0006 Hamil Pada Lewat Usia

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 7

Kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan

mereka. Yang nyata, bilangan telur wanita yang


bermutu berkurangan dan ovari akan berhenti
menghasilkan telur apabila terputus haid, manakala
lelaki mutu sperma berkurangan apabila usia semakin
meningkat.

Namun, tidak mustahil, meskipun umur sudah


mencapai usia emas, ada individu mampu hamil dan
melahirkan anak.

Dunia pernah dikejutkan dengan berita seorang wanita


India yang melahirkan bayi lelaki pada usia 70 tahun
menerusi kaedah persenyawaan in vitro (IVF) manakala
suaminya berusia 79 tahun.

Mengulas lanjut, Konsultan Pakar Obstetrik dan


Ginekologi, Pusat Perubatan MSU, Dr Nur Sakina Kamal
Idzham, berkata wanita boleh mengandung selagi ovari
seseorang itu masih berfungsi, tetapi risikonya agak
tinggi apabila hamil pada lewat usia, iaitu melebihi 35
tahun ke atas.
Contohnya risiko ibu untuk mempunyai bayi Down
Sindrom, pada usia 25 tahun adalah 1:1200. Pada usia
35 tahun, risikonya 1:350 wanita hamil. Apabila
mencecah usia 40 tahun, risiko peratus (1:100).

"Risiko ini meningkat secara mendadak selepas usia 40


tahun. Contohnya pada usia 45 tahun risikonya 3.5
peratus (1:28)," katanya.

TEKNOLOGI IVF antara digunakan untuk mendapatkan


zuriat.- Gambar hiasan
TEKNOLOGI IVF antara digunakan untuk mendapatkan
zuriat.- Gambar hiasan
Kesan kepada ibu

Beliau berkata, kesan mengandung pada lewat usia


kepada ibu adalah mereka berisiko tinggi menghidap
penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, pre-
eclampsia (darah tinggi dan sawan semasa
mengandung) dan uri rendah (placenta previa).
Mereka juga berisiko tinggi mendapat komplikasi
semasa proses kelahiran dan selepas bersalin seperti
jangkitan kuman pada air ketuban, jangkitan kuman
selepas bersalin, pendarahan yang banyak selepas
bersalin, penyakit anemia dan kebarangkalian untuk
bersalin secara pembedahan (ceasarean section) yang
lebih tinggi.

Kesan kepada bayi

Risiko terhadap bayi pula adalah pertumbuhan


terbantut, bayi tidak normal seperti Down Syndrome,
Edwards Syndrome, Patau Syndrome, keguguran,
kandungan kembar (multiple pregnancy), kandungan
meninggal dalam rahim (stillbirth), baby dilahirkan pra-
matang atau berat badan lebih ringan daripada
sepatutnya dan bayi lemas dalam rahim.

Kesan jangka panjang kepada bayi dilahirkan


Dr Nur Sakina berkata, kesan jangka panjang ke atas
bayi dilahirkan bergantung kepada komplikasi dihadapi
ketika mengandung dan proses bersalin, usia bayi
sewaktu dilahirkan serta masalah kesihatan ibu ketika
beliau mengandung.

Contohnya, bayi yang dilahirkan pra-matang (sebelum


37 minggu) berisiko tinggi mempunyai komplikasi
berkaitan dengannya.

"Ini termasuk lebih mudah dijangkiti kuman,


mempunyai tahap imuniti badan lebih rendah,
pertumbuhan otak, mata dan paru-paru tidak
sempurna. Ini menyebabkan bayi ini mempunyai
masalah pendengaran, penglihatan, pertumbuhan gigi
dan kecacatan otak (cerebral palsy), masalah
pembelajaran dan penyakit kronik seperti asma dan
alergi.

Dr Nur Sakina Kamal Idzham.


Dr Nur Sakina Kamal Idzham.
Tahap kesuburan wanita
Tahap kesuburan wanita bergantung kepada usianya.
Ini kerana semakin meningkat usia wanita, kualiti dan
kuantiti telur di dalam ovarinya semakin berkurangan.

"Bagaimanapun ,selagi wanita itu mampu hamil, selagi


itu boleh melahirkan anak. Jadi umur wanita itu bukan
pengukur had melahirkan anak.," katanya

Cara kelahiran disarankan?

Memandangkan mengandung di lewat usia


dikategorikan sebagai kandungan berisiko tinggi
majoriti doktor pakar sakit puan akan menyarankan
kandungan dilahirkan secara pembedahan.

Doktor akan memberi pilihan kepada pasangan


berkenaan cara kelahiran. Antara risiko ketika proses
kelahiran adalah bayi boleh meninggal di dalam rahim
atau pendarahan sangat banyak selepas kelahiran.
Senario bersalin pada usia lanjut?

Dr Nur Sakina berkata, trend kelahiran pada usia lanjut


sebenarnya berlaku ramai di Asia Barat dan negara di
serata dunia lain, berikutan semakin ramai pasangan
melewatkan usia untuk memulakan keluarga mereka.

Hal ini berlaku kerana mereka mempunyai komitmen


lain seperti kerjaya, melanjutkan pendidikan,
perubahan gaya hidup dan ingin memastikan status
kewangan yang lebih kukuh.

"Malahan dengan teknologi perubatan semakin canggih


seperti bayi tabung uji (IVF), usia bukan lagi penghalang
pasangan mendapatkan bayi di usia lanjut," katanya.

Kesan penggunaan teknologi moden

Risiko mengandung di usia lanjut tetap ada, walaupun


menggunakan teknologi perubatan moden. Tetapi risiko
ini dapat dikenal pasti pada tahap lebih awal.
Contohnya, bagi pasangan ingin mengandung pada usia
lanjut, mereka mungkin akan memilih untuk membuat
'Next Generation IVF'.

"Ini adalah teknologi moden menggabungkan bayi


tabung uji (IVF) dan mengambil beberapa sampel sel-sel
janin (blastocyst) itu untuk diuji dengan lebih lanjut
untuk masalah genetik (genetic screening).

Ini dapat membantu kami mengenal pasti pada tahap


awal janin normal dan tidak normal.

"Dengan cara ini, kami dapat mengurangkan risiko


seseorang wanita itu mengandungkan bayi tidak normal
contohnya Down Syndrome, Patau, Edwards Syndrome
dan sebagainya," katanya.

Dari sudut Islam pula, teknologi IVF ini dibenarkan


selagi pasangan suami isteri itu menggunakan sperma
dan telur (ovum) mereka sendiri. Janin yang dihasilkan
daripada teknologi ini juga harus dimasukkan semula ke
dalam rahim isteri.

Anda mungkin juga menyukai