Anda di halaman 1dari 13

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kesan Psikologi Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian


Pembelajaran di Sekolah
(Teachers’ Psychological Impact towards the Implementation of
Lesson Study in School)
Faizah Che Mat Zi1, Zanaton Iksan1*
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 43000, Bandar Baru Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: zanaton.iksan@ukm.edu.my

Accepted: 15 August 2021 | Published: 1 September 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian Pembelajaran merupakan satu amalan guru di Negara Jepun yang memberi
kesan positif terhadap kualiti profesionalism pendidik. Pendekatan ini juga menggalakkan
guru bekerja secara kolaboratif dalam perkongsian ilmu dan pengalaman serta penelitian
sepanjang sesi pengajaran guru. Namun begitu, pembudayaan Kajian Pembelajaran masih
belum diterapkan secara meluas di Malaysia walaupun ianya telah bertapak di sini sejak 9
tahun yang lalu. Hal ini kerana, kebanyakan guru mengganggapkan pendekatan ini adalah
satu bebanan tugas tambahan yang menyebabkan terganggunya emosi dan dapat
menimbulkan tekanan dalam kalangan guru. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengenal pasti hubungan antara penerimaan guru dalam pelaksanaan Kajian Pembelajaran
dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Kajian ini
menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Seramai
186 orang guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan harian dipilih untuk
dijadikan sebagai sampel kajian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru dan tahap penerimaan guru terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran adalah tinggi. Walaubagaimana pun, tahap tekanan guru
berkaitan dengan amalan pelaksanaan Kajian Pembelajaran pula berada pada tahap yang
rendah. Hasil daripada analisis inferensi pula didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan skor min penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran
berdasarkan tahun pengalaman guru mengajar. Manakala terdapat hubungan yang negatif
dan sangat lemah antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran
dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Secara
kesimpulannya, guru-guru perlu diberi pendedahan yang lebih efektif terhadap pelaksanaan
Kajian Pembelajaran supaya mereka dapat meningkatkan lagi kualiti profesionalism keguruan
pada masa hadapan.

Kata kunci: Kajian Pembelajaran, profesionalism keguruan, komuniti pembelajaran


profesional, bebanan kerja guru, psikologi guru

Abstract: Lesson Study is a practice of the teachers that is origin from Japan which give the
positive impact towards the quality of educators’ professionalism. This innovation will
encourage the teacher to work collaboratively in sharing of knowledge, experience as well as
research throughout the teaching period. However, the culture of Lesson Study has not been
widely implemented in Malaysia eventhough it has been established here for the past 9 years.
This is because, most of the teachers consider that this Lesson Study is an additional workload
that causes emotional disturbance and also can cause stress among them. The purpose of this

135
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

study was to identify the relationship between teachers’ acceptance towards the
implementation of Lesson Study with teachers’ stress related to Lesson Study workload. This
study used a survey method by using the questionnaire instrument. A total of 186 teachers who
teach in sekolah menengah kebangsaan harian were selected to be the study sample. The data
were analyzed descriptively and inferentially using Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) software. The findings of this study show that the level of knowledge of the teacher and
the level of teachers’ acceptance towards the implementation of Lesson Study is high. However,
the level of teachers’ stress related to Lesson Study workload is at a low level. The results of
the inferential analysis found that there was no significant difference in the mean score of
teachers’ acceptance of Lesson Study based on the years of teaching experience. While, there
is a negative and very weak relationship between teachers’ acceptance towards the
implementation of Lesson Study with teachers’ stress related to Lesson Study workload. In
conclusion, teachers need to be given more effective exposure to the implementation of Lesson
Study so that they can further improve the quality of teaching professionalism in the future.
.
Keywords: Lesson Study, teacher professionalism, professional learning community (PLC),
teachers’ workload, teachers’ psychology
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pembangunan negara yang kian pesat kini mendesak kerajaan untuk melakukan sesuatu
pembaharuan dan transformasi terhadap sistem pendidikan negara supaya setanding dengan
pendidikan antarabangsa. Hal ini berharapan agar dapat melahirkan generasi-generasi yang
bijak pandai dan mampu berdaya saing di peringkat global serta dapat menghadapi cabaran
dunia masa kini (Radin & Yasin 2018). Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memperkenalkan satu pendekatan baharu kepada guru-guru iaitu
pendekatan Kajian Pembelajaran di Malaysia. Kajian Pembelajaran merupakan satu amalan
guru dalam pendidikan yang berasal dari negara Jepun di mana ianya adalah berkaitan dengan
kajian serta penelitian yang dilakukan terhadap kaedah pengajaran guru supaya dapat
memantapkan lagi kualiti pengajaran guru di dalam kelas (Zanaton et al. 2014; Md Yusoff et
al. 2014; Chiew, Mohd Hasani & Lim 2016a; Tan, Ooi & Teh 2017; Copriady 2013).
Pendekatan ini memerlukan kerjasama daripada pihak-pihak tertentu terutamanya pihak guru,
pentadbir sekolah dan pakar-pakar yang terlibat (Md Yusoff et al. 2014; Bitty & Vincent 2017).
Menurut Banda et al. (2014), Kajian Pembelajaran bukan sahaja dapat memperbaiki teknik dan
kemahiran guru mengajar malah mampu meningkatkan tahap pengetahuan guru terhadap
kandungan kurikulum sekolah. Perkara ini merupakan salah satu usaha gigih pihak kerajaan
untuk melahirkan guru-guru yang berkualiti seiring dengan memajukan sistem pendidikan di
negara ini.
Namun begitu, perubahan dan transformasi dalam sistem pendidikan negara yang dilaksanakan
oleh pihak kerajaan membuatkan guru mengalami tekanan lebih-lebih lagi apabila melibatkan
pertambahan dalam bebanan kerja (Tajulashikin, Fazura & Mohd Burhan 2013). Menjadi
seorang guru tidaklah semudah yang disangkakan kerana profesion ini sering kali berhadapan
dengan pelbagai cabaran (Lia Indah & Ruslin 2018; Nurul Shafinaz 2013). Hal ini kerana,
kerjaya guru agak terkenal dengan kerja yang mempunyai bebanan tugas yang sangat berat
dalam memberi pendidikan yang terbaik untuk pelajar (Norashid & Hamzah 2014). Menurut
Noor Mala (2015), tekanan wujud apabila adanya tanggapan tentang perbandingan antara
arahan dan kebolehan untuk melaksanakan arahan tersebut dengan jayanya. Walaupun begitu,
kajian Baharin dan Mariam (2010) serta kajian Tajulashikin, Fazura dan Mohd Burhan (2013)
pula berpendapat bahawa tekanan merupakan gangguan yang dialami oleh guru sama ada dari

136
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

segi fisiologi atau psikologi disebabkan oleh ketidakupayaan guru dalam melaksanakan tugas-
tugas yang diberikan sehinggakan timbulnya satu tekanan yang berada pada tahap yang tidak
terkawal. Kegagalan dalam mengatasi tekanan yang di alami akan memberi impak kepada
kesihatan guru dari segi fizikal mahupun mental serta memberi kesan terhadap interaksi antara
guru dan pelajar sekaligus mengurangkan prestasi mereka dalam sesi pengajaran (Helen et. al
2005; Noor Mala 2015; Morris & Crispina 2015).
Dalam kajian-kajian lepas masih kurang penekanan kajian mengenai kesan pelaksanaan Kajian
Pembelajaran terhadap psikologi guru di mana kebanyakannya kajian-kajian yang telah
dilaksanakan di Malaysia lebih memfokuskan tentang faktor, kepentingan serta impak Kajian
Pembelajaran terhadap pengajaran guru dan pembelajaran pelajar sahaja. Meskipun
pendekatan ini mampu memberi kebaikan kepada kualiti pengajaran guru dan juga pencapaian
pelajar, namun tanpa mengambil berat tentang impak psikologi guru dalam pelaksanaannya,
prestasi guru juga akan terkesan. Hal ini yang demikian akan menjejaskan hubungan antara
guru serta pelajar. Justeru itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap
pengetahuan guru dan tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran serta
tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Dalam kajian ini juga
akan menekankan mengenai hubungan antara penerimaan guru dengan tekanan guru terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran.
Berikut merupakan objektif kajian ini iaitu untuk mengenal pasti:
i) tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah
ii) tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah
iii) tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah
iv) perbezaan antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran
berdasarkan tahun pengalaman guru mengajar
v) hubungan antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran
dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran di
sekolah
2. Kajian Pembelajaran dalam Pendidikan
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kajian Pembelajaran ini mempunyai banyak kebaikan
bukan sahaja kepada guru-guru malah kepada pelajar-pelajar juga. Pelaksanaan Kajian
Pembelajaran yang baik akan memberi kesan yang efektif terhadap pengajaran guru. Pelajar
akan mudah faham dan kawalan kelas akan lebih terjaga jika teknik pelaksanaan Kajian
Pembelajaran dapat dijalankan dengan betul. Perkara ini selari dengan kajian (Md Yusoff et al.
2014) di mana guru-guru pelatih mendapat impak yang positif selepas menjalankan pendekatan
ini. Begitu juga dengan dapatan daripada kajian Tan, Ooi dan Teh (2017) yang menunjukkan
berlakunya perubahan dari segi pengajaran dalam kalangan guru pelatih selepas program
Kajian Pembelajaran dilaksanakan. Dengan adanya program ini, guru-guru terutamanya guru
pelatih akan sentiasa dipantau dalam memperbaiki teknik pengajaran ke arah yang lebih
cemerlang.
Selain itu, Kajian Pembelajaran juga dapat membantu guru dalam meningkatkan kemahiran
berfikir supaya lebih kreatif dan kritis (Bitty & Vincent 2017; Zanaton et al. 2014). Teknik
pengajaran akan dipelbagaikan dengan adanya kolaboratif daripada guru-guru yang
mempunyai pelbagai jenis pengalaman dalam merancang pengajaran supaya menjadi lebih
menarik. Hal ini akan menggalakkan guru melakukan pertukaran idea dan pengalaman (Ewe,
Chap & Munirah 2010) serta melatih mereka bekerja dalam kumpulan (Siti Malikhah 2016).
Oleh yang demikian, Kajian Pembelajaran secara tidak langsung dapat membuka peluang

137
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

kepada guru-guru berinteraksi sosial (Lander 2015) dan bertukaran idea bukan sahaja sesama
rakan-rakan di sekolah yang sama malah berlainan sekolah juga. Dalam interaksi sosial
tersebut, sokongan dan kerjasama daripada guru-guru untuk melibatkan diri secara aktif
amatlah penting bagi menjayakan lagi pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Tanpa sokongan,
pendekatan ini tidak mampu berjalan dengan lancar kerana ianya adalah satu program yang
berlangsung secara berkumpulan.
Kajian Pembelajaran juga dapat meningkatkan kemahiran mengajar guru dari segi pedagogi
seperti kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu topik (Copriady 2013). Perbincangan
secara kritikal akan dilakukan oleh guru untuk meningkatkan lagi kefahaman terhadap sesuatu
topik. Perkongsian teknik mengajar serta tips-tips penting oleh guru yang berpengalaman akan
menyebabkan guru-guru baru mendapat satu gambaran untuk memperbaiki teknik pengajaran
mereka. Penjanaan ilmu baru akan terus berlaku selagi adanya program seperti Kajian
Pembelajaran ini. Justeru itu, Kajian Pembelajaran juga dapat melatih guru untuk sentiasa
bersedia dalam menerima ilmu pengetahuan yang baru dan berpegang pada konsep belajar
sepanjang hayat. Secara tidak langsung, guru-guru juga akan sentiasa bersedia untuk berubah
kearah yang lebih baik ketika mengajar kerana sentiasa dipantau oleh guru-guru yang lain.
Namun begitu terdapat sedikit salah faham yang selalu dilakukan oleh guru dalam pelaksanaan
Kajian Pembelajaran. Menurut Siti Malikhah (2016), guru sering mengalami salah faham untuk
melakukan penilaian terhadap tingkah laku pelajar di dalam kelas tetapi pada hakikatnya
Kajian Pembelajaran ini sepatutnya lebih tertumpu kepada pemerhatian terhadap pembelajaran
pelajar. Perkara ini di sokong oleh kajian Ewe, Chap dan Munirah (2010) dimana kajian
pembelajaran mampu menyelami pembelajaran pelajar dan segala miskonsepsi serta kesilapan
pembelajaran pelajar dapat dikesan oleh guru. Pemikiran seperti ini perlu diubah supaya
objektif pelaksanaan Kajian Pembelajaran ini dapat dicapai dengan jayanya.
3. Tekanan Guru berkaitan dengan Kajian Pembelajaran
Tekanan yang teruk akan memberi kesan yang negatif kepada emosi, kognitif dan fizikal
seseorang. Isu tekanan dalam kalangan guru merupakan satu isu yang sering diperkatakan
dasawarsa ini. Guru berperanan penting dalam memastikan pelajar-pelajar mendapat
pendidikan yang sekata. Sesi pengajaran guru haruslah berkualiti supaya ilmu pengetahuan
dapat disampaikan dengan cemerlang kepada para pelajar. Dalam menghasilkan pendidikan
yang berkualiti, guru perlu menyiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran mengajar yang
terbaik untuk melahirkan generasi yang bijak pandai. Guru juga perlu bersedia dalam
menghadapi setiap perubahan dalam sistem pendidikan.
Namun begitu, usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti mengajar ini seperti menghadiri kursus
bakal menjadi bebanan tugas baru kepada guru dan akan menyebabkan masalah tekanan
bertambah kronik. Kebanyakan guru juga mengalami tekanan kerana dihujani oleh bebanan
kerja yang tidak berkaitan. Tugas hakiki seorang guru bukan sahaja mengajar, malah perlu
melakukan aktiviti-aktiviti di luar bilik darjah termasuklah mendidik pelajar kearah memiliki
sahsiah diri yang lebih baik (Tajulashikin, Fazura & Mohd Burhan 2013). Disebabkan terbeban
dengan tugas-tugasan yang banyak, tekanan akan tercetus dalam diri guru-guru tersebut.
Menurut Baharin dan Mariam (2010), apabila tekanan dalam diri individu melampaui batas
dan tidak dapat di kawal oleh badan dan mengganggu dari segi mental serta fizikal seseorang,
maka individu tersebut telah mengalami tekanan yang teruk. Dalam skop kajian ini, bebanan
kerja yang dimaksudkan adalah amalan kajian pembelajaran di sekolah.
Bebanan kerja yang berlebihan merupakan salah satu aspek yang boleh menyebabkan tekanan
melanda guru-guru (Fadilah 2012). Kepelbagaian peranan dan tanggungjawab di sekolah
menyebabkan guru-guru terbeban dan hal ini dapat meningkatkan tahap tekanan setiap individu

138
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

guru. Meskipun berdasarkan kajian lepas tahap tekanan guru masih dalam kawalan, namun
perkara ini perlu dititikberatkan supaya ianya tidak memudaratkan kesihatan mental guru-guru
di Malaysia. Menurut Tajulashikin, Fazura dan Mohd Burhan (2013), bebanan kerja guru
adalah meliputi tugas-tugas yang melibatkan waktu akademik dan juga di luar waktu akademik
seperti merancang pengajaran, mengganti guru yang tidak hadir, pengkeranian, tugasan sebagai
guru ko-kurikulum, mengemaskini jadual-jadual yang berkaitan dan pelbagai lagi.

4. Metodologi Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif di mana ianya menggunakan kaedah tinjauan. Guru-
guru yang mengajar di sekolah menengah kebangsaan harian di satu daerah dalam negeri
Selangor mewakili populasi kajian ini. Kaedah persampelan yang telah digunakan adalah
secara persampelan rawak berstrata di mana ianya mengambil kira kriteria populasi yang tidak
seragam seperti pengalaman menyertai program Kajian Pembelajaran. Penggunaan kaedah
persampelan ini dipilih kerana amalan Kajian Pembelajaran belum menjadi satu budaya lagi di
Malaysia (Katina, Khalid & Ovelyn 2013) dan tidak semua guru pernah terlibat dalam program
ini.
Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, instrumen soal selidik telah digunakan. Instrumen ini telah dibina oleh
pengkaji berdasarkan kajian-kajian lepas di mana ianya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
Bahagian A (data demografi), Bahagian B (pengetahuan dan penerimaan guru terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran) dan Bahagian C (tekanan guru berkaitan dengan
pelaksanaan Kajian Pembelajaran). Setiap item yang terdapat di dalam instrumen ini telah
dikesahkan oleh pakar-pakar yang terlibat. Analisis korelasi Pearson juga digunakan untuk
menentukan kesahan instrumen melalui nilai korelasi item yang diperbetulkan (corrected item-
total correlation). Bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen pula, pekali Cronbach’s
alpha telah digunakan. Dalam kajian ini, didapati bahawa nilai Cronbach’s alpha bagi konstruk
pengetahuan guru, penerimaan guru dan tekanan guru berkaitan pelaksanaan Kajian
Pembelajaran masing-masing adalah 0.954, 0.947 dan 0.874.
5. Perbincangan dan Kesimpulan
Data Demografik kajian
Berdasarkan Jadual 1, seramai 69 orang (37.1%) guru lelaki dan 117 orang (62.9%) guru
perempuan yang terlibat dalam kajian ini. 171 orang (91.9%) daripadanya adalah berbangsa
Melayu, 7 orang (3.8%) yang berbangsa Cina, 6 orang (3.2%) berbangsa India dan 2 orang
(1.1%) berbangsa lain-lain iaitu India Muslim. Dari segi pengalaman mengajar pula, didapati
seramai 80 orang (43.0%) mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun mengajar,
manakala 67 orang (36.0%) berpengalaman antara 5 hingga 10 tahun mengajar dan 39 orang
(21.0%) berpengalaman kurang daripada 5 tahun mengajar. Kesemua guru (100%) dalam
kajian ini dilaporkan pernah terlibat dalam program Kajian Pembelajaran sama ada secara
langsung atau sebaliknya. Kemudiannya, bagi pengalaman menghadiri kursus formal Kajian
Pembelajaran pula, terdapat seramai 125 orang (67.2%) mempunyai pengalaman sebanyak 1
hingga 2 kali, 19 orang (10.2%) berpengalaman sebanyak 3 hingga 5 kali dan 15 orang (8.1%)
mempunyai lebih daripada 5 kali pengalaman manakala terdapat 27 orang guru (14.5%) yang
tidak pernah menghadiri mana-mana kursus berkaitan Kajian Pembelajaran.

139
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Latar belakang demografi responden kajian


Latar Belakang Demografik Item Kekerapan Peratusan (%)
Bangsa Melayu 171 91.9
Cina 7 3.8
India 6 3.2
Lain-lain 2 1.1

Jantina Lelaki 69 37.1


Perempuan 117 62.9

Pengalaman mengajar <5 tahun 39 21.0


5 hingga 10 tahun 67 36.0
>10 tahun 80 43.0

Keterlibatan dalam program kajian Terlibat 186 100


pembelajaran
Pengalaman menghadiri kursus Tidak pernah 27 14.5
kajian pembelajaran 1 hingga 2 kali 125 67.2
3 hingga 5 kali 19 10.2
>5 kali 15 8.1

Pengetahuan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran


Jadual 2 menunjukkan hasil analisis deskriptif bagi item-item tahap pengetahuan guru terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran yang diperolehi secara terperinci. Berdasarkan jadual
dibawah didapati secara keseluruhannya, kesemua item berapa dalam interpretasi tahap tinggi
dimana skor min yang diperolehi adalah antara 3.84 hingga 4.10. Nilai skor min bagi item no.
7 merupakan nilai yang paling rendah (3.84) manakala item no. 6 mempunyai nilai skor min
yang paling tinggi (4.10). Justeru itu, hasil analisis deskriptif ini menjelaskan bahawa tahap
pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah adalah tinggi (3.98).

Jadual 2: Hasil deskriptif tahap pengetahuan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran

No Item Skor Min Sisihan Interpretasi


Piawai
1. Kajian Pembelajaran memerlukan kolaborasi antara guru 4.01 0.678 Tinggi
dalam pelaksanaannya
2. Kajian Pembelajaran dapat mendorong guru untuk 3.92 0.767 Tinggi
memahami perwatakan pelajar
3. Proses Kajian Pembelajaran membantu dalam 3.99 0.694 Tinggi
menentukan strategi pengajaran yang sesuai mengikut
konteks pelajar
4. Kajian Pembelajaran dapat meningkatkan pengetahuan 3.98 0.712 Tinggi
guru terhadap kandungan kurikulum sekolah
5. Melalui Kajian Pembelajaran, guru dapat menentukan 3.99 0.682 Tinggi
kesesuaian ABM mengikut pelajar
6. Kajian Pembelajaran mempunyai 5 kitaran iaitu 4.10 0.694 Tinggi
penentuan matlamat, perancangan RPH,
pemerhatian/pencerapan, refleksi dan pengubahsuaian
RPH
7. Kajian Pembelajaran dapat membantu guru untuk 3.84 0.737 Tinggi
membentuk sahsiah pelajar
8. Kajian Pembelajaran menggalakkan guru berkolaboratif 4.04 0.688 Tinggi
9. Guru dapat mengawasi pelajar-pelajar dengan bantuan 3.91 0.703 Tinggi
guru-guru lain melalui Kajian Pembelajaran
Tahap Pengetahuan 3.98 0.598 Tinggi

140
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Hasil dapatan ini menyokong dapatan daripada kajian Rohaida (2017) yang menyatakan
bahawa guru Bahasa Melayu di dalam kajiannya mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap
Kajian Pembelajaran. Selain itu, dalam kajian Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016a) juga ada
membincangkan mengenai pengetahuan guru berkaitan dengan Kajian Pembelajaran yang
mana pada mulanya, guru-guru kurang tahu dan tidak berkeyakinan untuk meneruskan
pelaksanaan kajian pembelajaran ini. Dalam kajian tersebut juga ada beberapa orang guru yang
mengalami masalah miskonsepsi semasa kitaran Kajian Pembelajaran yang kedua dijalankan.
Oleh kerana kurang menguasai pengetahuan tentang Kajian Pembelajaran, mereka lebih
cenderung untuk mengelakkan diri daripada menghadiri program tersebut. Namun begitu,
setelah mereka terlibat dengan beberapa kitaran, mereka lebih faham dan berkeyakinan untuk
terus melibatkan diri dalam program itu.
Daripada penjelasan tersebut didapati guru-guru memerlukan pendedahan semaksimum yang
mungkin tentang pendekatan Kajian Pembelajaran supaya mereka lebih mahir untuk
melaksanakan Kajian Pembelajaran di sekolah. Kajian Md Yusoff et al. (2014) ada menyatakan
bahawa meskipun pendekatan ini sudah berusia hampir seabad lamanya di negara Jepun,
namun begitu ianya kurang terkenal di peringkat dunia. Di Malaysia, pendekatan Kajian
Pembelajaran masih baru diperkenalkan dan masih belum menjadi satu budaya dalam kalangan
guru (Zanaton et al. 2014). Oleh yang demikian, pendedahan Kajian Pembelajaran dalam
kalangan guru masih belum memberangsangkan dan hal ini telah memberi kesan terhadap
pengetahuan awal guru mengenai Kajian Pembelajaran. Menurut Nik Nur Salwa dan Zanaton
(2012), guru yang tidak didedahkan dengan bengkel atau kursus Kajian Pembelajaran akan
mengalami kesukaran untuk memahami kitaran pendekatan ini dengan betul. Hal ini kerana
penglibatan guru dengan bengkel atau kursus Kajian Pembelajaran mampu meningkatkan
tahap pengetahuan guru terhadap pendekatan tersebut. Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016b)
juga menegaskan bahawa pengetahuan guru berkaitan dengan kandungan kurikulum dan
kaedah pedagogi juga tinggi dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran namun ianya
bergantung kepada sikap, latar belakang serta komitmen guru terhadap amalan Kajian
Pembelajaran.
Namun begitu, dalam kajian Ewe, Chap dan Munirah (2010), peserta kajiannya iaitu guru
terutamanya yang baru berkhidmat masih belum faham mengenai teknik-teknik pengajaran
dalam Kajian Pembelajaran. Meskipun tahap pengetahuan masih rendah tentang pendekatan
ini, mereka yakin bahawa sesi pengajaran melalui Kajian Pembelajaran mampu membantu
mereka untuk merasa lebih selesa dan selamat untuk mempelajari kaedah pengajaran tersebut.
Hal ini kerana pelaksanaan Kajian Pembelajaran telah mewujudkan satu platform bagi guru-
guru baru untuk mempelajari teknik dan strategi pengajaran daripada guru yang sudah
berpengalaman. Oleh itu, pendedahan kaedah pengajaran seperti Kajian Pembelajaran ini
hendaklah dititikberatkan dalam kalangan guru-guru baru kerana pendekatan ini dapat
memberi banyak kebaikan kepada pembelajaran mereka untuk menjadi seorang tenaga
pengajar yang berkualiti.
Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran
Hasil analisis deskriptif mengenai tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian
Pembelajaran ditunjuk dan dijelaskan melalui Jadual 4.5 di bawah. Berdasarkan jadual tersebut
didapati, kesemua item dalam konstruk ini mempunyai nilai skor min di antara 3.85 hingga
4.05. Hal ini dapat menjelaskan bahawa tahap penerimaan guru berada pada tahap yang tinggi.
Daripada dapatan tersebut juga, item no. 5 memperolehi nilai min skor paling rendah (3.85)
manakala item no. 1 mempunyai nilai skor yang paling tinggi (4.05). Oleh yang demikian,
jelaslah bahawa hasil dapatan kajian ini menunjukkan tahap penerimaan guru terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran adalah berada pada tahap yang tinggi (3.99).

141
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 3: Hasil deskriptif tahap penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran

No Item Skor Sisihan Interpretasi


Min Piawai
1. Sesi pengajaran saya lebih bersistematik melalui Kajian 4.05 0.639 Tinggi
Pembelajaran
2. Saya lebih profesional melalui Kajian Pembelajaran 4.00 0.682 Tinggi
3. Kualiti pengajaran saya lebih baik melalui Kajian 4.04 0.677 Tinggi
Pembelajaran
4. Melalui Kajian Pembelajaran, tugas-tugas yang dijalankan 3.97 0.727 Tinggi
bersama rakan sekerja menjadi lebih baik.
5. Saya sedia mengaplikasi Kajian Pembelajaran dalam 3.85 0.732 Tinggi
amalan Pdpc saya.
6. Kajian Pembelajaran dapat membantu memperbaiki teknik 4.01 0.615 Tinggi
pengajaran saya.
7. Saya dapat merancang pengajaran melalui Kajian 3.98 0.661 Tinggi
Pembelajaran.
8. Kajian Pembelajaran membantu saya untuk memilih kaedah 4.01 0.602 Tinggi
pengajaran yang sesuai dengan tajuk pembelajaran.
9. Pendekatan Kajian Pembelajaran meningkatkan kemahiran 4.04 0.618 Tinggi
pengajaran saya
10. Saya merasakan kaedah pengajaran yang dipilih 3.99 0.641 Tinggi
bersesuaian hasil perbincangan dengan rakan dalam Kajian
Pembelajaran.
Tahap Penerimaan 3.99 0.560 Tinggi

Dalam kajian ini menunjukkan guru-guru telah membuka peluang untuk menerima pendekatan
pengajaran yang baru dalam profesion mereka supaya dapat meningkatkan kualiti pengajaran
masing-masing. Menurut Bitty dan Vincent (2017), penerimaan guru terhadap pelaksanaan
Kajian Pembelajaran bergantung kepada kesediaan serta kebolehan guru untuk membuat
perubahan terhadap kemahiran mengajar di sekolah. Namun begitu, terdapat beberapa kajian
yang telah dilakukan di Malaysia mempunyai hasil dapatan yang tidak selari dengan kajian ini.
Rohaida (2017) menyatakan bahawa dalam kajiannya guru masih kurang bersedia kerana
mereka tidak jelas mengenai kitaran Kajian Pembelajaran.
Kajian Ewe, Chap dan Munirah (2010) juga mendapati bahawa guru-guru kurang berkeyakinan
dan tidak menunjukkan minat yang mendalam untuk berubah dari aspek kualiti pengajaran
terutamanya guru-guru yang baru berkhidmat disebabkan oleh masih kurang pendedahan dan
pengalaman. Selain itu, tahap penerimaan guru terhadap Kajian Pembelajaran boleh juga
dipengaruhi oleh cara guru berfikir. Menurut Chiew, Mohd Hasani dan Lim (2016a), di antara
faktor pelaksanaan Kajian Pembelajaran masih belum menjadi budaya di Malaysia adalah
disebabkan oleh pandangan serta tanggapan guru tersebut. Hal ini kerana dalam kajiannya
menyatakan bahawa guru-guru mempunyai kecenderungan untuk tidak memberi kerjasama
sepanjang sesi kajian pembelajaran dijalankan hanyalah kerana mereka mempunyai perasaan
terancam disebabkan oleh sesi pengajaran mereka dilihat oleh guru-guru yang lain. Mereka
gusar jika kredibiliti mereka sebagai pengajar dipandang rendah oleh rakan sekerja yang lain.
Oleh kerana itu menjadi salah satu penghalang untuk mereka menerima pelaksanaan Kajian
Pembelajaran dengan hati yang terbuka.
Namun yang demikian, kajian ini juga mempunyai hasil dapatan yang sama dengan beberapa
kajian daripada luar Negara. Menurut Lamibao (2016), Kajian Pembelajaran diterima baik oleh
guru-guru di Filipina dimana mereka dengan rela hati akan menyertai Kajian Pembelajaran.
Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Copriady (2013) juga menyatakan bahawa hampir
90% guru-guru di Indonesia menerima pelaksanaan Kajian Pembelajaran secara positif dan

142
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

cuba untuk menerapkan inovasi ini sebagai satu pendekatan baru untuk memperbaiki teknik
pengajaran masing-masing. Lander (2015) menegaskan bahawa guru memerlukan masa dan
usaha yang gigih daripada pihak tertentu untuk menerima perubahan baru terhadap kemahiran
pengajaran mereka.
Tekanan Guru berkaitan dengan Pelaksanaan Kajian Pembelajaran
Jadual 4 menunjukkan dan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hasil dapatan analisis
deskriptif tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran. Daripada
jadual tersebut, didapati bahawa skor min bagi kesemua item adalah berada pada nilai di antara
1.67 hingga 2.97 sahaja. Namun begitu, item yang mempunyai nilai skor min yang paling
rendah (1.67) adalah item no.2 manakala item yang mempunyai nilai skor min yang paling
tinggi (2.97) adalah item no.9. Item-item yang lain mempunyai interpretasi skor min yang
rendah sahaja. Oleh itu, jelaslah bahawa daripada hasil dapatan ini didapati tahap tekanan guru
berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran di sekolah berada pada tahap yang rendah
(2.26).

Jadual 4: Hasil deskriptif tahap tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran

No Item Skor Sisihan Interpretasi


Min Piawai
1. Perbincangan Kajian Pembelajaran mengganggu tugasan 1.90 0.650 Rendah
harian saya.
2. Komitmen terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran 2.97 1.068 Sederhana
membuat saya cemas.
3. Saya mengalami sakit kepala berulang kali disebabkan 2.59 0.892 Rendah
oleh bebanan tugasan Kajian Pembelajaran
4. Saya merasakan rutin tidur saya agak terganggu 2.59 0.891 Rendah
disebabkan oleh bebanan tugasan Kajian Pembelajaran
5. Saya sering kali rasa sangat tertekan disebabkan oleh 2.47 0.871 Rendah
bebanan tugasan Kajian Pembelajaran
6. Sepanjang pendekatan Kajian Pembelajaran dijalankan, 2.06 0.859 Rendah
saya akan rasa cepat marah
7. Saya mempunyai niat untuk menarik diri daripada 2.10 0.802 Rendah
pelaksanaan Kajian Pembelajaran
8. Saya berasa letih sepanjang sesi pendekatan Kajian 1.94 0.717 Rendah
Pembelajaran dilaksanakan
9. Saya berasa tidak bermaya sepanjang sesi pendekatan 1.67 0.653 Sangat Rendah
Kajian Pembelajaran dilaksanakan
Tahap tekanan guru 2.26 0.510 Rendah

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, bebanan tugasan Kajian Pembelajaran yang
terlibat sepanjang kitaran pendekatan ini dijalankan hanya memberi sedikit kesan secara
psikologi dan fisiologi terhadap pendidik. Meskipun begitu, guru-guru tetap mengalami
tekanan berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran walaupun impaknya hanyalah
sedikit dan tidak menggangu kehidupan seharian mereka. Dapatan kajian ini menyokong
dapatan kajian-kajian yang lepas dimana guru-guru ada mengalami tekanan terutamanya
berkaitan dengan bebanan tugas namun tekanan tersebut masih rendah dan boleh dikawal (Lia
Indah & Ruslin 2018; Baharin & Mariam 2010; Morris & Crispina 2015; Noor Mala 2015;
Tajulashikin, Fazura & Mohd Burhan 2013; Fadilah 2012). Menurut Tajulashikin, Fazura dan
Mohd Burhan (2013), meski pun tekanan guru berada pada tahap yang rendah, namun guru
masih mengalami tekanan tersebut. Tanpa usaha dalam mengatasi masalah ini, tekanan yang
lebih teruk bakal terjadi kepada guru seperti kemurungan, depresi dan tekanan jiwa (Noor Mala
2015; Nurul Shafinaz, 2013). Seperti yang diuar-uarkan, tekanan ditempat kerja yang
berlebihan mampu merosakkan kerjaya seseorang kerana masalah ini boleh merosotkan

143
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

prestasi kerja dan kesihatan seseorang. Baharin dan Mariam (2010) juga percaya bahawa
kesihatan fizikal serta mental akan mengalami gangguan apabila paras tekanan sudah
melangkaui kawalan.

Dapatan kajian oleh Helen et al. (2005) pula menyatakan bahawa guru yang mengajar di
sekolah menengah agama di Daerah Johor Bharu tidak mengalami tekanan di tempat kerja.
Namun yang demikian, daripada kajian tersebut juga didapati punca utama tekanan adalah
disebabkan oleh bebanan kerja yang berlebihan dalam kalangan guru di sekolah tersebut. Hal
ini menunjukkan bahawa meskipun dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan guru tidak
mengalami sebarang tekanan, namun bebanan kerja yang berlebihan boleh mendorong guru
untuk mengalami tekanan ditempat kerja. Jelaslah bahawa profesion keguruan merupakan satu
kerjaya yang sangat terkenal dengan mempunyai bebanan tugas yang tinggi.
Perbandingan Antara Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran
Dengan Tahun Pengalaman Guru Mengajar
Jadual 5 menunjukkan hasil dapatan daripada ujian ANOVA sehala dan didapati bahawa tidak
terdapat perbezaan yang signifikan skor min penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian
Pembelajaran berdasarkan pengalaman guru mengajar (F(2,183)=0.539; p>0.05). Nilai kesan
saiz yang dikira dengan menggunakan Eta kuasa dua ialah 0.0067. Hal ini menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang besar antara skor min penerimaan guru terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tahun pengalaman guru mengajar.
Jadual 5: Ujian ANOVA penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran berdasarkan
pengalaman guru mengajar
Jumlah Darjah Min Kuasa Dua Nilai F Signifikan
Kuasa Dua Kebebasan
Antara Kumpulan 0.391 2 0.195 0.620 0.539
Dalam Kumpulan 57.633 183 0.315
Jumlah 58.023 185

Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa walaupun guru-guru mempunyai pengalaman


mengajar yang masih baru, mereka tidak menafikan akan kepentingan Kajian Pembelajaran
terhadap kualiti pengajaran mereka. Perbezaan dalam pengalaman mengajar tidak menjejaskan
pengaruh guru-guru untuk menerima kebaikan Kajian Pembelajaran. Malah guru-guru lebih
tertumpu untuk berkongsi ilmu sesama mereka supaya dapat meningkatkan lagi kualiti
professionalism sebagai seorang tenaga pengajar. Kajian Pembelajaran dapat memberi banyak
kebaikan kepada guru tanpa mengira pengalaman berkhidmat sebagai pengajar. Semasa
pendekatan ini dijalankan pertukaran idea antara guru baru dan guru lama dapat membantu
mereka merancang pengajaran yang strategik dan bersistematik. Daripada situ, guru yang baru
berkhidmat akan dapat belajar cara menjadi guru yang cemerlang daripada guru yang sudah
lama berkhidmat. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa dalam pelaksanaan Kajian
Pembelajaran ini memerlukan kerjasama dan kolaborasi antara guru-guru tanpa mengira
jumlah tahun berkhidmat sebagai guru.
Hubungan Antara Penerimaan Guru Terhadap Pelaksanaan Kajian Pembelajaran
Dengan Tekanan Guru Berkaitan dengan Pelaksanaan Kajian Pembelajaran
Berdasarkan Jadual 6, kajian ini mendapati bahawa pekali korelasi Spearman’s rho
menunjukkan terdapat hubungan linear yang negatif dan sangat lemah antara penerimaan guru
terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan
Kajian Pembelajaran [r (184) = -0.276, p < 0.05]. Daripada dapatan itu, jelaslah bahawa kedua-
dua pembolehubah tersebut mempengaruhi antara satu sama lain namun pengaruh tersebut
tidak memberi impak yang besar kepada responden kajian.

144
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 6: Hubungan antara penerimaan guru terhadap pelaksanaan Kajian Pembelajaran


dengan tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian Pembelajaran
Konstruk Pekali Correlation of Tahap Interpretasi
Korelasi determination signifikan kekuatan
Spearman’s (𝒓𝟐 ) hubungan
rho (r)
Hubungan antara penerimaan
guru dengan tekanan guru Negatif dan
-0.276 -0.076 0.001
berkaitan amalan kajian sangat lemah
pembelajaran
**Signifikan pada aras 0.05

Hal ini menjelaskan bahawa semakin tinggi tahap penerimaan guru terhadap Kajian
Pembelajaran, semakin kurang tekanan guru berkaitan dengan pelaksanaan Kajian
Pembelajaran. Namun begitu, ianya hanya memberi impak yang sangat sedikit. Daripada
dapatan ini juga dapat menerangkan bahawa walaupun tugasan sepanjang kitaran Kajian
Pembelajaran mampu memberi tekanan kepada guru, namun mereka tetap menerima
pendekatan ini dan akur akan kepentingannya terhadap kualiti pengajaran. Kajian
Pembelajaran bukan sahaja mampu memberi kebaikan kepada pengajaran guru malah dapat
memberi kebaikan kepada pembelajaran pelajar. Justeru itu, pendekatan ini hendaklah
didedahkan dan dijadikan sebagai satu amalan wajib dalam kalangan guru supaya dapat
melahirkan tenaga pengajar yang berkualiti sekaligus dapat mendidik anak bangsa kearah
kecemerlangan.

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, guru-guru perlu diberi pendedahan yang lebih efektif terhadap
pelaksanaan Kajian Pembelajaran supaya mereka dapat meningkatkan lagi kualiti
profesionalism keguruan pada masa hadapan. Dengan harapan pendekatan ini mampu menjadi
satu budaya baru dalam kalangan guru memandangkan Kajian Pembelajaran bukan sahaja
memberi kebaikan pada guru malah pembelajaran pelajar juga turut mendapat impak yang
positif. Meskipun tugasan sepanjang kitaran Kajian Pembelajaran sedikit membebankan guru-
guru, namun inovasi ini dapat memberi impak kepada sistem pendidikan negara. Oleh yang
demikian, pihak KPM hendaklah menimbangtara antara tugasan yang perlu dan tugasan yang
tidak perlu supaya tekanan dalam kalangan guru dapat diatasi dengan lebih awal sekaligus
dapat menerapkan budaya Kajian Pembelajaran ini dalam kalangan guru di sekolah.

Rujukan
Baharin Abu, & Mariam Aziz. (2010). Stress dalam Kalangan Guru di Dua Buah Sekolah
Menengah di Kawasan Skudai. Tesis Dr. Fal, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
Banda, B., Mudenda, V., Tindi, E., & Nakai, K. (2014). Lesson Study Practice of Science
Teachers in Zambia: It’s Effects, Enhancing and Hindering Factors. New Perspective in
Science Education, 8, 3–7.
Bitty Ansawi, & Vincent Pang. (2017). The Relationship between Professional Learning
Community and Lesson. Sains Humanika, 9(1–3), 63–70.
Chiew, C. M., Mohd Hasani Dali, & Lim, C. S. (2016a). Issues Relating to the Implementation
of Lesson Study in the Malaysian Education Context. Journal of Research & Method in
Education, 6(3), 77–85.
Chiew, C. M., Mohd Hasani Dali, & Lim, C. S. (2016b). Implementation of Lesson Study as
an Innovative Professional Development Model among Malaysian School Teachers.
Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13(1), 83–111.

145
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Copriady, J. (2013). The Implementation of Lesson Study Programme for Developing


Professionalism in Teaching Profession, Asian Social Science, 9(12), 176–186.
Fadilah Mohd. (2012). Stres dalam Kalangan Guru Sekolah Tunas Bakti Jerantut: Satu Kajian
Kes. Tesis Sarjana, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Helen Malaka, Rojiah Abdullah, Nora’azian Rohani, Eldrana Augustin Daniel & Mustafa
Kamal Mohammad. (2005). Hubungan Punca Stres Dan Tahap Stres Di Kalangan Guru-
Guru Di Sebuah Sekolah Menengah Agama Johor Bahru. Prosiding Seminar Pendidikan,
1–12.
Katina, M., Khalid Johari, & Ovelyn, M. (2013). The Perception of Teachers and Students
toward Lesson Study Implementation at Rural School of Sabah: A pilot study. Procedia-
social and behavioral sciences, 90, 245-250.
Lamibao, L.S. (2016). Enhancing Mathematics Teachers’ Quality through Lesson Study.
Springerplus, 5, 1590.
Lander, B. (2015). Lesson study at the Foreign Language University Level in Japan: Blended
Learning, Raising Awareness of Technology in the classroom. Emerald Insight, 4(4),
362–382.
Lia Indah Ahmad, & Ruslin Amir. (2018). Tekanan Dan Kepuasan Kerja Dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah Daerah Pasir Gudang. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa
Sains Sosial Dan Kemanusiaan 2018, April, 82–95.
Md Yusoff Daud, Zanaton Iksan, Fariza Khalid, & Roslinda Rosli. (2014). Refleksi Pendekatan
Lesson Study Dalam Menjalani Latihn Mengajar oleh Bakal Guru Sains di Beberapa
Sekolah Terpilih. World Association of Lesson Studies International Conference.
Nik Nur Salwa & Zanaton Iksan. (2012). Pendedahan, pengetahuan dan kesediaan guru sains
menggunakan model pengajaran lesson study. Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidikan Guru Malaysia-Indonesia, Oktober, 309- 312.
Noor Mala. (2015). Pengaruh Tahap Stres Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pengajar
Kolej Vokasional Di Negeri Pahang. Tesis Sarjana, Pendidikan Teknik dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Norashid Othman, & Hamzah Md. Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru
di Sekolah Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan, 5, 35–57.
Nurul Shafinaz Halim. (2012). Menentusahkan Faktor Tekanan Kerja Guru Sekolah Menengah
Gred A Daerah Batu Pahat. Tesis Sarjana, Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia.
Radin, M. & Yasin, M. A. M. Z. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad ke-21 di Malaysia:
Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 21, 1–6.
Rogers, E. M. (1962). Diffusion of innovations. New York: Free Press.
Rogers, E. M. (2003). Diffusion of innovations. Ed ke-5. New York: Free Press.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar : Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2), 61–
69.
Siti Malikhah Towaf. (2016). Integration of Lesson Study in Teaching Practice of Social Study
Student Teachers to Improve the Quality of Learning and Promote a Sustainable Lesson
Study. Journal of Education and Practice, 7(18), 83–91.
Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor, & Mohd Burhan Ibrahim. (2013). Faktor-Faktor
Penentu Stres Dalam Kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh Di Kuala Lumpur.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1, 1–11.
Tan, A. L., Ooi, S. Y., & Teh, H. L. (2017). Lesson Study: Amalan Berkolaborasi Untuk
Pembelajaran Berkesan Di Institut Pendidikan Guru. Proceedings of the ICECRS, 1(1),
21–30.

146
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 3, 135-147, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Zanaton H. Iksan, & Marziah Md. Rahim. (2017). Reflections on Teaching and Learning of
Mathematics through Lesson Study and Video Critique. Advances in Social Sciences
Research Journal, 4(1), 50–61.
Zanaton H. Iksan, Aidah Abdul Karim, Fariza Khalid, Effandi Zakaria, Rosseni Din, Md Yusof
Daud, & Roslinda Rosli. (2014). Lesson Study (Jogyoukenyu): Kajian Perbandingan
Jepun dan Malaysia. The 4th International Conference on Learner Diversity (ICELD
2014), 271-278.

147
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai