Anda di halaman 1dari 15

Falsafah Ilmu Kalam Sunni dalam memartabatkan akidah Tauhid Ilahi

Mohd Hamidi Ismail1

Abstrak:

Semenjak munculnya ajaran Islam di muka bumi ini, isu ketuhanan sentiasa
dibicarakan sama ada di atas pentas agama dengan tujuan meragukan iktikad
umat Islam sepertimana diayah Yahudi dan Nasrani atau di atas pentas
ideologi dengan tujuan meraih kuasa dan pengaruh sepertimana permainan
politik hizib siasah Islam. Mereka tidak teragak-agak menafsir ketuhanan
Allah mengikut akal dan selera hawa nafsu. Pengasimilasian kaedah-kaedah
falsafah yang bersifat akliah diadun ke dalam tafsiran mereka yang mana
hasilnya mencacatkan faham zat serta sifat Allah dan akhirnya menjarakkan
umat Islam daripada memahami akidah Tauhid yang sebenar malah ramai
yang terpesong. Situasi yang meruncing ini menyedarkan sekelompok ilmuwan
Islam kepada perlunya usaha menjernihkan akidah Tauhid Ilahi daripada
segala kecacatan yang terhasil. Dengan berpandukan petunjuk daripada
wahyu dan pembuktian akal yang terpandu, ilmuwan ini mendepani segala
tafsiran yang mencacatkan ketauhidan Allah dengan hujah yang bernas dan
seterusnya mengisbatkan ketauhidan yang selayaknya padaNya. Mereka
adalah Mutakalimun Ahli Sunnah wa Jama’ah dan manhaj tafsiran mereka
ialah Ilmu Kalam yang memutlakkan naqli dan memartabatkan akli. Kertas
kerja ini bertujuan meninjau kembali tafsiran tersebut dalam ruang-lingkup
masalah dan cabaran utama semasa yang mengharungi umat Islam, khasnya
di Malaysia.

1
(Ph.D). Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. Nilai, Negeri Sembilan. Bidang
kepakaran penulis ialah akidah dan pemikiran Islam dan semasa. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel:
hamidi@usim.edu.my.
PENDAHULUAN

Iman mengikut acuan Islam ialah kepercayaan yang berasaskan prinsip mentauhidkan Allah SWT.
Pentauhidan dengan maksud menyifatkanNya dengan segala sifat yang terpuji yang layak dengan
zatNya dan menguduskanNya daripada segala sifat yang tercela. Setiap muslim yang memahami dan
melaksanakan maksud tauhid ini dikira memperolehi iman yang menjadikan ibadah mereka diterima
dan diganjari oleh Allah SWT. Dengan kata lain, perolehan daripada tauhid yang memberi nilai kepada
amalan zahiriah dan batiniah umat Islam. Oleh itu, Islam meletakkan tauhid Allah sebagai asas yang
utama dalam seruannya malah jika diteliti tauhid ini jugalah yang menjadi asas seruan agama para nabi
Allah bermula dari Adam a.s.

Melihat kepada keutamaan tauhid yang menjadi asas agama Allah, jika ia rosak maka akidah
dan syariat Allah turut sama menerima akibatnya, musuh-musuh Allah – khususnya dari penganut
agama Yahudi dan Nasrani – merosakkan tauhid ini demi kepuasan hawa nafsu dan mendustakan
suruhan Allah SWT. Dari menyifatkan tuhan berjisim dan memiliki sikap seperti makhluk sehinggalah
membahagikan tuhan kepada tiga zat dan sifat yang berbeza, diayah Yahudi dan Nasrani ini telah
berjaya menyesatkan umat Bani Israil khasnya dan sedang berusaha memesongkan umat Islam
seluruhnya. Namun pemesongan tauhid yang berlaku ke atas umat Islam bukan hanya berpunca
daripada diayah ini malah berpunca daripada penyelewengan politik yang diamalkan oleh politikus
hizib-hizib Islam yang dambakan penaklukan dan pemerintahan. Dari indoktrinasi fahaman hamba
dikerasi (‘abd majbur) sehinggalah fahaman hamba merdeka sepenuhnya (‘abd hurr), pemuka-pemuka
politik beraliran Jabariah dan Qadariah telah berjaya mengaburi umat Islam daripada tauhid Allah yang
sebenar, lebih menyedihkan apabila mereka saling kafir-mengkafir dan berbunuh antara satu dengan
yang lain. Apa yang pasti, fahaman-fahaman ini telah menjarakkan umat Islam daripada ajaran al-
Quran dan Sunnah Nabi saw.

Menyedari keutamaan tauhid dan kesannya jika tidak dipelihara, ilmuwan Islam yang mendapat
gelaran mutakalimun telah berusaha menjelaskan tauhid Allah dan mempertahankannya daripada
penyelewengan dan pemesongan. Oleh kerana kerangka tauhid mereka berpandukan al-Quran dan
Sunnah Nabi saw, mereka dikenali sebagai Mutakalimun Sunni, merujuk kepada Mazhab Ahli Sunnah
wa Jama’ah. Sungguhpun begitu, mereka tidak menafikan keupayaan akal dalam memahami dan
merungkaikan ilmu yang berkaitan dengan zat dan sifat Allah SWT. Kesepaduan antara wahyu dan
akal inilah yang memberi keistimewaan kepada manhaj mereka dalam menjelaskan tauhid Allah.
Keistimewaan dari sudut kesederhanaan dan harmoni sebagaimana yang disarankan oleh Allah SWT
dan Nabi saw, bertepatan dengan manifestasi pegangan mereka ‘tanpa melampaui dan mengurangi’
(dun al-ifrat wa al-tafrit).

Kertas kerja ini diusahakan untuk meninjau kembali keistimewaan manhaj Mutakalimun Sunni
tersebut yang menumpukan kepada falsafah Ilmu Kalam mereka. Tumpuan ini bertujuan merungkaikan
kaedah dan keutamaan yang diraikan oleh mereka dalam mentauhidkan Allah SWT.

1
ILMU KALAM: PENGENALAN RINGKAS

Takrif Ilmu Kalam

Al-Taftazani2 menyatakan terdapat beberapa takrif yang diberikan kepada Ilmu Kalam, antaranya
berkaitan dengan cara menerangkan suatu lafaz perkataan. Beliau menjelaskan:

[Ia menjelaskan cara] penghasilan nafsi [tertentu] pada suatu [lafaz] yang tertentu yang
mana cara tersebut menyifatkannya (lafaz), cara itu juga mampu menggambarkannya
(lafaz) seperti perkataan karim (yang mulia) disifatkan kepada al-karam (kemuliaan)
[pada seseorang]3

Takrif Ilmu Kalam ini seragam dengan takrif logos dalam bahasa Greek yang bermaksud
perihal maksud daripada lafaz4. Takrif sebegini tidak memberi sebarang erti kepada Ilmu Kalam
melainkan sebagai ilmu yang membahaskan tentang lafaz atau kalam itu sendiri. Antaranya juga, Ilmu
Kalam dikaitkan dengan penggunaan kalimah ‘kalam’ pada memulakan perbahasan terhadap suatu
tajuk ilmu5. Perkaitan ini tidak memberikan takrif yang jelas kepada Ilmu Kalam kerana penggunaan
kalimah ‘kalam’ adalah umum dalam disiplin ilmu Islam yang lain, namun apabila Ilmu Kalam
dikaitkan dengan permasalahan kalam Allah (sifat berkata-kata Allah SWT) perkaitan ini memberi erti
yang jelas kepada takrif Ilmu Kalam berbanding takrif-takrif sebelumnya. Ini kerana, sifat kalam Allah
tegar dibahaskan oleh mutakalimun malah mereka turut membahaskan mengenai al-Quran yang
berkisar di atas soalan yang tidak kunjung sudah – Kalam Allah kah ia atau makhluk?6 – justeru,
menjadikan perbahasan-perbahasan ini sebagai satu rangkuman ilmu adalah tepat. Memperakui hal ini,
al-Taftazani menyatakan bahawa perbahasan mengenai sifat kalam Allah dan al-Quran adalah luas dan
rumit, ia bukan hanya melibatkan perdebatan sesama muslim malah melibatkan para hukama’ dan ahli
kitab maka berbagailah tafsiran dan pandangan yang sesuai dikelasifikasikan sebagai kalam mereka –
kalam al-Hukama’ atau kalam Ahl al-Kitab7.

Apa yang boleh dipastikan, Ilmu Kalam berkait rapat dengan akidah malah Ilmu Kalam dilihat
tunggal membahaskan permasalahan akidah secara keseluruhannya dan ini membezakan Ilmu Kalam
daripada ilmu-ilmu Islam yang lain seperti Fikh, Tafsir dan Hadis8. Kerana perbezaan ini, ulama’

2
Beliau ialah Mas‘ud bin ‘Umar bin ‘Abd Allah, dikenali dengan panggilan Sa‘ad al-Din al-Taftazani.
Dilahirkan pada bulan Safar tahun 722 Hijrah. Salah seorang tokoh Asha’irah yang masyhur pada kurun ke-
8 Hijrah. Lihat lebih lanjut Ibrahim Shams al-Din (2001), Hawashiyah Sharh al-Maqasid, Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah: Beirut, j. 1, h. 5.
3
Al-Taftazani (2001), Sharh al-Maqasid, j. 1, Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah: Beirut, h. 27.
4
Dr. ‘Abd al-‘Aziz Sayf al-Nasr (1983), Falsafah ‘Ilm al-Kalam fi al-Sifat al-Ilahiyyah: manhajan wa
tatbiqan, al-Azhar al-Sharif: Kaherah, h. 7.
5
Contohnya ‘al-kalam fi kadha wa kadha’ (perbicaraan mengenai perkara ini dan ini). Al-Taftazani, op. cit.,
h. 28.
6
Ibid.
7
Ibid.
8
Berkata al-Taftazani: hukum-hakam yang terdapat dalam syarak, ada yang berkaitan dengan pengamalan
yang dinamakan cabang (fur‘iyyah) dan amalan (‘amaliyyah), ada yang berkaitan dengan iktikad yang
dinamakan usul (asliyyah) dan pegangan (i‘tiqadiyyah)....Para ulama’ menamakan ilmu yang berkaitan
dengan cabang dan amalan sebagai al-Fiqh dan mengkhususkan permasalahan iktikad dengan nama al-
Fiqh al-Akbar (Fikh yang paling besar – keutamaannya dan perbincangannya) . Ibid.
2
mentakrifkan Ilmu Kalam sebagai Ilmu Usuluddin (usul agama Islam) yang merujuk kepada dasar
ilmu-ilmu Islam iaitu makrifah Allah9 - tanpa makrifahNya, ilmu-ilmu yang dikira sebagai cabang
adalah sia-sia dan terbatal10. Tidak jauh berbeza dengan takrif ini, ada ulama’ yang mentakrifkan Ilmu
Kalam sebagai Ilmu Tauhid dan Sifat kerana keduanya menjadi tumpuan utama perbahasan Ilmu
Kalam11.

Memperincikan takrif Ilmu Kalam, Ibn Khaldun mentakrifkannya sebagai ilmu yang
menghimpunkan hujah-hujah nakli mengenai iktikad iman melalui pembuktian akal di samping
menentang segala bidaah yang menyelewengkan iktikad yang diwarisi daripada Salaf al-Salih dan Ahli
Sunnah12. Takrif yang diberikan Ibn Khaldun ini mempunyai persamaan dengan takrif yang
dikemukakan oleh sebilangan besar ulama’ yang lain seperti al-Ghazzali13, ‘Ad’d al-Din al-Iji14 dan al-
Tahanawi15 iaitu memfokuskan paduan antara nakli dan akli dalam menghuraikan iktikad iman, dan
inilah yang menyerlahkan ciri tersendiri pada Ilmu Kalam. Menghuraikan perkara ini, Abi Hayyan al-
Tawhidi menyatakan:

Adapun Ilmu Kalam, sesungguhnya ia adalah satu bahagian daripada bahagian


Usuluddin yang mengutarakan penelitian akal untuk menghukum baik dan buruk,
memustahil dan mentashih, mentauhid dan mengkafirkan... Bahagiannya (Ilmu Kalam)
terbahagi kepada dua, bahagian yang mendalam (perbincangannya) yang hanya akal
mampu memikirkannya dan bahagian yang jelas yang hanya perlu segera merujuknya
kepada al-Quran16.

Daripada pernyataan Abi Hayyan ini difahami bahawa peringkat permulaan Ilmu Kalam adalah
menghasilkan maklumat. Pada peringkat ini, perbahasan Usuluddin dibina di atas asas pemikiran akal
yang kemudiannya hasil pemikiran ini bertukar menjadi permasalahan pokok agama 17.

9
Ibrahim Shams al-Din (2001), op. cit., h. 27. Makrifah Allah melalui sifat kalamNya merupakan salah satu
daripada usul agama Islam yang wajib dipelajari oleh setiap individu muslim. Begitu juga dengan
mengimani al-Quran sebagai Kalam Allah dan bukan ciptaanNya. Namun permasalahan-permasalahan ini
difahami dengan teliti apabila dibahaskan melalui kaedah Ilmu Kalam kerana di sisi ulama’ Ahli Sunnah
wa Jama’ah makrifah Allah adalah melalui kefahaman terhadap sifatNya yang berbagai dan al-Quran
sebagai Kalam Allah terbahagi kepada dua, kalam lafzi dan kalam ma‘ani.
10
Dr. Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari (2005), ‘Aqidatuna, j. 1, c. 10. Jami‘ah al-Azhar: Kaherah, h.
19.
11
Ibid.Tauhid dan sifat Allah dikenali dan difahami melalui firman-firmanNya dalam al-Quran, maka Ilmu
Kalam menjelaskan tentang sifat yang isbat pada zat Allah di samping menguduskanNya daripada segala
kecelaan.
12
Ibn Khaldun (1981), Muqaddimah Ibn Khaldun, c. 4, Dar al-Qalam: Beirut, h. 436.
13
Al-Ghazzali (1962), al-Munqidh min al-Dalal, (T.P): Kaherah, h. 132-137.
14
Beliau ialah ‘Abd al-Rahman bin Rakn al-Din Ahmad bin ‘Abd al-Ghaffar al-Qadi. Beliau mentakrif Ilmu
Kalam sebagai ilmu yang dimuliakan kerana mengisbatkan akidah-akidah agama dengan mendatangkan
hujah-hujah dan mempertahankannya (akidah) daripada kesamaran. Ibrahim Shams al-Din (2001), op. cit.,
h. 29.
15
Ibid., h. 14.
16
Ibid., h. 12.
17
Ibid.
3
Kemunculan Ilmu Kalam

Menurut al-Shahrastani, Ilmu Kalam telah lama wujud sebelum daripada kemasyhurannya di tangan
Wasil bin ‘Ata’ al-Ghazzal18. Ini berdasarkan kepada kes ikhtilaf dalam masalah usul yang telah
berlaku pada lewat zaman Sahabat r.a. Ketika ini wujud golongan yang mengingkari baik dan buruk
disandarkan pada qadar yang merupakan bidaah yang telah dimulakan oleh Ma‘bad al-Juhani, Ghilan
al-Dimashqi dan Yunus al-Aswari yang mana kemudiannya diteruskan oleh Wasil19.

Meskipun Wasil dan mazhabnya Muktazilah masyhur dikenali sebagai mutakalimun namun
kemasyhuran ini hanya bermula di zaman Abasiah semasa pemerintahan Harun, Ma’mun, Mu‘tasam,
al-Wathiq dan al-Mutawakkal20. Sesungguhnya dikalangan para Salaf al-Salih telah terdahulu
mengaplikasikan metod Ilmu Kalam dalam menghuraikan kaedah iman. Mereka mensyahidkan ayat-
ayat al-Quran dan hadis-hadis saw dan mengolahnya dengan bijaksana untuk mendepani ikhtilaf21, ini
berbeza dengan manhaj Muktazilah yang memutlakkan akal dalam olahan mereka. Antara para Salaf
al-Salih itu ialah ‘Ali bin Abi Talib, Ibn ‘Abbas, ‘Abd Allah bin Mas‘ud, al-Hasan dan lain-lain lagi
dari kalangan Sahabat ra22.

Kemudian pada kurun-kurun selepas Sahabat, metod Ilmu Kalam giat digunakan untuk
menjelaskan akidah dan mempertahankannya daripada penyelewengan dan bidaah Muktazilah,
Murji’ah23, Hasywiyah24 dan ahli falsafah25. Adalah di zaman tabi’ al-tabi‘in, nama al-Muhasibi
(m.243H)26 antara yang masyhur dikenali sebagai tokoh awal Mutakalim Sunni selain dikenali sebagai
ahli sufi27. Seterusnya tradisi Mutakalim Sunni ini didokong oleh tokoh-tokoh Asha’irah28 dan
Maturidiah29 sehinggalah sekarang ini.

18
Beliau ialah Abu Huzayfah Wasil bin ‘Ata al-Ghazzal. Pengasas Mazhab Muktazilah dan salah seorang
murid Hasan al-Basri. Al-Shahrastani (2005), Milal wa Nihal, Dar Ibn Hazm: Beirut, h. 32.
19
Ibid., h. 33
20
Ibid., h. 32.
21
Ibn Khaldun (1981), op. cit., h. 463.
22
Al-Ghazzali merakamkan bagaimana para Sahabat ini telah mendepani golongan yang berfahaman
qadariah. Al-Ghazzali (t.t), Ihya’ ‘Ulum al-Din, j. 1, al-Maktabah al-Tawfiqiyyah: Kaherah, h. 148, 149.
23
Merupakan satu kelompok manusia yang melewatkan perbuatan daripada niat atau perjanjian. Mereka
mengatakan tidak memudharatkan iman walaupun dalam masa dilakukan maksiat sebagaimana tidak
memanfaatkan kufur walaupun dalam masa dilakukan ketaatan. Lihat lebih lanjut al-Shahrastani (2005),
op. cit., h. 91.
24
Mereka dikenali juga dengan Mushabihah iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk. Ibid.,
h. 68.
25
Ibid., h. 248.
26
Beliau ialah Abu ‘Abd Allah al-Harith bin Asad al-Muhasibi. Dikenali sebagai seorang yang alim, zuhud
dan tersangat warak. Di lahirkan di Basrah dalam tahun 165 Hijrah dan meninggal pada 243 Hijrah. Lihat
lebih lanjut dalam ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (1999), Risalah al-Mustarshidin, c. 9, Dar al-Salam:
Kaherah, h. 40.
27
Al-Ghazzali menjelaskan bagaimana al-Muhasibi mendapat kritikan daripada Imam Ahmad bin Hanbal
ekoran al-Muhasibi mendalami perbahasan Ilmu Kalam. Walau bagaimana pun, kritikan Imam Ahmad ini
berpunca daripada tentangan beliau terhadap Mazhab Muktazilah yang menjadikan akal sebagai dustur
pegangan akidah. Sesungguhnya al-Muhasibi adalah dikalangan ulama’ yang berusaha mendepani bidaah
yang dilancarkan Muktazilah melalui pendekatan Ilmu Kalam para Salaf al-Salih. Al-Ghazzali (t.t), op.
cit., h. 146.
28
Antara tokoh-tokohnya yang terkemuka ialah Abu Hasan al-Ash‘ari, al-Qadi Abu Bakr al-Baqilani, Abu
‘Abd Allah bin Mujahid, Abu al-Hasan al-Bahili, Abu Ishaq al-Isfarayini, Abu Bakr bin Furak, Imam
4
TAUHID ALLAH DALAM MAZHAB SUNNI

Mazhab Sunni berpegang bahawa kemuncak mentauhidkan Allah SWT ialah penghasilan yakin
daripada iman, pembenaran yang telus terhadap hukum-hakam syariat, mendapat manfaat keadilan dan
keharmonian hasil daripada menguruskan kehidupan di dunia manakala di akhirat kelak selamat
daripada azab30. Kemuncak tauhid ini merangkumi aspek ubudiah dan maslahah bagi hamba, justeru
itu, cara untuk mencapai kemuncak tauhid ini perlulah jelas dan menepati ajaran wahyu agar terhindar
daripada kesesatan. Mengambil kira perkara ini, Mazhab Sunni menetapkan manhaj penghuraian tauhid
Allah adalah bersifat konstruktif dan efektif, ini dijelaskan sebagaimana berikut.

Pentauhidan Nakli

Pentauhidan Allah SWT adalah mengikut manual yang diterangkan olehNya. Antara ayat al-Quran
yang menjadi dasar pentauhidan ini firman Allah dalam surah al-Shura (42:11):

       

Terjemahan:

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (zatNya, sifat-sifatNya dan


pentadbiran)Nya, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat 31.

Di sisi Mazhab Sunni, Allah disifatkan tunggal secara hakikat dan tasawur iaitu tiada sesuatu
pun yang menyamaiNya samada dari segi zat, sifat atau perbuatan. Inilah tiga sisi tauhid Allah dalam
Mazhab Sunni iaitu tauhid zat (Tawhid al-Dhat), tauhid sifat (Tawhid al-Sifat) dan tauhid perbuatan
(Tawhid al-Af‘al).

Tauhid zat bermaksud zat Allah tidak mengalami sebarang bentuk susunan samada terdiri
daripada juzuk, bahagian, zarah atau lahiriah kerana setiap yang tersusun memerlukan susunan untuk
melengkapkan keperluan kewujudannya dan keadaan ini hanya dialami oleh makhluk Allah SWT.

Tauhid sifat pula bermaksud sifat-sifat Allah adalah khas bagiNya sahaja, tiada satupun sifat ini
boleh disifatkan secara hakiki kepada makhlukNya melainkan secara majaz, contohnya sifat berkuasa
(qudrah) yang mana Allah bersifat dengannya secara azali-mutlak iaitu tanpa pergantungan (qiyamuhu
binafsihi) dan tanpa batasan manakala makhluk disifatkan berkuasa di bawah batasan tertentu dan

Abu Muhammad al-Juwayni, Abu Muzaffar al-Isfarayini, Imam al-Haramayn Abu al-Ma‘ali al-Juwayni,
Imam al-Ghazzali, Imam Fakhr al-Din al-Razi dan lain-lain lagi. Lihat dalam Ibn ‘Asakir (1367H), Tabyin
kadhib al-muftara ila ma yunsab ila al-Imam al-Ash‘ari, Matba‘ah al-Tawfiqiyyah: Damsyik, h. 146, 177,
178, 278, 217, 232.
29
Antara tokoh-tokohnya yang terkemuka ialah Abu Mansur al-Maturidi, Abu al-Yasar Muhammad bin
Muhammad al-Bazdawi, Maymun bin Muhammad Abu al-Mu‘in al-Makhuli al-Nasafi, Abu Hafs ‘Umar
bin Muhammad al-Nasafi al-Samarqandi, Nur al-Din Ahmad bin Muhammad al-Sabuni, Kamal al-Din
Muhammad bin Hummam al-Din dan lain-lain lagi. Lihat dalam al-Laknawi (1324H), al-Fawa’id al-
Bahiyyah fi tarajim al-Hanafiyyah, (T.P): Kaherah, h. 243, 281, 158, 180.
30
Al-Taftazani (2001), op. cit., h. 37.
31
Sheikh Abdullah Basmeih (1995), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, c. 6. Kuala
Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad, h. 1285.
5
kuasa mereka bergantung kepada perkara-perkara lain seperti kesihatan dan keupayaan. Tambahan
kepada tauhid sifat ini, sifat Allah tidak berbilang dari segi jenisnya seperti dua kuasa (qudratayn) dua
kehendak (iradatayn) dan sebagainya.

Manakala tauhid perbuatan bermaksud perbuatan Allah tidak mampu dilakukan oleh
makhlukNya seperti menghidup, mematikan, memberi rezeki, mencipta dan sebagainya 32.

Mazhab Sunni mengadaptasi kefahaman terhadap tiga konsep tauhid ini berpandukan firman
Allah dalam surah al-Ikhlas (112: 1):

    

Terjemahan:

Katakanlah (wahai Muhammad saw): (Tuhanku) Dialah Allah Yang Maha Esa 33

Keesaan Allah yang tidak memerlukan sebarang pergantungan, Dia bersifat tunggal yang tidak tersusun
daripada bahagian-bahagian tertentu. Demikianlah hakikat zat Allah tidak berjisim, berzarah, tidak
memenuhi ruang dan bertempat34.

  

Terjemahan:

Allah yang menjadi tumpuan makhluk untuk memohon sebarang hajat 35

Al-Samad iaitu tuan yang memiliki perbendaharaan alam, menjadi bukti Allah bersifat tunggal kerana
Dia tidak memerlukan kepada sesiapa sedangkan setiap makhluk bergantung kepadaNya 36.

    

Terjemahan:

Ia tiada pula beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan37

Tersendiri sifat Allah yang tidak memiliki sekutu, demikian Allah tunggal dari sudut sifatNya.

32
Dr. Muhammad Rifa‘i Muhammad Amin (2010), “Tahtlith al-Tawhid wa tawhid al-Ummah” (Kertas
Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan, Al-Asha’irah dan Cabaran Mutakhir, Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 20-22 Julai 2010) h. 3-4.
33
Sheikh Abdullah Basmeih (1995), op. cit, h. 1745.
34
Dr. ‘Ali ‘Abd al-Fattah al-Maghribi (1995), al-Furq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah: madkhal wa dirasah, c.
2. Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 279.
35
Surah al-Ikhlas (112:2). Sheikh Abdullah Basmeih (1995), op. cit., h. 1745.
36
Dr. ‘Ali ‘Abd al-Fattah al-Maghribi (1995), op. cit., h. 279.
37
Surah al-Ikhlas (112:3). Sheikh Abdullah Basmeih (1995), op. cit., h. 1745.
6
     

Terjemahan:

Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya38

Tiada sesuatupun yang menyamai Allah walaupun dalam perbuatanNya39

Daripada penjelasan yang diberikan, Mazhab Sunni menggunakan panduan nakli dalam
mentauhidkan Allah SWT. Pentauhidan dari segi zat, sifat dan perbuatanNya adalah menepati ajaran
al-Quran dan Sunnah saw kerana maklumat mengenai Allah hanya diketahui olehNya 40 dan Dia sahaja
yang memberikan maklumat tersebut kepada kita, dan Allah telah menerangkan tentang sifat dan
perbuatanNya yang membolehkan kita mengenali zatNya41. Antara sifat-sifat tersebut ialah mencipta,
mengetahui42, menggerakkan makhluk, mengatur, menghidupkan, menguruskan mereka43 dan lain-lain
lagi.

Pengolahan Akli

Al-Quran memberikan sanjungan yang tinggi kepada akal yang memikirkan tentang ciptaan-ciptaan
Allah SWT 44. Berpandukan kepada sanjungan ini, Mazhab Sunni melihat sesungguhnya akal
berperanan dalam memahami masalah akidah45. Dalam konteks tauhid Allah, peranan akal ialah
menghuraikan keterangan nakli untuk menghasilkan keyakinan yang mapan terhadap mafhum tauhid

38
Surah al-Ikhlas (112;4). Ibid.
39
Dr. ‘Ali, ‘Abd al-Fattah al-Maghribi (1995), op. cit., h. 280.
40
Firman Allah dalam surah Taha (20:110) yang bermaksud:
Dia [Allah] mengetahui apa yang [ada/berlaku] di hadapan dan apa yang [ada/berlaku] di
belakang mereka sedang mereka tidak mengetahui sedikitpun tentang [zat]Nya.
41
Mengenali Allah adalah mustahil secara zatNya namun Dia telah menjelaskan tentang sifat-sifatNya yang
banyak. Allah menerangkan mustahilnya mengenaliNya secara zat dalam surah al-An‘am (6:103) yang
bermaksud:
[Dia Allah] tidak dapat diketahui oleh [sebarang] penglihatan sedangkan Dia Maha Mengetahui
[segala] penglihatan, Dia lah Yang Maha Lemah-lembut lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf r.h menafsirkan ayat ini dengan erti: [Zat Allah] tidak [mampu]
dikesan oleh sebarang penglihatan - mata atau akal. Lihat Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf (1998),
Tafsir wa bayan kalimat al-Qur’an al-Karim dalam Mushaf al-Qur’an, c. 4, Beirut: Dar al-Fajr al-Islami,
h. 141.
42
Surah al-Mulk (67:14).
43
Surah al-Baqarah (2:164)
44
Antara firman Allah, surah Ali ‘Imran (3:190) yang bermaksud:
Sesungguhnya pada [kejadian] langit-langit dan bumi, [pada] pertukaran malam dan siang
[menjadi] petunjuk kepada orang-orang yang berakal.
45
Berkata al-Amidi: telah berpakat tokoh-tokoh besar mazhab kami (Asha’irah), Muktazilah dan ramai
daripada orang-orang yang benar (ahl al-haq – merujuk kepada para ulama’ yang mendokong al-Quran dan
Sunnah) bahawa penelitian akal yang membawa kepada makrifah Allah hukumnya wajib dan hukum ini di
sisi kami berpandukan syarak, berbeza dengan Muktazilah yang berpandukan akal. Dr. Hasan al-Shafe‘i
(1991), al-madkhal ila dirasah ‘Ilm al-Kalam, c. 2. Kaherah: Maktabah Wahbah, h. 140.
7
tersebut, dan keyakinan inilah yang menjadi teras kepada pembinaan iman dalam Islam46. Dr. Hasan
al-Shafe‘i menamakan peranan akal dalam perkara ini sebagai ‘syak ingin tahu yang bermanhaj’ (al-
shak al-iradi al-manhaji)47.

Dengan meraikan batasan akal48, Mazhab Sunni telah mengaplikasikan beberapa metod
penelitian akli (istidlal al-‘aqli) dalam memperincikan keterangan nakli berkenaan dengan tauhid
Allah, ini dinyatakan sebagaimana berikut.

•Metod Pengudusan (al-tanzihat)

Sebagaimana diterangkan terdahulu, zat, sifat dan perbuatan Allah adalah tunggal dari sudut jenis dan
bilangannya maka mustahil wujud sesuatu yang menyerupai atau diserupai Allah SWT, dan
kemustahilan ini merangkumi realiti (haqiqiyyah) dan tasawur (khayyaliyyah). Ini bermakna, tidak
boleh menyifatkan Allah dengan apa yang dimiliki atau berlaku ke atas makhluk atau menggambarkan
Dia dengan sebarang gambaran walaupun tidak menyerupai makhluk. Justeru, ternafilah zat Allah
berzarah (jawhar) kerana zarah sifatnya memenuhi ruang dan menerima lahiriah. Ternafi ZatNya
berjisim (jism) kerana setiap yang berjisim dibina daripada zarah-zarah. Ternafi ZatNya bersifat
lahiriah (‘ard) kerana setiap yang demikian bergantung pada zat lain untuk wujud. Ternafi ZatNya
menghuni perkara yang bersifat baharu (tahhuluhu al-hawadith) kerana setiap perkara tersebut hanya
bergantung pada perkara yang bersifat baharu. Ternafi ZatNya berada pada arah yang tertentu (al-
jihah) kerana setiap yang berada pada arah tertentu berada pada tempat yang tertentu dan hanya yang
berjisim berada pada tempat yang tertentu49.

Demikian penafian ini berlaku secara hakiki dan tasawur kerana mafhum zarah, jisim, lahiriah,
menghuni perkara baharu dan berada pada arah tertentu digambarkan akal hanya dimiliki dan berlaku
ke atas makhluk, al-Tahanawi menamakannya sebagai huyuliyyah (primordial) 50 iaitu asas suatu
kewujudan samada secara lahiriah pada pandangan mata (wujud al-‘ayni) atau secara dalaman dalam
akal fikiran (wujud al-dhihni)51. Hasil penafian perkara-perkara ini dimiliki atau berlaku ke atas zat
Allah, ternafi juga segala bentuk pernyataan yang bersifat ciptaan (khalqiyyah) pada zatNya walaupun

46
Iman bermaksud membenarkan Nabi saw dengan apa yang dibawa baginda daripada tuhannya SWT.
Pembenaran ini wajib mencapai tahap yakin, kepatuhan dan menuruti perintah Allah, tidak memadai jika
hanya mengenalNya. Dr. Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari (2005), op. cit., h. 37.
47
Iaitu sifat ingin tahu yang mendorong kepada bahas yang kemas teratur untuk mendedahkan kebenaran
agung yang tersirat mengikut hakikatnya di samping menyingkirkan segala kesamaran dalam perkara-
perkara akidah. Dr. Hasan al-Shafe‘i (1991), op. cit., h. 141.
48
Dalam menghuraikan masalah akidah, akal dibatasi oleh suruhan dan tegahan wahyu. Pembuktian akli
dalam masalah ini diterima pakai selagi mana menepati nakli iaitu wahyu atau syarak menyuruh
penggunaan akal dan menggalakkan penelitian serta penganalisian dilakukan. Beginilah perbahasan Ilmu
Kalam bermula iaitu dengan berpandukan akli dan nakli. Sesungguhnya natijah suatu penelitian akli tidak
akan menjadi muktamad kecuali disahkan oleh nakli. Ibid., h. 137.
49
Dr. ‘Abd al-‘Aziz Sayf al-Nasr (1983), op. cit., h. 165-169.
50
Al-Huyuli bermaksud sesuatu (hasil) yang terbit daripada gambaran perkataan. Di sisi Hukama’ al-huyuli
adalah konsep sesuatu boleh digambarkan dengan tanpa menetapkan sifat tertentu baginya. Huyuli juga
difahami sebagai material (al-maddah) kerana setiap gambaran fikiran terhasil daripada maklumat yang
diperolehi oleh akal. Pastinya maklumat ini datang daripada sumber fizik. Di sisi Mazhab Sunni pula, al-
huyuli bermaksud hakikat yang menghasilkan gambaran sesuatu. Al-Tahanawi (t.t), Kashaf Istilahat al-
Funun wa al-‘Ulum, j. 2, h. 1747.
51
Al-Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi, h. 453.
8
terdapat dalam keterangan wahyu seperti dua tangan52, bahu53, ketawa serta menangis54 dan
sebagainya55 kerana pernyataan-pernyataan ini boleh mendorong akal menggambarkan Allah
menyerupai makhluk. Mazhab Sunni menyifatkan pernyataan-pernyataan ini sebagai sifat al-
khabariyyah yang diserahkan takwil maknanya kepada Allah SWT 56.

Metod Pengisbatan (al-ithbat)

Pengisbatan yang dimaksudkan di sini ialah pengisbatan sifat dan perbuatan pada zat Allah, ia
bertujuan mentauhidkan sifat dan perbuatan tersebut bertepatan dengan tauhid zatNya. Oleh kerana
keterangan tentang sifat dan perbuatanNya seperti berkuasa, berkehendak, mendengar dan sebagainya
tiada perincian - bagaimana Dia bersifat dan melakukan perbuatan tersebut - maka perincian ini perlu
bagi memahami erti tauhid sifat dan perbuatan Allah dengan sebaiknya. Pengisbatan ini juga menepati
petunjuk wahyu dalam mengenal Allah kerana Dia mustahil dapat dikenali melalui zatNya 57. Dalam hal
ini, Mazhab Sunni menetapkan beberapa ciri ke atas sifat dan perbuatan Allah:

52
Surah Sad: (38:75).
53
Surah al-Zumar: (39:56).
54
Surah al-Najm: (53:43).
55
Dalam kitab Asas al-Taqdis, Imam al-Razi membahaskan lapan belas perkara yang berkaitan dengan
anggota Allah seperti wajah, mata, jiwa, genggaman, tapak tangan, lengan, jari-jemari, betis, kaki dan tapak
kaki, gembira, malu dan sebelas sifat perbuatan Allah yang dilakukan dengan anggotaNya seperti peribadi,
bertemu, menerangi, diliputi hijab, menghampiri, datang dan kembali sebagaimana yang dinaqalkan
daripada kitab al-Tawhid oleh Ibn Khuzaymah. Dr. Ahmad Hijazi al-Saqa’(1993M), Tahqiq kitab Asal al-
Taqdis, Beirut: Dar al-Jil, h. 229.
56
Pendekatan takwil Mazhab Sunni hanya mengembalikan mafhum pernyataan-pernyataan yang zahir
daripada wahyu kepada maksud yang juga dijelaskan oleh wahyu. Takwil ini bertujuan untuk menamatkan
segala kesamaran maksud yang boleh mengakibatkan tajsim dan tashbih Allah dengan makhluk. Mazhab
Sunni telah menetapkan kaedah-kaedah tertentu yang rapi untuk mentakwil pernyataan-pernyataan tersebut.
Lihat lebih lanjut dalam Mohd Hamidi Ismail (2010) ‘Wacana Pemikiran Ibn al-Khuzaymah (m.311H)
Terhadap Mutashabihat Mengikut Analisis Imam Fakhr al-Din al-Razi (m.606H)’, (Kertas Kerja Seminar
Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan, Al-Asha’irah dan Cabaran Mutakhir, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 20-22 Julai 2010).
57
Ini adalah pandangan jumhur Asha’irah seperti al-Baqilani, al-Juwayni dan al-Ghazzali. Begitu juga ahli
falsafah Islam seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina dan Ibn Rushd, ahli sufi seperti al-Junayd dan Ibn
`Arabi. Diriwayatkan daripada Ibn al-Wazir al-Yamani bahawa inilah juga sepakat para Salaf seperti yang
disebutkan oleh Abu Bakar al-Siddiq dan `Ali bin Abi Talib r.a, Imam al-Shafe`i, Ibn Hazm dan
kemudiannya Ibn Taymiyyah. Tetapi al-Razi dalam kitab beliau al-Isharah berpendapat hakikat zat Allah
mampu diketahui. Pendapat ini dipersetujui oleh mutakalimun yang lain dari Asha’irah, Maturidiah, Qadi
Abu Bakr dari Muktazilah dan Abu al-Barakat al-Baghdadi. Mereka membezakan di antara kewujudan
(wujud) dan sari diri (mahiyah al-dhat) Allah berpandukan pendapat Ibn Sina yang mengatakan boleh
mengetahui kewujudan Allah tanpa mengetahui secara langsung hakikat zatNya. Dengan mengetahui
kewujudanNya akan diketahui hakikat zatNya. Hujah mereka; hukum zat Allah adalah sempurna dan
sucinya Ia daripada sebarang kekurangan telah menggambarkan hakikat zatNya. Apabila wujud itu merujuk
kepada zatNya bermakna zatNya adalah wujud itu sendiri. Demikian mengenal wujudNya telah mengenal
zatNya. Walau bagaimana pun, dalam kitab al-Razi yang lain seperti al-Tafsir al-Kabir, al-Mabahith al-
Mashriqiyyah, Nihayah al-`Uqul, al-Mahsal dan al-Arba`in pandangan beliau adalah selari dengan jumhur
Asha’irah iaitu makrifah zat Allah adalah ternafi di dunia ini. Dr. Hasan al-Shafe`i (1998), Al-Amidi wa
ara’uhu al-Kalamiyah, Kaherah: Dar al-Salam, h. 200, 201, 202. Lihat juga Muhammad Salih al-Zarkan
(t.t), Fakhr al-Din al-Razi wa ara’uhu al-Kalamiyyah wa al-Falsafiyyah, (T.T.P):Dar al-Fikr, h. 203, 205.
9
•Pertamanya, sifat dan perbuatanNya bersifat azali sepertimana zatNya. Dia telah bersifat dengan
berkuasa (qudrah), berkehendak (iradah) mencipta (khalaq), menghidupkan (muhyi) dan selainnya
sebelum wujudnya masa58.

•Keduanya, sifat dan perbuatan Allah bersifat syumul iaitu merangkumi semua masa samada qadim
atau baharu - sebelum kewujudan makhluk atau semasa kewujudan mereka. Kesyumulan sifat dan
perbuatan Allah ini dapat dilihat daripada hubungkait kedua-duanya dengan makhluk. Kewujudan,
kematian, urusan hidup mereka dan sebagainya membuktikan Allah telah berkuasa, menghendaki,
mengatur dan sebagainya sebelum, semasa dan selepas kewujudan makhluk.

•Ketiga, sifat dan perbuatan Allah bersifat terperinci iaitu menjelaskan setiap bahagian zat Allah SWT.
Dalam ciri ini, sifat Allah dibahagikan kepada tiga bahagian, pertama, sifat yang khas menjelaskan
tentang zat Allah (al-dhat) seperti sifat wujud. Kedua, sifat yang khas menjelaskan tentang makna
wujud (al-ma‘ani) seperti mendengar (sam‘) dan melihat (basar). Ketiga, sifat yang khas menjelaskan
tentang maknawi kewujudan (al-ma‘aniyyah) seperti sedang berkuasa (qadiran) dan berkehendak
(muridan) manakala perbuatan Allah pula dibahagikan kepada dua keadaan iaitu perbuatanNya yang
sesuai dengan masa qadim (suluhiyyan qadiman) seperti perlakuan mencipta sebelum melakukan
ciptaan dan perbuatanNya yang dilaksanakan pada masa baharu (tanjizan hadithan) seperti perlakuan
mencipta semasa mencipta59. Melalui dua keadaan perbuatan Allah yang berbeza ini membuktikan Dia
adalah pelaku mutlak perbuatan.

Demikian juga tiga ciri-ciri yang telah dijelaskan membuktikan bahawa Allah memiliki sifat
dan perbuatan yang tunggal dari sudut kesesuaiannya dengan zatNya dan dari sudut mensyumulkan
kekuasaanNya.

FALSAFAH ILMU KALAM SUNNI

Matlamat tauhid dalam Islam ialah mengesakan Allah sebagai tumpuan ubudiah dan rujukan hamba-
hambaNya yang beriman, matlamat ini turut sama dikongsi dalam falsafah Ilmu Kalam Mazhab Sunni.
Keperincian yang mereka utarakan terhadap tauhid Allah melalui metod al-tanzihat dan al-ithbat
mempamerkan kepada kita cara untuk memahami tauhid ini dengan sebaiknya dan menghadirkan
makna kefahaman tersebut bagi menyakini rabbaniyah Allah SWT. Bermula dari pembahagian tauhid
Allah kepada tiga bahagian iaitu tauhid zat, sifat dan perbuatan sehinggalah pembahagian sifat Allah
kepada al-dhat, al-ma‘ani dan al-ma‘aniyah serta pembahagian perbuatan Allah kepada suluhi dan

58
Ini adalah gambaran metafora penulis tentang azaliah Allah SWT yang mana hakikatnya Dia sahaja yang
mengetahuinya. Gambaran ini mengambil kira masa kerana setiap kejadian dijadualkan wujud atau berlaku
bersandarkan waktunya walaupun tanpa perkiraan nisbah yang tepat seperti jam, hari atau bulan. Boleh jadi
masa tersebut suatu hal atau alam seperti masa ruh, barzakh, malaikat atau akhirat maka kewujudan masa
mendahului atau menyamai kewujudan sesuatu, tanpa masa tiadalah kewujudan tersebut. Lihat penjelasan
lanjut mengenai azali sifat dan perbuatan Allah dalam Dr. Muhammad ‘Abd al-Fadil al-Qusi (1998),
Hawamish ‘ala al-Iqtisad fi al-I‘tiqad: al-qutban al-thalith wa al-rabi‘, c. 2. Kaherah: Al-Azhar, h. 12.
59
Mohd Hamidi Ismail (2011), “Af‘al Allah Menurut al-Jurjani (m. 816H/1413M): Kajian dan Terjemahan
Teks Terpilih Dari Syarh Al-Mawaqif” (Disertasi Sarjana Usuluddin, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Akademi Islam, Universiti Malaya), h. 66-76.
10
tanjizi bukanlah suatu bidaah yang dibuat-buat tanpa merujuk kepada wahyu dan pertimbangan akal
yang terpandu malah telah meraikan kedua-duanya dalam mencapai kemuncak tertinggi kefahaman
terhadap tauhid Allah60.

Berbagainya pembahagian-pembahagian yang disebutkan adalah untuk menghimpunkan


kesempurnaan maksud tauhid kepada Allah. Misalnya melalui tiga pembahagian sifat Allah,
pertamanya sifat al-dhat iaitu wujud, dapat difahami bahawa wujud Allah adalah wajib kerana ia
mutlak - tanpa pergantungan - berbeza dengan wujud makhluk yang bersifat mungkin yang bergantung
kepada kudrat dan iradat Allah. Keduanya sifat al-ma‘ani yang menjelaskan makna wujud Allah
dengan azali sifat hidup, berkuasa, berkehendak, mendengar, melihat dan berkata-kata. Dan ketiganya
sifat al-ma‘aniyyah yang menjelaskan sifat-sifat azali tersebut sedang berlaku sekarang dan
selamanya61. Tidakkah dengan pembahagian sifat-sifat ini memberikan kefahaman yang mendalam
kepada tauhid Allah?, sempurnanya Dia dari setiap sudut? Tidakkah dengan pembahagian sifat-sifat ini
menghadirkan makna yakin dalam mengimani rabbaniyah Allah?, Dia azali telah bersifat sempurna
dan kekal dengan kesempurnaan tersebut, maka layak Dia menjadi tumpuan dan rujukan hamba-
hambaNya yang beriman tanpa mereka perlu ragu-ragu atau berputus asa sedikitpun. Inilah falsafah
tauhid yang sebenar - mentauhidkan ummah menjadi hamba Allah yang beriman tanpa sempadan masa,
keadaan dan berada.

KESIMPULAN

Kaedah mahupun huraian terhadap tauhid Allah dalam manhaj Mazhab Sunni bukan hanya terhasil
dalam satu jangka masa yang singkat, terbit daripada usaha sekelompok kecil tokoh-tokoh Sunni dan
diaplikasikan tanpa sistem yang teratur dan rapi bahkan kaedah dan huraian ini telah melalui masa
penggubalan yang panjang dan berperingkat, disaring padu dengan penilaian, dibahaskan oleh ijmak
tokoh-tokoh yang diperakui ilmu dan amalan mereka serta menjauhi batasan kesesatan. Demikian
prinsip manhaj Ilmu Kalam Mazhab Sunni samada daripada akuan Asha’irah62 ataupun Maturidah63.

Sejarah menyaksikan sendiri betapa huraian tauhid Allah mengikut manhaj Mazhab Sunni telah
memberikan kefahaman yang menyakinkan terhadap tauhid tersebut. Kefahaman ini bukan sekadar
dilihat daripada pujian dan persetujuan tokoh-tokoh ulama Islam silam atau mutakhir malah dilihat
daripada kesannya kepada kehidupan masyarakat Islam seluruhnya. Kegemilangan tamadun,
60
Berkata Ahmad al-Amin sesungguhnya mutakalimun (Sunni) berpegang dengan kaedah-kaedah iman dan
memperakui kebenarannya, mereka mengimaninya dan menggunakan akal menjelaskannya. Berbeza
dengan ahli falsafah yang hanya membahaskan permasalahan-permasalahan iman secara mentah dan
mengosongkan akal mereka daripada sebarang kesan akidah, kemudian mereka menghuraikan
permasalahan tersebut untuk melihat hujahnya sahaja. Dr. Hasan al-Shafe‘i (1991), op. cit., h. 138.
61
Dr. Hasan al-Shafe‘i (1998), op.cit., h. 210. Al-Bayjuri mengkelasifikasikan sifat al-Nafsiyyah sebahagian
daripada sifat al-Ma‘ani. Termasuk sifat al-Ma‘ani juga sifat al-Salbiyyah. Al-Bayjuri, Shaykh al-Islam
Ibrahim bin Muhammad (1939), Tuhfah al-Murid ‘ala Jawharah al-Tawhid, Matba‘ah Mesir: Mustafa al-
Babi al-Halbi wa awladihi, h. 40.
62
Berkata al-Zarkashi: kaedah pendalilan ilmu di sisi Asha’irah bermula daripada pengasasnya Imam Abu al-
Hasan ialah: akal, kitab, sunnah, ijmak dan kias. Dr. Hasan al-Shafe‘i (1991), op. cit., h. 139.
63
Imam al-Maturidi memperakui bahawa sumber yang memahami agama Islam terdiri daripada dua punca
iaitu al-sam‘ (merujuk kepada wahyu) dan al-‘aql (fikiran dan hujah). Ibid., h. 140
11
keharmonian, ketinggian akhlak dan perpaduan merupakan kesan yang boleh dilihat daripada bukti
kefahaman ini. Ianya terhasil daripada manhaj binaan ramai tokoh Mazhab Sunni dari seawal Imam al-
Ash‘ari, al-Baqilani, al-Isfarayini, Imam al-Haramayn, al-Ghazzali, al-Razi, Imam al-Maturidi, al-
Bazdawi, al-Nasafi sehinggalah al-Taftazani, al-Jurjani, Ibn Hummam, al-Kawthari dan lain-lain, telah
membuktikan betapa manhaj Mazhab Sunni telah meraih kedudukan yang tinggi dan diyakini
autoritinya di persada akidah. Mustahil benar jika kita menghukum manhaj Mazhab Sunni tersasar
daripada ajaran Islam kerana ini bukan hanya memalsukan fakta malah menghina para ulama Sunni
yang diperakui ketokohan ilmu dan amalan mereka. Begitu juga mustahil cerdik akal kita jika kita
memperakui manhaj lain sesuai dan tepat menjelaskan tauhid Allah kerana manhaj Mazhab Sunni telah
berkurun lama bertapak, dikaji dan diperhalusi, dianuti dan didokong ilmuwan yang ramai,
membuktikan manhaj ini telah mendahului kejituannya dalam membahaskan permasalahan akidah
secara keseluruhannya64.

RUJUKAN

Al-Bayjuri, Shaykh al-Islam Ibrahim bin Muhammad (1939), Tuhfah al-Murid ‘ala
Jawharah al-Tawhid, Mesir: Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halbi wa awladihi

Al-Ghazzali Abu Hamid (1962), al-Munqidh min al-Dalal, Kaherah: (T.P)

__________ (t.t), Ihya’ ‘Ulum al-Din, j. 1, Kaherah: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah

Al-Shahrastani, Abu al-Fath Muhammad bin ‘Abd al-Karim (2005), Milal wa Nihal,
Beirut: Dar Ibn Hazm

Al-Laknawi, Muhammad ‘Abd al-Hay (1324H), al-Fawa’id al-Bahiyyah fi tarajim al-


Hanafiyyah, Kaherah: (T.P)

Al-Taftazani, Sa‘ad al-Din Mas‘ud bin ‘Umar (2001), Sharh al-Maqasid, j. 1, Beirut: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah

Al-Tahanawi, Muhammad bin ‘Ali bin al-Qadi Muhammad al-Faruqi (1977), Kashaf
Istilahat al-Funun wa al-‘Ulum, j. 2, Kaherah: (T.P)

64
Menarik dengan apa yang dibawakan oleh Dr. Adi Setia (IIUM) menyisipkan fakta bagaimana tokoh-tokoh
Sunni telah merintis kerangka ilmu akliah Islami seperti fizik jawhar dan ‘arad menggantikan surah dan
maddah berpandukan cerapan Ilmu Kalam terhadap tabi’i dan sains. Dr. Adi Setia (2010) “Al-Asha’irah
dan Cabaran Ilmu-Ilmu Semasa: Proses Pengislaman Sains Dulu dan Kini Dengan Rujukan Khas Kepada
Tahafut Al-Falasifah dan Islam and Secularism” (Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat
Kebangsaan II, Al-Asha’irah dan Cabaran Mutakhir, 20-22 Julai, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya), h. 5.
12
Dr. ‘Abd al-‘Aziz Sayf al-Nasr (1983), Falsafah ‘Ilm al-Kalam fi al-Sifat al-Ilahiyyah:
manhajan wa tatbiqan, Kaherah: Maktabah al-Azhar al-Sharif

Dr. Adi Setia (2010) “Al-Asha’irah dan Cabaran Ilmu-Ilmu Semasa: Proses Pengislaman
Sains Dulu dan Kini Dengan Rujukan Khas Kepada Tahafut Al-Falasifah dan Islam
and Secularism” (Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II,
Al-Asha’irah dan Cabaran Mutakhir, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 20-22 Julai 2010)

Dr. Ahmad Hijazi al-Saqa’(1993M), Tahqiq kitab Asal al-Taqdis, Beirut: Dar al-Jil

Dr. ‘Ali ‘Abd al-Fattah al-Maghribi (1995), al-Furq al-Kalamiyyah al-Islamiyyah:


madkhal wa dirasah, c. 2. Kaherah: Maktabah Wahbah

Dr. Hasan al-Shafe‘i (1991), al-madkhal ila dirasah ‘Ilm al-Kalam, c. 2. Kaherah:
Maktabah Wahbah

__________ (1998), Al-Amidi wa ara’uhu al-Kalamiyah, Kaherah: Dar al-Salam, h. 200,


201, 202.

Dr. Muhammad ‘Abd al-Fadil al-Qusi (1998), Hawamish ‘ala al-Iqtisad fi al-I‘tiqad: al-
qutban al-thalith wa al-rabi‘, c. 2. Kaherah: Al-Azhar

Dr. Muhammad Rabi‘ Muhammad Jawhari (2005), ‘Aqidatuna, j. 1, c. 10. Kaherah:


Jami‘ah al-Azhar

Dr. Muhammad Rifa‘i Muhammad Amin (2010), “Tahtlith al-Tawhid wa tawhid al-
Ummah” (Kertas Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan, Al-
Asha’irah dan Cabaran Mutakhir, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur, 20-22 Julai 2010)

Ibn ‘Asakir, ‘Ali bin al-Hasan bin Hibbah Allah (1367H), Tabyin kadhib al-muftara ila ma
yunsab ila al-Imam al-Ash‘ari, Damsyik: Matba‘ah al-Tawfiqiyyah

Ibn Khaldun, ‘Abd al-Rahman (1981), Muqaddimah Ibn Khaldun, c. 4, Beirut: Dar al-
Qalam

Ibrahim Shams al-Din (2001), Hawashiyah Sharh al-Maqasid, j. 1, Beirut: Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah

Mohd Hamidi Ismail (2010) ‘Wacana Pemikiran Ibn al-Khuzaymah (m.311H) Terhadap
Mutashabihat Mengikut Analisis Imam Fakhr al-Din al-Razi (m.606H)’, (Kertas
Kerja Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan, Al-Asha’irah dan Cabaran
Mutakhir, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 20-22 Julai
2010)

13
__________ (2011), “Af‘al Allah Menurut al-Jurjani (m. 816H/1413M): Kajian dan
Terjemahan Teks Terpilih Dari Syarh Al-Mawaqif” (Disertasi Sarjana Usuluddin,
Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Islam, Universiti Malaya)

Muhammad Salih al-Zarkan (t.t), Fakhr al-Din al-Razi wa ara’uhu al-Kalamiyyah wa al-
Falsafiyyah, (T.T.P): Dar al-Fikr

Shaykh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah (1999), Risalah al-Mustarshidin, c. 9, Kaherah: Dar
al-Salam

Shaykh Hasanayn Muhammad Makhluf (1998), Tafsir wa bayan kalimat al-Qur’an al-
Karim dalam Mushaf al-Qur’an, c. 4, Beirut: Dar al-Fajr al-Islami

Sheikh Abdullah Basmeih (1995), Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-
Quran, c. 6. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad

14

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai