Anda di halaman 1dari 14

1/9/2019 E-Prosiding Jilid 1

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan


(/pasak2017/)
Search ... 0

E-Prosiding PASAK 2 - Jilid 1: Subtema Pendidikan, Teknologi


Maklumat, Politik dan Kepimpinan
(/pasak2017/index.php/prosiding/prosiding-jilid1)

"Kesepaduan Nilai-Nilai Sejagat Merentasi Globalisasi"

JILID 1
Subtema:
Pendidikan
Teknologi Maklumat
Politik dan Kepimpinan

Tarikh

26-27 April 2017 (Khamis-Jumaat)

Tempat

Pusat Konvensyen KUIS

Editor

Siti Zaleha Ibrahim


Aemy Elyani Mat Zain
Suhaila Sharil
Mimie Syawalisa Salehudin
Rosfazila Abd Rahman
Ahmad Nazeer Zainal Arifin

E-ISBN: 978-967-0850-94-8

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/index.php/prosiding/prosiding-jilid1 1/6
1/9/2019 E-Prosiding Jilid 1

Sekretariat PASAK 2017:

Selangor International Islamic University College (KUIS)

43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.

Phone: +603-8911 7000

E-mail : pasak.ppt@kuis.edu.my (mailto:pasak.ppt@kuis.edu.my)

Subtema: Pendidikan

Impak Ecomdeaf Bagi Kursus SBK1021 Dalam Kalangan Pelajar Khas Politeknik Kota Kinabalu
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/01-NURHAZWANI-YAHAYA.pdf)
Nurhazawani Binti Yahya, Helley Halen
Politeknik Kota Kinabalu

Kajian Keperluan Pembangunan Sistem Penilaian Pensyarah oleh Pelajar di Kolej Komuniti Kuala Langat
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/02-KASLIA-BADARIAH.pdf)
Kaslia Bt Kasiran, Badariah Bt Abdollah
Kolej Komuniti Kuala Langat

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek Ke Atas Pengetahuan, Sikap Dan Tingkah Laku Murid Tahun 5 Terhadap Tajuk
Tenaga (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/03-ROSLINA-ABD-KARIM.pdf)
Roslina Abd Karim, Zanaton Iksan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Pembelajaran Berbasis Saintifik Dan Multikultural Dalam Menghadapi Era Masyarakat Ekonomi Asean (MEA)
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/04-Dr.--Lelya-Hilda.pdf)
Dr. Lelya Hilda, M.Si
Institut Agama Islam Negeri Padangsidimpuan Sumatera Utara Indonesia

Nilai-Nilai Pendidikan Akhlaq Dalam Al-Quran: Kajian Tafsir Surah Al-Hujuraat Ayat 11-13
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/05-Mohamed-Taufik.pdf)
Mohamed Taufik Bin Mohamed Ramlan
Kolej Islam Muhammadiyah, Singapura

Sumbangan Ahli Akademik Terhadap Pengajian Hadith: Tumpuan Kepada Penulisan Ilmiah
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/06-DR-AMRAN-ABDUL-HALIM-USIM.pdf)
Dr. Amran bin Abdul Halim, Dr. Zohdi bin Mohd Amin, Dr. A. Irwan Sentri Doll Kawaid, Dr. Mahsor bin Yahya, Dr. Adnan bin
Mohamed Yusoff, Dr. Abdulloh Salaeh
Universiti Sains Islam Malaysia

Judul dan Blurb Buku Ilmiah (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/07--dr.sharil.pdf)


Sharil Nizam Sha’ri (Ph.D), Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Mohamad Suhaizi Suhaimi, Norul Haida Redzuan
Universiti Putra Malaysia & Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Anak-Anak di Sekolah Rendah (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/08-Aida-Hartini-


Mahmud.pdf)
Aida Hartini Mahmud, Zolkepeli Haron
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-21 (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/09-Nurzarina-Amran-UKM.pdf)


Nurzarina Amran, Roslinda Rosli
Universiti Kebangsaan Malaysia
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/index.php/prosiding/prosiding-jilid1 2/6
Aplikasi Peta Pemikiran i-Think Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
1/9/2019 Matematik
E-Prosiding Jilid 1
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/10-NURHAFIZAH-ZAIDI-UKM.pdf)
Nurhafizah binti Zaidi, Roslinda binti Rosli, Mohamed Yusoff bin Mohd. Nor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sikap Dan Keupayaan Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik Bukan Rutin (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/11-
NURUL-NASHRAH.pdf)
Nurul Nashrah Binti Salehudin, Effandi Bin Zakaria
Universiti Kebangsaan Malaysia

Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap Aktiviti BIG Di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/12-SALIHIN-HAFIZI.pdf)
Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Mohd Faeez Ilias, Ahmad Shafiq Mat Razali, Muhammad Syakir
Sulaiman.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Cabaran Dalam Meningkatkan Kemahiran Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah: Penaksiran Autentik Sebagai Alternatif
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/13-WAN-ROSLIZA--UKM.pdf)
Wan Rosliza Wan A. Rahman, Faridah Yunus
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Aktiviti Pembelajaran Kanak-Kanak Di Prasekolah


(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/14-PAEZAH-ABD-HALIM.pdf)
Paezah Abd. Halim, Faridah Yunus
Universiti Kebangsaan Malaysia

Teknik Multisensori Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Literasi Huruf Kanak-Kanak Prasekolah
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/15-NURSYUHADA.pdf)
Nur Syuhada Binti Mohamad Abdul Wahab, Faridah Yunus
Universiti Kebangsaan Malaysia

Keperluan Pusat Bahasa Arab Di Malaysia: Satu Kajian Rintis Di Kuiscell (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/16-Hairun-
Najuwah--Jamali.pdf)
Hairun Najuwah Jamali, Mohd Shafie Zulkifli, Hasanah Hj Iksan, Haji Ahmad Ismail
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Pengetahuan Konseptual Dan Pengetahuan Prosedural Dalam Mata Pelajaran Matematik Sekolah Menengah
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/17-NUR-AIDA-UKM.pdf)
Nur Aida binti Abd. Hamid
Universiti Kebangsaan Malaysia

Sikap Dan Keupayaan Pelajar Aliran Vokasional Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/18-AZWANIS.pdf)
Nor Azwanis Zainurin, Effandi Zakaria
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kompetensi Guru Pelatih Dalam Penulisan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/19-NOOR-SHAMSINAR.pdf)
Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Zakiah binti Hassan, Julia Madzalan, Haslina Hamzah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Matematik dan Realiti: Tinjauan Ringkas Terhadap Takrif-Takrif Matematik (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/20-


IKHWAN.pdf)
Muhammad Ikhwan Azlan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Transmisi Ideologi Pendidikan Fundamentalisme Religius Di Sekolah Islam Terpadu Sumatera Utara
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/21-MAGDALENA.pdf)
Dr. Magdalena, M.Ag.
Dosen Institut Agama Islam Negeri Padangsidimpuan

Kolaborasi Dalam Proses Pengintegrasian Ilmu Naqli Dan Aqli Melalui Pendekatan “Lesson Study”
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/22-SITI-RASHIDAH.pdf)
Siti Rashidah binti Abd.Razak, Zetty Nurzuliana Rashed, Norshilawani Shahidan Ahmad Shafiq b. Mat Razali, Zanaton Hj Iksan, Sri
Andayani Binti Mahdi Yusuf
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor & Universiti Kebangsaan Malaysia

Tahap Motivasi Intrinsik Dan Ekstrinsik Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Tahfiz Di
Selangor (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/23-HANIS-NAJWA.pdf)
Hanis Najwa Shaharuddin, Ku Fatahiyah Ku Azizan, Wazzainab Ismail, Farah- Nur Rashida Rosnan, Norafidah Gordani
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/index.php/prosiding/prosiding-jilid1 3/6
Persepsi Pelajar Tahfidz dalam Pembelajaran Bahasa Arab (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/24-KU-FATAHIYAH.pdf)
1/9/2019 E-Prosiding Jilid 1
Ku Fatahiyah Ku Azizan, Hanis Najwa Shaharuddin, Wazzainab Ismail, Farah Nur-Rashida Rosnan, Norafidah Gordani
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor & Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendidikan Bahasa Arab di Peringkat Prasekolah: Satu Tinjauan Awal (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/25-AWATIF.pdf)


Awatif Abdul Rahman, Siti Nurhajariah Md Isa, Norfaezah Mohd Hamidin, Idi Hamdi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Malaysia: Kajian Literatur (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/26-DR-NORFAEZAH.pdf)


Dr. Norfaezah Bt Mohd Hamidin, Siti Nurhajariah Md Isa,
Awatif Abdul Rahman, Idi Hamdi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

‫ اﻟﻛﻠﯾﺔ اﻟﺟﺎﻣﻌﯾﺔ اﻹﺳﻼﻣﯾﺔ اﻟﻌﺎﻟﻣﯾﺔ ﺑﺳﻼﻧﺟور‬،‫( ﺗﺣﻠﯾل ﺣﺎﺟﺎت اﻟدارﺳﯾن وﺻﻌوﺑﺎﺗﮭم ﻓﻲ ﺗﻌﻠم اﻟﻠﻐﺔ اﻟﻌرﺑﯾﺔ ﺑﺎﻟﻣرﻛز اﻹﻋدادي‬/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/27-
FITRI.pdf)
Fitri Nurul’Ain Nordin
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Cabaran Pengajaran Kelas Pengukuhan Al-Quran: Tinjauan Terhadap Mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/28-SITI-ZALEHA.pdf)
Siti Zaleha Ibrahim, Norsaadah binti Din, Muhammad Izzat Ngah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Penerapan Kemahiran Insaniah Dalam Subjek Al-Quran: Satu Kajian Di Pusat Pengajian Teras, KUIS
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/29-IZZAT.pdf)
Muhammad Izzat Ngah, Siti Zaleha Ibrahim, Dr. Zainora Daud
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor & Universiti Sains Islam Malaysia

Kompetensi Guru Bahasa Arab Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia
(/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/30-NOOR-SHAMSINAR-2.pdf)
Noor Shamshinar binti Zakaria, Dr. Abdul Razif bin Zaini, Dr. Ahmad Zabidi bin Abdul Razak, Dr. Mohamad Rushdan Hj Azizan,
Hasmadi Hamdan, Rofian ismail, Mohd Redzauddin Ghazali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Permasalahan Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Malaysia (/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/31-DR.ABDUL-RAZIF.pdf)


Abdul Razif bin Zaini, Muhammad Redzaudin Ghazali, Mohd Rufian Ismail, Noorshamsinar Zakaria, Hasmadi Hamdan, Mohamad
Rushdan Hj. Azizan
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Subtema: Teknologi Maklumat

Impak Subjek Digital Entrepreneurship Kepada Pelajar Kolej Komuniti Wilayah Selangor
(/pasak2017/images/prosiding/teknologimaklumat/01-AZILA-BAHARUDDIN.pdf)
Azila Binti Baharuddin, Isrul Hasrita Binti Ismail, Nurul Hayati Binti Shamsuri
Kolej Komuniti Kuala Langat

Globalisasi Dalam Teknologi Maklumat: Tumpuan Terhadap Dakwah Melalui Biografi Wanita
(/pasak2017/images/prosiding/teknologimaklumat/02-NUROL-HALIMATULWARA.pdf)
Nurol Halimatulwara’ binti Haji Mumin, Lilly Suzana binti Shamsu
Universiti Islam Sultan Sharif Ali

‫( اﻹذاﻋـﺔ اﻟﻣرﺋﯾﺔ وﻋﻼﻗﺗﮭﺎ ﺑﺟﻧوح اﻷﺣداث‬/pasak2017/images/prosiding/teknologimaklumat/03-MUSBAH-USIM.pdf)


Dr. Azlan Shaiful Baharum, Musbah Ali Sweyh
Universiti Sains Islam Malaysia

Determination of Information System Elements to Support Initial Promotion of Farm Management Information System Usage
(/pasak2017/images/prosiding/teknologimaklumat/04-Shahrul-Nizam.pdf)
Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri, Mohd Sazili Shahibi, Mohd Razilan Abdul Kadir
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor & Universiti Teknologi MARA

Subtema: Politik dan Kepimpinan

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/index.php/prosiding/prosiding-jilid1 4/6
KOLABORASI DALAM PROSES PENGINTEGRASIAN ILMU NAQLI DAN
AQLI MELALUI PENDEKATAN “LESSON STUDY”

Siti Rashidah binti Abd.Razak


Zetty Nurzuliana Rashed
Norshilawani Shahidan
Ahmad Shafiq b. Mat Razali
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Zanaton Hj Iksan
Sri Andayani Binti Mahdi Yusuf
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK
Pengintegrasian ilmu naqli dan aqli sewajarnya menjadi amalan guru
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam semua disiplin ilmu. Kejayaan
dalam mengintegrasikannya bergantung kepada sejauhmana kedua-dua
ilmu ini dikuasai oleh pendidik. Namun demikian terdapat kekangan dari
sudut ilmu dan maklumat bagi para guru. Bagi memperoleh kedua-dua ilmu
dari pelbagai disiplin ilmu khususnya pendidikan Islam dan Sains, maka
pendekatan secara kolaboratif menggunakan Kajian Pembelajaran (Lesson
Study) disarankan. Lesson study terdiri daripada empat langkah utama iaitu
pembentukan kumpulan komuniti, penyediaan rancangan pengajaran,
pengajaran di kelas terbuka dan rekfleksi pengajaran. Justeru, kajian ini
bertujuan untuk meneroka kolaborasi guru pendidikan Islam dan Sains
dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli dalam kedua-dua disiplin ilmu
tersebut. Kajian telah dijalankan di Maahad Tahfiz Integrasi Sains di
Selangor dan peserta kajian terdiri daripada pentadbir sekolah dan guru
Pendidikan Islam (Syariah Islamiyyah) dan guru Sains (Biologi) yang
mengajar tingkatan lima. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan
menggunakan pemerhatian dan temubual untuk mengumpul data. Dapatan
kajian menunjukkan bagaimana guru berkolaborasi dalam proses
melaksanakan Lesson Study. Kajian ini diharap akan dapat menjadi
panduan kepada guru-guru pendidikan Islam dan Sains ke arah
memperkasakan lagi persediaan pengajaran mereka ke arah
mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli. Kolaborasi antara guru-guru
pendidikan Islam dan guru-guru Sains adalah perlu bagi menterjemahkan
sesi pengajaran yang lebih bermakna mengikut kepada konsep kesepaduan
ilmu naqli dan aqli.

Kata Kunci: Naqli, Aqli, Lesson Study, pengintegrasian, kolaborasi

PENDAHULUAN
Dewasa ini ramai dalam kalangan ibu bapa yang memilih untuk menghantar anak-anak
mereka ke sekolah-sekolah berasaskan pendidikan Islam dan Sains. Justeru permintaan
yang semakin meningkat, maka banyak pihak telah tampil untuk menawarkan pelbagai
jenis sistem dan kurikulum pendidikan Islam dan tahfiz. Di negeri Selangor, pendidikan
Islam dan tahfiz sangat giat ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan melalui Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) mahupun persatuan tahfiz dan orang perseorangan.
Penulisan ini membincangkan tentang Sistem Pendidikan Integrasi Dan Holistik Negeri
Selangor (IHES) yang merupakan salah satu tonggak utama yang ditawarkan bagi bidang
tahfiz. Memandangkan keperluan pasaran serta tuntutan semasa maka Sistem Pendidikan
Integrasi Dan Holistik Negeri Selangor (IHES) dilihat amat bertepatan dengan permintaan
untuk melahirkan pelajar yang mendalami al-Quran dalam masa yang sama dibentuk
dengan kurikulum yang seimbang dan menyeluruh melalui pengintegrasian potensi insan,
kepelbagaian kurikulum dan media. Dalam penulisan ini, penulis menerangkan bagaimana
proses pelaksanaan Kajian Pembelajaran (lesson study) telah dijalankan. Sebuah sekolah
telah dijadikan sebagai sampel kajian iaitu Maahad Tahfiz Integrasi Sains di Jugra. Para
pengkaji membuat pemerhatian dengan menerapkan pendekatan Lesson Study sepanjang
kajian dilakukan. Maahad Tahfiz Sains ini adalah sekolah yang menggunakan aliran
kurikulum tahfiz sains sepenuhnya. Pengambilan murid dari latar belakang keputusan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cemerlang merupakan asas untuk diterima
masuk di samping temuduga khas untuk kemasukan. Selain itu keputusan Peperiksaan
Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang baik juga merupakan asas utama pemilihan murid.
Atas dasar pemilihan murid yang cemerlang dari sudut akademik dan agama, pengkaji
menjangkakan kurikulum dan sistem yang ditawarkan ini berjaya diikuti dengan baik oleh
murid yang terpilih.

DEFINISI NAQLI DAN 'AQLI DALAM INTEGRASI SAINS

a. Naqli
Naqli menurut bahasa adalah dari (‫ )نقل الشيء‬iaitu mengambil sesuatu dari satu tempat ke
tempat lain atau (‫ )نَقَلَة الحديث‬iaitu mereka yang menuliskan hadis-hadis dan menyalinkannya
dan menyandarkannya kepada sumber-sumbernya. Ia bermaksud mana-mana sandaran
sumber yang diceduk atau diambil daripada sumber al-Quran mahupun hadis sebagai
sumber rujukan.

Di antara landasan utama yang telah ditetapkan dan diiktiraf sebagai dalil naqli oleh para
ulama adalah berpandukan kepada sepotong hadis:

‫اب اللَّ ِه َو ُسنَّةَ نَبِيِّه‬ ِ ِِ ِ ِ ‫تَرْك‬


َ َ‫ت في ُك ْم أ َْمَريْ ِن لَ ْن تَضلُّوا َما َتََ َّسكْتُ ْم ِب َما كت‬
ُ َ
Maksudnya: "aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, apabila engkau
berpegang kepada keduanya maka engkau tidak akan tersesat selama-
lamanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya"
(HR Imam Malik. No. 3338)

Kesimpulan daripada hadis di atas menunjukkan bahawa dalil naqli yang menjadi sumber
rujukan umat Islam ialah al Quran dan Hadis. Walaupun kedudukan al-Quran berada pada
tahap pertama dan hadis atau sunnah Rasul S.A.W adalah sumber rujukan umat Islam
kedua setelah al-Quran, namun kedudukannya dalam Islam adalah sesuatu yang tidak
dapat diragukan kerana terdapat penegasan yang banyak di dalam al Quran tentang sunnah
tersebut, bahkan di dalam beberapa tempat sunnah disebutkan bersamaan dengan al Quran
dan disebutkan juga ketaatan terhadap Rasulullah S.A.W setelah ketaataan kepada Allah
S.W.T.
b. 'Aqli
Perkataan 'aqli dari sudut bahasa berasal dari kata bahasa Arab (‫ )عقل‬yang mempunyai
beberapa maksud (al-Buraikan: t.th), antaranya:
1. (‫)الدية‬: denda,
2. (‫)احلكمة‬: kebijakan dan
3. (‫)حسن التصرف‬: tindakan yang baik atau tepat.

Dari sudut istilah pula, ia bermaksud pengetahuan dasar yang rasional bagi setiap manusia
(Muhammad Aman. T.th).

Namun demikian, ketika ilmu naqli dihubungkan dengan ilmu sains (Aqli), apa yang
ditemui oleh para sainstis hanya berasaskan rasional akal dan fikiran semata-mata
sedangkan rahsia dan rahmat Allah S.W.T itu tidak terjangkau dengan akal fikiran
melainkan dengan izin Allah S.W.T. Menurut Sulaiman Nordin (2010) beliau menyatakan
bahawa pengkajian dan pemikiran secara saintifik atas alam tabii adalah suatu cara dalam
Islam untuk mengenal Allah S.W.T sebagai Pencipta seluruh alam. Melalui sistem
pendidikan ilmu yang bersepadu pengkajian sains boleh menerapkan sifat tafakkur, berfikir
secara mendalam dan kritis serta melahirkan manusia yang beriman. Oleh itu, dalam bab
ini dapat disimpulkan bahawa ilmu naqli yang dinyatakan dalam kajian ini adalah merujuk
kepada al-Quran manakala ilmu aqli pula adalah ilmu yang terdiri daripada pelbagai
disiplin ilmu khususnya ilmu sains tauhid, sains kemasyarakatan dan sains tabii. Dalam
masa yang sama pelajar yang bakal dididik akan sentiasa menghubungkan jiwa mereka
untuk mentadabbur al-Quran melalui konsep yang diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran berteraskan ilmu aqli dan naqli. Allah telah berfirman;

           

     

Maksudnya: “Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan
untukmu. Dan bintang-bintang itu tunduk (untukmu) dengan Perintah-Nya.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda
(kekuasaan Allah bagi kaum yang memahami-Nya). (Surah An-Nahl:12).

PENGINTEGRASIAN ILMU DALAM PENDIDIKAN

Pengintegrasian Ilmu
Konsep integrasi atau kesepaduan ini berkait dengan satu himpunan konsep hubungkait,
cantuman, saling hubungan, gabung jalin, penyambungan, kesinambungan, penyelarasan,
pertalian, perkaitan, interaksi, kerjasama, merentas disiplin, kesalingbergantungan dan
penyatuan (Ingram 1979) dalam Noor Hisham (2015). Konsep integrasi atau holistik ini
berbeza sama sekali dengan takrifan Barat. Dalam Islam, konsep integrasi ini berpaksikan
prinsip tauhid, manakala konsep integrasi Barat pula berpaksikan perspektif sekular dan
materialis.

Pengintegrasian ilmu atau pendidikan bersepadu menurut Syed Naquib Al-Attas (1981)
dikenali sebagai konsep pendidikan bersepadu apabila beliau mula memperkenalkan
konsep ‘pengislaman ilmu’. Menurut al-Attas, ilmu terbahagi kepada dua bahagian iaitu
ilmu yang diberi oleh Allah S.W.T dan ilmu yang diperolehi oleh insan berdasarkan
kepada usaha aqliahnya sendiri. Al-Faruqi (1989) juga menjelaskan pengislaman ilmu
pengetahuan adalah penting sebagai satu gerak kerja bagi menyatupadukan kedua-dua
sistem pendidikan iaitu moden dan Islam. Di mana-mana bidang ilmu sama ada pemikiran,
kemanusiaan, sains kemasyarakatan ataupun sains tulen perlu diberi satu perubahan yang
menyeluruh dengan diberikan dasar Islam, diletakkan matlamat yang selaras dengan Islam,
disusun semula dengan menerapkan prinsip-prinsip Islam dalam kaedah, strategi, data,
masalah, objektif serta aspirasinya. Al-Attas dan Al-Faruqi (1982) juga menjelaskan
peranan Islamisasi ilmu menangani permasalahan dualisme yang menguasai pemikiran dan
kehidupan masyarakat Islam.

Berdasarkan Forum Pendidikan Bersepadu (1984), Tajul Ariffin dan Abdul Raof Dalip
(1986) merumuskan takrif pendidikan sepadu sebagai pendidikan yang bersumberkan al-
Quran dan Hadith di samping adanya integrasi disiplin-disiplin ilmu ke arah membina
komuniti ummah yang berteraskan akidah.

Abd. Halim El-Muhammady (1985) telah menjelaskan bahawa pendidikan bersepadu


merupakan satu proses mendidik dan melatih aqliah, jasmaniah dan rohaniah manusia
berasaskan kepada nilai-nilai Islam bersumberkan wahyu Allah S.W.T iaitu al-Quran dan
as-Sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah
S.W.T. Manakala Shahrir Mohd Zain dan Abd. Latif (1987) telah menyatakan bahawa
pendidikan sepadu sebagai ‘pendidikan yang terkamir’ yang bermaksud pendidikan yang
menekankan kepada kesatuan ilmu pengetahuan dan bukannya pendidikan yang khusus
dan sempit. Dengan adanya usaha menjaga kepentingan jasmani dan rohani, penerapan
ilmu dan pembentukan sikap, seseorang itu menjadi insaf serta dapat berfikir dengan
matang sesuai dengan fitrahnya yang suci. Tuntutan Allah S.W.T supaya ilmu dan
pemikiran manusia diintegrasikan dengan iman kepada Allah S.W.T adalah bertujuan
membolehkan para ilmuwan, para sarjana, pemikir dan intelektual membangunkan diri,
masyarakat dan alam ini selaras dengan usaha mengabdikan diri kepada Allah S.W.T serta
menyempurnakan amanah sebagai khalifah Allah S.W.T (Mohd Kamal Hasan, 1985).

Kemudiannya Tajul Ariffin (1988) mentakrifkan pendidikan sepadu sebagai gabungan


pendidikan moden dan pendidikan Islam tradisional. Pendidikan sepadu dikaitkan dengan
keperluan manusia untuk menjalinkan hubungan secara vertikal (Tuhan) dan horizontal
(sesama manusia dan dirinya sendiri serta makhluk lain). Untuk itu, manusia perlu
mempelajari ilmu agama, ilmu kemanusiaan dan ilmu sains tabii. Ketiga-tiga jenis ilmu ini
penting bagi membolehkan manusia menjayakan perhubungan yang betul dan harmonis
dengan Tuhan Maha Pencipta, dirinya sendiri dan manusia lain serta alamnya.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan pemerhatian dan temubual untuk
mengumpul data. Kajian ini telah dijalankan di sebuah Maahad Tahfiz Sains dan peserta
kajian terdiri daripada lima orang guru yang terdiri daripada tiga orang guru Sains dan dua
orang guru Pendidikan Islam. Kajian ini diharap akan dapat menjadi panduan kepada guru-
guru pendidikan Islam dan Sains ke arah memperkasakan lagi persediaan pengajaran
mereka dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli. Kolaborasi antara guru-guru
pendidikan Islam dan guru-guru Sains adalah perlu untuk menterjemahkan sesi pengajaran
yang lebih bermakna mengikut kepada konsep kesepaduan ilmu naqli dan aqli. Sistem
Pendidikan Integrasi Dan Holistik Negeri Selangor (IHES).

Sistem Pendidikan Integrasi dan Holistik (IHES)

Sistem Pendidikan Integrasi dan Holistik (IHES) yang dibangunkan oleh Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) ini merupakan satu sistem yang membantu sistem Pendidikan Islam
di negeri Selangor. Sistem ini diamalkan di kedua-dua maahad tahfiz sains ini sebagai nilai
tambah sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada. Sistem ini juga merupakan suatu
pendidikan yang sepadu, seimbang dan menyeluruh melalui pengintegrasian potensi insan,
kepelbagaian kurikulum dan media bagi mencapai visi, misi, matlamat, objektif dan
falsafah pendidikan Bahagian Pendidikan Islam JAIS berlandaskan al-Quran dan as-
Sunnah untuk melahirkan hamba Allah S.W.T yang diredhai. Budaya amalan pengajaran
dan pembelajaran yang berterusan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan
asas kepada kewujudan keberkatan dalam kehidupan manusia di samping penerapan teori
pembelajaran dari pelbagai sumber. Rajah 1.0 menunjukkan Model Pendidikan Bersepadu
dan Menyeluruh (IHES) bagi sistem ini.

misi/visi/objektif/falsafah

Rajah 2.4 Model Pendidikan Sepadu dan Menyeluruh (IHES)


Sumber: Bahagian Kurikulum JAIS 2014

Pelaksanaan sistem IHES ini adalah berdasarkan kepada budaya amalan pembelajaran
berteruskan berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan asas kepada kewujudan
keberkatan dalam kehidupan manusia di samping penerapan teori pembelajaran dari
pelbagai sumber.

Di samping itu terdapat tiga bentuk pendekatan yang digunakan dalam sistem IHES ini
iaitu 1; arahan (instructional), 2; kajian dan penyelidikan (investigational), 3; penghayatan
(immersion). Manakala terdapat lima proses pendidikan yang berterusan dan konsisten
iaitu pertama pengajaran dan pembelajaran kedua bimbingan dan pembelajaran, ketiga
adalah latihan dan pembelajaran, keempat adalah nasihat dan pembelajaran dan yang
kelima adalah rundingan dan pembelajaran.

Dalam aspek pentaksiran dan penilaian sistem IHES ini bukan semata-mata berfokuskan
kepada peperiksaan tetapi memberi tumpuan dan fokus yang bersepadu, seimbang lagi
menyeluruh dalam membentuk kemenjadian generasi al-Quran yang berasaskan akidah
yang mantap. Antara aspek-aspek yang dititikberatkan adalah pertama berkaitan dengan
penghayatan ilmu, kedua adalah pembentukkan akhlak mulia, ketiga adalah peningkatan
kecekapan dan kemahiran, keempat adalah pencapaian akademik manakala yang terakhir
adalah aplikasi dalam kehidupan.

Dalam sistem ini terdapat beberapa modul yang disediakan untuk pembangunan
profesionalisme guru antaranya seperti:

1. Program latihan pengenalan Sistem Pendidikan Integrasi dan Menyeluruh (IHES)


Program ini membincangkan tentang sistem IHES yang merangkumi dari aspek matlamat,
keperluan, visi, misi dan falsafah pembentukan sistem ini yang memberi nilai tambah
kepada sistem pendidikan JAIS.

2. Program Mengenal Diri


Program ini disusun bagi membuka ruang untuk guru-guru mensyukuri kejadian sebagai
hamba Allah S.W.T di muka bumi sebagai ciptaan Allah S.W.T yang terbaik. Program ini
juga mengajak bermuhasabah tentang kelemahan dan kesilapan diri serta berusaha
memperbaiki diri guru agar menjadi lebih baik dari hari ke hari.

3. Program Craftmanship dalam Berfikir


Melalui program-program ini diharapkan setiap guru dan staf memahami visi dan misi
institusi serta matlamat sebenar pendidikan Islam. Kefahaman ini perlulah berdasarkan
definisi Pendidikan Islam dari sumber al-Quran dan as-Sunnah. Guru-guru juga diharapkan
berfikir secara kritis dan kreatif dalam merancang setiap gerak tindakan mereka sejajar
dengan falsafah, matlamat, definisi dan hala tuju pendidikan JAIS.

4. Program Quranic Generation Development Programme


Ia memberi fokus kepada menjana generasi al-Quran yang berteraskan kepada
kemenjadian (Outcome Based Learning) yang membudayakan amalan pembelajaran
(Learning Practice) berterusan berbanding hanya teori pembelajaran merupakan pelengkap
dan tambah nilai kepada sebahagian sistem pendidikan yang berfokuskan kepada
peperiksaan atau kecemerlangan akademik. Di samping itu matlamat dan objektif program
ini adalah untuk melahirkan generasi al-Quran yang mempunyai tujuh ciri atau sifat
kemenjadian iaitu:

1. Tauhid atau akidah sebagai asas kehidupan yang diredhai Allah S.W.T
2. Tazkiyah iaitu mempunyai hati yang kembali kepada fitrah.
3. Hikmah iaitu kesesuaian dengan al-Quran dan as-Sunnah.
4. Istiqamah adalah berpendirian teguh, stabil dan mantap.
5. Muamalah adalah individu yang berkemahiran komunikasi dan interaksi.
6. Deen adalah individu yang menjadi Islam sebagai sistem kehidupan yang
lengkap.
7. Amanah kepada matlamat dan peranan hidup.

Pendekatan Lesson Study


Pengintegrasian ilmu aqli dan naqli merupakan satu tuntutan dan perkara ini selari dalam
Falsafah Pendidikan Negara yang memberi penekanan kepada pengintegrasian ilmu secara
holistik. Dalam konteks pelajar tahfiz, mereka menerima kedua-dua ilmu melalui
kurilulum akademik, kurikulum diniah dan kurikulum tahfiz. Namun, kurikulum ini
disusun secara terpisah mengikut mata pelajaran yang telah ditetapkan. Oleh itu,
pengintegrasian dan penyepaduan ilmu perlu dilakukan oleh pendidikan iaitu guru sebagai
pelaksana kepada kurikulum itu.

Bagi mengintegrasikan ilmu, pendidik perlu menguasai kedua-dua ilmu iaitu ilmu aqli dan
naqli di samping kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengintegrasian ini. Namun,
masalah yang dihadapi ialah pendidik dalam bidang Pendidikan Islam berkemungkinan
kurang mampu untuk menguasai ilmu sains secara lebih mendalam. Begitu juga dengan
pendidik dalam bidang Pendidikan Sains, mereka pula kurang berkemampuan dalam
penguasaan ilmu Naqli. Masalah ini boleh diatasi melalui pendekatan Lesson Study
(Zanaton H. Iksan, Md Noor Saper, & Zetty Nurzuliana Rashed, 2016).

Pendekatan Lesson Study memberi penekanan kepada kolaborasi antara guru melalui
Komuniti Pembelajaran Profesional (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Dalam hal
ini, kolaborasi membantu guru dalam mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli dalam kedua-
dua bidang ilmu iaitu Pendidikan Islam dan Sains. Lesson study terdiri daripada empat
langkah asas iaitu pembentukan kumpulan komuniti, merancang pengajaran, pelaksanaan
pengajaran secara kelas terbuka dan refleksi (Lewis & Hurd, 2011; Stepanek, 2007).
Namun pembentukan kumpulan komuniti menyediakan platform untuk kolaborasi antara
pendidikan dalam pelbagai bidang bagi memastikan pengintegrasian ilmu (Zanaton H
Iksan, Effandi Zakaria & Md. Yusoff Daud, 2014). Melalui kumpulan komuniti ini, guru
pendidikan Islam dan pendidikan Sains dapat berkolaborasi dan bekerjasama dalam
merancang pengajaran secara bersama (Zanaton H. Iksan et al. 2014). Hasil daripada
perancangan ini akan dilaksanakan dengan pemerhatian oleh kumpulan komuniti atau guru
lain bagi membantu sejauhmana pengintegrasian ilmu ini dapat dilaksanakan. Akhirnya,
guru yang memerhatikan pengajaran dapat memberikan maklum balas melalui sesi
refleksi. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana guru berkolaborasi dalam
proses pengintegrasian ilmu naqli dan aqli.

Pelaksanaan pendekatan Lesson Study di MTIS Selangor


Bagi memastikan keberkesanan pendekatan Lesson Study, kajian menunjukkan terdapat
elemen penting dalam pelaksanaan lesson study. Kesemua elemen tersebut telah
digunapakai sepanjang kajian lesson study dijalankan di MITS Selangor ini. Elemen
tersebut ialah (1) Pembentukan kumpulan komuniti (2) Penyediaan rancangan pengajaran
(3) Pengajaran di kelas terbuka dan (4) Refleksi pengajaran. (Lewis & Hurd, 2011;
Stepanek, 2007).
DAPATAN KAJIAN

Pembentukan kumpulan komuniti


Pembentukan kumpulan komuniti adalah satu elemen asas dalam pelaksanaan lesson study.
Kumpulan komuniti ini dibentuk bagi memastikan pendekatan lesson study ini dapat
dilaksanakan dengan baik dan lancar. Sepanjang kajian dilaksanakan di MITS di Selangor,
kumpulan komuniti yang terlibat di lapangan terdiri daripada lima orang dalam kalangan
penyelidik, seorang pembantu penyelidik, dua orang guru subjek iaitu seorang guru Sains
dan seorang guru Pengajian Islam dan dua orang guru lain yang bertindak sebagai
membantu dalam proses merancang isi pengajaran. Ketua pakar dari penyelidik telah
memberi penerangan mengenai pembahagian tugas serta tanggungjawab setiap ahli
komuniti selain seorang ketua bagi komuniti di sekolah dilantik bagi memastikan
kelancaran proses bagi pihak komuniti di sekolah.

Penyediaan rancangan pengajaran


Ketua komuniti di sekolah telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan semua
ahli komuniti di sekolah. Dalam menyediakan rancangan pengajaran pihak komuniti di
sekolah perlu membuat salinan silibus dan fokus kepada topik yang telah dipilih sesuai
dengan minggu pembelajaran supaya tidak mengganggu rancangan pengajaran sedia ada
guru yang terlibat. Semasa sesi penyediaan rancangan mengajar, komuniti di sekolah telah
membuat rakaman bagi memastikan tidak ada bahagian yang tercicir semasa proses data
ingin direkodkan dan dianalisis. Semasa kajian dilaksanakan, topik yang dipilih oleh
komuniti sekolah adalah subjek Syariah Islamiyyah tingkatan lima dengan topik
Perkahwinan manakala guru Sains yang terlibat adalah guru subjek Biologi tingkatan lima
dengan topik koordinasi dan gerak balas. Sepanjang sesi penyediaan rancangan mengajar
ahli kumpulan komuniti saling bertukar- tukar fikiran dan maklumat berkenaan isu- isu
yang sesuai untuk diintegrasikan dalam topik yang dipilih untuk sesi pengajaran.

Pelaksanaan Pengajaran
Para penyelidik telah hadir ke MTIS bagi mengikuti sesi pelaksanaan pengajaran. Dalam
kes di MTIS ini, penyelidik telah menghadiri dua sesi pelaksanaan pengajaran iaitu kali
pertama bagi subjek Pengajian Islam (Syariah Islamiyyah) dan subjek Sains (Biologi) bagi
kali yang kedua. Sepanjang pelaksanaan pengajaran, penyelidik telah merekodkan
pelaksanaan pengajaran para guru secara bertulis juga dengan penggunaan alat bantuan
mengajar seperti kamera bervideo bagi memudahkan proses mentafsirkan data ke dalam
bentuk dokumen. Sesi pengajaran turut dihadiri oleh ahli kumpulan komuniti sekolah yang
lain. Walaubagaimanapun mereka lebih banyak bertindak sebagai pemerhati sepanjang
proses pengajaran dilaksanakan.

Refleksi Pengajaran
Pada setiap kali selesai pelaksanaan pengajaran para penyelidik dan ahli komuniti sekolah
terlibat dalam sesi refleksi pengajaran. Sesi refleksi pengajaran dikendalikan oleh ketua
pakar bidang. Semasa sesi refleksi, tiga orang penyelidik, seorang pembantu penyelidik
dan empat orang ahli komuniti dari sekolah masing- masing dua dari bidang Pengajian
Islam dan dua dari bidang Sains terlibat. Pakar bidang dan para penyelidik bukan sahaja
memberi komen membina, bahkan berpuas hati dengan pelaksanaan kelas terbuka yang
telah dijalankan. Guru yang mengajar turut memberi refleksi diri dan menyatakan perkara-
perkara yang telah atau tidak dapat mereka laksanakan sepanjang semasa sesi pengajaran
berlangsung. Ahli komuniti sekolah yang lain turut memberi respon positif ke atas sesi
pengajaran yang telah dilaksanakan oleh rakan setugas mereka. Pada akhir sesi, penyelidik
turut menemuramah murid yang terlibat dalam sesi pengajaran dengan pemilihan secara
rawak. Responden yang dipilih berpendapat pengajaran yang dilaksanakan dengan
menerapkan konsep lesson study adalah sangat menarik dan memberi kefahaman yang
lebih serta dapat melibatkan integrasi antara ilmu naqli dan aqli. Proses pengajaran secara
lesson study ini membantu murid mengeluarkan sejumlah ayat al Quran yang telah mereka
hafal dan pelajari dalam konteks ilmu sains(aqli). Ini memberi satu pengalaman baharu dan
sangat baik bagi mereka.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kajian telah menunjukkan bahawa pendekatan Lesson Study dilihat
bersesuaian diterapkan di Maahad Tahfiz Integrasi Sains Negeri Selangor bagi memastikan
Sistem Pendidikan Integrasi Dan Holistik Negeri Selangor (IHES) dapat dilaksanakan
dengan lebih berkesan dan sistematik kerana dengan kaedah kolaborasi dilihat membantu
guru dalam mengintegrasikan ilmu aqli dan naqli dalam kedua-dua bidang ilmu iaitu
Pendidikan Islam dan Sains. Kaedah ini dapat meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di Maahad Tahfiz Sains (MTS) Negeri Selangor bagi mencapai
matlamat yang disasarkan. Tanpa pendekatan lesson study banyak kekangan yang akan
dilalui oleh para guru yang terlibat kerana masing- masing hanya mahir dalam bidang
masing- masing sahaja dan tidak menguasai bidang lain secara mahir. Pendekatan ini
sangat sesuai dilaksanakan kerana ia memberi nilai tambah kepada kurikulum sedia ada di
samping memberi kesan positif dalam memastikan kemenjadian pelajar tahfiz yang
seimbang dari sudut ilmu naqli dan aqli.

PENGHARGAAN
Penghargaan kepada Geran Penyelidikan dan Inovasi KUIS (GPIK) 2016 Fasa 1.

RUJUKAN
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam JAIS 2014
Temubual peserta-peserta kajian di Maahad Tahfiz Sains Negeri Selangor
al Attas, Syed Naquib. 1993. Islam dan Sekularisme,. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
al Faruqi, Ismail Raji.1989. Islamization of Knowledge: General Principle and
Workplan.Edisi Kedua. Terjemahan Abd Hamid Abu Sulayman.Washington D.C:
International Institute of Islamic Thought(IIIT).
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Lesson Study: Pembelajaran Melalui Amalan
Kolaboratif Guru. Malaysia: Bahagian Pendidikan Guru.
Lewis, C. & Hurd, J. 2011. Lesson Study: Step by Step Portsmouth, NH: Heinermann.
Stepanek, J., Appel, G., Leong, M., Mangan, M. T. & Mitchell, M. 2007. Leading
Lesson Study. Thusand Oaks, CA: Crowin Press.
Malik Bin Anas. T.th. Al-Muwaththa. Muassasah Zaaid bin Sulthan Aal nahyaan
Muhammad Amaan Bin Ali Al-Jaamii. Al-'aqlu Wa An-Naqlu 'Inda Ibni Rusydi. Al-
Maktabah Asy-Syamilah.
Sulaiman Nordin (2010). Sains Menurut Perspektif Islam.Kuala Lumpur, Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Zanaton H. Iksan, Effandi Zakaria & Md. Yusoff Daud. 2014. Model of Lesson Study
Approach during Micro Teacing. International Education Studies, 7(13): 253-260.
Zanaton H. Iksan, Siti Noraishah Mohd Nor, Siti Nordiyana Mahmud & Effandi Zakaria.
2014. Applying the Principle of Lesson Study in Teaching Science. Asian Social
Science, 10(4): 108-113.
Zanaton H. Iksan, Md Noor Saper, & Zetty Nurzuliana Rashed. 2016. Integration of
Tawhidic Science through Lesson Study Approach in teaching and learning
science or Islamic study. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 2(1): 40 – 50.

Anda mungkin juga menyukai