Anda di halaman 1dari 1

Rumusan

Kebolehan pelajar melibatkan diri dalam situasi pengajaran dan pembelajaran bermakna di dalam
bilik darjah merupakan kehendak standard untuk setiap warganegara yang bertanggungjawab dalam
masyarakat moden dan demokratik.Kita harus melahirkan pelajar sebagai pemikir berkesan dan ini
merupakan matlamat penting dalam dunia pendidikan. Jika kita inginkan murid bertidak secara efektif
dalam setiap aktiviti yang dianjurkan, maka kita perlu menyesuaikan pendekatan, kaedah dan teknik
yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran bahasa
memerlukan penumpuan terhadaptugas-tugas dan aktiviti bermakna. Sekiranya dapat menyampaikan
pengajarandalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna, murid-murid bukan sahaja dapatmemperbaiki
penggunaan sistem bahasa mereka tetapi juga berkemampuanuntuk mengunakan bahasa itu dengan
lancar dan fasih. Pemerolehan bahasa adalah salah satu cara manusia untuk dapat menguasai dan
menggunakan suatu bahasa yang dipelajari atau bahasa sasaran yang dapat disesuaikan dengan
perkembangannya. Harimurti (1983:123) mengatakan bahwa pemerolehan bahasa dapat diartikan
sebagai proses pemahaman dan proses hasil berbahasa pada manusia melalui beberapa tahap yakni
fasih.

Anda mungkin juga menyukai