Anda di halaman 1dari 10

Berikut Astro AWANI kongsikan 10 khasiat halia yang mungkin anda tidak tahu.

1) Mengurangkan keradangan
Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai
ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan
dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan
rheumatoid arthritis.

bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit

2) Melegakan loya
Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan
loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia
dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering
mengalami alahan ‘morning sickness’.
3) Mengurangkan kesakitan haid
Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid
tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga
sering digunakan dalam rawatan sakit haid.

Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid

4) Merendahkan paras kolestrol


Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density
Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar
sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet
seharian.
5) Menguatkan imuniti
Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan
hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit
strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.
6) Membantu penghadaman
Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat
kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga
mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh
gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan
untuk membantu penghadaman.
7) Mengurangkan berat badan
Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak
tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan
meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.
8) Mencegah pertumbuhan sel kanser
Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi
agen pencegah sel kanser. Terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga
kanser ovari.

Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah
sel kanser.

9) Dapat melegakan batuk dan sakit tekak


Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air
yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan
madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi
melegakan sakit tekak.
10) Mengurangkan sakit kepala
Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang
terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan
dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu megurangkan sakit kepala.
Pengenalan

Lengkuas atau nama saintifiknya Alpinia galanga terdiri daripada jenis besar dan kecil. Lengkuas

besar (greater galangal) dikatakan berasal dari jawa dan digunakan dengan meluas di Malaysia di

Indonesia.

Manakala lengkuas kecil (lesser galangal) pula dikatakan berasal dari china. Ia juga turut tumbuh di

india dan seluruh Asia Tenggara

Lengkuas telah digunakan di Barat sejak zaman pertengahan. Sifat-sifat perangsang dan tonik dalam

lengkuas pula telah membuatkan orang Arab memberikannya pada kuda untuk merangsangnya. Di

Timur pula,lengkuas yang telah dijadikan serbuk digunakan dalam pembuatan pewangi dan minuman.

Apakah khasiat lengkuas?

1. Masalah pencernaan

Perubatan Cina dikatakan menggunakan lengkuas dalam formula untuk merawat masalah-masalah


pencernaan dan kesihatan sistem penghadaman

2. Menghilangkan bau busuk pada badan


Di India pula, lengkuas dikatakan digunakan sebagai pewangi tubuh, ketiak dan juga untuk
menghilangkan masalah mulut berbau busuk atau halitosis.
Berdasarkan kajian lepas, komponen 1′-acetoxyeugenol acetate dalam lengkuas merupakan sebatian
yang paling utama dalam membasmi pertumbuhan bakteria.
3. Menjaga kesihatan perut
Air rebusan lengkuas dikatakan mampu dijadikan sebagai ramuan ubatan bagi melegakan masalah-
masalah seperti kembung, dispepsia (pencernaan yang terganggu), muntah-muntah, dan perut yang
mengembung.

4. Merawat arthritis, ulser dan radang perut

Lengkuas juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat arthritis, ulser dan keradangan perut,
memperbaiki pengedaran darah pada tangan dan kaki, merawat cirit-birit dan melindungi tubuh
daripada risiko-risiko kanser tertentu.
Semua pemerhatian ini dikaitkan dengan kehadiran antioksidan dan sebatian bioaktif lengkuas yang
sangat bermanfaat.

5. Antioksidan

Lengkuas memiliki banyak agen-agen antioksidan yang berkuasa dan berpotensi melindungi tubuh
daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin dan radikal-radikal bebas.
Menurut kajian sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat, kandungan antioksidan adalah paling
tinggi dalam bunga lengkuas berbanding rizomnya.
Antara antioksidan yang dikenal pasti oleh mereka ialah α-humulane, pentadecane dan 1′-
acetoxyeugenol acetate.

6. Mencantikkan kulit dan anti penuaan

Lengkuas banyak digunakan dalam penjagaan kulit. Jus lengkuas dikatakan boleh disapu pada kulit
untuk merawat masalah kulit.
Berdasarkan laporan kajian-kajian lepas, lengkuas mengandungi lebih 40 jenis antioksidan dan
banyak lagi yang masih belum ditemui dan dikenal pasti, yang boleh membantu dalam melindungi
kulit terhadap penuaan kulit.
7. Membuang toksin dan membaiki aliran darah
Herba ini dikatakan mampu membuang toksin daripada tubuh dan memperbaiki aliran darah.
Kajian dari Singhad College of Pharmacy di India pada tahun 2010 telah mengulas bahawa komponen
utama lengkuas iaitu acetoxychavicol acetate, yang turut memberi bau kuat lengkuas, berperanan
sebagai antioksidan utama dalam membuang toksin dalam tubuh.

8. Menyembuhkan kulit terbakar


Apabila jus lengkuas ini disapu pada kulit terbakar, ini mampu melegakan rasa sakit serta
menyembuhkan kulit terbakar.
Pelbagai sebatian bioaktif dalam lengkuas memberi kesan antiradang yang boleh melegakan bengkak
dan kesakitan.

9. Mengurangkan parut
Anda juga boleh mengamalkan petua tradisi menggosokkan hirisan lengkuas segar pada kulit lebih
kurang 2 hingga 3 kali setiap hari bagi mengurangkan parut.

10. Membersihkan kulit


Lengkuas juga merupakan antiseptik dan pencuci hebat yang boleh membantu memastikan kulit
bersih dan halus tanpa sebarang noda.
Kajian para penyelidik dari Pakistan yang diterbitkan pada tahun 2005 di jurnal Fitoterapia,
merumuskan bahawa lengkuas mempunyai sifat antimikrob yang sangat baik.
Mereka mendapati bahawa ekstrak lengkuas berupaya membunuh pelbagai jenis dan julat mikrob
seperti T. longifusus dan Lemna minor.

11. Menghilangkan jeragat


Lengkuas juga boleh digunakan sebagai petua penentang semula jadi terhadap jeragat.
Apabila ia disapu pada jeragat, ia akan mengurangkan jeragat cara membersihkan bakteria daripada
kulit melalui mekanisme antibakteria yang terkandung di dalam lengkuas.
Hal ini tidak asing bagi masyarakat Melayu yang mengamalkan cara ini bagi merawat penyakit kurap
dan panau yang dialami, di sebalik fakta saintifik bahawa lengkuas sangat memberikan kesan
antimikrob yang baik.

12. Melebatkan rambut


Perubatan Ayurveda telah menggunakan lengkuas dalam rawatan rambut dan kulit kepala. Jika
minyak ekstrak lengkuas disapu pada kulit kepala, ia dikatakan mampu meningkatkan peredaran
darah dan merangsang pertumbuhan rambut.
Jika anda mengalami masalah rambut rapuh dan kering, gunakan minyak lengkuas untuk kerana
mengandungi zink, vitamin dan fosforus yang diperlukan bagi memastikan rambut sihat bersinar.

13. Merawat herpes


Rizom lengkuas yang diketuk dan dicampur dengan sedikit bawang putih dan cuka dapat digunakan
sebagai rawatan herpes iaitu penyakit yang disebabkan oleh sejenis virus.
Kajian oleh para penyelidik di Nagasaki University, Jepun pada tahun 2011 melaporkan bahawa
ekstrak lengkuas mampu merencat pertumbuhan virus yang menyebabkan pelbagai penyakit.

BAWANG putih merupakan antara perasa yang wajib digunakan dalam masakan. Bukan
sahaja bagus untuk kesihatan dalaman tetapi bawang putih juga banyak digunakan sebagai
penjagaan kesihatan dan kecantikkan luaran.
Namun, bukan itu sahaja kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus untuk merawat
bermacam jenis penyakit. Bawang putih mampu untuk memberi anda manfaat seperti di
bawah:

1. Membantu merawat batuk, selsema dan hidung tersumbat

Menggabungkan bahan-bahan seperti madu, bawang merah dan bawang putih mampu
menghasilkan ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan.

Menurut pakar herba, gabungan bahan ni baik untuk sistem pencernaan, sendi dan hati.
Caranya adalah dengan didihkan bawang merah yang dicincang dan dicampurkan dengan
madu, menggunakan api yang kecil. Kemudian tutup periuk selama setengah jam.

Selepas itu tutupkan api dan sejukkan sup selama 10 minit. Kemudian apabila sudah sejuk
tambahkan enam hingga lapan ulas bawang putih cincang dan biarkan sekitar 1 jam hingga
mencapai suhu bilik.

2. Tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dan jantung

Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali sehari, membantu bagi menurunkan
tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah. Ianya baik untuk sakit tekak, mengubati
selesema dan menurunkan darah tinggi dengan cepat.

Orang yang mengidap penyakit kanser, perlu minum ramuan ni bagi membersihkan darah
mereka. Penyediaannya adalah anda perlu cincang seulas bawang putih dan masukkan ke
dalam gelas kecil. Kemudian, masukkan sedikit sahaja air panas. Kacau selama beberapa
minit dan masukkan air sejuk secukupnya.

3. Mampu menghilangkan sakit gigi

Sakit gigi secara amnya disebabkan oleh bakteria yang terdapat dalam gigi anda. Sifat anti-
virus serta bakteria yang wujud dalam bawang putih boleh membasmi dan menghapuskan
punca bakteria sakit gigi. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan yang mujarab untuk
mengatasi masalah gigi anda.

4. Merawat migrain

Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ni kerana, bawang putih
dikatakan mencairkan dan membersihkan darah.

Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame kerana
langkah ini sangat penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain.

5. Kecantikan kulit

Bawang putih boleh membersihkan pori-pori yang tersumbat. Bintik hitam sering muncul di
kawasan hidung dan membuatkan kulit tidak licin. Anda boleh hancurkan bawang putih,
kemudian sapu kepada kawasan di mana bintik hitam.
Boleh juga menghilangkan kesan parut. Manfaat daripada bawang putih, menyediakan sifat
anti-radang yang boleh membersihkan luka lain pada kulit. Sapukan bawang putih pada kesan
parut pada muka anda.

Sebagai ubat jerawat. Bawang putih dihancurkan kemudian sapu pada permukaan kulit yang
mempunyai jerawat dan biarkan selama 10 minit atau boleh digunakan sebelum tidur.

6. Kanser
Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih dapat meningkatkan
kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapat
masuk ke sel-sel tubuh.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa bawang putih sama seperti bawang merah, daun
bawang dan daun timah. Ia dapat membantu menurunkan risiko kanser perut dan usus.

Semoga segala perkongsian ini dapat dijadikan panduan kesihatan untuk semua. Tapi, perlu
diingatkan bahawa tindakbalas segala amalan pemakanan kesihatan ini mungkin agak
berbeza bagi sesetengah individu.

Khasiat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan


Tahukah anda akan Khasiat Daun Ketumbar Untuk Kesihatan badan? Ramai yang sering keliru

antara perbezaan daun ketumbar dan daun sup. Kedua-duanya nampak sama tetapi jika diteliti

daun ketumbar bersaiz lebih kecil dan baunya pun lebih menyengat.
 

Daun ketumbar yang juga dikenali sebagai pasli cina sering digunakan dalam masakan Thai yang

paling popular, tomyam. Ia dikatakan penawar kepada sakit senggugut dan juga boleh

menghilangkan bau mulut. Selain itu terdapat banyak lagi khasiat daun ketumbar yang mungkin

ramai tidak tahu. Jom kaji.

KHASIAT DAUN KETUMBAR UNTUK KESIHATAN

Antibodi – Daun Ketumbar dapat berfungsi sebagai antibodi tubuh yang mampu membunuh

bakteria makanan seperti salmonella. Malah kandungan antibodi yang terdapat dalam tumbuhan

ini adalah dua kali ganda lebih efektif daripada Gentamisin, sejenis ubat antibiotik. Mungkin sebab

itu, daun ketumbar sering dijadikan hiasan bersama hidangan nasi ayam.

Pencegah kanser – Daun ketumbar juga berkhasiat untuk mencegah kanser. Sifat antioksidan

dan kandungan zatnya mampu menurunkan risiko pada sel-sel yang bersifat karsinogenik iaitu sel

penyebab barah.

Penawar Radang Kulit – Daun ketumbar juga membantu mengurangkan keradangan kulit serta

meningkatan fungsi pemulihan kulit.

Mengurangkan tekanan darah tinggi – Bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah
tinggi atau hipertensi, daun ketumbar dapat mengurangkan tekanan darah selain mengurangkan

risiko serangan jantung dan strok.

Mengatasi cirit birit – Zat yang terdapat dalam daun ketumbar juga dapat membantu

pencernaan dan meningkatkan fungsi hati. Selain itu ia juga berkesan untuk mengurangkan cirit

birit, mencegah mual, muntah dan gangguan perut.

Menurunkan kadar kolestrol – Daun ketumbar juga mempunyai zat yang dapat menurunkan

kadar kolestrol dalam darah. Sebaliknya membantu meningkatkan kadar kolestrol sihat yang

berfungsi untuk mencegah terhadap kardiovaskular yang berbahaya.

Mengubati anemia – Ia merupakan antara herba yang kaya dengan zat besi dan sesuai diambil

oleh pesakit anemia. Memandangkan ia kaya dengan zat besi, daun ketumbar juga memberi

manfaat kepada fungsi organ lain, sebagai penambah tenaga dan meningkatkan kesihatan tulang.

Masalah kencing manis – Daun ketumbar mempunyai efek untuk merangsang kelenjar endokrin

yang meningkatkan paras insulin dalam darah jadi ia sangat sesuai diambil oleh pesakit kencing

manis atau diabetes. Selain itu daun ketumbar juga mampu menyeimbangkan fungsi metabolism

tubuh.

Mungkin ramai yang tidak menyangka daun yang bersaiz kecil dan kurang digemari ramai ini

sebenarnya banyak memberi manfaat kepada tubuh badan. Jadi selepas ini kerap la masukkan

daun ketumbar dalam menu harian anda.

Anda mungkin juga menyukai