Anda di halaman 1dari 4

BAB 4: RIBA

Pengertian
Bahasa : ialah bertambah, lebih atau pertambahan. Apa yang dimaksudkan sini adalah
pertambahan modal.

Istilah syarak: Akad dan perjanjian tambahan bagi sesuatu pertukaran barang atau nilai tertentu
dengan sebab tangguh sama ada tidak diketahui persamaanya disegi syara’ ketika akad atau
diketahui persamaanya waktu akad dan sama ada menangguhkan kedua tukaran itu atau salah
satunya.

Hukum
Semua agama samawi dan syariat islam mengharamkan amalan riba.Hal tersebut berdasarkan dalil
nas al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:

a) Dalil al-Quran
“...Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu.
Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama
sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari
Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu
(sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah.
dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah : 275 )
b) Dalil al-Hadis
Hadis yang menunjukkan pengharaman riba’ ialah :

‫سلَّ َم لَعَنَ آ َك َل ال ِّربَا َو هم ْؤكِلَهه َوكَاتِبَهه َوشَاهِ َد ْي ِه َوقَا َل هه ْم َس َواء‬ َّ ‫صلَّى‬


َ ‫َللاه َعلَ ْي ِه َو‬ ِّ ِ‫إِنَّ النَّب‬
َ ‫ي‬
“..Rasulullah S.A.W. telah melaknat pemakan riba, orang yang memberikan riba, orang yang
menjadi penulisnya dan saksi-saksinya. Kemudian Rasulullah S.A.W. mengatakan: Mereka semua
adalah sama.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dan Ahmad dan Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis lain yang menunjukkan bahaya riba’ ialah :
: ‫حدثنا عبد العزيز بن عبد َللا حدثنا سليمان عن ثور بن زيد عن أبي الغيث عن أبي هريرة عن النبي صلى َللا عليه وسلم قال‬
‫ وما هن قال الشرك باَللا والسحر وقتل النفس التي حرم َللا إال بالحق وأكل مال اليتيم‬: ‫اجتنبوا السبع الموبقات قالوا يا رسول َللا‬
.‫والتولي يوم الزحف وقذف المحصنات والمؤمنات الغافالت‬
“...Hendaklah kamu menjauhi tujuh perkara yang membinasakan,sahabat-sahabat
bertanya.Apakah ia wahai Rasullullah s.a.w? Jawab Baginda: Syirikkan Allah S.W.T.,melakukan
perbuatan sihir, membunuh diri, atau jiwa yang dilarang oleh Allah S.W.T. kecuali dengan cara
yang sebenar,makan riba,makan harta anak yatim,lari daripada medan peperangan dan menuduh
zina terhadap perempuan-perempuan yang baik yang tidak ada perasaan untuk melakukannya.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jenis-Jenis Riba
Menurut pendapat Imam Syafi’i, riba yang terdapat dalam konteks jual beli terbahagi kepada tiga
jenis:
Riba al-Fadlu
Riba Nasi’ah
Riba al-Yady

1. Riba’ Al-Fadlu
Riba al-Fadlu ialah riba yang dibayar lebih kepada satu pihak dengan sebab
penukaran.Riba al-Fadlu juga jual beli yang disertai dengan tambahan dengan salah satu jenis
barang yang sama jenis.Contoh:jual beli sekilo gandum dibayar dengan sekilo setengah gandum.
Riba al-Fadlu juga berlaku dalam jual beli duit dengan duit atau wang dengan wang, atau
makanan disamping ada pertambahan. Contohnya seseorang yang menjual emas kepada seseorang
hingga sesuatu tempoh tertentu dan dibayarnya dengan emas dan tambahan perak. Riba seperti ini
berlaku baik benda yang dijual beli sama jenis atau berlainan jenis.

Pembentukan Riba’ Al-Fadlu.


Riba al-Fadlu secara umumnya berlaku dalam enam jenis benda iaitu:
Emas.
Perak.
Hintah (biji gandum).
Tamar.
Garam.
Gandum (tepung).

Pengharaman Riba’ Al-Fadlu


Ia diharamkan dengan berdasarkan Hadis dan Qiyas. Antara dalil Hadis ialah:

‫حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة وعمرو الناقد وإسحق بن إبراهيم واللفظ إلبن أبي قال إسحق أخبرنا وقال‬
‫اآلخران حدثنا وكيع حدثنا سفيان عن خالد الحذاء عن أبي قالبه عن أبي األشعث عن عبادة بن الصامت‬
‫قال قال رسول َللا صلى َللا عليه و سلم الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبرّ بالبرّ والشعير بالشعير‬
‫والتمر بالتمر والملح بالملح مثال بمثل سواء بسواء يدا بيد فإذ ا اختلفت هذه األصناف فبيعوا كيف شئتم‬
.‫إذا كان يدا بي ٍد‬

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum,barli dengan barli,tamar
dengan tamar dan garam dengan garam sama banyak dengan tunai. Apabila berlainan jenis pula
bolehlah kamu jual sekehendak kamu asalkan tunai. (Riwayat Muslim dan Ahmad)

Walaupun riba al-Fadlu selalunya terjadi dengan enam jenis barang seperti yang tersebut tadi,
namun dalam keadaan lain ia boleh dikiaskan dengan perkara berikut :
Beras
Gula
Dan lain-lain

Oleh itu barangan yang mempunyai unsur riba tersebut boleh dijual dengan yang sama
jenisnya,seperti emas dengan emas berdasarkan tiga syarat:
Hendaklah sama sukatan dan timbangan keduanya.
Dengan tunai.
Terima dalam majlis akad.
Barangan jenis riba lain yang tidak sama jenisnya juga seperti gandum dengan
Dengan harga tunai.
Terima dalam majlis akad.
2. Riba Nasi’ah (Bayaran tertangguh)
Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain secara bertangguh
dan kedua-duanya mempunyai illah yang sama. Hukum ini melibatkan semua pertukaran sama
ada barangan tersebut sama jenis atau jenis yang berbeza, sama ada wujud barangan tambahan
atau dengan jumlah yang sama
Contohnya penjual menjual secupak gandum dan dibayar dengan secupak gandum dalam
tempoh sebulan barulah pembayaran dibuat. Urusniaga seperti ini juga haram dan tidak
dibenarkan kerana wujud unsur riba walaupun tidak ketara. Pembayaran tunai berbeza dengan
pembayaran bertangguh. Dengan itu, wujud tambahan nilai pada salah satu barang iaitu
barangan yang dibayar secara tunai. Larangan ini dinyatakan oleh sabda Rasulullah s.a.w dalam
hadis Abu Sa’id R.a:
“jangan kamu menjual barangan yang tiada dengan barangan yang ada”

3. Riba yad (tangan)


Riba yad ialah jual beli barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain dan
kedua-duanya mempunyai illah yang sama tanpa disyarat tempoh tertentu ketika kontrak.
Walaubagaimanapun, kelewatan menyerahkan salah satu atau kedua-dua barangan adalah di
luar majlis kontrak.

Riba dalam bentuk pinjaman

Riba Duyun: iaitu riba pinjam –meminjam yang timbul dari pinjaman wang. Ia terbahagi pula kpd
dua:

a) Riba Qard ( riba pinjaman) :riba qard timbul apabila faedah bagi pinjaman wang telah di tetapkan
daripada mula lagi oleh pemiutang, atau pun penghutang berjanji untuk membayar dengan jumlah
yang lebihsemasa dia menjelaskan hutangtersebut. Hukumnya haram dan tidak sah.

b) Riba Jahiliyah: tidak ada janji atau syarat yang di buat oleh pemiutang mahupun penghutang
tetapi apabila penghutang gagal menjelaskan pinjaman pada waktu yang ditetapkan maka
pemiutang akan mensyaratkan supaya menjelaskan satu jumlah tambahan bagi pinjaman pokok yg
telah di beri.

Anda mungkin juga menyukai