Anda di halaman 1dari 7

BAHAGIAN A : NOTA BAHASA MELAYU TATABAHASA

KATA GANTI NAMA DIRI

1. Maksud
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.

2. Jenis:
Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)

3. Bilangan penutur / pendengar:


a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)

5. Contoh Kata Ganti Nama Diri


a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan
(keakraban)
saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam
suasana rasmi.
hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada zaman dahulu.
patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan.
beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat.
kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap
dengan orang kedua.
kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua.

b. Kata Ganti Nama Diri Kedua – menggantikan nama diri orang yang diajak bertutur.
Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya
anda (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua apabila berhadapan dengan kita.
jamak))
awak (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
engkau (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan
dengan Tuhan juga (Engkau)
Tuan hamba (tunggal) Digunakan untuk diri orang kedua pada zaman dahulu (jika kata ganti diri
pertama digunakan ‘hamba’ mesti diikuti ‘tuan hamba’ sebagai kata ganti diri
kedua)
tuanku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan raja atau sultan.
kalian (jamak) Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap.
kamu (tunggal dan Digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
jamak))
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – menggantikan nama diri orang yang diceritakan halnya (orang yang
diceritakan halnya tidak hadir)
Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya

baginda (tunggal) Digunakan untuk putera-puteri raja, raja atau sultan.

beliau (tunggal) Digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru dan
pemimpin.

Dia dan ia (tunggal) Digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan.

mereka (jamak) Digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang.

LATIHAN KATA GANTI NAMA DIRI (TEMPOH PKP FASA 4)


TARIKH : 4 – 8 MEI 2020

NAMA :

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Bryan seorang murid yang pintar ____ belajar di kelas 6 jujur.


A Hamba
B patik
C saya
D Dia

2 “ _____ akan berjumpa dengan Cikgu Harum pada petang nanti” kata David kepada Siti.
A Beta
B Saya
C patik
D kami

3 “Bolehkah ____ tunjukkan jalan ke perpustakaan Negara?” kata Devi kepada gadis itu.
A mereka
B kamu
C beliau
D dia
4 “ ______ perlu menggalahkan pasukan lawan supaya dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya,'
kata ketua pasukan bola keranjang itu kepada ahli-ahlinya.
A kami
B beliau
C Kita
D saya

5 “ _____akan menurut perintah, tuanku,” kata Hang Tuah kepada sultan.


A Hamba
B beta
C baginda
D Patik

6 Murid-murid itu didenda oleh Cikgu Lim kerana ____ tidak menyiapkan kerja sekolah.
A dia
B mereka
C anda
D beliau

7 Puan Mastura ialah Guru Besar SJK (C ) Ching Mun. _____ telah berkhidmat di sekolah itu selama
hampir tujuh tahun.
A baginda
B beta
C hamba
D patik

8 “ _____ berjanji akan membangunkan kawasan ini” titah Sultan Sulaiman.


A baginda
B beta
C hamba
D patik

9 Cikgu Faizal memuji Wai Ling atas tindakan _____ menolong seorang mangsa kemalangan pada pagi
tadi.
A anda
B -nya
C dia
D ia

10 ______ mestilah taat kepada ibu bapa kerana mereklah yang membesarkan kita.
A Tuanku
B Mereka
C Kita
D kami

11 “ Wahai pelajar-pelajar , ______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya ke menara


gading!' nasihat Guru Besar kepada kami.
A kalian
B engkau
C kami
D saya

12 “Lebih baik ____ segera pergi menelefon pihak bomba,” arah Kai Weng kepada kawannya apabila
ternampak kebakaran.
A saya
B mereka
C dia
D kamu

13 Sultan Johor akan menghadiri majlis itu. ______ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
A Beliau
B Baginda
C beta
D patik

14 “ _____ berasal dari mana?” tanya Encik Abu kepada pemuda itu.
A kamu
B kalina
C aku
D dia

15 “Bilakah _____ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?” tanya bendahara kepada Sultan
Iskandar.
A beta
B kamu
C tuanku
D hamba

16 “______ akan pergi ke pameran buku yang diadakan di dewan serba guna itu,” kata Jesus dan Johan
kepada Ang.
A aku
B kami
C kita
D saya
17 Sekumpulan perompak berjaya melepaskan diri. _____ telah melarikan sejumlah barang kemas yang
bernilai RM 300 000.
A Mereka
B Engkau
C Kita
D anda

18 “Sandra , marilah _____pergi mendayung sampan di tasik itu,” kata Thini.


A dia
B kita
C kamu
D saya

19 _____ seorang wakil rakyat yang sentiasa menyelesaikan masalah penduduk di kawasan ini.
A hamba
B beliau
C baginda
D mereka

20 _____ berazam untuk memecahkan rekod kebangsaannya dalam temasya sukan itu.
A dia
B hamba
C beta
D kita
BAHAGIAN B
Perhatikan gambar di bawah. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan situasi – situasi yang terdapat
dalam gambar.

1. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

3. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

4. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

5. ______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai