Anda di halaman 1dari 23

CHAPTER 1: ASAS FOREX

“Asas adalah permulaan untuk


sesuatu”
1. Asas Pergerakkan Market
Pergerakkan market ada dalam tiga (3) fasa, iaitu Uptrend, Downtrend
& Sideway. Uptrend atau kata lainnya Bullish. Downtrend atau kata lainnya
Bearish.

Dalam Uptrend (Bullish) market perlu buat pergerakkan Higher High


(HH) & Higher Low (HL). Manakala, dalam Downtrend (Bearish) market perlu
buat pergerakkan Lower Low (LL) & Lower High (LH).
CHAPTER 2: MARKET
STRUCTURE

“Setiap kali berlakunya BMS


tunggu retracement”
2. Break Market Structure (BMS)
Break Market Structure (BMS) bermaksud pergerakkan market yang
memecahkan struktur yang telah di bentuk. Seperti rajah di bawah,
pergerakkan market dari A ke B adalah Downtrend dengan cara marking BMS.
Di sini dapat lihat market break ke bawah menandakan downtrend.

Manakala, dari titik B ke C adalah Uptrend dengan cara marking BMS


iaitu market break ke atas menandakan uptrend.

Setiap kali berlaku BMS market mesti melakukan “retracement” iaitu


pergerakkan market yang memberikan kita peluang untuk entry mengikut
trend market semasa.
Gambar rajah di bawah ini adalah contoh Marking BMS and tempat
untuk mencari entry atau dalam bahasa inggeris Optimal Trade Entry (OTE).
Jika market melakukan break ke atas, tempat entry kita mestikan dekat
kawasan higher low (HL) ataupon ditulis (OTE) seperti dalam rajah tersebut.

Gambar rajah dibawah menerangkan Cara Marking BMS dan kawasan untuk
entry.
CHAPTER 3: ORDER BLOCKS

“Pemilihan OB yang sesuai”


3. Order Block (OB)
Order block adalah candlestick yang berbentuk base yang dijadikan
sebagai zone untuk kita cari position entry setelah berlakunya BMS.
Candlestick Order Block (OB) banyak berlaku di dalam chart. Tetapi
pemilihan OB yang sesuai haruslah dilakukan agar tidak memilih OB yang
fake. OB yang sesuai dipilih adalah OB yang telah melakukan BMS.
Contoh 1
Jadi kita dapat lihat OB ini adalah marking zone untuk kita cari entry.
Pastikan OB itu punca berlakunya BMS. Untuk mendapat winrate yang lebih
tinggi, gabungkan dengan ikut trend timeframe lebih besar. Cara untuk
mengenal pasti trend adalah berdasarkan market structure. Contohnya,
timeframe H4 adalah downtrend dan price di dalam zone Order Block (OB).

Gambar di atas adalah USJPY di timeframe H1. Di timeframe H1, price


telah pon melakukan BMS. Lalu kita cari OB yang menyebabkan BMS itu.
Setelah price kembali ke dalam zone OB tukar ke timeframe kecil. (lihat
gambar seterusnya)

Lihat gambar di atas, adalah timeframe 3 minit. Price ada melakukan


BMS sebanyak 2 kali. Setelah tunggu BMS sebanyak 2 kali, cari OB yang
menyebabkan BMS tersebut. Kemudian sekali lagi, tunggu price masuk ke
dalam zone OB timeframe kecil itu (zone warna merah). Seperti kita lihat,
entry sell pertama hit SL, tetapi entry sell kedua price trus junam.
Jadi kita dapat lihat price trus junam di timeframe H1. Setup ini dapat
memberikan keuntungan yang banyak dengan zone stop loss yang sangat
minimal. Pastikan ikut turutan analisa dengan betul untuk mendapatkan tp
yang jauh iaitu 26RRR.
Contoh 2

Untuk contoh yang kedua, kita dapat lihat di timeframe H4, price telah pon
melakukan BMS iaitu Break Market Structure. Setelah dapat lihat BMS, kita harus
cari Order Block (OB) yang menyebabkan berlakunya BMS. Kemudian, kita harus
tunggu price untuk turun ke dalam zone OB di H4. Setelah price memasuki kedalam
zone OB H4, buka timeframe kecil iaitu 1 minit (M1). Lihat gambar seterusnya.
Setelah buka timeframe M1, tunggu price melakukan BMS sebanyak 2 kali.
BMS yang pertama iaitu bawah sekali (rujuk gambar di atas), adalah penanda market
mahu bertukar trend atau dalam bahasa inggeris di panggil Change of Character
(ChoCH). BMS kedua pula adalah confirmation bahawa market sudah bertukar trend.

Jadi, BMS pertama adalah penanda awal pertukaran trend. Ini kerana
sebelum price masuk zone di H4, price di M1 dalam keadaan downtrend. Maka, price
harus melakukan BMS pertama kerana ia memberitahu kita bahawa price mahu
tukar trend tapi masih belum ada confirmation.

Untuk BMS kedua pula, ia adalah sebagai kepastian (confirmation) bahawa


trend sudah bertukar dari downtrend ke uptrend. Jadi, setelah berlaku BMS
sebanyak 2 kali, baru lah kita cari OB yang menyebabkan berlakunya kedua-dua BMS
tersebut. Kita boleh instant entry buy di zone pertama (zone merah atas sekali) jika
price masuk ke dalam zone itu. Dan jika price hit SL di zone pertama, entry buy lagi
sekali di zone kedua.
Jadi, kita dapat lihat price telah berinteraksi dengan zone pertama dan memberikan
profit kepada kita. Jika price sudah pergi jauh dari tempat entry kita, pastikan set Breakeven
(BE) untuk melindungi profit yang telah kita peroleh. Jadi, kita boleh hold position dengan
tenang tanpa risau price turun secara tiba-tiba dan hit SL.

Setelah beberapa jam tunggu, akhirnya price sudah pon hit tp dgn memberikan kita 15RR.
CHAPTER 4: KONSEP RRR

“RR yang tinggi memberikan


keuntungan”
4. Konsep Risk, Reward, Ratio (RRR)

Sebagai seorang trader, kita perlu fahamkan konsep RRR untuk lebih
mudah mengira berapa banyak yang telah kita untung dan rugi. RRR
bermaksud Risk, Reward, Ratio.

R pertama iaitu Risk bermaksud risiko. Berapa banyak jumlah yang


kita telah risikokan. Contohnya, setiap kali price hit SL, kita telah merisikokan
1R. Contoh jarak ke SL adalah 20 pips, maka 1R kita adalah bersamaa 20
pips untuk setup tersebut (1R = 20 pips). Tetapi jika setup seterusnya jarak
SL 13 pips, maka 1R untuk setup kedua itu adalah 13 pips (1R = 13 pips).
Risk kita selalunya kiraan menjadi 1R.

R kedua iaitu Reward bermaksud hasil. Hasil yang bermaksud berapa


banyak kita akan dapat jika price hit TP. Selalunya kiraan jarak kita mengikut
pips tetapi dengan kiraan R, lebih mudah untuk tahu setup kita berbaloi atau
tidak untuk close. Kiraan R untuk TP adalah bergantung kepada Risk kita.
Jika risk 20 pips dan reward 40 pips, maka reward kita adalah 2R kerana 40
pips adalah 2 kali ganda dari jarak SL. Lihat gambar di bawah untuk lebih
faham.

R ketiga iaitu Ratio bermaksud Nisbah. Kiraan nisbah ini adalah


bergantung kepada Risk dan Reward kita. Contohnya, jika Risk 20 pips iaitu
1R, Reward adalah 40 pips iaitu 2R. Maka nisbah nya adalah RRR = 1:2.
Maksunya kita merisikokan 1R untuk 2R. Contoh lainnya, jika jarak SL 5 pips,
jarak TP adalah 50 pips, Maka setup kali ini adalah 1R = 5 pips. Jadi nisbah
nya adalah RRR = 1: 10.
Untuk buy di website TradingView, rupanya seperti di dalam gambar.
Kita tidak perlu kira RRR cuma perlu faham cara gunakan RRR. Mengapa
perlu guna RRR?

Dengan kiraan RRR, kita boleh tahu bila kita boleh set BE, close
position separuh atau close semua position. Contohnya jika saya trade, saya
akan set BE apabila price sudah capai pergerakkan 3R, dan saya akan close
separuh apabila price sudah capai pergerakkan 5R dan close semua apabila
price sudah capai jarak antara 10R hingga 15R.
Jika kita guna SL yang besar, kita akan dapat RRR yang sangat kecil.
Contoh dalam gambar ini, jika anda tidak entry sell di timeframe kecil (M1),
anda akan dapat RRR yang sangat sikit iait hanya RRR = 1:3.16. Dengan ini
keuntungan anda adalah sangat nipis walaupon gambar ini adalah timeframe
Daily di GBPUSD pada 24 Jan 2022.

Lihat di atas kanan ada tulis 30. Ini bermaksud gambar ini adalah
timeframe 30 minit. Jadi, setelah masuk zone di timeframe Daily, jangan terus
masuk sell kerana jarak SL akan lebih besar mengakibatkan RRR yang
sangat rendah. Untuk mengurangkan jarak SL, tukar ke timeframe lebih kecil
seperti dalam gambar. Tunggu BMS sebanyak 2 kali. Cari OB yang
menyebabkan BMS tersebut. Kemudian tunggu price kembali ke dalam Ob
tersebut. Terus entry sell di zone OB tersebut. Entry sell itu dengan jarak SL
yang sangat rendah iaitu 26.6 pips.
Ini adalah rupa jarak SL (Risk) and jarak TP (Reward) setelah kita telah
kurangkan jarak SL di timeframe kecil. Sekarang setup Daily ini kita dapat
RRR = 13.17 dengan jarak SL 26.6 pips dan jarak TP 350.2 pips. Sebelum ini
RRR kita adalah 3.16 dan telah berubah menjadi 13.17.

Kiraan 1R boleh ditukar ke Dollar. Contohnya, modal trade 1,000 USD.


Kita mahu risikokan 5% dari modal iaitu 50USD. Jadi jika hit SL, kita akan rugi
50USD. Maka 1R kita bersamaan 50USD. Reward setup tadi adalah 13.17R
iaitu 658.5 USD untung.
Tetapi jika kita merisikokan akaun trade kita lebih tinggi, seperti 20%
dari modal 1,000 USD jadi kita risikokan 200USD. Jika hit SL setup ini kita
akan rugi 200 USD iaitu bersamaan 1R. Dan jika hit TP, kita akan dapat
13.17R bersamaan 2,634 USD.

Sebagai seorang trader kita perlu tahu berapa % untuk merisikokan


akaun trade kita. Untuk menjadi professional trader, risiko yang digunakan
selalunya bawah 5%.
Contoh:

Jadi, cuba kita lihat contoh gambar ini. Di timeframe besar iaitu M30,
ada BMS. Kemudian kita cari OB yang melakukan BMS tersebut. Kemudian
tunggu price masuk semula ke dalam zone itu. Jika kita lihat, kalau kita guna
SL timeframe besar, jarak sl kita adalah 26 pips dan jarak tp kita ialah 208.4
pips. Ini menjadikan RRR 1:8. Maksudnya jika kita merisikokan 10 USD, kita
akan dapat dalam 80 USD. Tetapi, jarak SL ini sangat tebal menyebabkan
kadar risiko yang tinggi.
Maka, kita tuka kepada timeframe lebih kecil, iaitu M1. Kita dapat lihat
price masuk ke dalam zone M30 (warna kelabu) dan kita harus tunggu double
BMS di timeframe kecil. Setelah berlakunya BMS sebanyak dua kali, baru lah
kita marking OB yang menyebabkan BMS tersebut. Selalunya ada 2 zone OB
tetapi kali ini, OB zone ini tempatnya lebih kurang sahaja. Setelah price
masuk zone OB timeframe kecil, kita boleh trus entry sell dengan jarak SL
yang sangat nipis bagaikan kulit bawang.
Di sini kita dapat lihat sudah terang bahawa jarak SL tadi yang sangat
tebal iaitu 26 pips sekarang telah di kurangkan menjadi 6.6 pips sahaja. Jika
anda telah mahir setup ini, kebanyakkan jarak SL bawah 10 pips di major pair
currency. Sekarang kita dapat RRR 1:33.

Jadi, jika kita merisikokan 10 USD, kita akan dapat reward profit
sebanyak 330 USD dengan sekali entry sahaja. Tetapi yang paling penting
adalah kawalan risiko kepada equity account trade kita. Jangan merisikokan
semua equity yang ada demi profit sedangkan pengawalan risiko itu yang
boleh menyebabkan account trade grow menjadi lebih besar.

Anda mungkin juga menyukai