Anda di halaman 1dari 1

4 hormon yang boleh membuatkan kita rasa gembira... yeay....

Ada tidak sesiapa dalam kalangan kita yang tidak pernah berasa stress? Saya pasti setiap individu
pernah berasa stress disebabkan pelbagai perkara, Ini kerana semakin meningkat usia kita, semakin
banyak tanggungjawab yang perlu kita pikul. Jadi bebanan daripada tanggungjawab itu sedikit
sebanyak akan membuatkan kita stress. Tahukah anda, terdapat beberapa hormon yang boleh
menghilangkan stress kita dan membuat kita gembira. Jom baca empat hormon yang boleh
membuatkan kita rasa gembira.

Endorphin
Boleh membuat kita rasa gembira dan tenang. Endorphin juga mengurangkan rasa bimbang dan
sensitiviti pada rasa sakit. Hormon ini dirembeskan sewaktu bersenam. Jadi banyakkan bersenam
ketika kita stress!

Phenylethamine
Phenylethamine adalah hormon cinta. Hormon ini memberi kita rasa bahagia ketika peringkat awal
percintaan. Koko ada hormon ini dan ia memberikan impak yang sama pada perasaan kita. Jadi
jangan lupa makan coklat ketika kita stress! 

Serotonin
Hormon yang mengurangkan stress dan membuatkan kita rasa gembira. Hormon ini dipanggil hormon
kegembiraan. Hormon ini dirembeskan bila terdedah kepada cahaya matahari, makan makanan yang
kaya dengan karbohidrat dan bersenam. Jadi jangan asyik terperuk di dalam rumah. Keluarlah dan
amalkan gaya hidup sihat untuk mengurangkan stress!

Ghrelin
Mengurangkan rasa stress dan membuat kita rasa lebih relaks. Hormon ini dirembeskan sewaktu kita
rasa lapar. Jangan makan terlalu banyak kerana bila terlalu kenyang, pengeluaran hormon ini
direncatkan oleh sistem badan. 

Ini adalah antara hormon yang boleh mengurangkan stress dan membuatkan kita rasa gembira. Apa
yang kita boleh lihat disini ialah kebanyakan hormon ini dirembeskan semasa waktu bersenam dan
makan. Jadi, makan perlu dijaga dan apabila anda rasa stress pergilah bersenam dan amalkan gaya
hidup yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai