Anda di halaman 1dari 15

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pengetahuan Dan Sikap Guru Aliran Perdana Terhadap


Program Pendidikan Inklusif Di Daerah Sibu
(Knowledge And Attitude Of Mainstream Teachers Towards The
Inclusive Education Program In Sibu District)
Pau Swee Lin1*, Mohd Hanafi Mohd Yasin1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: psweelin@gmail.com

Accepted: 15 March 2021 | Published: 1 April 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pengetahuan dan sikap guru aliran perdana berkaitan Pogram Pendidikan Inklusif
(PPI) adalah penting untuk membantu kecemerlangan akademik murid pendidikan khas
(MPK). Terdapat banyak isu yang berkaitan dengan pengetahuan dan sikap berkaitan guru
aliran perdana yang mengajar MPK. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan
dan sikap guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah terhadap PPI di kawasan Sibu.
Kajian tinjauan ini menggunakan pendekatan kajian kuantitatif. Pengkaji menggunakan teknik
persampelan rawak untuk memilih sampel kajian di sekolah. Daripada populasi guru sebanyak
966 seramai 401 orang guru aliran perdana yang mengajar di sekolah rendah dan menengah
dipilih sebagai sampel dalam kajian. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan
diedarkan melalui google form. Dapatan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data
analisis deskriptif mencari kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Data analisis secara
inferensi menggunakan kolerasi Pearson . Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan
guru terhadap PPI berada pada tahap sederhana (min = 3.28, SP = 0.571). Sikap guru
terhadap PPI adalah berada pada tahap tinggi (min = 3.62, SP = 0.52). Hubungan kolerasi
antara tahap pengetahuan guru dengan sikap guru terhadap PPI adalah sederhana (r = 0.688,
sig = .000). Hasil dapatan menunjukkan guru menujukkan sikap positif tentang PPI tetapi
mereka memerlukan pengetahuan yang lebih mendalam tentang PPI. Hasil kajian dapat
mengambarkan tahap pengetahuan dan sikap guru terhadap PPI di Sibu. Kajian ini boleh
melihat kekurangan yang masih ada pada PPI di Sibu seterusnya langkah-langkah
penambahbaikan dapat dilakukan untuk membaiki keadaan PPI.

Kata kunci: Pengetahuan; Sikap; Guru Aliran Perdana; Program Pendidikan Inklusif

Abstract: The knowledge and attitudes of mainstream teachers related to the Inclusive
Education Program (IEP) are important to help the academic excellence of special education
students (SES). There are many issues related to the knowledge and attitudes related to
mainstream teachers who teach special education students. This study aims to examine the
level of knowledge and attitude of primary and secondary school mainstream teachers towards
IEP in Sibu area. This survey study uses quantitative research approach. Researchers use
random sampling techniques to select study samples in schools. Of the 966 teacher population,
401 mainstream teachers who teach in primary and secondary schools were selected as the
sample in the study. The research instrument used was a questionnaire and distributed through
google form. Data findings were analyzed descriptively and inferences. Descriptive analysis
data find frequency, percentage, mean and standard deviation. Inferential analysis data using
Pearson correlation. The findings show that the level of teachers' knowledge of IEP is moderate

515
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

(mean = 3.28, SP = 0.571). Teachers' attitudes towards IEP are at a high level (mean = 3.62,
SP = 0.52). The correlation relationship between teachers’ knowledge level and teachers'
attitudes towards IEP was moderate (r = 0.688, sig = .000). The findings show that teachers
show a positive attitude about IEP but they need a deeper knowledge of IEP. The results of the
study can reflect the level of knowledge and attitude of teachers towards IEP in Sibu. This study
can see the shortage that still exist in IEP in Sibu and further improvement steps can be taken
to improve the condition of PPI.
.
Keywords: Knowledge; Attitude; Mainstream Teacher; Inclusive Education Program
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Program pendidikan inklusif adalah satu sistem pendidikan di mana MPK dan murid biasa
belajar bersama dengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk
memenuhi keperluan pembelajaran bagi MPK yang berlainan jenis (Thomas & Uthaman,
2019). Dalam PPI, MPK belajar bersama dengan murid biasa dalam kelas normal dan akan
dididik oleh guru aliran perdana. Pengetahuan dan sikap guru aliran perdana memainkan
peranan penting dalam melaksanakan PPI. Kejayaan MPK dalam PPI bergantung pada guru
mata pelajaran yang mendidik mereka di dalam kelas. Menurut Mazmi & Noor (2019),
kejayaan pengajaran di PPI sangat bergantung pada kemampuan, pengetahuan dan kemahiran
guru untuk menampung dan menyesuaikan pedagogi pengajaran yang disesuaikan untuk
memenuhi keperluan pelajar kurang upaya. Kajian Elizabeth dan Seema (2019) menyatakan
pengetahuan guru berhubung kait dengan sikap guru terhadap PPI. Guru yang lebih
berpengetahuan tentang PPI adalah lebih bersikap positif terhadap PPI.

Guru aliran perdana harus bersedia, bersikap positif, berkemahiran dan berpengetahuan untuk
menerima MPK di dalam kelas aliran perdana. Pengetahuan yang diterima oleh MPK sangat
bergantung kepada kebolehan, kemahiran, pedagogi, pengetahuna dan sikap guru aliran
perdana. Pengetahuan dan sikap guru menentukan kejayaan MPK di dalam kelas. Kajian ini
adalah untuk mengkaji pengetahuan dan sikap guru aliran perdana terhadap PPI serta melihat
hubungan antara pengetahuan dan sikap guru dalam mendidik MPK. Kajian lepas
menunjukkan MPK yang diinklusifkan menunjukkan perubahan positif dari segi pencapaian
akademik dan sahsiah (Hamdan & Hussin, 2013). Tetapi PPI yang dijalankan terdapat
halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Halangan yang berlaku adalah guru aliran
perdana kekurangan latihan dan pengetahuan tentang cara untuk mengajar MPK dalam
program inklusif (Muhammad & Abdul, 2016; Norliah & Hanafi, 2016). Guru-guru dilatih
secara profesional dalam bidang pendidikan. Tetapi latihan untuk guru aliran perdana tidak
termasuk cara mengendali MPK. Kekurangan latihan dan pengetahuan untuk mengendali PPI
menyebabkan guru aliran perdana tidak mahir mengakomodasi dan memodifikasi kemahiran
mengajar semasa Pdpc dalam kelas (Grace et. al, 2012; Johnstone, 2009). Guru aliran perdana
kurang bersedia dalam melaksanakan PPI (Mohd. Mokhar & Farhana, 2019) disebabkan oleh
kekurangan pengetahuan dan tidak tahu menggunakan cara yang bersesuaian dengan kurang
upaya MPK. Halangan yang lain termasuk guru aliran perdana bersikap negatif tentang
kehadiran MPK dalam kelas aliran perdana serta menganggap bahawa pengajaran MPK
merupakan tanggungjawab guru resos (Ammer, 1984; Elizabeth & Seema, 2019; Schultz,
1982; Zhang, 2018). Punca muncul sikap negatif adalah guru aliran perdana kurang
pengetahuan dan kurang memahami tentang PPI. Sekiranya mereka memahami PPI, maka
sikap negatif akan dihapuskan.

516
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Maka, pengetahuan guru aliran perdana terhadap PPI adalah penting dalam melaksanakan PPI
supaya guru aliran perdana tidak berasa bimbang semasa mengajar MPK. Di samping mereka
juga lebih berkemahiran mendidik MPK dalam PPI dengan lebih efektif. Hasil dapatan kajian
dapat membantu untuk melihat kekurangan pada kesediaan, pengetahuan dan kemahiran yang
masih ada pada guru aliran perdana supaya latihan yang berkaitan dapat diberikan untuk
meningkatkan strategi pengajaran guru aliran perdana dalam PPI. Kajian ini djalankan untuk
meninjau tahap pengetahuan dan sikap guru aliran perdana terhadap program pendidikan
inklusif di daerah Sibu. Melalui kajian, pengkaji berharap dapat mengenal pasti tahap
pengetahuan dan sikap guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah terhadap PPI di Sibu.
Seterusnya, pengkaji juga ingin mengenal pasti perhubungan pengetahuan dan sikap guru
aliran perdana tentang PPI.

2. Kajian Lepas

Dalam melaksanakan PPI, terdapat banyak kajian yang telah dilaksanakan di dalam negara dan
luar negara tentang isu PPI. Kebanyakkan guru hanya mendengar tentang MPK, tetapi tahap
pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap MPK masih rendah (Mariani, Shazia & Agnis,
2017). Ramai guru masih kurang menyedari keperluan MPK dalam PPI (Bruggink, Goei &
Koot, 2015). Mereka menganggap MPK lebih sesuai berada di program pendidikan khas dan
mendidik MPK adalah tanggungjawab guru pendidikan khas (Mokhtar & Farhana, 2019).
Pengetahuan tentang ciri-ciri MPK, tingkah laku, masalah kurang upaya, kekurangan dan
kelebihan mereka adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid dalam
kelas. Guru yang mengajar PPI harus mengetahui keperluan khas MPK, khususnya dari segi
keupayaan belajar dan alat bantuan yang membantu murid mengurus diri (Muhammad &
Abdul, 2016).

Norliah & Hanafi (2016) dalam kajian mereka tentang pelaksanaan PPI MPK dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyatakan guru kekurangan pengetahuan
pedagogi dan kemahiran dalam mengajar MPK yang mempunyai tahap yang berlainan dalam
PPI. Perkara ini juga disokong oleh Mohd Mokhtar & Farhana (2019) serta Rohaizat (2019)
mengatakan bahawa tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang PPI masih berada pada
tahap sederhana sahaja. Kajian yang dilaksanakan di luar negara juga menunjukkan guru
kekurangan pengetahuan tentang PPI (Muna, Mayada & Bassam. 2016; Timo. 2020). Masalah
kekurangan pengetahuan tentang PPI adalah masalah kritikal semasa PPI dijalankan. Guru
aliran perdana memerlukan pengetahuan tentang PPI untuk meningkatkan kemahiran
pengajaran untuk PPI (Muhammad & Abdul, 2016). Kekurangan pengetahuan guru aliran
perdana terhadap MPK dan PPI boleh menimbulkan masalah iaitu guru mempunyai salah
faham terhadap murid, guru berasa terkejut dengan tingkah laku murid, guru berasa kecewa
terhadap murid, MPK didiskriminasi dalam kelas aliran perdana dan MPK tidak dapat
menerima ilmu dengan berkesan. Akhirnya, MPK kurang bermotivasi untuk mengikuti dalam
kelas aliran perdana. Kekurangan dalam pengetahuan juga menyebabkan guru kurang mahir
dalam mendidik MPK dalam PPI. Perkara ini dapat dilihat melalui isu ramai guru aliran
perdana masih kekurangan latihan tentang PPI (Mokhtar & Farhana, 2019; Muhammad &
Abdul, 2016). Ramai guru yang mengendalikan PPI mengakui bahawa mereka tidak mendapat
latihan khusus yang berkaitan teknik dan kaedah Pdpc yang berkaitan dengan MPK (Norliah
& Hanafi, 2016). Latihan yang diberi dapat membantu meningkatkan kemahiran guru aliran
perdana dalam Pdpc PPI. Kemudian, latihan diberi juga dapat meningkatkan kualiti guru dalam
strategi pengajaran, pengawalan bilik darjah dan penilaian pelajar (Norfishah & Mohd, 2018).

517
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kekurangan latihan tentang PPI menyebabkan sesetengah guru bersikap negatif terhadap PPI
(Su & Wang, 2003). Keadaan ini akan menurunkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Maka, guru aliran perdana memerlukan bantuan daripada guru pendidikan khas atau guru resos
untuk membantu mereka (Mazmi & Noor, 2019). Terutama semasa guru mengajar MPK yang
mempunyai masalah kurang upaya yang kompleks, pelbagai, kritikal dan berat. Keadaan ini
memerlukan guru yang berpengetahuan dan profesional dalam bidang pendidikan khas.
Pengetahuan guru pendidikan khas tentang MPK serta kaedah pengajaran untuk MPK dapat
membantu guru aliran perdana mempunyai gambaran yang lebih jelas tentang kaedah mengajar
dalam PPI. Guru yang mengajar PPI memerlukan latihan tentang PPI supaya dapat mengajar
MPK dengan kaedah yang relevan dengan keperluan murid. Kekurangan pengetahuan guru
juga boleh membawa masalah pengajaran di dalam kelas menjadi tidak bermanfaat kepada
MPK. Guru yang berpengalaman tidak menunjukkan mereka dapat memahami kaedah
mengajar PPI (Muhammad dan Abdul, 2016) tetapi memerlukan latihan yang berkaitan. Guru
merupakan pemimpin dalam kelas. Menurut Traci-Ann, Christopher dan Scott (2019), sikap
guru aliran perdana terhadap PPI adalah kunci kejayaan PPI. Sikap positif guru dapat membina
sikap positif murid tipikal terhadap MPK di dalam kelas. Pemahaman yang positif terhadap
MPK dapat mengurangkan perasaan kurang selesa guru aliran perdana semasa menjalankan
pengajaran di dalam kelas (Tina & Vanja, 2017). Maka, pengetahuan terhadap MPK adalah
faktor penting untuk mengurangkan diskriminasi MPK di dalam kelas.

Keadaan guru aliran perdana mempunyai persepsi yang negatif (Mokhtar & Farhana, 2019)
terhadap MPK merupakan halangan kepada keyajaan PPI. Guru aliran perdana tidak
memahami keperluan MPK diinklusifkan. Mereka menganggap MPK lebih sesuai berada di
program pendidikan khas dan mendidik MPK bukan tanggungjawab mereka. Terdapat guru
yang menganggap bahawa mengajar MPK akan menambahkan beban tugas mereka. Daripada
kajian-kajian lepas, didapati bahawa ramai guru aliran perdana bersikap negatif terhadap PPI.
Kejayaan PPI bergantung pada sikap positif guru. Sikap guru terhadap PPI terjejas oleh
pengetahuan guru terhadap PPI (Muna, Mayada & Bassam, 2016). Guru aliran perdana tidak
mempunyai latihan yang berkaitan dengan MPK. Mereka berasa terkejut apabila terdapat
murid yang bertingkah laku agresif di dalam kelas serta berlaku sawan dan asma. Mereka juga
akan berasa kecewa apabila tidak tahu cara untuk membantu murid yang lemah dalam
pembelajaran dan kognitif. MPK yang lambat dalam pembelajaran akan menimbulkan
perasaan negatif guru terhadap murid. Guru aliran perdana perlu mengajar mengikut sukatan
pelajaran. Mereka perlu mengajar dengan cepat supaya sukatan pelajaran dapat dihabiskan
dalam masa yang ditetapkan. MPK yang diinklusifkan akan menjadi gangguan kepada guru
untuk menyiapkan sukatan.

Terdapat respon yang berlainan tentang sikap guru terhadap PPI dalam kajian yang berlainan.
Terdapat guru percaya bahawa MPK akan belajar dengan lebih baik di kelas pendidikan khas
(Timo, 2020). Terdapat guru berpendapat PPI adalah tidak berfaedah terhadap MPK. Selain
itu, mereka juga berasa kelas biasa adalah tidak sesuai untuk MPK. Guru juga menyatakan
MPK selalu mempunyai masalah tingkah laku di dalam kelas. Mereka akan menjerit semasa
guru sedang mengajar (Muna, Mayada & Bassam, 2016). Terdapat kajian menunjukkan guru
menunjukkan sikap positif terhadap PPI (Tina & Vaja, 2017). Dalam kajian yang dilakukan
oleh Elizabeath & Seema (2019) menunjukkan majoriti guru menunjukkan sikap positif
terhadap PPI dan guru yang menunjukkan sikap negatif terhadap PPI adalah menuju kepda
murid yang mempunyai masalah pembelajaran tertentu. Sikap guru yang positif boleh
memotivasikan dan meyakinkan MPK di dalam kelas PPI. MPK mempunyai masalah rendah
diri apabila belajar bersama murid tipikal. Guru yang bersikap positif membawa nilai positif

518
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

kepada murid-murid di dalam kelas. MPK tidak sepatutnya didiskriminasi dan dibanding
bezakan dengan murid tipikal.

MPK perlu diberi peluang untuk belajar di kelas perdana (Leonila & Karen, 2019). Richel
(2014) mendapati guru bersetuju PPI adalah untuk mengurangkan diskriminasi sosial,
menguatkan interaksi sosial dan mengurangkan stereotaip negatif terhadap MPK. Guru juga
bersetuju bahawa PPI dapat meningkatkan keyakinan diri MPK, membantu membina
kemahiran bersosial dengan murid tipikal, meningkatkan interaksi sosial dan mengubah sikap
murid tipikal terhadap MPK (Muna, Mayada & Bassam, 2016). Terdapat guru juga bersikap
positif terhadap PPI. Guru aliran perdana bersikap mesra semasa berkomunikasi dengan MPK
(Lai et.al., 2017). Guru berpendapat MPK perlu mempunyai peluang belajar yang sama dengan
murid tipikal (Richel, 2014).

Berdasarkan kajian-kajian lepas, terdapat guru bersikap negatif terhadap PPI juga terdapat guru
bersikap positif terhadap PPI. Sikap guru memberi kesan kepada MPK dan kejayaan PPI.
Kajian ini untuk meninjau tahap pengetahuan dan sikap guru aliran perdana terhadap PPI harap
dapat memberi impak positif kepada PPI di Sibu.

3. Metodologi kajian

Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan set soal selidik yang dijawab oleh guru aliran
perdana di sekolah-sekolah rendah dan menengah yang mempunyai kelas inklusif di kawasan Sibu.
Pendekatan kuantitatif deskriptif digunakan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan guru
aliran perdana terhadap PPI dan sikap guru aliran perdana terhadap PPI. Seterusnya, kajian
berbentuk inferensi dengan menggunakan kaedah analisis kolerasi ini untuk melihat
perhubungan pengetahuan guru aliran perdana tentang PPI dengan sikap guru aliran perdana
tentang PPI dalam mendidik MPK.
Pengkaji berfokus kepada guru aliran perdana yang sedang mengajar di sekolah rendah dan
menengah yang terlibat dalam PPI. Sekolah yang mempunyai kelas Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) merupakan sekolah yang terlibat dalam PPI. Terdapat 10 buah sekolah rendah dan
5 buah sekolah menengah yang mempunyai kelas PPKI. Pengkaji telah memilih sampel kajian
melibatkan seramai 401 untuk menjawab soal selidik kajian.
Pengkaji telah mengambil 30 orang responden untuk membuat kajian rintis. Cronbach’s alpha
bagi item-item untuk mengkaji tahap pengetahuan guru aliran perdana terhadap PPI telah
mendapat skor sebanyak 0.941. Manakala Cronbach’s alpha bagi item-item untuk mengkaji
sikap guru aliran perdana terhadap PPI telah mendapat skor sebanyak 0.95. Keputusan ini
adalah tinggi dan memuaskan untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen kajian.

4. Dapatan kajian

Demografi sampel kajian


Kajian ini melibatkan 401 orang guru aliran perdana sekolah rendah dan sekolah menengah di
daerah Sibu, Sarawak. Sekolah yang terlibat adalah sekolah yang mempunyai kelas inklusif di
kawasan Sibu. Terdahap 5 buah sekolah menengah dan 10 buah sekolah sekolah rendah yang
mempunyai kelas inklusif di Sibu. Pengkaji mengedarkan borang google melalui PPD Sibu.
Dapatan demografi sampel kajian adalah seperti ditunjukkan dalam jadual 1.

519
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Demografi sampel kajian


Umur Frekuensi Peratus(%)
25 tahun ke bawah 0 0
26 - 30 tahun 19 4.7
31 - 35 tahun 56 14
36 - 40 tahun 89 22.2
41 – 46 tahun 99 24.7
46 tahun ke atas 138 34.4
Jantina
Lelaki 97 24.2
Perempuan 304 75.8
Kaum
Cina 224 55.9
Melayu 64 16
Iban 64 16
Lain-lain 48 12
India 1 0.2
Agama
Kristian 257 64.1
Islam 98 24.4
Buddha 39 9.7
Lain-lain 6 1.5
Hindu 1 0.2
Tahap Pendidikan
Sarjana muda 327 81.5
Diploma 41 10.2
Sarjana 33 8.2
Doktor falsafah 0 0
Pengalaman Mengajar
Melebihi 20 tahun 146 36.4
11-15 tahun 102 25.4
16-20 tahun 71 17.7
6-10 tahun 64 16
1-5 tahun 18 4.5
Kurang daripada 1 tahun 0 0
Status pendedahan terhadap PPI
Tidak 299 74.6
Ya 102 25.4
Sekolah
SK A 26 6.5
SK B 31 7.7
SK C 7 1.7
SK D 31 7.7
SK E 16 4
SK F 42 0.5
SJK (C) G 8 2
SJK (C) H 49 12.2
SJK (C) I 31 6.2
SJK (C) J 21 5.2
SMK K 32 8
SMK L 9 2.2
SMK M 51 12.7

520
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

SMK N 12 3.0
SMK O 41 10.2

Tahap Pengetahuan Guru Aliran Perdana Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah
Terhadap PPI
Hasil purata min menunjukkan tahap pengetahuan guru aliran perdana terhadap PPI berada
pada tahap sederhana. Nilai purata min 3.35 dan sisihan piawai 0.835 menunjukkan guru-guru
aliran perdana masih belum mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap PPI. Jadual 2
menunjukkan dapatan kajian tahap pengetahuan guru terhadap PPI.

Jadual 2: Tahap Pengetahuan Guru Aliran Perdana Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Terhadap
PPI
Pengetahuan guru tentang Sisihan

Kurang
Sangat

Sangat

Hilang
Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

Setuju
Tidak

Tidak
PPI Piawai

1 Saya dilatih untuk mengajar 64 102 130 99 6 1.056


pelajar berkeperluan khas di 16.0% 25.4% 32.4% 24.7% 1.5%
kelas inklusif.
2 Saya dapat menyampaikan 26 86 158 127 4 0.912
pengetahuan saya dengan 6.5% 21.4% 39.4% 31.7% 1.0%
berkesan kepada pelajar
berkeperluan khas.
3 Saya mempunyai pengetahuan 29 82 162 124 2 2 0.910
inklusif mengenai pengajaran di 7.2% 20.4% 40.4% 30.9% 0.5% 0.5%
kelas inklusif di sekolah ini.
4 Saya berkesan dalam kelas 27 71 180 119 4 0.886
inklusif dari segi penerapan 6.7% 17.7% 44.9% 29.7% 1.0%
pengetahuan inklusif di kelas
inklusif di sekolah.
5 Saya bersedia dilengkapi agar 12 31 86 251 21 0.826
berpengetahuan dalam 3.0% 7.7% 21.4% 62.6% 5.2%
pendidikan inklusif.
6 Pengetahuan saya mengenai 23 43 107 218 10 0.919
inklusif membantu saya 5.7% 10.7% 26.7% 54.4% 2.5%
mengajar pelajar berkeperluan
khas dengan berkesan.
7 Saya tahu bahawa setiap guru 8 23 102 246 22 0.761
yang terlibat dengan 2.0% 5.7% 25.4% 61.3% 5.5%
pendidikan inklusif dapat
mengajar dengan berkesan di
kelas inklusif.
8 Di kelas inklusif saya, saya 11 36 82 253 19 0.827
menggunakan semua 2.7% 9.0% 20.4% 63.1% 4.7%
pengetahuan saya untuk
menyediakan pengajaran saya
agar pengajaran saya berkesan.
9 Saya mempunyai pengetahuan 7 29 97 251 16 1 0.756
dalam teori motivasi untuk 1.7% 7.2% 24.2% 62.6% 4.0% 0.2%
menyediakan pengajaran saya

521
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

untuk menjadikan pengajaran


saya
10 Saya tahu pengetahuan saya 11 37 110 234 9 0.803
menyumbang dengan berkesan 2.7% 9.2% 27.4% 58.4% 2.2%
untuk program inklusif
11 Saya adalah terpilih dalam 36 77 170 114 4 0.934
strategi pengajaran dalam 9.0% 19.2% 42.4% 28.4% 1.0%
penyediaan saya untuk pelajar
berkeperluan khas
12 Saya tahu guru lain dilengkapi 11 35 113 229 13 0.810
dengan pengetahuan untuk 2.7% 8.7% 28.2% 57.1% 3.2%
inklusif.
13 Pengetahuan saya memberi 5 8 59 302 25 2 0.615
kesan positif terhadap 1.2% 2.0% 14.7% 75.3% 6.2% 0.5%
keputusan akademik pelajar
saya
14 Pengetahuan saya membantu 4 18 96 266 16 1 0.670
guru lain untuk mengajar 1.0% 4.5% 23.9% 66.3% 4.0% 0.2%
dengan lebih berkesan semasa
pengajaran dan pembelajaran
Min keseluruhan 3.35 0.835

Sikap Guru Aliran Perdana Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Terhadap PPI
Hasil kajian menunjukkan sikap guru aliran perdana sekolah rendah dan sekolah menengah
terhadap PPI di daerah Sibu. Purata skor min item-item menujukkan sikap guru terdahap PPI
berada pada tahap tinggi (purata min = 3.66). Purata sisihan piawai adalah sebanyak 0.704.
Jadual 3 di bawah menunjukkan sikap guru tentang PPI.

Jadual 3: Sikap Guru Aliran Perdana Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah Terhadap PPI
Sikap Guru Tentang PPI Sisihan
Kurang Setuju

Sangat Setuju
Sangat Tidak

Tidak Setuju

Piawai
Hilang
Setuju

Setuju

1 Saya sanggup menggunakan 11 21 94 262 13 0.757


arahan khusus untuk pelajar 2.7% 5.2% 23.4% 65.3% 3.2%
berkeperluan khas di kelas
inklusif.
2 Saya mempunyai sikap positif 9 25 96 255 16 0.761
untuk mengajar pelajar 2.2% 6.2% 23.9% 63.6% 4.0%
berkeperluan khas di kelas
inklusif di sekolah ini sepanjang
masa.
3 Saya menggalakkan pelajar 4 14 48 307 28 0.631
keperluan khas untuk 1.0% 3.5% 12.0% 76.6% 7.0%
mengambil bahagian dalam
aktiviti di kelas.

522
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

4 Saya sanggup mengajar kelas 22 47 128 193 11 0.913


inklusif walaupun saya tidak 5.5% 11.7% 31.9% 48.1% 2.7%
terlatih dalam pengajaran
inklusif.
5 Setiap kali, saya akan berasa 14 29 149 200 9 0.801
gembira dengan pengajaran saya 3.5% 7.2% 37.2% 49.9% 2.2%
di kelas inklusif.
6 Saya adalah contoh yang sesuai 20 45 171 158 7 0.855
untuk pelajar berkeperluan khas 5.0% 11.2% 42.6% 39.4% 1.7%
di kelas saya sepanjang masa.
7 Saya tahu bahawa pelajar 5 19 73 280 24 0.693
keperluan khas dapat dibimbing 1.2% 4.7% 18.2% 69.8% 6.0%
untuk berjaya dalam kelas
inklusif.
8 Saya percaya pelajar keperluan 9 14 103 258 17 0.720
khas boleh diajar di kelas 2.2% 3.5% 25.7% 64.3% 4.2%
inklusif.
9 Saya dapat menolong pelajar 8 22 121 241 8 1 0.720
keperluan khas dalam pelajaran 2.0% 5.5% 30.2% 60.1% 2.0% 0.2%
mereka
10 Sikap saya mendorong guru lain 5 15 88 281 10 2 0.644
untuk mempunyai sikap positif 1.2% 3.7% 21.9% 70.1% 2.5% 0.5%
terhadap pelajar berkeperluan
khas.
11 Sikap saya terhadap pelajar 4 7 34 331 25 0.548
berkeperluan khas adalah 1.0% 1.7% 8.5% 82.5% 6.2%
positif.
12 Sikap saya menyumbang 6 13 80 289 13 0.649
kepada keberkesanan 1.5% 3.2% 20.0% 72.1% 3.2%
pendidikan inklusif.
13 Saya menunjukkan rasa hormat 2 3 13 318 65 0.510
terhadap pelajar berkeperluan 0.5% 0.7% 3.2% 79.3% 16.2%
khas.
14 Saya bersedia menggunakan 5 13 58 294 30 1 0.659
teknik bahasa yang sesuai 1.2% 3.2% 14.5% 73.3% 7.5% 0.2%
dalam komunikasi saya dengan
pelajar berkeperluan khas.
Min keseluruhan 3.66 0.704

Kolerasi
Berdasarkan dapatan kajian, terdapat hubungan kolerasi yang sederhana kuat antara tahap
pengetahuan guru terhadap PPI dengan sikap guru terhadap PPI. (r = 0.736, sig.=0.000).
Keputusan analisis juga menunjukkan hipotesis ditolak kerana nilai kurang daripada 0.05. Ini
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan antara pengetahuan guru aliran
perdana terhadap PPI dengan sikap guru aliran perdana terhadap PPI kerana nilai p adalah
kurang daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05.

523
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 4: Analisis Nilai Kolerasi Pearson Antara Tahap Pengetahuan Guru Aliran Perdana Terhadap
PPI Dengan Sikap Guru Aliran Perdana Terhadap PPI

Sikap Guru Aliran Perdana


Kolerasi Pearson Sig
Pengetahuan Guru Aliran Perdana 0.736 0.000
Signifikasi pada aras p < 0.05

3. Perbincangan dan Kesimpulan


Kajian ini mendapati bahawa guru aliran perdana sekolah rendah dan menengah daerah Sibu
mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana dan sikap yang sederhana tinggi terhadap PPI.
Kebanyakkan guru mengakui bahawa mereka tidak ada latihan yang berkenaan dengan PPI.
Majoriti guru ini tidak mempunyai pengetahuan inklusif mengenai pengajaran di kelas inklusif
walaupun mereka tahu pengetahuan mereka menyumbang dengan berkesan untuk program
inklusif. Perkara ini menyebabkan guru tidak tahu kaedah yang sesuai untuk mengendali
masalah yang timbul semasa pdpc di dalam kelas. Guru-guru juga tidak bersedia untuk
menghadapi MPK di dalam kelas. Mereka tidak ada pengetahuan pedagogi untuk mendidik
MPK di PPI. Mereka akan berasa tertekan semasa mereka mengatasi masalah yang timbul
khususnya berkaitan dengan masalah tingkah laku murid yang berlaku di dalam kelas (Grace
et. al, 2012). Kemahiran mengajar dan pengetahuan guru adalah komponen yang penting
dalam PPI (Biamba, 2016; Lai et. al., 2017). Pengetahuan guru membawa kemahiran guru yang
bersesuaian untuk PPI seterusnya membawa keberkesanan pdpc dalam kelas PPI. Hasil kajian
adalah selaras dengan kajian lepas yang dilakukan oleh Norliah dan Hanafi (2017) yang
mengatakan bahawa tahap pengetahuan guru aliran perdana tentang PPI masih berada pada
tahap yang sederhana. Terdapat guru tidak memahami maksud PPI (Rohaizat, 2019).
Keputusan kajian memberi maklumat guru aliran perdana di Sibu masih mempunyai ruang
untuk meningkatkan tahap pengetahuan terhadap PPI. Guru memerlukan latihan yang
berkaitan dengan PPI sebelum mereka mengajar MPK dalam PPI.

Sikap guru terhadap PPI di Sibu adalah tinggi. Majoriti guru mempunyai sikap positif terhadap
PPI. Mereka menunjukkan rasa hormat terhadap MPK di dalam kelas. Kebanyakkan guru
mengakui bahawa sikap mereka terhadap pelajar berkeperluan khas adalah positif. Walau
bagaimanapun, tahap pengetahuan guru tentang PPI mempunyai hubungan yang sederhana
tinggi dengan sikap guru terhadap PPI. Sikap guru terhadap MPK dan PPI penting dalam pdpc
kelas. Daripada kajian ini menunjukkan tidak ada hubungan kolerasi antara sikap guru terhadap
PPI dengan pengalaman pendedahan guru terhadap MPK. Walaupun dalam kajian pengkaji
terdapat ramai guru yang berpengalaman melebihi 10 tahun, tetapi mereka masih tidak
mengetahui tentang PPI. Tahap pengetahuan guru tentang PPI hanya berada pada tahap
sederhana. Kajian Rohaizat (2019) menyatakan tidak ada perbezaan tahap pengetahuan antara
guru yang berpengalaman lama dengan guru yang berpengalaman singkat. Guru yang
berpengalaman masih tidak tahu tentang MPK dan PPI. Pengkaji juga mendapati pengalaman
pendedahan guru aliran perdana dengan MPK dan PPI tidak menyumbang kepada pengetahuan
dan sikap guru terhadap PPI. Guru yang pernah mengajar MPK dan PPI masih tidak
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang PPI. Hasil kajian telah mengambarkan
keperluan guru aliran perdana tentang PPI di Sibu. Walaupun para guru menunjukkan sikap
positif terhadap PPI, tetapi ini tidak membantu mereka untuk berpengetahuan dan
berkemahiran dalam mendidik MPK di PPI. Guru tidak tahu mengubahsuai kaedah pdpc untuk
memenuhi keperluan MPK. Murid tidak mendapat faedah dari segi akademik atau bukan

524
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

akademik dalam kelas inklusif. Akhirnya, PPI di Sibu tidak membantu MPK di sekolah. Tetapi
murid hanya membazir masa untuk menghadiri kelas PPI di sekolah.

Kekurangan pengetahuan menyebabkan guru melaksanakan pdpc untuk MPK mengikut


kaedah sendiri. Guru kekurangan garis panduan yang jelas tentang peranan yang perlu
dimainkan. Guru juga kekurangan arah tuju tentang kaedah yang tepat untuk mendidik MPK
di kelas perdana. Dapatan kajian ini dapat memberi implikasi kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) bahawa guru-guru aliran perdana di Malaysia masih kurang pengetahuan
tentang cara pelaksanaan PPI. Melalui hasil kajian, diharapkan KPM dapat menyediakan modul
yang jelas sebagai panduan kepada semua guru di Malaysia. Selain itu, KPM juga perlu
menyediakan kursus dan latihan yang berkaitan PPI kepada semua guru aliran perdana. Guru
aliran perdana juga harus menghadiri kursus dan latihan yang berkaitan dengan PPI (Saiful,
2017). Kehadiran latihan dapat membantu guru aliran perdana lebih memahami MPK.
Kefahaman terhadap PPI juga dapat meningkatkan teknik guru untuk mengatasi masalah yang
dihadapi semasa pdpc di dalam kelas. Guru tidak berasa tertekan semasa berlaku masalah
tingkah laku murid di dalam kelas. Guru juga memahami keperluan MPK di dalam kelas.
Selain itu, guru juga memahami sebab berlaku kekurangan pada MPK. Perkara ini dapat
mengurangkan masalah MPK digelarakan sebagai malas, tidak dapat dididik, suka menjerit
dan tidak dapat berkomunikasi.

Dapatan kajian ini juga dapat memberi kesedaran kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekola-sekolah tentang masalah yang dihadapi oleh guru
aliran perdana dan MPK semasa PPI dilaksanakan. Pihak-pihak berkuasa dapat mengambil
tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Gabungan suara JPN, PPD dan sekolah harap dapat
disampaikan kepada KPM supaya masalah ini dapat diselesaikan. MPK yang diinklusifkan
boleh mendapat faedah melalui PPI.

Siti dan Mustafa (2018) mencadangkan kewujudan guru resos yang berkualiti tinggi di dalam
PPI. Guru resos adalah guru yang dipilih di kalangan guru pendidikan khas di sekolah. Peranan
guru resos adalah untuk memberi ilmu pengetahuan dan bantuan yang berkaitan dengan PPI
kepada guru aliran perdana. Guru resos boleh diwujudkan di sekolah. Sekolah boleh
menyediakan guru resos untuk membantu guru aliran perdana. Tetapi sekolah perlu
mengenalpasti guru resos yang boleh membantu guru aliran perdana. Selain itu, pemberian
guru resos perlu memastikan tidak membawa masalah kepada kapasiti guru di kelas Program
Pendidikan Khas Integrasi. Kewujudan guru resos juga tidak menambahkan bebanan tugas
guru pendidikan khas. MPK akan mendapat manfaat apabila guru aliran perdana lebih
berpengetahuan tentang PPI. MPK dapat pengajaran yang bersesuaian untuk mereka. Dengan
ini, MPK boleh mendapat ilmu yang mendalam dalam bentuk akademik dan bukan akademik
yang tidak dapat di kelas PPKI.

Selain daripada mendapatkan pengetahuan secara pasif, guru-guru aliran perdana boleh
mendapatkan pengetahuan PPI melalui PLC (Professional Learning Community) dengan guru-
guru pendidikan khas di sekolah. Sekolah boleh mengadakan sesi PLC guru pendidikan khas
bersama guru aliran perdana supaya guru pendidikan khas dapat mengongsikan ilmu tentang
bidang pendidikan khas kepada guru aliran perdana. Kajian ini membantu pengkaji untuk
mengetahui punca PPI kurang berjaya di sekolah. Guru mempunyai niat yang baik untuk
mendidik MPK. Tetapi mereka tidak mampu untuk memberi khidmat pengajaran yang
berkualiti kepada MPK. Mereka diarahkan untuk mengajar PPI tanpa kesediaan yang
mencukupi. Maka, PPI dan MPK menjadi isu kepda guru aliran perdana.

525
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kajian ini hanya menggunakan kaedah kuantitatif. Tanpa kajian melalui temu bual, pengkaji
tidak dapat mendapat maklumat yang lebih teliti dan maklumat tambahan tentang kajian.
Kajian berkaitan pengetahuan dan sikap guru boleh dilakukan melalui kaedah temu bual pada
masa yang akan datang. Kaedah kajian kualitatif dapat membantu untuk mendapatkan
maklumat yang lebih mendalam dan maklumat tambahan berkaitan dengan isu-isu program
pendidikan inklusif. Walaupun kajian pengkaji melibatkan semua guru perdana di sekolah yang
mempunyai program pendidikan khas integrasi di Sibu. Tetapi kajian ini belum sempurna
untuk mengetahui masalah-masalah lain yang mungkin dihadapi oleh guru aliran perdana dan
masalah-masalah lain yang mungkin menyebabkan PPI kurang berjaya. Faktor masa, faktor
dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP), faktor murid aliran perdana, faktor
pentadbiran, faktor infrastruktur dan faktor-faktor lain juga mungkin boleh menyumbang
kepada isu yang timbul kepada PPI. Kajian ini menggunakan instrumen Melissa, Gunasegaran
dan Kung (2018) yang diadaptasi. Sebagai langkah penambahbaikan, dicadangkan satu
insturmen yang lengkap untuk menilai tahap pengetahuan dan sikap guru dapat dibina dalam
kajian akan datang untuk dijadikan sumber rujukan bagi kajian yang akan datang. Seterusnya,
kajian ini juga terbatas kepada pengetahuan dan sikap guru aliran perdana di daerah Sibu.
Diharapkan kajian lanjutan boleh diluaskan kepada guru-guru di daerah lain di Sarawak.

Rujukan

Abdullah Amin al-Nukmy. (1995). Kaedah dan kurikulum Pendidikan Islam menurut Ibnu
Khaldun dan al-Qabisi. Pustaka Syuhada.Kuala Lumpur.
Abdul Rahim Hamdan & Muhamad Khairul Anuar Hussin. (2013). Persepsi guru aliran
perdana terhadap inklusif. 2th International seminar on quality and affordable education
(ISQAE 2013).
Ammer.J. J. (1984). The mechanics of mainstreaming: considering the regular educators’
perspective. Remedial and special education, 5(6), 15-20.
Avramidis, E. & Norwich, B. (2002). ‘Teachers’ attitudes towards integration /
inclusion: a review of the literature. European Journal of Special Needs Education. 17
(2), 129–47.
Azad Athairi Anuar & Norsayyidatina Che Rozubi. (2010). Keperluan pendidikan
inklusif dalam program pendidikan arus perdana di Malaysia. International Conference
on Learner Diversity 2010. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Biamba. C. (2016). Inclusion and classroom practices in a Swedish school: A case study of
school in Stockholm. Journal of education and practice, 7(3), 119-124.
Bruggink,M., Goei, S. L., & Koot, H. M. (2015). Teachers’ capacities to meet students’
additional support needs in mainstream primary education. Teachers and
Teaching: Theory and Practices, 22(4), 448-460.
Check, J. & Schutt, R.K. Research methods in education. (2012). Los Angeles: Sage
Publications, Inc.
Chua Yan Piaw. (2011). Buku 1: kaedah penyelidikan. Edisi ke-2. Kuala Lumpur, Mc Graw-
Hill Education, Malaysia.
Chua Yan Piaw. (2014). Asas statistik penyelidikan. Edisi ke-2. McGraw-Hill Education,
Malaysia.
Elizabeth. K. Thomas & Seema. P. Uthaman. (2019). Knowledge and attitude of primary
school teachers towards inclusive education of children with specific learning
disabilities. Journal of social work education and practice, 4(2), 23-32.
Ghazali Darusalam & Sufean Hussin. (2018). Metodologi penyelidikan dalam pendidikan.
Edisi ke-2. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

526
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Grace. N. M. F., Rosadah Abdul Majid, Mohd Mokhtar Tahar & Mohd Hanafi Mohd Yasin.
(2012). Pelaksanaan amalan pengajaran dalam kelas inklusif: Adakah masalah
pembelajaran pelajar berkeperluan khas ditangani?. Seminar International Pasca
Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPSI siri II 2012. Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi,
Selangor.
Johari Hassan & Aslinda Mohd Aris. (2010). Tahap penguasaan kemahiran pedagogi di
kalangan pelajar tahun akhir di fakulti pendidikan. UTM, Skudai Johor. Fakulti
Pendidikan: Universiti Teknologi Malaysia
Johnstone.C.J. (2009). Contributions and constraints to the implementation of inclusive
education in Lesotho. International journal of disability, development and education,
56(2), 131-148
Julie Kocsis. (2016). Primary teachers’ knowledge about learning disabilities. Tesis Master.
Fakulti Pendidikan. Nipissing University.
Kamus Pelajar Edisi 2. (2015). Dewan Bahasa & Pustaka. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Garis panduan program pendidikan inklusif MPK.
Putrajaya.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational
and Psychological Measurement, 30, 607-610.
Lai, C. S., Lee, M. F., Nor Lisa, S., Mimi Mohaffyza, M. & Kahirol, M.s. (2017). Involvement
of mainstream teachers in inclusive education: are we ready?. Pertanika J. Soc. Sci. &
Hum, 25(s), 205-214.
Leedy, P. D. & Ormrod, J. E. (2005). Practical Research: Planning and Design, 8th ed. USA:
Pearson Education International.
Leonila R. Baguisa & Karen Ang-Manaig. (2019). Knowledge, skills and attitudes of teachers
on Inclusive Education and academic performance of children with special needs.
International Journal of Social Sciences, 4(3), 1409-1425.
Mariani Majin, Shazia Iqbal Hashmi & Agnis Sombuling. (2017). Kesedaran guru di
Kota Kinabalu, Sabah dalam pengetahuan dan persepsi terhadap Autism Spectrum
Disorder (ASD). Jurnal Psikologi Malaysia, 31 (3), 56-63.
Mazmi bt Maarof & Noor Syahira bt Jalaluddin. (2019). The implementation of pedagogical
stratgies in inclusive education program for pupils with special needs among mainstream
teachers: a case study. Jurnal pendidikan bitari UPSI, 12(2019), 29-38.
Melissa Wane Manogharan, Gunasegaran Karuppannan & Kung Lung Chiong. (2018).
Exploring teachers’ readiness, knowledge and attitudes towards inclusive education in
the district of Sibu, Sarawak, Malaysia. Contemporary educational researches journal,
8(4), 148-157.
Mohammad Mokhtar Tahar & Farhana Najib, (2019). Kesediaan guru aliran perdana terhadap
pelaksanaan pendidikan inklusif. E-prosiding persidangan antarabangsa sains sosial dan
kemanusiaan. Kolej Universiti Islam Antarabangsa, Selangor.
Muhamad Khairul Anuar Bin Hussin & Abdul Rahim Bin Hamdan. (2016). Effect of
knowledge, readiness and teaching technique in inclusive practices among mainstream
teachers in Malaysia. International Journal of early childhood special education, 8(1), 1-
15.
Muna Amr, Mayada Al-Natour & Bassam Al-Abdallat. (2016). Primary school teachers’
knowledge, attitudes and views on barriers to inclusion in Jordan. International journal
of special education, 31(1), 67-77.
Norfishah Mat Rabi & Mohd Yusof Zulkefli. (2018). Mainstream teachers’ competency
requirement for inclusive education program. International journal of academic research
in business and social sciences, 8(11), 1779-1791.

527
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan program pendidikan
inklusif MPK dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015. Seminar
antarabangsa pendidikan khas rantau asia tenggara siri ke-6 2016.
Norsaleha Mohd. Salleh, Abdul Halim Tamuri & Salleh Amat. (2013). Kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen dalam penghayatan akidah. International Journal of
Islamic Thought, 3, 71-80.
Raymond Mohanraj Paul a/l Paul David. (2005). Penubuhan program pendidikan pemulihan di
peringkat menengah rendah: Kajian keperluan persediaan guru. Tesis Sarjana
Pendidikan, Universiti Malaya.
Reynold. R. (2009). Teaching studies of society and environment in the primary school. South
Melbourne. Oxford University Press.
Rohaizat Ibrahim. (2019). Pengetahuan guru perdana terhadap Program Pendidikan Inklusif.
Special Education International Conference (SEIC), 25-27 September 2019.
Saiful Azam Khoo Abdullah. (2017). Program pendidikan inklusif bagi murid-MPK di
Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Siti Fatimah Salleh & Mustafa Che Omar. 2018. Masalah pengajaran guru dalam program
pendidikan inklusif di sekolah. Asian people journal, 1(2), 243-263.
Schultz.L.R. 1982. Educating the special needs student in the regular classroom. Exceptional
children, 48(4), 366-368.
Talirkodi A/P Vinathan. (2016). Hubungan motivasi guru dengan penggunaan ICT dalam
pengajaran di SJK (T) Daerah Kuala Muda Yan. International Seminar on Generating
Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA 25-27 October 2016. Universiti Utara
Malaysia.
Thomas. E. K. & Uthaman. S. P. (2019). Knowledge and attitude of primary school teachers
towards inclusive education of children with specific learning disabilities. Journal of
social work education and practice, 4(2), 23-32.
Timo Saloviita. (2020). Attitudes of teachers towards inclusive education in Finland.
Scandinavian Journal of Educational Research, 64(2), 270-282.
Tina Stemberger & Vaja Riccarda Kiswarday. (2017). Attitude towards inclusive education:
the perspective of Slovenian preschool and primary school teachers. European Journal of
Special Needs Education 2017, 1-12.
Traci-Ann Garrad, Christopher Rayner & Scott Pedersen. (2019). Attitudes of Australian
primary school teachers towards the inclusion of students with autism spectrum
disorders. Journal of research in Special Educational Needs, 19(1), 58-67.
Umesh Sharma & Erika Marie Pace. (2019). Teacher’s commitment to teach in inclusive
schools, preparation of. Encyclopedia of Teacher Education. Springer Nature Singapore
Pte Ltd.
UNESCO. (1994). The Salamanca Statement and Framework for action on special needs
education: Access and Quality, Paris: UNESCO.
UNESCO. (2000). The Dakar Framework for action. Education for all: meeting our collective
commitments. Paris: UNESCO.
United Nations. (2007). Biwako plus five: further efforts towards an inclusive, barrier-free and
right-based society for persons with disabilities in Asia and The Pacific. High-level
Intergovernmental Meeting on the Midpoint Review of the Asian and Pacific Decade of
Disabled Person, 2003-2012. United Nation and social council.
Yen-Hua Su & Tien-Miau Wang. (2003). Challenges of inclusive education: experiences from
regular classroom teachers. Bulletin of special education, 2003(24), 39-62.

528
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 515-529, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Yu-Ting Hung, Wen-Yi Hsu, Hsin-Yi Wang & Chin-An Chan. (2018). Exploring the influence
on the factors in teacher’s inclusive education attitudes in regular-class in elementary
schools. 特殊教育與輔助科技半年刊, 12(19), 28-33.
Zalizan M. Jelas & Manisah Mohd Ali. (1994). Inclusive education in Malaysia: policy and
practice. International Journal of Inclusive Education, 18(10), 991-1003.
Zhang. Y. J. 2018. Dari pendidikan khas hingga pendidikan inklusif: Transformasi model dan
amalan sokongan pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas. International and
comparative education, 342(7), 96-103.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengetahuan

529
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai