Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA RAMADHAN


SEMINAR PENGHAYATAN RAMADHAN
CERAMAH NUZUL AL QURAN
MAJLIS KHATAM AL QURAN

IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

ANJURAN
BIRO AGAMA
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KE-44
IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
1.0 TAJUK
Program Ihya’ Ramadhan
Ceramah Nuzul Al-Quran
Majlis Khatam Al-Quran
Majlis Berbuka Puasa Perdana (Iftar Perdana)

2.0 NAMA PENGANJUR


Jawatankuasa Biro Agama Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jawatankuasa
PERMATA Surau al-Jawahir

3.0 PENGENALAN
Program Ihya’ Ramadhan merupakan program yang telah diadakan pada setiap
tahun dalam bulan Ramadhan. Pengisian yang telah dirancang oleh Biro agama
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ke 44 adalah seminar Penghayatan
Ramadhan. Program berbuka puasa setiap hari yang dikendalikan mengikut
opsyen, ceramah Nuzul Al-Quran, Qiamullail di surau Al-Jawahir dan Program
Tadarus Al-Quran. Program ini bermula pada awal bulan Ramadhan. Bacaan Al-
Quran dibuat mengikut kumpulan tadarus yang ditetapkan selepas solat Asar
dan selepas solat sunat Terawih. Pada 14 Ramadhan pula akan diadakan Majlis
Khatam Al-Quran Perdana sebagai kemuncak bagi Program Ihya’ Ramadhan
yang telah diadakan.

4.0 RASIONAL
Diadakan sebagai pengisian aktiviti Surau Al-Jawahir bersempena bulan
Ramadhan yang mulia ini dan mendedahkan para guru pelatih dengan suasana
hidup bermuafakat.

5.0 MATLAMAT
Mendedahkan para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat serta
mengisi masa lapang dalam bulan Ramadhan ini dengan amalan kebajikan yang
sangat digalakkan.
6.0 OBJEKTIF
6.1 Menghayati bulan Ramadhan al-Mubarak
6.2 Mengimarahkan surau Al-Jawahir di bulan Ramadhan
6.3 Menambah kecintaan terhadap al-Quran
6.4 Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan guru pelatih Muslim
terutamanya dari segi tajwid dan makhraj.
6.5 mengeratkan ikatan ukhuwah di kalangan para guru pelatih.

7.0 TARIKH DAN MASA


Program Ihya’ Ramadhan :
Tadarus al-Quran : selepas solat Asar & solat Terawih
Program Iftar Perdana & Majlis Khatam Al-Quran:

8.0 TEMPAT
Surau Al-Jawahir, IPGM Kampus Temenggong Ibrahim

9.0 PENGLIBATAN DAN SASARAN


Semua guru pelatih Muslim di IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.
10. 0 KEWANGAN
10.1 Anggaran perbelanjaan
BIL PROGRAM PERKARA ANGGARAN BILANGAN JUMLAH (RM)
KOS (RM)
1 Seminar Penghayatan - Alat tulis dan 2.00 100.00 200.00
Al-Quran fail
- Jamuan 4.00 500.00 2000.00
pelajar
- Cenderamata 200.00 1 200.00
- penceramah
JUMLAH 2000.00
2 Ceramah Nuzul Al - jamuan 4.00 500.00 2000.00
Quran -Pelajar
- Cenderamata 200.00 2 400.00
-pencera
mah
JUMLAH 2000.00
3 Majlis Khatam Al - Jamuan 4.00 500 2200.00
Quran - pelajar
- Pensyarah
- Cenderamata dan 2.00 100 200.00
sijil
JUMLAH 2200.00
JUMLAH BESAR ( RM ) 6200.00

10.2 semua perbelanjaan program ini ditanggung oleh IPGM Kampus


Temenggong Ibrahim

10.3 Catatan

……………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………
.
11.0 JAWATANKUASA
Senarai Jawatankuasa Program Ihya’ Ramadhan, Majlis Khatam Al-Quran dan
Majlis Iftar Perdana.
11.1 Jawatankuasa Induk

PENAUNG
Tuan Hj. Mohd Said Bin Hasran
Pengarah,
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru.

PENASIHAT I
Tn Hj Abu Bakar bin Saari
Yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Pengurusan

PENASIHAT II
En. Baharum bin. Sulman
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

PENSYARAH PENYELARAS
En. Mohd Yusoff bin Dagang

BENDAHARI
Puan Norhayati Binti Ibrahim
Pegawai Eksekutif Kanan
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim
11.2 Jawatankuasa Kerja

PENASIHAT
Ustaz yusoff Bin Dagang
Encik Baharum bin Sulman

PENGERUSI
Ishak Ridhwan Bin Che Md Nawi

NAIB PENGERUSI
Mohd Faris Bin Mokhtar

SETIAUSAHA
Mohd Hafiz Bin Mungin

NAIB SETIAUSAHA
Nur Hazwani Binti Wakanan

BENDAHARI
Syafiie Bin Ja’at

1. J/K JEMPUTAN
Muhammad Hasif Bin Hamdan

2. J/K PUBLISITI & PENERBITAN


Syamsul Khairi Bin Zakaria

3. J/K HADIAH & SIJIL


Mohd Riezman bin Ali

4. J/K KEHADIRAN & DISIPLIN


Mohd Hasmi Bin Hassan
5. J/K PERSIAPAN & ALATAN
Syafiie Ja’at

6. J/K RAKAMAN & DOKUMENTASI


Norsilah Bt Rosli

12.0 AKTIVITI / JADUAL


12.1 Aturcara majlis (14 September 2009)
TARIKH/MASA AKTIVITI

4.30 petang  Semua guru pelatih mengmbil tempat


5.30 petang  Ketibaan Pengarah, Timbalan dan para
pensyarah
5.45 petang  Majlis Khatam Al-Quran bermula
 Penyampaian Cenderamata
6.30 petang  Ceramah ringkas daripada Ustaz Hj. Ahmad
Puaad Bin Abdul Rahman
7.20 petang
 Buka Puasa ringkas
 Solat Maghrib berjemaah
 Majlis Iftar Perdana bermula
 Solat Isyak dan solat sunat terawih berjemaah
10.00 malam
 bersurai

13.0 PENUTUP
Diharap semua program ihya Ramadhan ini mendapat kerjasama daripada
seluruh warga kampus dan seterusnya mencapai objektif dan matlamat program.

Anda mungkin juga menyukai