Anda di halaman 1dari 1

JUDUL BUKU = The Way to Be, Author: Professor Chow Po Chung

BIDANG = FALSAFAH PENDIDIKAN

SINOPSIS = Professor Chow Po Chung merupakan pensyarah Fakulti “Department of


Government and Public Administration”, The Chinese University of Hong Kong. Beliau
menulis buku tersebut adalah untuk mencatatkan masa mengajar dalam universiti, dan rasa
rindu akan cikgunya yang sentiasa membimbing beliau untuk menjadi sebagai pensyarah
yang berjaya. Kandungan buku terbahagi kepada 4 bab, iaitu mahasiswa-mahasiswi,
pensyarah, universiti, dan kenangan beliau.

NILAI PENGETAHUAN = Setelah membaca buku tersebut, saya mendapati bahawa kita
sebagai guru bukan sahaja untuk mendidik murid dari segi pengetahuan, kita sebagai
pendidikan haruslah mengambil berat terhadap perkembangan murid dari segi psikologi.
Pendidik memainkan peranan yang penting terhadap murid terutamanya sebagai teladan
mereka, oleh itu kita haruslah menunjukkan teladan yang baik untuk dicontohkan oleh
murid. Selain itu, sebagai pendidik kita sepatutnya memahami kesukaran dan kesusahan
untuk menjadi sebagai pendidik, oleh itu kita haruslah mengingati jasa pendidik kita yang
berjasa dalam membimbing kita menjadi sebagai insan yang berpengetahuan dan berjasa
kepada masyarakat.

APLIKASI ILMU DALAM ORGANISASI/ Pdp = Saya dapat menggunakan pendekatan


pengajaran yang berbeza terhadap golongan murid yang bersifat berbeza mengikut kelas
masing-masing. Penggunaan pendekatan yang berbeza akan menjayakan proses Pdp akan
dijalankan dengan lebih lancar, dan lebih berkesan. Selain itu, saya harus sentiasa
mengambil berat terhadap proses pembelajaran murid dan maklumat terkini dalam alam
pendidikan Malaysia, untuk memastikan murid dapat menyerap ilmu pengetahuan yang
terkini, memastikan pelajar tidak akan tertinggal pada jejak masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai