Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN JALINAN KORPORAT DAN KOMUNIKASI


TUGASAN KERJA KURSUS: PENULISAN INDIVIDU
SEMESTER: 3 TAHUN: 2020

KOD KURSUS EDUP3053

KURSUS TEKNOLOGI UNTUK PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Nama Pelajar MUHAMMAD SYAMIL BIN HOARY @ KHAIRI

Angka Giliran 2019172340020

No Kad 990618-06-6147
Pengenalan
Kumpulan/ Unit G3.5

Nama Pensyarah PN. HASLINA BINTI HASSAN

Tarikh Hantar 7 OKTOBER 2020

Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:
TUGASAN 1

Definisi reka bentuk pengajaran adalah suatu proses untuk membina bahan pengajaran
seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini
mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan. Reka bentuk pengajaran sebagai
sains untuk mencipta amalan pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan situasi pembelajaran yang memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran
berlaku (Richey,2011). Reka bentuk pengajaran juga adalah merupakan suatu cara yang
sistematik bagi mereka bentuk, membina dan menggunakan seluruh proses pengajaran.
Sementara itu, definisi lain pula adalah proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk
pembelajaran yang juga mengambil kira perubahan sistem dan pengaruh alam sekeliling.

Untuk tugasan ini, kami perlu membuat reka bentuk pengajaran dengan menggunakan
model Assure bagi subjek major opsyen iaitu Pendidikan Muzik. Menurut model Assure, ciri
pertama adalah menganalisis pelajar. Sesuatu bahan yang dibina oleh guru perlu
mengenalpasti pelajar dari segi umur, kelas, dan pengetahuan sedia ada. Analisis pelajar ini
penting supaya bahan yang dibina mencapai objektif guru. Soalan seperti berikut boleh
dijadikan panduan. Pertama sekali, kumpulan sasaran saya ialah murid tahun 4 Syukur. Kelas 4
Syukur ini adalah kelas yang paling hadapan. Seterusnya, pengetahuan sedia ada pada murid
pada tahun 4 ini adalah boleh menepuk mengikut corak irama. proses PdP ini mengambil masa
selama 30 minit.

Menurut Model Assure, komponen kedua yang perlu dikira ialah menyatakan objektif.
Guru perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran yang mahu dicapai. Objektif mestilah
dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Sebelum pembelajaran bermula,
menentukan objektif adalah penting supaya guru dapat menetapkan sasaran yang mahu
dicapai dan seterusnya menetapkan apa yang murid perlu dapat. Objektif bagi pengajaran saya
ialah mengenali dan dapat memainkan alat perkusi dan perkusi badan mengikut corak irama
dan tempo yang betul.

Komponen ketiga yang terdapat didalam Model Assure ialah memilih kaedah, bahan,
dan media. Guru perlu mengetahui tahap kebolehan murid dan objektif pembelajaran yang ingin
dicapai dalam menentukan proses pemilihan, membaiki dan mengubahsuai media atau bahan.
Sebelum sesuatu tajuk diajar, guru perlu memilih dahulu kaedah, media dan bahan yang sesuai
untuk memastikan objektif pembelajaran bagi tajuk tersebut tercapai. Kaedah yang digunakan
untuk pengajaran saya ialah kaedah kinestenik. Saya telah memilih kaedah kinestetik kerana
kaedah kinestetik ini amat sesuai untuk digunakan ketika proses PdP yang melibatkan “hands-
on” (Boon, 2009). Ini kerana semasa proses PdP yang saya jalankan melibatkan hands-on iaitu
murid akan mengenali jenis alat perkusi secara hands-on dan diberi peluang untuk memainkan
alat perkusi tersebut. Seterusnya, bahan yang telah saya gunakan ialah 2 jenis alat perkusi iaitu
kerincing dan kayu tik-tok. Media yang telah saya gunakan ialah slaid multimedia

Komponen yang keempat menurut Model Assure ialah penggunaan media dan bahan.
Langkah seterusnya ialah bagaimanakah media dan bahan sumber pengajaran-pembelajaran
dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. Media yang telah saya gunakan ialah slaid multimedia. Ini
kerana didalam slaid multimedia, saya boleh memuatkan pelbagai unsur media seperti video,
gambar, audio dan teks. Ini akan memudahkan saya untuk memperkenalkan murid dengan
jenis-jenis alat perkusi, bagaimana cara untuk memainkan dan juga bagaimana ia berbunyi.
Saya memilih slaid multimedia sebagai media pengajaran adalah kerana murid-murid lebih
tertarik dengan bahan bergrafik dan audio (Mok,2010). Seterusnya, bahan yang saya gunakan
semasa didalam proses PdP ialah 2 jenis alat perkusi iaitu kerincing dan kayu tik-tok. Tujuan
saya menggunakan alat perkusi ini adalah untuk memberikan pengalaman sebenar bermain
alat perkusi kepada murid.

Komponen kelima didalam Model Assure ialah memerlukan penyertaan pelajar. Sesuatu
pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan
perubahan tingkah laku yang kekal (Noriati, 2009). Ini disokong oleh semua teori pembelajaran
baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Terdapat penyertaan murid didalam proses PdP
yang telah saya rancang. Iaitu, secara berkumpulan, (5 orang) murid akan diberikan 2 jenis alat
perkusi iaitu 1 kerincing dan 2 kayu tik-tok. Didalam kumpulan tersebut, seorang murid akan
bermain kerincing, 2 orang akan bermain kayu tik-tok dan 2 orang murid lagi akan bermain
perkusi badan dengan mengikut corak irama yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.

Komponen terakhir didalam Model Assure ialah menilai dan menyemak semula. Untuk
penilaian, setiap kumpulan diminta untuk memainkan alat perkusi mereka mengikut corak irama
secara ensemble (bersama-sama) dihadapan kelas. Sekiranya, mereka dapat memainkan alat
perkusi mereka mengikut corak irama dengan tempo yang betul, ini menunjukkan bahawa
objektif kedua telah tercapai. Untuk memastikan objektif pertama dicapai, saya akan
memberikan soalan tentang alat perkusi kepada mereka. Untuk menyemak pula, saya akan
memberikan soalan refleksi kepada murid berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Soalan ini bertujuan untuk menambahbaik aktiviti pada kelas akan datang.
Kesimpulannya, penggunaan model reka bentuk pengajaran mampu dijadikan panduan
pembinaan bahan media pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan sesebuah
model dalam merancang rekabentuk pengajaran ini bukan hanya memberi panduan kepada
guru dalam pengajaran dan pembelajaran malahan komponen-komponen yang terkandung
dalam model ini juga mampu menarik minat murid terhadap proses PdP. Sekiranya model
rekabentuk pengajaran ini diguna pakai sepenuhnya dalam menyedia dan membina bahan
media untuk pengajaran dan pembelajaran, sudah sepastinya murid-murid akan sentiasa
menunggu kedatangan guru untuk mengajar. Pengajaran akan menjadi lebih mudah, menarik
dan berkesan.
RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, (2009) Murid Dan
Alam Belajar, Siri Pendidikan Guru, Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Boon Poon Ying, Noriati, Syarifah Fakriah Syed Ahmad, (2009). Murid dan Alam Belajar.
Siri Pendidikan Guru Oxford Fajar, Kuala Lumpur.

Mok Song Sang. (2010). Psikologi Pendidikan dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar.
Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Richey. (2011). The Instructional Design Knowledge Base: Theory, Research, And
Practice. Educational Technology Research and Development.
LAMPIRAN

Subjek : Pendidikan Muzik


Tajuk : Bermain Alat Perkusi dan Perkusi Badan
Tahun : 4 Syukur
Masa : 10.30 pagi – 11.00 pagi (30 minit)
Standard Kandungan : 1.2: Permainan Alat Perkusi.
Standard Pembelajaran : 1.2.2: Memainkan alat perkusi mengikut corak irama
berdasarkan corak irama.
Obejektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat
1. Mengenali alat perkusi
2. Memainkan alat perkusi dan perkusi badan mengikut corak
irama dan tempo yang betul.

Langkah / Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Masa Pengajaran
Langkah 1 1. Slaid Aktiviti Demonstrasi 1. Pendekatan:
Deduktif
5 Minit Multimedia
2. Alat perkusi 1. Guru menunjukkan jenis alat Strategi:
Berpusatkan
(Kerincing, kayu perkusi dengan menggunakan
Bahan
tik-tok,) slaid multimedia sambil
Teori:
menerangkan fungsi alat perkusi
tersebut. BBM: Slaid
Multimedia,
kerincing, kayu
2. Guru menunjukkan cara bermain tik-tok
alat perkusi kepada murid iaitu
kerincing dan kayu tik-tok.

Langkah 2 3 Kumpulan (5 Aktiviti Pembelajaran Pendekatan:


Deduktif
(15 Minit) murid)
Setiap kumpulan 1. Dalam setiap kumpulan, seorang Strategi:
Berpusatkan
diberikan 2 jenis murid akan bermainkan kerincing,
Murid
alat perkusi iaitu 2 orang akan bermain kayu tik-tok
Kaedah:
dan 3 skor muzik manakala 2 orang Pembelajaran
Langsung
yang murid lagi akan bermain perkusi
(Direct
mengandungi 3 badan. Instruction)
jenis corak irama 2.Seterusnya, murid akan
yang berbeza. memainkan alat perkusi yang telah
diberikan mengikut corak irama
yang telah diberikan.
Langkah 3 Aktiviti Pembelajaran Kolaboratif Teori Behavior
Pelaziman
(10 Minit) 1. Setiap kumpulan akan
Operasi Skinner
mempersembahkan permaian alat
perkusi mereka secara ensemble
dengan menggabungkan
permainan kerincing, kayu tik-tok
dan perkusi badan mengikut corak
irama yang telah diperolehi.
Soalan Penilaian

Anda mungkin juga menyukai