Anda di halaman 1dari 28

UNIT 3

Pengintegrasian Perisian
Instruksional Dalam P&P
Hasil Pembelajaran :
1. Menyatakan perkembangan perisian instruksional secara umum.
2. Menghuraikan kelebihan perisian instruksional dengan jelas.
3. Mengklasifikasikan tujuh (7) strategi penyampaian perisian
instruksional dengan betul.
4. Menghuraikan takrifan Sistem Pembelajaran Bersepadu secara
umum.
PENGENALAN
• Penggunaan media instruksional dalam pendidikan
dikesan telah bermula sejak 1905 melalui
penggunaan projektor filem dan aplikasi ini
berkembang kepada pelaksanaan TV pendidikan dan
seterusnya teknologi baru sehingga kini. (Heinich et al.,
1996)
• Sehingga than 60-an, TV pendidikan merupakan satu-
satunya media instruksional yang dominan
sehinggalah penemuan teknologi komputer.
PENGENALAN
• Perisian instruksional ini bermula seawal than 1960-
an apabila Patrick Suppes dan rakannya dari
University Stanford melaksanakan projek
pembangunan koswer bagi tujuan pendidikan.
• Universiti Illinios juga membangunkan projek PLATO
(Programmed Logic for Automatic Teaching
Operation), dimana beratus-ratus perisian bagi
pelbagai topik telah dibangunkan. (Newby et. al., 2000).
PENGENALAN
• Ketika itu, pembangunan koswer amat rumit kerana
menggunakan kaedah pengaturcaraan dan juga
terhad dari sudut interaktiviti.
• Namun, dengan perkembangan teknologi, pelbagai
perisian pengarangan multimedia terkini dapat
memudahkan lagi proses penyediaan perisian
instruksional yang dibangunkan.
• Dengan keupayaan perisian alat pengarangan ini,
pelbagai penggunaan elemen multimedia dapat
digabungkan serta interaktiviti (kawalan pengguna)
menjadi lebih mudah dan baik.
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Membina Kemahiran Kognitif
- Proses pengulangan yang boleh dilakukan oleh
perisian instruksional lebih membantu murid
mengingati berbanding proses pengulangan melalui
bahan bercetak.
- Maklumat yang disampaikan dalam bentuk verbal
berserta visual akan meningkatkan lagi kadar ingatan
dan mencapai semula makluamt dari memori.
(Mayer, 2001).
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Menggalakkan Pembelajaran Kendiri
- Pembelajaran kendiri melalui perisian instruksional
adalah lebih baik berbanding kaedah tradisi, di mana
melalui pembelajaran kendiri, murid boleh
mengawal pembelajaran berdasarkan tahap
kemampuan serta kesesuaian mereka.
- Dengan berbantukan jadual pelajar yang sesuai,
platform pembelajaran kendiri dapat dilaksanakan.
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Menjadikan Pembelajaran Aktif
- Perisian instruksional mempunyai kelebihan dari segi
interaktif yang tidak ada pada media pengajaran lain.
- Interaktiviti menggalakkan pembelajaran aktif berlaku dalam
kalangan murid pada sebarang peringkat umur dan komputer
adalah satu-satunya media yang mempunyai potensi ini.
(Sewell, 1990)
- Dengan adanya interaktiviti, proses pembelajaran menjadi
aktif dan secara tidak langsung dapat menarik tumpuan
murid, ingatan jangka panjang, pembelajaran lebih pantas
dan peningkatan motivasi belajar.
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Menggalakkan Pembelajaran yang
Menghiburkan
- Elemen multimedia terutamanya animasi telah
menjadikan pembelajaran berasaskan perisian
instruksional sesuatu yang menghiburkan dan tidak
membosankan. (Jamalludin, Baharudin & Zaitun, 2001 :
Chan Lin, 2000).
- Akan tetapi, penerapan nilai hiburan perlulah tidak
berlebihan kerana dikhuatiri menganggu proses
pembelajaran serta memberi kesan yang tidak baik.
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Mempelbagaikan Latar Belakang dan Kaedah
Belajar
- Perisian instruksional menyampaikan isi pelajaran
kepada murid dalam bentuk yang mudah difahami
dan lebih menarik berbanding buku atau media lain
dan mampu memenuhi strategi belajar yang variasi
(Ellis, 2004)
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Mengatasi Masalah Bilangan Murid yang
Ramai
- Perisian instruksional dapat mengatasi masalah
keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan
bilangan murid yang ramai.
- Ini kerana, perisian instruksional menawarkan
kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap
murid secara individu serta menjamin pencapaian
yang baik.
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Mengatasi Masalah Bilangan Murid yang
Ramai
- Perisian instruksional dapat mengatasi masalah
keberkesanan pengajaran sekiranya melibatkan
bilangan murid yang ramai.
- Ini kerana, perisian instruksional menawarkan
kebolehan menyampaikan maklumat kepada setiap
murid secara individu serta menjamin pencapaian
yang baik.
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Melibatkan Lebih daripada Satu Deria
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Menjimatkan Masa Pembelajaran
- Perisian instruksional dapat menjimatkan masa
pembelajaran seseorang murid. Banyak dapatan
kajian mendapati penggunaan perisian instruksional
mampu mengurangkan tempoh pembelajaran murid
jika dibandingkan dengan kaedah tradisi, (Khairul
Hashim, 2003).
KEPENTINGAN & KELEBIHAN
• Membantu Meningkatkan Pencapaian
Akademik Murid
- Kebanyakan kajian yang dijalankan menunjukkan
keberkesanan perisian instruksional dari segi
peningkatan pencapaian murid.
- Setiap kajian merumuskan bahawa penggunaan
perisian instruksional menunjukkan kesan positif
terhadap pencapaian murid serta mendapat markah
yang tinggi dalam peperiksaan, terutamanya murid
yang lemah (NCREL, 2002)
- Rujuk Jadual 3.1 dalam Modul Teknologi Maklumat Sekolah
Rendah.
STRATEGI PENYAMPAIAN
STRATEGI PENYAMPAIAN : Latih Tubi
• Memberikan ruang kepada murid untuk melakukan
latihan yang banyak serta mendapatkan maklum
balas terhadap ketepatan jawapan.
• Menggunakan pendekatan pengulangan maklumat
bagi memahirkan murid terhadap sesuatu topik.
• Sesuai untuk mempelajari konsep yang mudah
mahupun sukar tetapi memerlukan penghafalan.
• Sesuai untuk matapelajaran berbentuk fakta, bukan
kemanusiaan.
STRATEGI PENYAMPAIAN : Latih Tubi
STRATEGI PENYAMPAIAN : Tutorial
• Merupakan strategi untuk menjitukan pemahaman
murid terhadap sesuatu topik.
• Strategi tutorial mementingkan persembahan
kandungan mata pelajaran berbanding dengan latih
tubi yang hanya berfokuskan latihan.
• Strategi persembahan tutorial adalah hampir sama
dengan kaedah pengajaran di kelas iaitu dimulakan
dengan persembahan kandungan, pengukuhan dan
penilaian.
STRATEGI PENYAMPAIAN : Tutorial
STRATEGI PENYAMPAIAN : Tutorial
• Strategi Persembahan tutorial terbahagi kepada 2
kategori iaitu :
1. Linear Tutorial : persembahan mudah secara
turutan yang sama untuk semua murid tanpa
mengambil kira kemampuan mereka.
2. Branching Tutorial : Strategi yang lebih pinta, di
mana turutan pembelajaran ditentukan
berdasarkan kemampuan murid.
STRATEGI PENYAMPAIAN : Simulasi
• Simulasi ialah suatu persekitaran pembelajaran yang
mampu menggambarkan situasi atau keadaan
sebenar dengan bantuan perisian komputer.
• Membolehkan murid mencuba sesuatu aktiviti
berulang-ulang kali sebelum mencuba aktiviti
sebenar yang mereka pelajari.
• Menjimatkan dari segi pembelian peralatan sebenar
yang mahal, latihan alternatif terhadap sesuatu
operasi yang bahaya atau mustahil dilakukan.
• Menjimatkan masa serta menggalakkan penglibatan
yang terus aktif daripada murid.
STRATEGI PENYAMPAIAN : Simulasi
• Perisian simulasi terbahagi kepada 2 kategori iaitu :
1. Simulasi Fizikal : membolehkan murid memanipulasi
sesuatu perkara atau proses yang dipersembahkan di
atas skrin komputer. Contohnya : melihat kesan
campuran kimia, operasi litar elektronik, operasi
rangkaian komputer.
2. Simulasi Interaktif : Berfungsi untuk
mempercepatkan atau memperlahankan sesuatu
proses yang dalam dunia sebenar berlaku terlalu
pantas atau terlalu perlahan. Contohnya :
Pembentukan atom, perubahan biologi sesuatu
tumbuhan atau haiwan.
STRATEGI PENYAMPAIAN : Simulasi
STRATEGI PENYAMPAIAN : Permainan
Instruksional
• Strategi persembahan yang menggabungkan pendidikan
dengan hiburan untuk pembelajaran berkesan.
• Menggabungkan strategi simulasi dan latih tubi dalam
bentuk persembahan yang menghiburkan dan mendidik.
• Dibangukan dalam bentuk 2D atau 3D dengan berbantukan
elemen multimedia yang lain seperti grafik, audio dan teks.
• Fitur-fitur yang biasa ada dalam perisian ini ialah peraturan,
menang atau kalah, multiplayer, pertandingan, giliran,
cabaran, mata atau markah, hukuman, tahap, fantasi,
peralatan dan gabungan kemahiran serta nasib. (Alessi &
Trollip, 2001).
STRATEGI PENYAMPAIAN :
Penyelesaian Masalah
• Menyediakan aktiviti yang memerlukan murid
berfikir, menganalisis, mengorganisasikan, meramal
dapatan atau keluaran serta formulasi idea untuk
mencari penyelesaian.
• Perisian ini sangat sesuai untuk matapelajaran
seperti sains dan matematik.
• Kaedah ini mampu meningkatkan motivasi dan
meningkatkan minat murid terhadap sesuatu topik.
Namun boleh juga mengecewakan murid sekiranya
mereka gagal mendapatkan penyelesaian yang
sepatutnya.
STRATEGI PENYAMPAIAN : ILS
• ILS ialah Sistem Pembelajaran Bersepadu iaitu
merupakan kombinasi pembelajaran berasaskan
perisian instruksional pelbagai strategi serta sumber-
sumber lain yang berkaitan yang boleh diperolehi
melalui sistem rangkaian atau secara dalam talian.
• Umpama one-stop center bagi murid dan guru
memperolehi bahan P&P.
• Menawarkan pelbagai teknik dan strategi
pembelajaran secara berpusat, kebiasaannya sebagai
pakej kurikulum yang lengkap dengan bantuan
teknikal dan latihan.
STRATEGI PENYAMPAIAN : ILS
• Berkeupayaan menyimpan rekod setiap murid
seperti tugasan, markah, keaktifan dan sebagainya.
Rekod ini boleh dicetak oleh guru untuk tujuan
pemantauan atau simpanan.
• Aktiviti yang ada dalam ILS merangkumi latih tubi
yang mudah sehinggalah tutorial yang pintar.
• Kebanyakkan ILS kini menggunakan konsep tutorial
pinta yang lengkap sebagai pengganti guru dalam
mengendalikan keseluruhan aktiviti P&P.
• Amat sesuai untuk aktiviti pendidikan jarak jauh.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai