Anda di halaman 1dari 5

PEMAKANAN DAN DIET SEIMBANG

a) Huraikan komponen dan keperluan panduan piramid makanan

Aras 1:Karbohidrat

Fungsi:

• Membekalkan sumber tenaga untuk badan.

Implikasi kekurangan:

• Badan menjadi lemah dan tidak bermaya untuk menjalankan aktiviti harian kerana tiada
tenaga yang mencukupi.

Aras 2:Mineral,Vitamin,Pelawas

• Untuk menjaga kesihatan tubuh

• Untuk tumbesaran

• Untuk melancarkan system pencernaan.

Implikasi kekurangan:

• Menghadapi masalah pembuangan najis yang tidak lawas kesannya toksik terkumpul dalam
badan.
Aras 3:Protein

• Untuk membaiki tisu yang rosak dan membina tisu yang baru.

Implikasi kekurangan:

• Aras 4:Lemak terganggu.


Tumbesaran

 Untuk membekalkan tenaga dua kali ganda karbohidrat.


 Untuk menjadi penebat haba untuk badan dalam waktu kesejukan.

Implikasi kekurangan:
Keperluan panduan pyramid makanan:

 Untuk memastikan pengambilan makanan harian adalah seimbang.


 Elakkan pengambilan makanan yang berlebihan .
 Untuk menjamin pemakanan yang sihat dari pelbagai aspek.
 Menjamin tubuh badan yang sihat.
 Kurangkan risiko untuk seseorang menghidap sesuatu penyakit.

b) Jelaskan keperluan diet seharian.

1.Mampu mengawal kadar obesiti.

 Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil
makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.
Pengawalan pemakanan menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan
memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang
mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu
mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

2.Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal

 Aktiviti fizikal dapat membantu badan anda membakar kalori yang berlebihan daripada
makanan. Ianya dapat membantu mengawal berat badan. Jika berat badan berlebihan,
kurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti fizikal.

3.Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

 Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan
yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan
seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia
lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

4.Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

 Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan
manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai
kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
c) Apakah kepentingan elektrolit dalam tubuh manusia?

 Elektrolit ialah suatu zat yang larut dalam bentuk ion-ion dan kemudian larutan menjadi
konduktor elektrik.Elektrolik selalunya berbentuk air dan garam.
 Elektrolit sangat penting kepada tubuh manusia.
i. Elektrolit membantu mengekalkan hidrasi badan manusia.
ii. Peranan utamanya untuk menyeimbangkan cecair yang sewajarnya dan mengawal
pergerakan cecair masuk dan keluar daripada sel-sel.
iii. Melaraskan tekanan darah,menghantar impuls saraf serta membantu otot-otot berehat
termasuk otot-otot jantung.

d)Bagaimanakah pengiraan kalori asas?

Setiap makanan mempunyai tenaga.Apabila kita makan,ia akan diproses di dalam tubuh badan dan
ditukarkan sebagai tenaga untuk aktiviti harian.Unit tenaga untuk diet ialah(kcal).Tenaga yang
diambil ialah kalori makanan manakala tenaga yang digunakan untuk aktiviti harian ialah kalori
aktiviti.

Seterusnya,untuk mengekalkan berat badan,kalori makanan mestilah sama dengan kalori


aktiviti.Untuk menambahkan berat badan,kalori makanan harus lebih daripada kalori aktiviti iaitu
tingkatkan pengambilan makanan dan kurangkan aktiviti.Selain itu,untuk menurunkan berat
badan,kalori makanan mestilah kurang berbanding kalori aktiviti.Hal ini boleh dilakukan dengan
mengurangkan pengambilan makanan dan tingkatkan aktiviti.
PENYALAHGUNAAN BAHAN KESIHATAN TERLARANG

a) Berikan contoh bahan kesihatan terlarang.

Contoh bahan:

 Dadah
 Minyak petrol,thinner
 Gam,cat
 Rokok
 Alkohol

b)Apakah punca dan kesan penyalahgunaan bahan kesihatan


terlarang?

PUNCA
 Kekurangan perhatian daripada ibu bapa.
 Pengaruh rakan sebaya.
 Tekanan atau depresi.
 Kurang pendidikan agama.
 Pengaruh media cetak dan media elektronik.

KESAN
1) Menjejaskan kesihatan
 Tubuh badan yang sihat menjadi lemah,kurus dan tidak bermaya kerana kurang
nafsu makan yang menyebabkan kurang zat-zat makanan yang diperlukan.
 Mata selalu merah dan berair kerana fungsi mata tidak dapat dikawal.
 Contoh penyakit :kancing gigi,hepatitis,tibi,HIV/Aids dan maut.
 Menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung,barah paru-paru dan penyakit
saluran pernafasan yang teruk.
 Menjejaskan ekonomi keluarga(memerlukan perbelanjaan yang besar akibat
kenaikan harga).
 Meningkatan perbelanjaan negara(mengadakan kempen pencegahan)
 Menjejaskan keamanan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai