Anda di halaman 1dari 31

KESILAPAN UMUM

TATABAHASA

Corder (1981) mendefinisikan kesilapan


bahasa sebagai bentuk-bentuk peraturan
yang menyimpang atau menyalahi bentuk-
bentuk pertuturan penutur jati.Ini
merangkumi semua aspek bahasa seperti
tatabahasa,ejaan,sebutan,penggunaan
istilah atau perkataan yang kurang tepat.
Terdapat banyak sebab mengapa berlakunya
kesilpan tatabahasa.
Antaranya ialah:
a) Sikap individu yang memandang ringan
terhadap bahasa melayu.Ada juga segelintir
masyarakat yang malu untuk bertutur dalam
bahasa Melayu dengan anggapan bahasa
Melayu tidak setaraf dengan bahasa Inggeris.
b) Bahasa yang digunakan oleh ibu bapa di
rumah akan memberikan kesan kepada anak-
anak. Jika di rumah,bahasa Melayu digunakan
secara meluas sudah pasti anak-anak tidak
kekok menggunakan bahasa tersebut di luar
rumah.
c) Pengaruh bahasa lain turut memberikan kesan
dalam penggunaan bahasa Melayu.Penggunaan
bahasa ibunda memberikan pengaruh dalam
cara bertutur bahasa Melayu.

d) Pengaruh media massa turut mengganggu


penguasaan tatabahasa murid. Pengaruh
menulis secara pesanan ringkas boleh
menjelaskan penguasaan bahasa lisan dan
tulisan murid.
a) Kesalahan penggunaan kata atau istilah
Kesalahan ini merujuk kepada kesilapan memehami
memahami konsep

yang didukung oleh sesuatu perkataan.Situasi ini berlaku


kerana,terdapat banyak perkataan yang membawa maksud
yang hampir sama serta gagal memilih perkataan yang
sesuai mengikut konteks.Contoh perbuatan memotong
boleh diistilahkan dengan perkataan lain seperti
membelah,menghiris,mengupas,mencantas dan
mencencang mengikut kesesuaian konteks ayat.Sesuaikan
emak membelah kain dan memotong bawang
Kesalahan Umum
Tatabahasa
1. Salah Dari Segi Kata Ganti Diri
a) ‘beliau’ hanya digunakan untuk orang yang dihormati
sahaja. Tidak boleh guna ‘beliau’ untuk kanak-kanak,
penjenayah dan orang yang hina.
cth i: Azman pencuri. Beliau ditangkap polis. (X)
Dia ditangkap polis. (/)
ii. Pengetua baru bertugas. Dia sudah sihat. (X)
Beliau sudah sihat. (/)
 ‘Ianya’ tidak boleh digunakan kerana
salah dari segi bahasa.
cth: Ianya akan dihukum. (X)
Ia akan dihukum. (/)

• ‘Ia’ atau ‘dia’ hanya digunakan untuk


manusia.
Cth: Itu beg kulit. Ia amat mahal. (X)
Beg itu amat mahal. (/)
 Kata ganti yang menunjukkan banyak
tidak boleh digandakan lagi.
cth: Mereka-mereka pelajar sekolah.(X)
Mereka pelajar sekolah. (/)
Para-para pemimpin……. (X)
Para pemimpin….. ( /)
 ‘Kami’ bererti ‘saya dan dia’ apabila
bercakap dengan orang kedua.

Cth: ‘Kita takut’, kata Ali dan Abu kepada Pak Kassim. (X)
‘Kami takut’, ………… (/)

 ‘Kita’ bererti ‘anda dengan saya’ atau


‘anda dengan kami’.

Cth: ‘Kami berusaha’, kata ketua kepada ahli-ahlinya. (X)


‘Kita berusaha’,…………………………… (/)
2. Salah guna ‘kata bilangan’
 Salah guna ‘berbagai’. Yang betul ialah
‘berbagai-bagai’ atau ‘pelbagai’.
Cth: Berbagai cara….. (X)
Berbagai-bagai cara…. (/)
Pelbagai cara………….. (/)
 Salah guna ‘tiap’. Yang betul ialah ‘setiap’
atau ‘tiap-tiap’.

Cth: Tiap perkara……(X)


Tiap-tiap perkara…… (/)
Setiap perkara …….. (/)
 Kata ‘setengah’ tidak sama dengan ‘setengah-
setengah’.
 ‘Setengah-setengah’ = ‘sesetengah’
 ‘Setengah’ bermaksud separuh.
cth: setengah gelas air,bendera setengah tiang.
 ‘Setengah-setengah atau sesetengah
bermaksud sebahagian, sebilangan.
cth: sesetengah haiwan, sesetengah pelajar
 Kata bilangan dengan pecahan mestilah
dipisahkan.

Cth: dua suku jam (X)


dua jam suku (/)
lima setengah ringgit (X)
lima ringgit setengah (/)
Kata Bilangan
1. Kata nama abstrak tidak boleh
menggunakan penjodoh bilangan.
cth: dalam sebuah masyarakat ( X)
dalam masyarakat (/)
mempunyai sebuah cita-cita ( X)
mempunyai cita-cita (/)
Kata Bilangan Tak Tentu
 Kata bilangan tak tentu ,kecuali ‘beberapa’,TIDAK boleh
menggunakan penjodoh bilangan.
cth: sebahagian orang penduduk (X)
sebahagian penduduk (/)
seluruh buah negeri (X)
seluruh negeri (/)
segala ekor binatang (X)
segala binatang (/)
setiap orang warganegara (X)
setiap warga negara (/)
beberapa helai kertas (/)
Kata Sendi
 ‘Dari’ digunakan untuk masa dan tempat sahaja.
cth: dari Kemaman
dari kedai
dari pukul 8.00 malam
dari tahun lepas
 ‘Daripada’ digunakan selain tempat dan masa.

cth: daripada kain sutera


daripada kakak
daripada kajian
Kata Sendi ‘Oleh’
 ‘Oleh’ digunakan selepas kata kerja pasif
berawalan ‘di’ atau ‘ter’ .
cth: tertarik dengan kecantikan (X)
tertarik oleh kecantikan (/)
Oleh sebab = kerana
 ‘Oleh kerana’ salah digunakan di dalam
ayat. Yang betul ialah ‘oleh sebab’.
cth: Dia tidur oleh kerana letih. (X)
Dia tidur oleh sebab letih. (/)
Dia tidur sebab letih. (X)
Dia tidur kerana letih. (/)
Penggunaan Kata Kerja
Mesti gunakan awalan ‘ter’, ‘men’ atau ‘ber’ bagi
kata kerja tak transitif yang memerlukannya.
Cth: Abu kata kepada saya. (X)
Abu berkata kepada saya. (/)
Badan budak itu lecur. (X)
Badan budak itu melecur. (/)
Orang itu senyum kepada saya. (X)
Orang itu tersenyum kepada saya. (/)
Apitan ‘men...kan’ dan ‘men....i’
1. Dia menghadiahkan saya sehelai baju. (X)
Dia menghadiahi saya sehelai baju. (/)
2. Dia menjatuhi hukuman rotan kepada penjahat itu. (X)
Dia menjatuhi penjahat itu hukuman gantung. (/)
3. Dia membelikan kuih untuk adiknya. (X)
Dia membeli kuih untuk adiknya. (/)
4. Dia memberi hadiah kepada ibunya. (X)
Dia memberikan hadiah kepada ibunya. (/)
Kesalahan Kata Hubung
1. ‘Bila’ digunakan untuk ayat tanya manakala ‘apabila’
digunakan sebagai kata sendi.
cth: Dia makan bila lapar. (X)
Dia makan apabila lapar. (/)
2. Tidak boleh guna ‘agar supaya’ serentak lerana
maknanya sama.
cth: Lim makan ubat agar supaya sihat. (X)
Lim makan ubat agar sihat. (/)
Lim makan ubat supaya sihat. (/)
Kesalahan Frasa Nama
Apabila kata bilangan menunjukkan banyak,
maka kata nama tidak boleh diulangkan.
Cth: dua buah lori-lori (X)
dua buah lori (/)
beberapa orang pekerja-pekerja (X)
beberapa orang pekerja (/)
setiap pelajar-pelajar (X)
setiap pelajar (/)
Kata Adjektif yang diulang
 Apabila kata adjektif diulang, tak perlu lagi
diulang kata namanya.
cth: Baju-bajunya cantik-cantik belaka. (X)
Bajunya cantik-cantik belaka. (/)
Baju-bajunya cantik belaka. (/)
Hukum DM
Struktur dalam bahasa Melayu berbeza daripada hukum dalam bahasa
Inggeris.
D = diterangkan, M = menerangkan
Perkara atau benda yang hendak diterangkan di depan manakala
penerangan untuk perkara atau benda itu mengikuti selepasnya.
Cth: Tan Klinik (X)
Klinik Tan (/)
mini stadium (X)
stadium mini (/)
lain-lain hal (X)
hal-hal lain (/)
penghawa dingin (X)
pendingin hawa (/)
goreng pisang (X)
pisang goreng (/)
Frasa Adjektif
 Saya sayang ibu saya. (X)
Saya sayang akan ibu saya. (/)
Saya percaya orang itu. (X)
Saya percaya akan orang itu. (/)
Saya hormat ibu bapa saya. (X)
Saya hormat/patuh kepada ibu bapa
saya. (/)
Frasa Adjektif
 Kata penguat bebas ( sangat, amat, sungguh)
boleh digandingkan dengan sekali).
 Kata penguat lain tidak boleh digandingkan
dengan sekali.
Cth: Pisau itu paling tajam sekali. (X)
Pisau itu amat tajam sekali. (/)
Pisau itulah yang tertajam sekali. (X)
Pisau itulah yang tertajam. (/)
Frasa Adjektif
 Kata adjektif berawalan ‘ter’ tidak boleh
bertugas sebagai predikat.
Cth: Pakaian itu tersesuai. (X)
Pakaian itu amat sesuati. (/)
Bangunan itu tertinggi. (X)
Bangunan itu paling tinggi. (/)
Frasa Kerja Aktif (FKA)
 FKA terbahagi kepada dua iaitu:-
Frasa Kerja Transitif (FKT)
Frasa Kerja Intransitif (FKI)
 FKT mesti diikuti frasa nama sebagai objek.
Cth: Ibu menggosok di dalam bilik. (X)
Ibu menggosok baju di dalam bilik. (/)
 FKI mesti diikuti kata sendi nama apabila
dipanjangkan.
Cth: Dia lupa janji-janjinya. (X)
Dia lupa akan janji-janjinya. (/)
FK Intransitif berapitan ‘ber…kan’
 Tidak boleh disertakan kata sendi
selepasnya. Ini kerana ‘kan’ telah
menggantikan kata sendi akan, dengan,
pada dan tentang.
Cth: Meja itu beralaskan dengan kain. (X)
Meja itu beralaskan kain. (/)
FK Transitif
 Tidak boleh ada perkataan lain antara kata kerja
transitif dengan frasa nama yang menjadi objek.
Cth:1. Beliau mempunyai banyak pengalaman. (X)
Beliau banyak mempunyai pengalaman. (/)
2. Mereka akan mendalamkan lagi sungai itu. (X)
Mereka akan mendalamkan sungai itu lagi. (/)
Frasa Kerja Pasif (FKP)
 Terbahagi kepada dua:-
i. FKP Diri Pertama dan Diri Kedua.
ii. FKP Diri Ketiga.
 Dalam FKPDPD, kata ganti diri hendaklah
mendahului kata kerja pasif. Kalau ada kata
bantu, kata bantu hendaklah di depan kata ganti
diri.
Cth: Buku itu saya belum baca. (X)
Buku itu belum dibaca oleh saya. (X)
Buku itu belum saya baca. (/)
Frasa Kerja Pasif Diri
Ketiga(FKPDT)
 Diri ketiga dimaksudkan kepada kata ganti
diri ketiga seperti dia, nya, beliau, mereka
dan objek-objek lain.
 Kata ganti diri ketiga hendaklah berada
selepas kata kerja pasif berimbuhan ‘di’
Cth: i. Beg itu Ong beli. (X)
Beg itu dibeli oleh Ong. (/)
Beg itu dibeli Ong. (/)

Anda mungkin juga menyukai