Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

0600, JITRA KEDAH

SK KAMPUNG KUPANG 95400 SARATOK, SARAWAK

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN


MINGGU : 6 (17- 21 JULAI 2023)

NAMA : NURUL HAFIZATULHUSNA BINTI MOHD HALIN


PENGKHUSUSAN : PENDIDIKAN ISLAM
NAMA GURU PEMBIMBING : MOHAMAD ADIKA BIN ROSLAN
NAMA PENSYARAH/ PENYELIA : MOHD SHAHIDAN BIN RAMLI / MOHD FIKRI BIN ISMAIL

TAJUK : ‘WORDWALL’, AKTIVITI PDP BERUNSURKAN PERMAINAN

1. ISU YANG DIFOKUSKAN:


Aktiviti PdP bukan sahaja tertumpu pada bahan maujud sahaja seperi buku aktiviti dan buku
tulis, tetapi guru juga boleh menggunakan pembelajaran secara atas talian yang berunsurkan
permainan di dalam kelas. Sepanjang saya mengajar, murid kelihatan bosan dengan aktiviti
menyalin dan menulis sahaja. Mereka inginkan aktiviti yang menarik dan berunsurkan digital.
Hal ini kerana mereka sangat dekat dengan digital dalam kehidupan mereka. Oleh sebab itu,

JURNAL
saya memilih Wordwall sebagai salah satu aplikasi pilihan saya dalam melaksanakan kuiz
semasa aktiviti PdP berjalan supaya dapat memberikan platfrom yang terbaik kepada murid.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU):


Wordwall merupakan suatu inisiatif baharu yang segar bagi guru-guru melaksanakan
pentaksiran lantaran perisiannya yang sangat menarik. Saya telah menggunakan aplikasi ini
semasa PdP saya. Namun begitu, oleh sebab mata pelajaran yang saya fokuskan ialah
Pendidikan Islam yang memerlukan penggunaan tulisan jawi, aplikasi tersebut tidak begitu
mesra bagi penulisan jawi. Terdapat beberapa perkataan yang tidak jelas titiknya dan sukar
untuk dibaca. Selain itu terdapat juga masalah teknikal dari pihak saya semasa pengajaran di
sekolah sekiranya berlaku bekalan elektrik terputus. Meskipun begitu, saya akan bersedia
dengan Plan B jika hal sedemikian tiba-tiba terjadi semasa PdP saya berlangsung.

3.KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN


ATAU KAJIAN LEPAS):
Matlamat utama penggunaan teknologi dalam PdP adalah untuk menarik minat pelajar, di
samping meningkatkan lagi keberkesanan PdP (Ahmad Zaki et. Al., 2014). Wordwall
memmang menarik minat murid untuk menjawab soalan, namun tetap berjaya dilaksanakan
sekiranya penulisan perkataan tidak dapat dibaca sepenuhnya dengan jelas dan tidak dapat
mengakses kuiz Wordwall.
4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH:
Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal
pasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :
1. Menukar platform dan aplikasi bagi kuiz tersebut.
2. Menukarkan perkataan tertentu yang sukar dibaca dalam bentuk gambar.
3. Menyimpan soalan-soalan wordwall dalam bentuk gambar agar dapat digunakan
sewaktu elektrik terputus.

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN:


Tempoh masa yang dijangkakan ialah 1 minggu

6. TINDAKAN SUSULAN:
Setelah berbincang dengan rakan rakan praktikum, saya telah mengambil tindakan susulan
iaitu dengan menukar platform dan aplikasi bagi kuiz tersebut. Selain itu, saya juga telah
menukarkan perkataan tertentu yang sukar dibaca ke dalam bentuk dan gambar. Selain itu,
soalan wordwall juga saya telah simpan dalam bentuk gambar agar dapat ditayangkan kepada
murid melalui komputer riba.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN:


18 Julai 2023

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN:


Setelah memberi arahan kepada murid untuk menjawab soalan Quizizz tersebut, ramai
berjaya menjawab soalan tersebut dengan betul dan penuh bersemangat. Hal ini secara tidak
langsung membuktikan bahawa soalan dan pilihan jawapan yang disediakan dapat dibaca
dengan jelas. Walaupun aktiviti ini berunsurkan permainan, tetapi objektif pembelajaran dapat
tercapai dengan baik. Murid juga memberikan respon yang positif serta melibatkan diri dengan
sangat aktif.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN:


Sebagai kesimpulan. Wordwall merupakan platform pentaksiran yang baik dan mudah
digunakan bagi pembelajaran berunsurkan permainan secara atas talian.

RUJUKAN
Ahmad Zaki et. Al., (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Ketiga. Prosiding Seminar Antara bangsa Kelestarian Insan 2014.
Johor: Batu Pahat.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

__________________________ __________________________
Tandatangan Tandatangan
Nama : _____________________ Nama : _____________________

Anda mungkin juga menyukai