Anda di halaman 1dari 1

CABARAN GURU PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan merupakan satu wadah utama untuk pembangunan sesebuah


negara. Pendidikan yang baik ialah pendidikan untuk semua dan merangkumi
segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan murid. Ia
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu “Pendidikan adalah
usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara”. Oleh itu, pendidikan yang khusus dan bersesuaian dengan
keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga perlu disediakan.

Anda mungkin juga menyukai