Anda di halaman 1dari 1

1)Mengapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan?

 Kemahiran mendengar adalah satu proses yang melibatkan dua peringkat


kemahiran. Peringkat pertama ialah menerima dan membezakan bunyi-bunyi bahasa
yang hampir sama seperti “b” dan “p” yang mewakili “badang” dan “padang”., “d”
dan “t” yang mewakili “datang” dan “tatang”,
 Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.
Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan dan
pengalaman.
 Untuk menghasilkan komunikasi yang berkesan iaitu secara lisan di antara dua belah
pihak serta memperoleh maklumat yang jelas.
 Memahami dan dapat menterjemahkan emosi atau perasaan seseorang melalui
nada suara.
 ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan
mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang di dengar,
menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan,
dan menghargai apa yang didengar.
 Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi
tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada
persekitaran.
 Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar
adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan
sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi.

Anda mungkin juga menyukai