Anda di halaman 1dari 3

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri

Hishammuddin Hussein, memulakan mesyuarat


dengan rakan sejawatannya dari China, Wang Yi, di
sini, pada Selasa, antara lain perbincangan utama
tertumpu mengenai status dan ketersediaan vaksin
COVID-19 dihasilkan China.

Hishammuddin dan Wang dijadual mengadakan


pertemuan empat mata sebelum meneruskan
dengan rundingan dua hala di sebuah hotel di sini.

Perbincangan kedua-dua pemimpin merangkumi


peluang meningkatkan kerjasama ekonomi,
kesepakatan pasca-pandemik dan memperkuat
hubungan sedia ada antara Kuala Lumpur dan
Beijing.

Menurut seorang pegawai Malaysia, masalah


serantau dan global yang menjadi perhatian umum,
termasuk di Laut China Selatan, juga dijangka
dibincangkan.
Memastikan keberhasilan vaksin COVID-19 menjadi
misi terpenting bagi semua negara kerana virus itu
terus mengganas yang sehingga kini mengorbankan
lebih sejuta nyawa dan menjangkiti lebih 37.7 juta
orang di seluruh dunia.

Wang memberitahu menteri-menteri luar ASEAN


dalam pertemuan melalui sidang video pada
September, China akan mengutamakan pengedaran
vaksin ke negara-negara ASEAN selepas republik itu
memenuhi keperluan domestiknya.

Wang, yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Negara


China, dalam rangka melakukan kunjungan rasmi ke
beberapa negara ASEAN - Kemboja sebagai
persinggahan pertama - sebelum tiba di sini pada
Isnin dengan mematuhi prosedur operasi standard
yang ketat ketika negara sedang melawan
gelombang ketiga pandemik.
Beliau dijadualkan berlepas ke Singapura hari ini dan
mengakhiri lawatannya dengan kunjungan ke Laos
dan Thailand.

Kali terakhir beliau melawat Malaysia pada 2018. –


BERNAMA

Anda mungkin juga menyukai