Dan SMA20 ITU ADALAH MID BB. YE SAMA. Dalam BBMA itu menjadi CSAK BUY kan?
Tapi keadaan di atas, CSAK tu melawan trend. Jadi biar dia naik dlu ambik re entry sell H4. Bila
dah capai, baru lah kita standby menantikan kedatangan CO SELL(CSAK SELL) yang mana ini CO
ini menjadi cara validasi RE buat FMS.

Macam mana tahu CS tu melawan trend?


kalua kita mencari signal MMT SELL H4. Maka trend adalah sell. Cuma kita menantikan dia
sentuk zone re entry sell di h4 tu. Kalua nak bagi kotak kuning jadikan zone menanti. Bila dah
sampai maka turun ke TF bawah dia tadi tu pasti ada pattern berulang dia akan buat BREAKOUT
MID BB bagi signal buy aka CSAK BUY. Jadi disebabkan H1 tu membuat CSAK buy. Kita nak dia
mati atau EXPIRED dengan datang nya CSAK SELL semula dan CS itu lah CO yang mana CS
berjaya Kembali di bawah MID BB.
Kene faham, re entry tu lah peluang entry untuk satu TF tu jalan lebih jauh sebab ianya
penyambung trend/continuation trend.
BBMA FMS

Gambar 5F
Kita hanya mencari peluang re entry. Re entry berlaku di area selepas csa atau mmt. Contoh di
atas adalah csa sell(CS break bawah mid bb untuk signal arah sell)

Gambar 5G
Sekarang lebih jelas. Ada cerita di sebalik mid bb itu sendiri kerana MID BB adalah MINOR
trend. Walaupun major trend sell dan minor trend buy. Minor trend bersifat
retracement/sementara dan akan kembali ke trend asal. Gambar 5G memberi 3 CO SELL dan
bermaksud ada 3 RE ENTRY SELL VALID di tf atasnya iaitu di H1 seperti di Gambar 5F sebelum
ini. Maka perbanyak mencari contoh-contoh CO ini. INI BUKAN UNTUK ENTRY. Saya hanya
memperkenalkan anda bentuk CO ini. Jika untuk ENTRY akan di jelaskan di bab lainnya.
BBMA FMS
Sekarang saya akan beri contoh-contoh CO lainnya:

Gambar 5H
Selepas atau setiap CO. Beri garisan vertical line(garisan panjang yang MENEGAK) berwarna
COKLAT seperti Gambar 5H di atas untuk memudahkan bacaan di MTF(MULTI TIME FRAME).

Gambar 5I
Gabungkan structure dengan concept CO ini. Backtest dan test demo account untuk anda
memahami pergerakan market ini terutama yang belum berlajar MULTI TIMEFRAME. Ini cara
mudah yang boleh saya ajar. Jadi tips terakhir untuk CO ni, CO hanya tengok pada CS yang
berjaya CLOSED bawah MID BB atau atas MID BB yang penting dia follow trend major.
BBMA FMS

Gambar 5K
RE ENTRY H1 PERTAMA = M15 ADA CO
RE ENTRY H1 KE DUA = M15 ADA CO
RE ENTRY H1 KE TIGA = M15 TAK ADA CO
Jadi hati-hati bila takda ada CO
aka nada juga nanti bila SOP dh complete, ada RE + CO tiba-tiba berpaling pulak market dengan
entry kita. Maka buat latihan lagi, FAHAMI concept PINTU. Ia berada di TF bawah TF CO. the low
time frame. Dan jika nak entry, sl cl zone kene nipis, kene berbaloi dengan keputusan kita.
BBMA FMS
EMA 50 = MAJOR TREND
Sekarang kita masuk Major Trend. TREND yang kuat. Sila masukan setting indicator anda di mt4:

Gambar 6A
Period:50 Shift:0 Method: EXPONENTIAL Apply:closed color:AQUA

Gambar 6B
Kita hanya perlu melihat keberadaan CS adakah di bawah atau atas EMA50
UPTREND: CS berada di atas EMA50
DOWNTREND: CS berada di bawah EMA50
BREAKOUT: CS yang BERJAYA break(MELEPASI DAN CLOSED) melepasi E50 = TUKAR TREND
REJECTION: CS yang TAK BERJAYA break(MELEPASI DAN CLOSED) melepasi E50 = SAMBUNG
TREND. Ini Jelas bila ada shadow panjang tertingal di line EMA50 seperti di Gambar 6B
BBMA FMS
FF = FREEFALL/FREEFLY
Sekarang kita masuk bab FF. FF ini mengunakan indicator yang sama iaitu MAJOR
TREND(EMA50). Tapi di FMS kita guna untuk permulaan trend yang awal dan tempat FF hanya
di TF paling rendah dari setiap re entry. Sama seperti CO, tempat dia Di bawah TF re entry.
MANAKALA FF berada di TF BAWAH TF CO.

Gambar 6C

FF bila buy adalah FREEFLY


FF bila sell adalah FREEFALL
Concept tetap sama.
Cara guna adalah di small TF, contoh:
Daily RE SELL,
H4 CO SELL,
M15 FF SELL, FREEFALL.
Dengan 3 TF ni menjadi alasan kukuh kita untuk trade di PAIR yang kita nak entry tu. Tapi ini
akan saya bahas lebih di bab MTF = MULTI TIMEFRAME.
BBMA FMS
MTF – MULTI-TIMEFRAME
Kini topic yang harus anda faham betul-betul. MTF ni kita mengunakan lebih dari satu TF sebab
kita biasa tengok MT4 akan nampak berlainan signal di berlainan TF. Contoh:
DAILY RE ENTRY SELL,
H4 RE ENTRY BUY. Selalu ada kan? Jadi kefahaman MTF DAN STRUCTURE TU PENTING.
Nak analisa, mulakan dengan TF H4 ke atas tau MN ke H4.

Gambar 7A
MTF ni sekurangnya kita dapat 3TF YANG KUKUH mengatakan atau memberi signal yang sama,
baru kita follow nak entry. Kalua tidak, sebaiknya jangan entry perhatikan contoh di Gambar 7A.

Gambar 7B
Gambar 7B hanya contoh setup yang berlaku, di MT4 akan banyak yang timbul.
BBMA FMS
SOP FMS
SOP adalah STANDARD OPERATING PROCEDURE. Langkah-langkah yang perlu di jalankan, sama
seperti pekerjaan OFFICE ke di mana SOP anda harus menyiap laporan di pagi hari dan keluar
membuat sales dan lain-lain. Jadi kita juga perlu bersabar dalam trading ini di mana kita nak
jadikan SOP ni pegangan kita untuk trading secara sistematic.

Gambar 7C
Gambar 7C adalah SOP yang kita gunakan. Mulakan dari kiri ke kanan. BOX MERAH di atas tu
flexible, jika anda memilih MN maka follow dari MN KE D1. Kalau W1 maka hingga ke H4. Ambil
masa memahami SOP di atas. Jika sudah faham maka mulakan dengan melihat ke mt4 macam
mana history sebelum ni berlaku di pair kesukaan anda. Ye boleh di gunakan di mana-mana TF
tapi kene faham perangai PAIR itu juga. Ada yang Aggressive maka kene faham dengan
gabungan SOP.
BBMA FMS

Gambar 7D
GAMBAR 7D memberi SOP yang cukup untuk entry. Di mana? Di M15 FF SELL DAN ENTRY DI RE
ENTRY. Cuma akhirnya dia tak beri momentum. Maka harus mengunakan re entry H1 selepas
CO. dan ini contoh H4 re entry, H1 CO + CSR = RE ENTRY. Jika agak mengelirukan, nanti saya
terangkan di bab CSR.

Gambar 7E
Gambar 7E ni di zoom pada m15 di mana kita boleh lihat line CO dan entry selepas mmt. Itulah
zone entry. Cume keadaan sideway dan harus membuat re entry h1 kerana tidak ada mmt
selepas MMT. Ingat lagi STRUCTURE? Jika m15 re entry sell tak nak MMT, Dia harus cari TF atas
dia iaitu di H1. Dalam masa yang sama anda juga boleh berikan PINTU di atas TOP BB DAN LOW
BB untuk memberi confirmasi di mana kekuatan akan berlaku. Kalau MMT BUY? Maka batal.
BBMA FMS

Gambar 7F
Gambar 7F juga contoh yang cantik, focuslah pada M15 FF dan yang reject MA4 high. lebih
kukuh.

Gambar 7G
Gambar 7G ini contoh berbeza sedikit. Lihat pada graph di tengah yang ada CO. kalua di lihat
ada CO juga sbelum itu tetapi bagi saya belum kuat untuk mengconfirmasikan itu CO yang solid.
Jadi saya melihat dulu ke TF M15 apa kah sudah terjadi FF? maka belum. Dan akhirnya
terjadilah CO yang mana besar dan betul-betul break mid bawah mid bb. Pada masa yang sama
cs besar CO itu barulah terjadinya FF di TF M15. Baru lah rasa solid dan juga ada MMT SELL.
Maka peluang re entry pun ada, ENTRY di situ.
BBMA FMS
TT – TEKNIK TREND

Gambar 8A
TT adalah satu setup juga di guna pada awal perkenalan FMS untuk menahan posisi swing di
satu TF. TT juga function dari EMA50. Dia hanya persalingan antara EMA50 dan MIDBB. Contoh
ada TT sell di Gambar 8A. Di mana EMA50 kembali di atas MID BB. Ini ber maksud, minor trend
pun kembali mendengar cakap MAJOR TREND MENJADI KEDUA-DUA MEMBERI DOWNTREND.
Dengan TT inilah cara FMS melihat kekuatan swing dan juga tidak ada CSA BUY atau CS break
MID BB. Bermaksud CS di kawal kuat OLEH MINOR DAN MAJOR TREND.

Gambar 8B
Gambar 8B memberi contoh major trend akhirnya di matikan oleh TT BUY.
BBMA FMS

Gambar 8C
Gambar C menceritakan setup FMS bersama TT untuk cara swing yang lebih jauh.

Gambar 8D
Jadi bila ada sideway. Jangan pulak kita fikirkan tentang TT kerana bila SIDEWAY, akan terlalu
banyak TT. Ada perlawanan antara MAJOR DAN MINOR, jadi mohon bersabar. Sideway pun
biasanya kita belum entry. Kita balik juga melihat pada SOP baru entry.
BBMA FMS
MT –MAGNET TREND
Magnet Trend adalah satu concept di mana EMA 50 bertemu dengan CS. Bila bertemu, dia akan
BREAK atau REJECTION EMA50.

Gambar 9A
Tengok contoh Gambar 9A. Ada berlaku TT dimana kekuatan trend terjadi TAPI tidak selamanya
price membuat downtrend mengikut TT. Akan ada negosiasi yang bakal berlaku, iaitu CS
mencari EMA50. Ye kita memang ramai sudah tahu benda ni. Tapi yang saya nak share, tengok
BOX area MT ke dua, CS BERJAYA BREAK EMA50. Bukakah ini menandakan berlakunya uptrend?
Sebab CS di atas MAJOR DAN MINOR TREND. TAPI kita tahu MINOR TREND BELUM DI MATIKAN
OLEH MAJOR TREND. Jadi saya ingatkan lagi sekali, jangan gelabah bila market sedang sideway
kita sibuk mencari TT DAN MT. cari setup re entry sahaja dan cari sop dahulu. Jadi yang saya
share ni adalah are tempat anda mengambil posisi awal. Medium risk untuk trade di are MT.
sebab area MT ni dia boleh pantul jauh, LOGIC KAN? NAK SELL NAK BUY terserah, sebab are tu
area critical. Jaga MM dah cukup.
BBMA FMS
FFF – FF FIBO

Gambar 10A
Fibonacci retracement adalah TOOLS untuk mencari TP atau ending perjalanan market.

Gambar 10B
INI SETUP SCALP FMS dimana tempat kita menungu terjadinya CO. lihat pada Gambar 10B. BOX
KUNING adalah RE DAILY, dan kita tunggu adanya CO di H4 ini, boleh entry tapi high risk dengan
hanya melihat CSR ENGULFING SELL. Jika ada, boleh scalp dahulu dan pastikan berbaloi dimana
sl tak jauh. Ini kita hanya entry awal dan TP bila ADA CO ATAU HIT TP1 TP2 FIBO. JARAK TP
TIDAK BOLEH JAUH sebab kita hanya melengkapkan Signal CO.
BBMA FMS

Gambar 10C
Fahami detail yang ada di Gambar 10C. ini contoh nak scalping. Letak sl di atas resistant
terdekat sebelum.

Gambar 10D
Gambar 10D menunjukan contoh buy pula. Ada csr engulf, masuk entry pasang SL. Ada CO
THEN TP ATAU CARI LEVEL FIBO YANG DEKAT DENGAN MID BB SEBAB KITA HANYA SCALPING.
DIA BOLEH RETRACE SEMULA.
BBMA FMS

Gambar 10E
Seperti Gambar 10D sebelumnya, ada setup CRS ENGULF SELL kan yang di cari dan entry, ENTRY
SELEPAS TERJADINYA ENGULF YE. Lalu pasang SL, TAPI KENE SL dalam Gambar 10E. Jadi tu lah
cara scalp. Scalp kn memang ada risk, sebabtu baik kita follow trend biasa tunggu je CO.
BBMA FMS
CSR – CS REVERSAL
CSR adalah Candle Stick Reversal dimana di lihat hanya pada TF H4 ke atas sebagai signal dan TF
kecil sebagai alert dan entry. CSR ini penting juga kerana dia boleh mendeteksi kelemahan TF
tertentu atau bacaan retracement.

Gambar 11A
Anda bisa melihat banyak CSR PATTERN di google seperti Gambar 11A di atas. Di FMS sudah di
simplekan mana CSR yang mudah di baca dan selalu di gunakan.

Gambar 11B – BENTUK CSR FMS


BBMA FMS

Ini adalah ENGULFING CANDLE yang memang menjadi kesukaan banyak trader. Semasa
downtrend, seller tengah menguasai market dan tiba-tiba market naik semula melepasi garis
hitam di atas(resistant open body CS BEAR SEBELUM). Di sini CS BERJAYA CLOSED melepasi
resistant sebelum ini dan ini di angap telah di makan. Timbulnya BUYER ke dalam market dan
menjadikan ini CSR yang bertuknya paling besar di banding CSR yang lain.

Ini boleh di katakan CSR HAMMER PATTERN ke MORNING PATTERN KE dan lain-lain sama
sahaja. Ini juga terlihat body dia kecil dan mempunyai shadow yang panjang dari panjang body
itu sendiri. Paling ketara bila CS CLOSED NI BERBENTUK BULL yang melawan trend BEAR
sebelum.
BBMA FMS

Kini contoh CSR yang tak begitu cantik di sebabkan ianya juga berbentuk BEAR. Tetapi harus di
fahami, kebiasaan saya melihat CSR itu dari shadow dia yang panjang kerana kita boleh berfikir
logic, dia sudah mencoba memberi kekuatan tapi gagal dan meningalkan kesan shadow panjang
yang memberitahu kita ianya melemah. Ini boleh di deteksi di bbma dengan bacaan mhv TF
bawah.

ini menjadi CSR yang paling cantik. Ia berbentuk bull selepas bear, dan body SANGAT KECIL, dan
SHADOW PANJANG. Tiga tiga ciri melemah, berbanding no.2 di mana berpotensi ada
kekuatan(PEMBELAJARAN di ADVANCED FMS).
BBMA FMS
Jadi di atas tu lah CSR yang anda hanya perlu deteksi di FMS. BUKA TF H4 ke atas, jika anda pilih
H4, maka mula membaca CSR itu. CSR ni bersikap Retracement bermaksud setiap MOMENTUM,
PASTI ADA RE ENTRY, DAN RE itu disebabkan dtg CSR nak mencoba merubah TREND.

Gambar 11G

Gambar 11G menunjukkan banyak terjadinya CSR di TF H4 tersebut sama ada BUY atau SELL
hanya melihat daripada signal CSR itu sendiri. Ada yang berbentuk Engulf, ada HAMMER, ada
DOJI CS dan lain-lain.
Jadi di sini bermaksud, CSR ADA DUA DESTINASI:
CSR = MENCARI RE-ENTRY.
CSR = MERUBAH TREND.
Untuk memahami lebih dalam kene gabung MTF BBMA. CSR awalnya bersifat retracement
sahaja tapi bila ia digabungkan dengan MHV maka kene hati-hati, ia boleh berubah tujuan
menjadi perubahan trend.
Di PDF ini tidak banyak saya beri contoh MHV kerana akan di COVER topic MHV selebihnya di
PDF ADVANCED FMS.
BBMA FMS

Gambar 11H

Gambar 11H menunjukan level keberadaan MHV(CONTOH MHV SELL)


1 - MHV lebih tinggi dari EXT(EXTREME).
2 - MHV sama ketinggian dengan EXT.
3 - MHV lebih rendah dari EXT.

Gambar 11I

CSR ini mencari re entry sahaja, jika tidak dia akan membuat perubahan trend. Akan lebih
ketara bila ada dua TF memberi CSR maka ia boleh merubah trend.
BBMA FMS

Gambar 11J
FOCUS pada Gambar 11J, CSR terakhir selalunya mencari
RE ENTRY tetapi gagal = RE ENTRY FAIL.
Dan bila RE FAILED = sideway.
Bila sideway = CSR TF BESAR TERBENTUK.
bab csr ni memang kene banyak belajar untuk memahami tapi saya tak sentuh banyak juga
sebab semua yang detail akan di ADVANCED FMS,
di basic cukup kita gunakan ini sebagai tanda untuk menuggu ke RE ENTRY.

Gambar 11K
Gambar 11K menceritakan semuanya, tips terakhir = H4 CSR SELL + Daily CSR SELL = MHV DI TF
H4. Tapi tak semua, sila backtest sebab CSR hanya signal, nak entry back to SOP.
BBMA FMS

Cari SIGNAL H4 KE ATAS. Ada tak MMT. ADA TAK RE? BUKA TF BAWAH, BEBALOI TAK ENTRY?
BBMA FMS

ada juga masa bila sop belum siap dh jalan, ni contohnya H4 RE BUY, H1 tengah buat CO,
sepatutnya tngu closed tpi saya entry sebab dh FF dan RE. lebih detail akan ada di ADVANCED
BBMA FMS

Ingat jangan pernah lupa tentang structure.

Alhamdulillah hingga di sini sahaja perkongsian saya. Refer di video FMS untuk penerangan
lebih jelas(MEGA FMS/ VIP FMS member sahaja). InsyaAllah jika ada masa yang lebih di hari
nanti kita berjumpa di PDF ADVANCED. Semoga kita di beri rezeki dan konsistensi rezeki dalam
bidang FOREX.

Jika ada kekurangan mohon maaf,


Terima kasih kerana membeli pdf ini.

TELEGRAM: T.me/BBMAFMS

Sila jaga PDF ini untuk diri sendiri, jika di izinkan.. jumpa lagi.
Assalamualaikum.
BBMA FMS
2019
Kini anda akan mempelajari setup FMS 2019. Sama sahaja dengan apa yang anda pelajari
sebelum ini Cuma memudahkan anda mahu mengunakan setup mana yang sesuai dgn cara
trading anda.
Ada 7 level ENTRY FMS, jadi mari mulakan satu per satu,
BBMA FMS
BBMA FMS
LEVEL 1
LEVEL 1 ini adalah adalah entry paling awal di area re entry.

Contoh 1
Rule:
SETUP LEVEL 1 ini hanya setiasa entry selepas FF di tf kecil,
Atau FF berlaku lebih awal sebelum CO di middle TF = h1 boleh entry tanpa co.
Sebaiknya entry yang bagus di h1 ada CO. focus entry sehaja selepas itu
bila dah impact atau MMT kuat harus TP.
Apa kekurangan LEVEL 1 ini?
boleh float lama di sebabkan price mencari level 2 yang berada di h1. CO mencari re entry.
dan tidak di galakan holding untuk intraday atau swing kerana level 2 akan menanti.
BBMA FMS

Contoh 2

CONTOH 3
BBMA FMS

M15 FF RE TP

CONTOH 4
BBMA FMS
LEVEL 2
LEVEL 2 ini adalah setup original tanpa spicy. Entry sentiasa di re entry selepas CO. kalau
selepas CO dan MMT baru re entry. Maka itu juga level 2 Cuma tidak setinggi atau seAwal
selepas CO
Rules: Focus pada 2 TF.
H4 RE
H1 CO + RE ENTRY MASUK ENTRY
ATAU
H1 RE
M15 CO +RE ENTRY MASUK ENTRY
level 2 ini boleh bagus kerana masuk entry menunggu validation.
level 2 ini terjadi disebabkan setup level 1 batal atau float mode untuk menhabiskan hutang
atau zone menanti level 2 ini.

TP untuk level 2 ini boleh tngu 1 hari punya mmt atau impact besar

Contoh 1
BBMA FMS

Contoh 2

Contoh 3
BBMA FMS

contoh 4
Di H4 ada 4 re entry sell.
Di H1 ada 4 CO.
pasti ada level 2 untuk entry.
Ada level 2 selepas co dan ada selepas MMT.
Kebanyakan dari contoh di atas tidak memberi perjalanan jauh bagi level 2 selepas MMT.
Kenapa?
Kerana Concept LEVEL 2 ini kita akan entry lalu menantikan impact secepatnya.
kalau dalam setengah atau sehari belum juga MMT seterusnya maka Hati-hati
BBMA FMS
LEVEL 3
LEVEL 3 mengunakan sop:
H4 RE MID BB
H1 CO
M15 FF
Ini salah satu RE entry yg kuat juga di mana dia akan test mid bb kerana dia nak ubah arah iaitu
membuat CSAK(candlestick Arah Kukuh) tapi gagal. Setup level 3 juga hampir sama dengan lvl 1

Contoh 1

Contoh 2
BBMA FMS

Contoh 3
BBMA FMS
LEVEL 4
LEVEL 4 ini sama seperti LEVEL 3 Cuma tidak menunggu CO. jadi resiko memang tinggi la tapi
sedap juga.
H4 RE MID BB
H1 REJECT EMA50
M15 EXT.

Di sini bermaksud anda akan entry di TF MEDIUM iaitu H1 jika H4 RE MIDBB. Dan bersamaan
EXT terjadi di M15. Paling cantik bila EXT BB MENDATAR
BBMA FMS
LEVEL 5
LEVEL 5 ini sama seperti level 4 Cuma berbeza sedikit
H4 RE
H1 REJECT EMA50
M15 CO

Jadi di level 5 ini TF H1 kita harus menantikan h1 closed dan reject ema50 dulu. Berbeza di level
4 di mana entry di zone ema50 yang berisiko tinggi.
Tapi dengan level 5 ini anda sekurangnya juga harus menunggu CO di TF terakhir/low iaitu M15
BBMA FMS
LEVEL 6
LEVEL 6 ini ada dua tempat entry iaitu MID TF DAN LOW TF. H4 CSR MAKA ENTRY DI H1 ATAU
M15.
H4 CSR
H1 CO + ENTRY
M15 ENTRY
BBMA FMS
LEVEL 7
LEVEL 7 ini adalah CSR VALIDATION di mana cara kita memvalidkan CSR ATAU MHV.
H4 CSR
H1 MHV
M15 FF
BBMA FMS
Jika PDF ini membantu anda maka anda boleh gunakan. Saya akan upload video ke youtube
untuk lebih detail.

Youtube = BBMA FULL MARGIN SWING

Dan dgn ini juga jika berminat untuk pembelajaran lebih.. jumpa anda di PDF FMS ADVANCED
FMS akan di release august 2019. Sila contact admin fms di telegram = @fms_admin

Sekian dari saya,


BBMA FMS.

Anda mungkin juga menyukai