Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

PESSCA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

‫س ِم هللاِ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


ْ ِ‫ب‬
َ َ
ْ ‫سيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوأ‬
َ‫ص َحابِ ِه أ ْج َم ِعيْن‬ َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬ , َ‫ب ا ْل َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ ِّ ‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َر‬

Ya Allah, Ya Karim,
Kami merafakkan rasa syukur kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan
Pulau Pinang (PESSCA) pada kali ini. Kami juga memohon kehadhrat-Mu agar majlis ini
berjalan dengan lancar. Engkau jadikan majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-
padu, bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami. Kau berkatilah perhimpunan
kami pada hari ini Ya Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu perhimpunan yang hanya
mengharapkan keredhaan dari-Mu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini, melalui wadah yang dinamakan
Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Pulau Pinang sebagai satu
usaha yang mulia di sisi-Mu. Kau kurniakanlah persatuan ini dengan bimbingan yang
berterusan Ya Allah.
Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli yang taat kepada kepimpinannya.
Ahli-ahli yang beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Kau jadikanlah kami
ahli-ahli yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Ya Allah Ya Ghaffar,
Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Kau
berkatilah segala usaha kami dan bantulah kami untuk tidak sedikit pun mengabaikan
tanggungjawab hakiki kami, Kau padamkan dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak engkau
restui Ya Allah. Tanamkanlah di lubuk hati-hati kami dengan sifat-sifat kasih-sayang, bantu-
membantu dan bertoleransi. Sesungguhnya, hanya kepada Engkaulah kami berserah dan
hanya kepada Engkau jualah kami memohon perlindungan
Ya Allah, perkukuhkan azam dan iltizam kami bersama demi mencurahkan usaha dan
tenaga kepada agama, bangsa dan negara.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


ِ ‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫َر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬

َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬


َ‫العالَ ِم ْين‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai