Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Pada masa kini, peperiksaan merupakan satu ujian yang mesti diambil oleh
seseorang pelajar sejak dia berada dalam sekolah rendah. Peperiksaan ini bertujuan
untuk menguji dan menentukan kebolehan seseorang pelajar. Sejak sekolah rendah,
pelajar akan menduduki sekurang-kurangnnya dua peperiksaan, iaitu peperiksaan
pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. Pada tahun 2018, Menteri
Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik dalam Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang menyeliakan sistem pendidikan di Malaysia telah mengumumkan
peperiksaan bagi murid tahap satu, iaitu murid tahun satu, dua dan tiga, akan
dimansuhkan dan berkuatkuasa pada tahun 2019 dan akan menggantikan
peperiksaan dengan sistem pentaksiran yang lebih objektif. Persoalannya, adakah
pemansuhan peperiksaan bagi murid tahap satu ini merupakan tindakan yang
bijaksana dan hendak disokong oleh rakyat?
Dari situasi di atas, sebagai seorang bakal pendidik bagi sekolah rendah, saya
memikirkan bahawa adakah tindakan yang dibuat oleh Menteri Pendidikan Malaysia
ini mendatangkan kebaikan kepada murid dan perlukah saya menyokong keputusan
ini. Sebelum membuat keputusan, alat pemikiran CoRT yang diperkenalkan oleh
Edward de Bono telah saya gunakan sebagai panduan saya untuk menjana
pemikiran produktif supaya dapat membuat keputusan yang paling sesuai bagi
situasi di atas. CoRT merupakan singkatan bagi “Cognitive Research Trust”. Alat
pemikiran CoRT terbahagi kepada enam CoRT, iaitu CoRT I, CoRT II, CoRT III,
CoRT IV, CoRT V dan CoRT VI. Dari enam CoRT tersebut, saya memilih untuk
menggunakan CoRT I kerana CoRT I yang terbahagi kepada tujuh alat iaitu PMI,
CAF, C & S, AGO, FIP, APC dan OPV, bertujuan untuk memperluas pandangan dan
pemikiran terhadap sesuatu yang sedang saya fikirkan supaya dapat membuat
keputusan yang lebih kreatif, konstruktif dan kritis.
Demi membuat keputusan yang tepat, saya hendak mendapatkan maklumat
yang tepat, relevan dan bersesuaian dengan situasi saya di atas. Dalam dunia yang
semakin maju dalam teknologi maklumat ini, banyak maklumat yang boleh saya
dapatkan. Oleh itu, saya hendak bijak mencari dan mendapatkan maklumat yang
tepat serta menggunakannya dengan berkesan. Terdapat lima sumber yang boleh
saya dapatkan maklumat, iaitu sumber manusia, sumber media elektronik, sumber
media cetak, sumber media tiga dimensi dan sumber persekitaran.

2.0 KEPUTUSAN
Pemansuhan peperiksaan bagi murid tahap satu yang dikuatkuasakan oleh KPM
merupakan tindakan yang bijaksana dan perlu disokong oleh semua rakyat, guru dan
murid. Hal ini demikian kerana kebaikan pemansuhan peperiksaan bagi murid tahap
satu adalah lebih banyak berbanding dengan keburukannya. Terdapat banyak
pandangan yang berlainan daripada pelbagai pihak.
Pada tahun 2018, apabila pengumuman pemansuhan peperiksaan bagi murid
tahap satu diumumkan dan akan dikuatkuasakan pada tahun 2019, pihak ibu bapa
amat membantah tindakan penghapusan peperiksaan bagi tahap satu ini. Hal ini
demikian kerana ibu bapa berpendapat bahawa peperiksaan amat penting untuk
anak-anak mereka kerana peperiksaan bukan sahaja amat membantu dalam
penilaian anak-anak mereka, tetapi juga membantu anak-anak mereka dari segi
daya ingatan. Mereka juga berpendapat bahawa pemansuhan peperiksaan ini akan
menyebabkan anak-anak mereka menjadi malas dan tidak akan belajar dan
seterusnya akan menyebabkan anak-anak mereka mengalami kesukaran pada masa
kelak. Menurut satu kajian soal selidik yang dijalankan oleh “FMT News” di Petaling
Jaya pada 21 Disember 2018, Sarveswari, seorang ibu kepada 2 orang anak
berkata: “Sekurang-kurangnya apabila mereka tahu ada peperiksaan dan mereka
akan berusaha lebih. Tanpa peperiksaan, mereka akan mengalami kesukaran
apabila memasuki universiti kelak,” Tambahan pula, seorang ibu kepada 3 anak, V
Sasikala, bersetuju dengan pendapat Sarveswari. Dia berkata: “Peperiksaan harus
menyumbang 30% hingga 50% daripada gred keseluruhan bagi setiap mata
pelajaran untuk sekolah rendah dan perlu meningkat kepada 70% untuk Tahun 6.”
Dia juga berkata: “Peperiksaan membantu anak-anak meningkatkan daya ingatan,
menggunakan fakta-fakta yang sedia ada untuk menangani masalah mereka dan
membiasakan mereka menangani masalah di mana mereka akan hadapinya
kemudian hari”. Selepas mendapati mempunyai banyak bantahan daripada pihak
ibu bapa, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik telah tampil dan memberi
penjelasan mengenai situasi tersebut. Menurut beliau (2018), KPM hendak membuat
penilaian murid tahap satu berdasarkan alternatif yang lebih objektif bagi mentaksir
murid secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Beliau juga berpendapat bahawa murid
tahap satu sepatutnya dipenuhi dengan pembinaan karakter, mempelajari
kemahiran-kemahiran yang mereka perlukan dalam usaha untuk menjadi insan yang
bermoral dan berguna seperti mana yang disebutkan dalam FPK. Buktinya, beliau
berkata: "Kita mahu penerapan nilai murni dalam kalangan murid seawal umur 7, 8
dan 9 tahun agar mereka membesar sebagai insan yang dipenuhi pelbagai moral
dan sikap yang dapat membentuk insan berjaya". Tambahan pula, beliau juga
berkata: “Ia sekali gus dapat membantu membentuk karakter pelajar dengan kaedah
‘learning-centered’ di samping membina dan memperkukuhkan kemahiran 4M iaitu
membaca, menulis, mengira serta menaakul,” melalui video yang dimuat naik di
laman Facebook dan Twitter beliau.
Pendapat Dr. Maszlee Malik turut disokong oleh Ketua Pengarah Pendidikan,
Datuk Dr. Amin Senin. Menurut beliau (2018), pemansuhan peperiksaan bagi murid
tahap satu yang digantikan dengan sistem pentaksiran , iaitu Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) akan mewujudkan budaya pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Beliau
berkata: “Ini bermakna mulai tahun depan tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun
dan akhir tahun, akan digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terdiri
daripada permainan, projek mudah, main peranan, bercerita dan kuiz yang lebih
bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid dan tidak lagi penekanan
kepada peperiksaan. Ini membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan
kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh
diberikan”.
Pendapat-pendapat Dr. Maszlee Malik dan Dr. Maszlee Malik juga telah
disokong oleh seorang pakar psikologi dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya,
Profesor Datin Dr. Mariani Md. Nor. Menurut beliau (2018), kanak-kanak pada usia
enam hingga lapan tahun masih belum matang dan mereka tergolong dalam umur
yang masih belum bersedia untuk diuji dalam peperiksaan. Buktinya, beliau telah
berkata: “Seperti dahulu, kita tidak mahu lagi kanak-kanak di negara ini diajar seperti
robot. Pemansuhan peperiksaan bagi murid di tahap satu sekolah rendah adalah
sangat baik dengan syarat disediakan dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda
mereka.”
Selepas saya membandingkan pandangan-pandangan yang diberikan oleh
pelbagai pihak terhadap situasi tersebut, saya telah membuat satu ringkasan.
Kebaikan pemansuhan peperiksaan bagi murid tahap satu termasuklah murid dapat
bebas daripada tekanan pada awal usia persekolahan, dapat membentuk karakter
murid dan menjadi insan yang berguna dan bermoral pada masa kelak, dapat
membina dan memperkukuh kemahiran 4M murid serta dapat mentaksir murid
secara holistik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan FPK.
Keburukan pemansuhan peperiksaan ini termasuk murid akan menjadi malas dan
tidak hendak belajar Penarikan pemansuhan peperiksaan ini adalah murid dapat
belajar dalam suasana yang lebih menyeronokkan.
Berdasarkan ringkasan yang telah saya buat, sebagai seorang bakal pendidik
bagi sekolah rendah, saya membuat keputusan untuk menyokong pemansuhan
peperiksaan bagi murid tahap satu kerana saya berpendapat bahawa pemansuhan
peperiksaan ini merupakan tindakan yang akan mendatangkan lebih banyak
kebaikan kepada murid-murid tahap satu.
3.0 PERBANDINGAN
3.1 CoRT I
Berdasarkan penjelasan saya tentang situasi sama ada pemansuhan
peperiksaan bagi murid tahap satu ini adalah tindakan yang baik atau tidak di atas,
daripada enam alat yang terdapat dalam CoRT I, saya telah memilih alat PMI yang
merupakan singkatan bagi “Plus, Minus, Intersting” yang bermaksud kebaikan,
keburukan dan menarik, sebagai panduan untuk menjana pemikiran produktif supaya
saya dapat membuat keputusan yang paling sesuai bagi situasi di atas. Hal inii
kerana berbanding dengan alat-alat pemikiran lain seperti CAF yang merupakan
singkatan bagi “Consider All Factors” yang bermaksud mengambil kira semua faktor,
alat pemikiran PMI adalah lebih specifik manakala alat pemikiran CAF adalah lebih
luas. Selain itu, berbanding dengan C&S yang merupakan singkatan bagi
“Consequence & Sequeal” yang bermaksud kesan mengikut jangka masa, saya
boleh memikir kesan-kesan dari aspek yang berlainan tentang sesuatu situasi lalu
membuat keputusan yang tepat dengan lebih cepat melalui PMI manakala C&S yang
hendak mempertimbangkan kesan-kesan dan akibat yang akan berlaku bagi jangka
panjang akan menggunakan masa yang lebih banyak dan mungkin akan
menyebabkan saya berfikir terlalu banyak lalu menyebabkan saya sukar untuk
membuat keputusan yang tepat. Seterusnya, berbanding dengan AGO yang
merupakan singkatan bagi “Aims, Goals & Objectives” yang bermaksud tujuan,
matlamat dan objektif, PMI dapat menolong pemikiran saya lebih terbuka terhadap
situasi yang saya hadapi manakala AGO yang hanya fokus pada tujuan, matlamat
dan objektif bagi sesuatu situasi akan meyebabkan pemikiran saya terhad.
Tambahan pula, berbanding dengan FIP yang merupakan singkatan bagi “First
Important Priorities” yang bermaksud keutamaan mengikut kepentingan, PMI dapat
meluaskan fikiran saya tentang sesuatu situasi manakala FIP yang
mempertimbangkan keutamaan dahulu akan mengehadkan pemikiran saya. Di
samping itu, berbanding dengan APC yang merupakan singkatan bagi “Alternatives,
Possibilities, Choices” yang bermaksud alternatif, kemungkinan dan pilihan, PMI
dapat saya gunakan dalam kebanyakan situasi untuk membuat sesuatu keputusan
yang tepat manakala APC hanya akan digunakan apabila terdapat masalah di luar
jangkaan atau hendak membuat keputusan daripada pilihan yang terhad. Akhir
sekali, .berbanding dengan OPV yang merupakan singkatan bagi “Other People’s
Views” yang bermaksud pandangan orang lain, PMI dapat saya fikirkan secara
berseorangan lalu membuat keputusan yang rasional tanpa gangguan orang lain
manakala OPV yang hendak mempertimbangkan pandangan orang lain mungkin
akan meyebabkan perasaan saya tersinggung dan pemikiran saya beremosi lalu
membuat keputusan mengikuti perasaan sendiri.
3.2 Sumber
Berdasarkan contoh-contoh yang telah saya berikan dalam penjelasan saya
tentang situasi sama ada pemansuhan peperiksaan bagi murid tahap satu ini adalah
tindakan yang baik atau tidak di atas, demi menjamin ketepatan keputusan yang
telah saya buat, saya telah merujuk kepada sumber rujukan. Dalam sumber yang
berbagai-bagai ini, saya telah merujuk kepada sumber komputer yang terdapat
dalam sumber media elektronik untuk mencari maklumat yang relevan dengan
situasi saya di atas untuk memastikan keputusan yang saya buat ialah betul. Dari
sumber komputer, saya telah menggunakan e-berita untuk membantu saya.
Berbanding dengan sumber-sumber lain, saya telah memilih sumber media
elektronik. Hal ini kerana dengan menggunakan sumber media elektronik, saya boleh
mencari maklumat dengan lebih seronok dengan adanya audio visual yang menarik
berbanding dengan menggunakan sumber media cetak yang membosankan kerana
kebanyakan isinya adalah teks. Selain itu, dengan menggunakan sumber media
elektronik, saya boleh menjimatkan lebih banyak masa untuk mendapatkan
maklumat berbanding dengan menggunakan sumber manusia yang perlu
menggunakan masa yang banyak untuk membuat temu bual dengan orang lain.
Seterusnya, dengan menggunakan sumber media elektronik, saya boleh
mendapatkan maklumat dengan lebih mudah berbanding dengan sumber media tiga
dimensi yang hendak membeli bahan-bahan yang diperlukan lalu membuat sesuatu
model. Akhir sekali, dengan menggunakan sumber media elektronik, saya boleh
mendapatkan maklumat dari mana-mana tanpa batasan berbanding dengan
menggunakan sumber persekitaran yang hanya boleh mendapatkan maklumat dari
alam sekeliling saya.

4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan dalam tindakan pemansuhan
peperiksaan bagi murid tahap satu. Oleh itu, pemansuhan peperiksaan bagi murid
tahap satu merupakan satu tindakan bijaksaana yang telah dibuat oleh KPM dan
hendak disokong oleh semua rakyat, guru dan pelajar. Selain itu, penggunaan alat
pemikiran PMI yang terdapat dalam CoRT I amat membantu dalam kehidupan
seharian kita terutamanya apabila kita menghadapi masalah atau hendak membuat
sesuatu keputusan. Seterusnya, demi menjamin keputusan yang hendak kita buat
adalah betul, kita hendaklah memilih sumber yang paling sesuai, mudah dan cepat
untuk didapati seperti e-Berita yang terdapat dalam sumber media elektronik untuk
mencari maklumat yang tepat dan relevan dengan situasi yang kita alami, lalu
menggunakannya secara berkesan.
5.0 RUJUKAN

Anon. 20 December 2018. Mulai 2019, tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun,
akhir tahun- KP Pendidikan. Available at: https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/mulai-2019-tiada-lagi-peperiksaan-p ertengahan-tahun-akhir-tahun-kp-
pendidikan-0134826 [Accessed 15 Aug. 2019].

Fairul Asmaini Mohd Pilus. 6 January 2019. Sebab Peperiksaan Tahap Satu
dimansuhkan-Maszlee. Available at:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/516704/10-sebab-peperiks
aan-tahap-satu-dimansuhkan-maszlee [Accessed 15 Aug. 2019].

GPSBESTARI.COM, W. 2 November 2018. Mansuh peperiksaan murid Tahap 1: Dr


Maszlee beri penjelasan mengenai apa yang ingin dilakukan. Available at:
https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/mansuh-peperiksaan-murid-tahap-1-
dr-maszlee-beri-penjelasan-mengenai-apa-yang-ingin-dilakukan-1.899705
[Accessed 15 Aug. 2019].

Utusan Online. 2 November 2018. Tumpu insaniah murid tahap satu. Available at:
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/tumpu-insaniah-murid-tahap-satu-1.7
79850 [Accessed 15 Aug. 2019].

Vinodh Pillai. 21 December 2018. Ibu bapa, guru persoal pemansuhan


peperiksaan Tahap 1. Available at:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/21/ibu-bapa-guru-
persoal-pemansuhan-peperiksaan-tahap-1/ [Accessed 15 Aug. 2019].

Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, & Ridza Ahmad Nizam Abd. Raof.
(2019). SPG Kemahiran Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

6.0 LAMPIRAN
Gambar 6.1 : Gambar ini menunjukkan e-Berita tentang pemansuhan peperiksaan
bagi murid tahap satu akan bermula pada tahun 2019 dan akan
digantikan dengan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mulai-2019-tiada-lagi-peperiksaa
n-pertengahan-tahun-akhir-tahun-kp-pendidikan-194039
Gambar 6.2 : Gambar ini menunjukkan e-Berita tentang sebab pemansuhan
peperiksaan tahap satu yang dinyatakan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, Dr. Maszlee Malik.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/516704/10-sebab-pepe
riksaan-tahap-satu-dimansuhkan-maszlee
Gambar 6.3 : Gambar ini menunjukkan e-Berita tentang penjelasan yang diberi oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik tentang
pemansuhan peperiksaan bagi murid tahap satu.

Sumber:https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/mansuh-peperiksaan-murid-taha
p-1-dr-maszlee-beri-penjelasan-mengenai-apa-yang-ingin-dilakukan-1.8997
05
Gambar 6.4 : Gambar ini menunjukkan e-Berita tentang sokongan seorang pakar
psikologi, Profesor Datin Dr. Mariani Md. Nor bagi penghapusan
peperiksaan bagi murid tahap satu.

Sumber:https://www.utusan.com.my/berita/nasional/tumpu-insaniah-murid-tahap-sat
u-1.779850
Gambar 6.5 : Gambar ini menunjukkan e-Berita tentang soal selidik yang dijalankan
oleh “FMT news” untuk bertanya pandangan ibu bapa dan guru tentang
penghapusan peperiksaan bagi murid tahap satu.

Sumber:https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/12/21/ibu-bapa-g
uru-persoal-pemansuhan-peperiksaan-tahap-1/
Gambar 6.6 : Gambar ini menunjukkan muka depan bagi buku Kemahiran Belajar.

Sinopsis :
Buku ini dihasilkan berdasarkan maklumat kursus dalam Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Kemahiran Belajar merupakan bidang generik yang wajib dipelajari oleh semua
siswa guru sebagai persediaan pengajian PISMP di Institut Pendidikan Guru Kampus
(IPGK) seluruh Malaysia. Oleh itu, buku ini merupakan rujukan penting untuk
memenuhi hasil pembelajaran kursus yang bertumpu pada kemahiran belajar,
pengurusan pembelajaran dan kemahiran pengurusan maklumat. Buku ini
mengandungi sepuluh bab yang membincangkan teknik membaca dan mencatat
nota, pengurusan pembelajaran dan kemahiran pengurusan maklumat dengan
memanfaatkan aplikasi penggunaan perisian komputer. Persediaan pelajar dalam
menghadapi untuk pentaksiran serta integriti pelajar dalam pentaksiran juga
dibincangkan. Di akhir setiap bab terdapat latihan formatif untuk tujuan pengukuhan
kefahaman dan aplikasi dalam situasi sebenar. Selain rujukan pelajar PPISMP, buku
ini sesuai untuk kegunaan dan rujukan para pensyarah, guru-guru praperkhidmatan,
pelajar di universiti dan institut pengajian tinggi yang lain serta mereka yang berminat
untuk menguasai kemahiran belajar sebagai pembelajaran sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai