Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN JARINGAN KORPORAT DAN KOMUNIKASI


Nama Pelajar: NOR ALIFF ISKANDAR BIN NORAZMI
Angka Giliran: 2019172340022
No Kad Pengenalan: 000727030041
Kumpulan/Unit: G3.5
Kod Kursus: EDUP3053
Nama Kursus: TEKNOLOGI UNTUK PEMBELAJARAN DAN
PENGAJARAN
Nama Pensyarah: PUAN HASLINA BINTI HASSAN
Tarikh Hantar: 30 OKTOBER 2020
Pengesahan Pelajar:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

TUGASAN 3: Penulisan Esei (Penilaian Alternatif)


Berdasarkan Tugasan 2 iaitu penghasilan web pembelajaran, Saya dikehendaki untuk
membuat satu penilaian alternatif mengenai keberkesanan web pembelajaran yang
dibangunkan berdasarkan respon yang telah diberikan oleh rakan-rakan saya. Web
pembelajaran yang telah saya bina ialah mengenai vokal dan nyanyian. Tujuan utama web
pembelajaran ini dibina adalah untuk memberikan imput yang maksimum kepada pengguna
justeru dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai vokal dan nyanyian. Web
pembelajaran tersebut diberikan nama ‘Vokal Tips Malaysia’. Isi pembelajaran serta paparan
grafik telah dipilih dengan teliti sebelum saya membina web tersebut. Tetapi, dengan data-data
yang diberikan oleh responden melalui ‘Google Form’ telah menunjukkan bahawa web
pembelajaran saya masih perlu diperbaiki dan ditambahbaik demi meningkatkan kualiti isi
pembelajaran. Oleh itu, saya telah menganalisis dan membuat rumusan tentang maklum balas
yang telah saya terima.

Mengikut data yang telah dikumpul, Terdapat 4 responden yang menilai keberhasilan
web pembelajaran saya dimana 75% terdiri daripada perempuan manakala 25% terdiri daripada
lelaki. Mereka telah menilai web pembelajaran dari segi paparan grafik dan juga isi
pembelajaran. Bagi paparan grafik, 25% responden menilai web pembelajaran saya sebagai
sangat cemerlang selain itu 50% untuk cemerlang dan 25% lagi adalah baik. Dari data-data
tersebut. Secara rumusannya dapat dilihat keberhasilan web pembelajaran saya dianggap
sebagai cemerlang. Cadangan yang telah diberikan kepada saya adalah untuk mengelakkan
penggunaan teks yang terlampau banyak dan memperbanyakkan penggunaan animasi dan
grafik yang lebih menarik. Disini dapat dilihat bahawa, saya bersetuju dengan cadangan yang
diberikan oleh responden kerana saya tidak meletakkan sebarang animasi yang boleh menarik
minat pengguna.

Ini adalah satu kelemahan yang perlu saya perbaiki bagi menjadikan web pembelajaran
saya adalah satu web yang baik. Saya juga mendapat cadangan dari responden untuk
mempelbagaikan penggunaan warna dalam web tersebut. Hal ini kerana, saya lebih cenderung
menggunakan warna-warna yang gelap seperti warna hitam, biru gelap, unggu dan lain-lain.
Perkara ini perlu diperbaiki dengan menggunakan warna yang lebih menarik seperti merah,
kuning dan hijau. Hal ini adalah untuk menjadikan web pembelajaran tersebut lebih kelihatan
cantik dan menarik.

Dalam paparan grafik saya, ia dinilai sebagai cemerlang kerana web pembelajaran saya
mempunyai susun atur dan video yang menarik. Saya telah merancang susun atur supaya web
pembelajaran saya menjadi lebih jelas dan senang. Hal ini akan memberikan kelebihan kepada
pengguna untuk mengakses isi pembelajaran dengan lebih mudah. Video-video mengenai
vokal dan nyanyian telah diletakkan pada setiap paparan menu. Ini menjadi satu kelebihan
kepada saya kerana pada masa kini, pengguna lebih cenderung untuk melihat video
berbanding dengan membaca. Oleh itu, jelaskan kenapa web pembelajaran saya dinilai sebagai
cemerlang dalam paparan grafik.

Selain itu, isi pembelajaran juga menjadi satu aspek lain yang telah dinilai oleh
responden dalam keberhasilan web pembelajaran saya. Mengikut data yang telah dikumpul, Ia
menunjukkan bahawa 75% daripada responden telah menilai sebagai cemerlang manakala
25% telah menilai sebagai baik. Hal ini kerana, Terdapat beberapa kelemahan yang ada
didalam web pembelajaran saya. Iaitu maklumat dan info yang telah saya masukkan mengenai
vokal dan nyanyian tidak diulas dan diperincikan dengan lebih mendalam. Hal ini akan
memberikan kesan yang negative kepada pengguna kerana mereka tidak dapat untuk
memahami sesuatu maklumat dengan lebih jelas. Perkara ini harus saya baiki kerana ia akan
menjejaskan keberkesanan web pembelajaran saya dan justeru objektif penghasilan web
tersebut tidak akan dicapai.

Bagi menambahbaik aspek isi pembelajaran, saya akan mencari lebih banyak maklumat
untuk dimasukkan kedalam web pembelajaran tersebut. Maklumat dan info tersebut mestilah
sahih dan jelas. Dengan penambahbaikan ini, Isi pembelajaran dalam web saya akan lebih
menarik dan jelas serta mudah untuk difahami. Maklumat yang dimasukkan juga haruslah lebih
relevan dan menarik.

Selain itu, bagi meningkatkan lagi keberkesanan dalam aspek isi pembelajaran, saya
akan mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa. Hal ini adalah untuk menjadikan web
pembelajaran saya tidak bosan dan akan menarik lebih ramai pengguna. Saya akan mengemas
kini maklumat yang ada sekurang-kurangnya 1 kali seminggu.

Oleh itu, jelaslah bahawa aspek isi pelajaran harus ditambahbaik demi mencapai objektif
dan keberhasilan web pembelajaran saya.

Kesimpulannya, Setiap web pembelajaran haruslah memiliki kreteria-kreteria yang


menarik, jelas dan mudah kerana Ia adalah satu penanda aras yang menunjukkan keberhasilan
web pembelajaran tersebut. Web pembelajaran yang bagus akan meningkatkan lagi bilangan
pengguna pada masa hadapan. Ilmu dan maklumat yang ada akan digunapakai dalam
kehidupan seharian.
RUJUKAN

5 Tips Membuat Website yang Menarik. (2019). diakses daripada IDwebhost:


https://idwebhost.com/blog/5-tips-membuat-website-yang-menarik/

C., A. (2020). Panduan Cara Membuat Website Sendiri dengan Mudah. diakses daripada
Hostingertutorial: https://www.hostinger.co.id/tutorial/cara-membuat-website/

Cloudhost. (2018). Begini Tips Membuat Website Menarik Untuk Solusi Usaha Anda Saat Ini. diakses
daripada cloudhost: https://idcloudhost.com/begini-tips-membuat-website-menarik-untuk-
solusi-usaha-anda-saat-ini/

Anda mungkin juga menyukai