Anda di halaman 1dari 6

SJHK 3073

Kuliah 5

Nama : Leong Reh Xing

Tarikh : 20/9/2020 (Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 10.00 pagi

1. Berikan takrifan berserta gambar tentang Tugu, Kubu, Ekskavasi, Monumen, Candi, Statue
dan Arca.
Tugu
 Biasanya berbentuk bangunan yang besar, tinggi, dan menjulang. Bangunan ini
terbuat dari batu, batubata, atau material-material yang lain. Fungsi utama tugu ialah
sebagai penanda suatu tempat, peristiwa sejarah, serta tokoh masyarakat.
o Tugu peringantan
- Tugu yang dibangun untuk memperingati suatu peristiwa bersejarah yang
penting.
o Tugu patung
- Tugu yang dibuat untuk mengenang tokoh terterntu yang berkaitan
dengan suatu tempat.
o Tugu penanda
- Tugu yang dibina sebagai tapak untuk keperluan membantu perjalanan,
khususnya mempermudah navigasi.
o Tugu gapura
- Tugu yang dibuat untuk menandakan pintu masuk menuju ke lingkungan
tertentu yang bersifat terbatas.
SJHK 3073

Tugu- Tugu Milenium (Millennium Monument) terletak di Presint 2, Putrajaya,


Malaysia. Ia merupakan monumen negara yang pertama dibina khas untuk
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kubu
 Kubu ialah binaan tinggi untuk mempertahankan kampung atau sebuah negara dari
serangan musuh.
o Kubu Kuala Kedah

- Kota ini pernah dimusnahkan oleh armada Acheh pada tahun 1619 dan
Portugis diusir keluar dari sini. Setelah diperbaiki, kota ini sekali lagi
dimusnahkan oleh armada Bugis (1770).
- Kota ini dikelilingi dengan meriam yang dibeli dari Belanda dan British. Di
dalamnya telah didirikan sebuah istana. Di samping menjadi pusat
pertahanan, kota ini juga menjadi pusat pentadbiran semasa
pemerintahan Sultan Ahmad Tajudin Halim Shah 2, Sultan Kedah ke 22
(1804-1845). Semasa pemerintahan baginda, kota ini telah diserang dan
dimusnahkan armada Siam pada 12 November 1821. Kota ini
kemudiannya diduduki oleh tentera Jepun semasa pendudukan Jepun di
Tanah Melayu.

- Kota Kuala Kedah juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang yang terletak
di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12 kilometer dari bandar Alor Setar. Kota
SJHK 3073

ini merupakan benteng pertahanan Melayu yang tertua sekali di utara


Malaysia.
Ekskavasi
 Kegiatan penggalian yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang kesan
tinggalan manusia zaman purbakala yang melibatkan kerja lapangan dan kerja
makmal.
 Eksavasi bertujuan mengkaji sejarah budaya manusia dan membina semula cara
hidup manusia.

Ekskavasi di Gran Dolina, di Pengunungan Atapuerca, Sepanyol, 2008.


SJHK 3073

Monumen
 Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang
ternama atau peristiwa penting.
 Bangunan-bangunan yang mempunyai nilai sejarah disebut sebagai monumen.
 Bangunan yang dibuat untuk markah tanah. Contoh : Menara Petronas.
 Tugu peringatan untuk mengenang tokoh tertentu. Contoh : Gerbang India.
 Nisan untuk tokoh yang telah meninggal. Contoh : Piramid Giza.
 Makam untuk tokoh yang penting. Contoh : Taj Mahal.
 Monolit untuk keperluan peringatan ritual. Contoh : Stonehenge.

Monumen – Masjid Kampung Klang dibina pada tahun 1748.

Monumen Asal Usul Melayu – terahsia bangsa Melayu

Monumen Stonehenge – Kira-kira dibangun sekitar 5000 tahun silam.


o Candi
SJHK 3073

Candi Borobudur – misteri di sebalik Candi Budhda terbesar di dunia.


o Statue
- Kegunaan statue adalah sebagai peringatan kepada sesuatu peristiwa
atau orang.
- Dibuat sebagai monumen biasanya untuk mengenang jasa tokoh atau
kelompok tertentu misalnya mengenang tokoh yang berjasa atau
pahlawan di suatu negara dan memperingati moment bersejarah.

Statue The Great of Giza


o Arca
- Patung yang dibuat daripada batu yang dipahat dan menyerupai bentuk
sesuatu.
- Suatu bentuk dalam sususan tiga dimensi. Permukaanya dapat dirasai
dan dipandang dari pelbagai sudut.
SJHK 3073

Arca Buddha di Angkor Wat

Acra kuda di China


2. Apakah perbezaan monumen dan tugu? Jelaskan.
Pada dasarnya, kedua bangunan ini sama-sama berfungsi sebagai penanda atas peristiwa
bersejarah yang telah terjadi di suatu tempat. Monumen adalah bangunan atau tempat yang
mempunyai nilai sejarah yang penting dan kerana itu dipelihara dan dilindungi negara. Tugu
boleh dikategorikan sebagai salah satu monumen. Monumen umumnya dibangun dengan
tujuan untuk memperingati seseorang atau peristiwa yang dianggap penting oleh suatu
masyarakat. Fungsi utama tugu ialah sebagai penanda suatu tempat, peristiwa sejarah,
serta tokoh masyarakat. Tugu adalah tiang besar dan tinggi yang dibuat dari batu, bata, dan
sebagainya. Tugu ialah perkataan khasnya untuk menunjukkan monumen yang diletakkan
di luaran bilik, kebiasaannya tiada bumbung dibina.
3. Bagaimanakah guru Sejarah menggunakan bahan-bahan arkeologi semaksimumnya dalam
PdP Sejarah?
Guru boleh mengadakan aktiviti melawat sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah untuk
pelajar dapat melihat dan memerhatikan bahan-bahan arkeologi untuk menambah
peringatan dan kefahaman mereka. Contohnya, guru boleh membawa murid melawat Tugu
Negara untuk membantu menjelaskan peristiwa sejarah seperti peperangan menentang
pihak jajahan.
4. Guru Sejarah tidak dapat melaksanakan lawatan sambil belajar ke tapak arkeologi atau
tempat monumen disebabkan masalah kewangan sekolah. Bagaimanakah guru Sejarah
menyelesaikan masalah ini demi mengaplikasikan sumber bahan arkeologi dalam
pengajarannya? Cadangkan pendapat anda.
Guru boleh menggunakan sumber bergambar dan juga tayangan video berkaitan dengan
tugu, monumen dan sebagainya untuk dikaitkan dengan topik yang dibincangkan dalam bilik
darjah. Contohnya menggunakan aplikasi Google Earth. Dengan aplikasi ini, murid dapat
melihat lokasi-lokasi bersejarah secara online.

Anda mungkin juga menyukai