Anda di halaman 1dari 15

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


FAKULTI PENDIDIKAN

GGGE 6563
STRATEGI PENGAJARAN

PENSYARAH

PROF DR RUHIZAN BT. MOHAMMAD YASIN

NAMA PELAJAR

INTAN SUFINAZ

(P83522)

PADMANABAN MADAWAN (P83569)

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

ABSTRAK

Kaedah pengajaran bahasa sememangnya perlu dipelbagaikan bagi menepati matlamat serta objektif
pembelajaran. Kaedah pengajaran yang berkesan adalah salah satu kunci kepada kejayaan pembelajaran
bahasa kerana ianya bukanlah matapelajaran yang berlandaskan kaedah hafalan tetapi perlu dipelajari
melalui kekerapan penggunaan, latihan, amalan dan juga melalui pengalaman. Pemilihan kaedah yang
sesuai untuk pembelajaran bahasa adalah penting bagi mengimbangi masalah kekurangan persekitaran
komunikasi Bahasa Inggeris yang boleh membantu penguasaan Bahasa Inggeris secara optimal.
Pembelajaran berasaskan tugasan komunikatif adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
kerana ia berpusatkan pelajar dan membenarkan mereka untuk terlibat secara aktif dari segi mentak dan
fizikal dalam menggunakan bahasa yang dipelajari. Dengan cara ini, aktiviti- aktiviti yang dilakukan akan
menjadikan pembelajaran lebih bermakna kerana pelajar sepenuhnya melibatkan diri dalam proses
pembelajaran dan lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Strategi pengajaran
dan pembelajaran yang menekankan penggabungjalinan adalah satu strategi yang bertepatan dengan
usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Keberkesanannya bergantung
pada penggunaan bahan bantu mengajar serta pengolahan teknik yang dapat meransang dan
menggalakkan pelajar unuk berrfikir, berinteraksi dan berkomunikasi.

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

PENGENALAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang
meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara
ringkas, pengajaran merupakan proses penyampaian dan menyumbang idea-idea serta
memudahcara pembinaan sesuatu ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti,
membantu seseorang pelajar untuk belajar dan membantupelajar mencapai potensi optimum.

Pengajaran boleh dikatakan sebagai satu teknik untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan
dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Aspek terpenting dalam
pengajaran ialah para guru perlu menilai keperluankeperluan pembelajaran yang khusus serta
mengaplikasi strategi-strategi pada aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.

Salah satu strategi dalam pengajaran dewasa ini ialah pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Tugasan Komunikatif (CBTL), yang berasaskan pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian.
Pengajaran ini mementingkan pemahaman serta pengalaman sebenar pelajar, berpusatkan pelajar
dan berpegang kepada fahaman yang menganggap pelajar sebagai pelajar yang aktif dan guru
sebagai pemandu atau pemudahcara dalam proses- proses pembelajaran. Pendekatan ini
berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme yang menekankan bahawa manusia belajar lebih
baik dengan membina pengetahuan secara aktif iaitu dengan caramerangkai maklumat baru yang
diperoleh dengan maklumat lepas.

PEMBELAJARAN BERASASKAN TUGASAN


Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tugasan adalah diasaskan oleh N.S. Prabu dari Bangalore,
India. Menurut beliau, para pelajar boleh menguasai bahasa dengan lebih berkesan jika mereka
memberi perhatian kepada tugasan yang hendak dilaksanakan dan bukannya kepada bahasa itu
sendiri. Tokoh- tokoh lain seperti David Nunan, Jane Willis, Rod Ellis dan yang lain turut
mengambil inisiatif dalam memperkembangkan lagi pendekatan ini.

Demi memahami konsep pendekatan Pembelajaran Berasakan Tugasan, berikut adalah beberapa
penjelasan seperti yang dikumpul oleh Rod Ellis(2003) di dalam bukunya Task Based Language
Learning and Teaching. Richards, Plate, Weber(1985) mendefinisikan tugasan sebagai sebarang
aktiviti atau tindakan yang dihasilkan daripada suatu proses memahami bahasa seperti melukis
peta semasa mendengar rakaman atau mendengar sebarang arahan sertamelaksanakannya. Nunan

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

(1992) pula menyatakan tugasan di dalam komunikasi sebagai sesuatu kerja di dalam kelas yang
melibatkan kefahaman pelajar, penghasilan atau berinteraksi di dalam bahasa yang dipelajari di
mana pemerhatian diberi lebih kepada makna bahasa berbanding dengan bentuk bahasa.

PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOMUNIKATIF


Pendekatan komunikatif merupakan pendekatan yang berfokus kepada interaksi dan komunikasi
di dalam bilik darjah. Pendekatan ini menitikberatkan penggunaan bahasa yang betul untuk
aktiviti komunikasi selain pembentukan tatacara berkesan dalam pengajaran dengan melibatkan
keempat-empat kemahiran berbahasa. Aktiviti-aktiviti komunikatif yang dijalankan oleh guru
hendaklah berdasarkan komunikasi fungsian sebagaimana yang dicadangkan oleh Littlewood
(1981) kerana fokus utama aktiviti jenis ini ialah aktiviti di dalam bilik darjah. Dari segi kriteria
aktiviti komunikatif, Harmer (1983) telah menggariskan criteria kriteria berikut:
1)Hasrat komunikasi: Aktiviti hendaklah menimbulkan hasrat untuk berkomunikasi. Pelajar
merasakan mereka benar-benar perlu untuk bercakap dan berkomunikasi.

2. Tujuan komunikasi. Aktiviti hendaklah melibatkan pelajar melakukan komunikasi sebenar


dan bukan hanya untuk mempraktikkan bahasa sahaja. Oleh itu perlu jurang maklumat atau idea
antara peserta komunikasi.

3. Kandungan dan bukan struktur: Dalam melaksanakan aktiviti, pelajar perlu menumpukan
perhatian terhadap perkara yang mereka perkatakan dan bukan kepada kaedah mereka
memperkatakannya. Oleh itu, mereka perlu menumpukan kepada mesej yang hendak
disampaikan bukankepada struktur-struktur bahasa yang digunakan untuk menyampaikan mesej
tersebut.

4. Kepelbagaian struktur bahasa: Aktiviti hendaklah membolehkan pelajar dapat


menggunakan pelbagai bentuk atau struktur bahasa. Pelajar akan berasa bebas untuk
menggunakan apa jua bentuk struktur bahasa yang menjadi pilihannya.

5. Tiada campur tangan guru: Semua aktiviti yang dijalankan membolehkan pelajar
melaksanakan sesama mereka. Pembetulan atau penilaian guru adalah terhadap hasil aktiviti
yang telah dijalankan. Penilaian juga hendaklah berasaskan pencapaian pelajar dalam
komunikasi dan bukan terhadap penggunaan bahasa sama ada betul atau salah.

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

6. Tiada pengawalan bahasa: Guru tidak akan mengawal bahasa yang akan digunakan oleh
pelajar tetapi pelajar sendiri yang akan memilih bahasa yang akan mereka gunakan.

Johnson (1982) pula telah menggariskan lima kriteria atau prinsip aktiviti komunikatif iaitu: 1.
Prinsip pemindahan maklumat. Aktiviti yang melibatkan pemahaman terhadap maklumat yang
diterima dan kemudian memindahkan maklumat tersebut dalam bentuk yang berlainan. Seperti
memindahkan maklumat dalam bentuk graf kepada laporan bertulis.

2. Prinsip jurang maklumat. Sebagai contoh, komunikasi akan wujud apabila seorang A tidak
mengetahui apa yang diketahui oleh seorang B. Untuk tujuan mendapatkan maklumat, A akan
bertanya kepada B bagi mengurangkan jurang maklumat antara keduanya.

3. Prinsip cantuman benda berpisah (jigsaw). Aktiviti yang dapat mengumpulkan maklumat yang
terpisah untuk menyempurnakan sesuatu tugas.

4. Prinsip kebergantungan tugas. Sesuatu tugas hanya akan dapat dijalankan dengan
menyelesaikan tugas lain yang terdahulu.

5. Prinsip pembetulan kandungan. Penilaian guru adalah kepada hasil bahasa pelajar semasa
berkomunikasi dalam menjalankan sesuatu tugas. Tetapi pada peringkat tertentu, guru boleh
membetulkan ketepatan tatabahasa pelajar.

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

11 kriteria aktiviti komunikatif seperti yang diperkenalkan oleh Harmer (1983) dan Johnson
(1982) diringkaskan sebagaimana dalam rajah 1 berikut:

jurang maklumat

hasrat komunikasi

pemindahan maklumat

kandungan dan bukan struktur

KRITERIA AKTIVITI
KOMUNIKATIF

kepelbagaian struktur bahasa

Harmer(1983)&Johnson(1982)

tiada campurtangan

jigsaw

guru

kebergantungan tugas

pembetulan

tiada pengawalan

kandungan

bahan

tiada pengawalan
bahasa

Rajah 1: Kriteria Aktiviti Komunikatif

Pengajaran bahasa komunikatif merupakan suatu pendekatan dalam pengajaran bahasa kedua
yang

menekankan

interaksi

baik. Nunan

(1991:279)

menyatakan 5 ciri

khas

utama

Pembelajaran Bahasa Komunikatif, iaitu :


1.

Penekanan pada pembelajaran untuk berkomunikasi melalui interaksi dalam bahasa


sasaran

2.

Pengenalan teks asli dalam situasi pembelajaran

3.

Pemberian peluang bagi pelajar untuk fokus bukan saja pada bahasa tetapi juga pada
proses belajar itu sendiri

4.

Peningkatan pengalaman peribadi pelajar sendiri sebagai unsur yang memberikan


sumbangan terhadap hasil belajar di kelas

5.

Keupayaan menghubungkan pembelajaran bahasa di kelas dengan pengaktifan bahasa di


luar kelas.

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

Prinsip-prinsip yang dapat dipertimbangkan dalam kegiatan pengajaran bahasa di kelas


antaranya adalah:
Kegiatan yang melibatkan komunikasi nyata mendorong hasil belajar
Kegiatan yang di dalamnya adalah penggunaan bahasa untuk melakukan

tugas-tugas

yang bermakna meningkatkan hasil belajar


Bahasa yang bermakna bagi pelajar mendukung proses pembelajaran (prinsip
kebermaknaan)
Penggunaan

bahasa

yang

asli

menentukan

pencapaian

terhadap

keberhasilan

pembelajaran bahasa kedua/asing


Penggunaan kerja pasangan atau kerja kelompok dalam situasi komunikatif interaktif
Eksplorasi berdasarkan task-based exploration, negosiasi dan pemecahan masalah

PRINSIP GABUNGAN
Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Tugasan secara asasnya adalah sama seperti ciri-ciri
pendekatan Komunikatif. Namun pendekatan pembelajaran berasakan tugasan ini, menekankan
kewujudan tugasan yang dikendalikan oleh pelajar sendiri sebagai tambahan kepada apa yang
ditekankan di dalam pembelajaran komunikatif. Di samping itu, apa yang telah dihuraikan oleh
Rod Ellis(2003) mungkin dapat memperincikan lagi apa yang dimaksudkan dengan
Pembelajaran Berasaskan Tugasan. Di antara ciri-cirinya adalah seperti berikut:

memfokus kepada keaslian bahasa yang diperolehi

mendekatkan pelajar kepada persekitaran sebenar dalam penggunaan bahasa

pembelajaran berpusatkan pelajar

mengutamakan penghasilan bahasa dari sudut komunikasi

melibatkan keempat-empat kemahiran bahasa

memberi penekanan kepada pemahaman bukan kepada tatabahasa semata-mat

guru bersifat sebagai pembimbing atau pemudah cara bukan pengajar atau penceramah

Asas pertama bagi aktiviti Pembelajaran Berasaskan Tugasan Komunikatif (CBTL) yang
digunakan dalam aktiviti ini ialah konsep komunikasi bahasa. Komunikasi bahasa menurut
Toimah (2004) ialah satu proses yang dapat memindahkan maklumat daripada satu pihak kepada

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

yang lain sehingga keduanya saling memahami antara satu sama lain. Beliau menambah bahawa
komunikasi sebenar perlu wujud di dalam kelas kerana tiga sebab utama. Pertama, keupayaan
komunikasi dalam bahasa merangkumi semua bentuk hubungan antara bahasa dan budaya,
begitu juga antara bahasa dan masyarakat.

Kombinasi pembelajaran berasaskan tugasan dan pendekatan komunikatif adalah satu gabungan
pembelajaran yang dapat membangunkan erti pengetahuan secara mendalam. Pelajar dapat
memahami dengan lebih mendalam andai terlibat secara langsung serta berkomunikasi. Selain
daripada itu melalui pendekatan Pembelajaran Berasaskan Tugasan Komunikatif (CBTL) ini
juga dapat menggalakkan pembelajaran secara aktif dalam situasi sebenar di manamereka perlu
melengkapkan tugasan dan mengambil bahagian secara langsung dalam tugasan yang diberikan
oleh pengajar. Pelaksanaan kaedah ini juga bertepatan dengan pembelajaran berpusatkan pelajar
di mana pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan dan guru bertindak sebagai
pemudahcara. Pelaksanaan aktiviti ini juga dapat memberi pengalaman semula pengajaran dan
pembelajaran secara semulajadi kepada pelajar yang akan membuatkan pembelajaran lebih
bermakna dan berkesan.

Terdapat tiga peringkat pelaksanaan yang biasa digunakan dalam pendekatan Pembelajaran
Berasaskan Tugasan:
1)Sebelum tugasan: peringkat ini merupakan peranan guru atau pengajar bagi membuat
penjelasan atau menyediakan perbendaharaan kata asas kepada para pelajar. Jika perlu, pengajar
boleh menunjukkan model bagaimana tugasan akan dilaksanakan
2)Semasa tugasan berjalan: para pelajar melaksanakan tugasan kebiasaannya dalam
bentuk kumpulan kecil atau secara berpasangan. Ketika ini pengajar bersifat sebagai pemerhati
yang memantau dan tidak masuk campur di dalam perbicangan agar pelajar dapat berinteraksi
sesama mereka secara lebih berkeasan
3)Selepas tugasan: peringkat akhir ini adalah selepas tugasan selesai di mana para
pelajar boleh memberi rumusan atau ulasan terhadap apa yang telah mereka lakukan serta
memberi komen yang membina. Jika perlu, di peringkat ini tugasan yang yang telah dilakukan
boleh diulangi.

N.S.Prabu memperincikan tugasan kepada tiga bahagian seperti berikut:


1) Aktiviti penyempurnaan maklumat(Information gap activity):seperti aktiviti yang
melibatkan penjelasan, huraian dan penceritaan

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

2) Aktiviti penyataan sebab(reasoning gap activity):seperti aktiviti yang menghuraikan sebab


atau ulasan, jangkaan,ramalan dan sebagainya
3)

Aktiviti penyataan pandangan(opinion gap activity):seperti aktiviti perbualan yang

melibatkan perasaan,sokongan,komentar,hujahan dan sebagainya

SENARIO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEMASA


Menurut kajian yang dilakukan oleh Ismail(2011) pencapaian akademik yang tinggi tidak
menjamin pekerjaan kepada graduan tanpa memiliki kemahiran employabilityserta penguasaan
Bahasa Inggeris yang baik. Majikan atau pihak industri sudah menggariskan beberapa kriteria
yang dikehendaki untuk pekerja mereka. Majikan memerlukan pekerja yang mempunyai bukan
sahaja kemahiran teknikal malah memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran-kemahiran
bukan bukan teknikal seperti komunikasi secara lisan dan bertulis,disiplin diri, kemahiran
interpersonal,kemahiran bekerja dalam kumpulan,kemahiran menyelesaikan masalah,kemahiran
berfikir aras tinggi serta kemahiran berkomunikasi.Pandangan ini disokong oleh MohdYusop
Ab. Hadi, JailaniMohd Yunos, NorainiKaprawi (2006)antara cabaran globalisasi ialah
melahirkan pekerja-pekerja bertaraf k-worker untuk memenuhi permintaan industri.Pendekatan
Pembelajaran Berasaskan Tugasan Komunikatif(CTBL) boleh dilaksanakan bagi menangani isu
di atas yang menerapkan kemahiran- kemahiran insaniah dalam aktiviti pembelajaran.

Selain daripada itu Robiah Sidin (2007) berpandangan dalam kebanyakan keadaan, pengetahuan
dipersembahkansebagai fakta, pengalaman lepas pelajar dianggap tidak penting dan yang lebih
merisaukan, pelajar tidak bebas menggunakan kaedah yang berlainan daripada yang digunakan
guru untuk menyelesaikan masalah. Hasil daripada gaya penyampaian berkenaan, ianya hanya
akan melahirkan pelajar yang pasif dan tidak berdaya saing.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penilaian kejayaan guru di bilik darjah sering kali diukur
melalui skor ujianpelajar yang dicapai. Kejayaan ujian itu pula memerlukan lebih banyak fakta
pengetahuan daripada penggunaan pemikiran pada aras tinggi. Penekanan terhadap peperiksaan
mempengaruhi amalan pengajaran guru, kadangkala sehingga mereka boleh mengubah
kandungan subjek yang diajar itu untuk memenuhi keperluan ujian (Rowan 1990). Ada kalanya
guru menggunakan pengajaran secara tradisional demi dapat segera menghabiskan sukatan
pelajaran yang ditetapkan. Pelajar tidak berpeluang memindahkan atau mengaplikasikan
pengetahuan kerana sekolah menggunakan pendekatan tersebut untuk membolehkan pelajar

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

mencapai skor yang tinggi dalam peperiksaan. Ini adalah kerana pihak sekolah dan guru pula
bergantung pada penilaian berdasarkan skor pelajar dalam peperiksaan umum. Maka berlakulah
kes dimana pelajar hanya sepenuhnya diajar sebagai persediaan menghadapi peperiksaan (Tanner
& Tanner 1995).

Secara umumnya,didalam kelas pengajaran secara tradisional yang menggunakanpendekatan


tingkah laku, pelajar dianggap sebagai penerima yang pasif. Biasanya pengajaran guru akan
berbentuk syarahan, dengan guru menulis nota di papan hitam dan memberikan lembaran kerja
kepada pelajar untuk disiapkan. Dengan penggunaan kaedah tradisional ini, pelajar mengikut
langkah-langkah tersebut melalui tunjuk cara guru dan modul bercetak tanpa memikirkan
mengapa ia perlu dilakukan. Pelajar sebenarnya tidak faham apa dan mengapa sesuatu kemahiran
perlu dilakukan. Acapkali berlaku, pengetahuan dipersembahkan sebagai fakta, pengalaman
lepas pelajar dianggap tidak penting dan yang lebih merisaukan, pelajar tidak bebas
menggunakan kaedah yang berlainan daripada yang digunakan guru untuk menyelesaikan
masalah.

IMPLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN TUGASAN KOMUNIKATIF (CTBL)


Dalam pengajaran aktiviti komunikatif, sesuatu aktiviti seharusnya dapat menimbulkan hasrat
dalam diri murid untuk berkomunikasi dan bertanyakan maklumat. Aktiviti seperti ini dapat
memupuk motivasi pada diri murid dan dapat menimbulkan minat untuk mereka menggunakan
bahasa yang sesuai yang sedang dipelajari. Selain itu, aktiviti ini juga akan menjadikan murid
dapat menggunakan bahasa, ingin lebih bebas, tiada rasa rendah diri, tiada rasa malu, berani
mencuba, sentiasa mencari peluang dan bekerjasama dengan rakan untuk berkongsi maklumat.

Interaksi dalam kelas pada kebiasaannya dikendalikan oleh guru tetapi ia tidak bermakna guru
mendominasi pengajaran dan pembelajaran. Perbualan yang berlaku di dalam kelas adalah yang
diusulkan oleh guru. Semakin aktiviti tersebut memenuhi kriteria aktiviti komunikatif, semakin
aktif murid akan turut serta dalam interaksi dan komunikasi didalam kelas. Pengajaran aktiviti
komunikatif didapati telah banyak membantu murid mempertingkatkan keupayaan bertutur dan
berinteraksi. Aktiviti yang dijalankan ke atas mereka telah secara tidak lansung memaksa
mereka untukberinteraksi antara satu sama lain, bersesuaian dengan tujuan dan fungsi

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

komunikasi yang telah diberikan oleh guru. Pelbagai strategi yang digunakan oleh guru telah
menambahkan lagi kelancaran pembelajaran yang aktif.
Pada peringkat pendidikan guru, penekanan perlu diberikan kepada aktiviti semasa pengajaran
dilaksanakan. Guru-guru pelatih hendaklah didedahkan dengan cara bagaimana komunikasi
boleh berjalan dengan baik di dalam kelas. Guru-guru pelatih perlu diberi pengetahuan dan
kemahiran tentang kriteria-kriteria serta aktiviti komunikatif yang sesuai.

Pembinaan bahan yang berkualiti daripada penulis buku teks dan guru sendiri perlu lebih kreatif
serta bijak memilih bahan yang mampu mempertingkatkan peluang untuk murid berkomunikasi.
Bahan dan kandungan yang dipilih hendaklah memenuhi prinsip-prinsip aktiviti komunikatif,
terutamanya daripada aspek fungsi-fungsi bahasa dan tugas komunikasi.

CABARAN PELAKSANAAN
Antara cabaran yang dikenalpasti adalah dari aspek murid yang lemah. Mereka agak sukar untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad.
Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja perlu
terjadi secara spontan dan segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan
pada mereka untuk merancang dan berfikir.

Menurut Che Yaakob(1991)para guru kini terbeban dengan tugas-tugas sampingan yang banyak
sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada tugas yang utama,iaitu mengajar. Oleh sebab
itu, ada kalanya guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan
kepada murid. Selain daripada itu, kelemahan lain yang dapat dikesan ialah isu ketepatan masa.
Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
baik dan lancar. Hal ini berlaku kerana terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang
menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah
menyampaikan isu pelajaran terganggu,hasil pembelajaran yang dirancang akan turut tergendala.
Oleh itu, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Di samping itu, setiap bilik
darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal,
kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid.

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

Roselan(2003) mendapati perspektif guru terhadap amalan pengajaran masih lagi kekal dalam
paradigma tradisional walaupunmereka telah didedahkan dengan pelbagai teori dan perspektif
pendidikan. Selain daripada itu, kekangan peperiksaan juga turut menjadikan komunikasi
pengajaran guru adalah lebih berfokus kepada peperiksaan. Ini menyebabkan banyak aspek
perbincangan yang dilaksanakan adalah lebih bertumpu komponen struktural sesebuah karya.
Keadaan ini menjadikan interaksi lisan hanya berlaku dalam bentuk komunikasi sehala dan
pelajar hanya menjawab apabila diminta oleh guru.

CADANGAN PELAKSANAAN
Seorang guruharuslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, perancangan guru
seharusnya lebih mantap dan kreatif contohnya dari segi mempelbagaikan kemudahan dan
sumber rujukan supaya aktiviti P&P menjadi lebih bermakna dan lebih sempurna. Dari aspek
pembentukan kumpulan, guru perlu mempelbagaikan proses untuk membahagikan kumpulan
supaya pelajar-pelajar dapat merasai pengalaman yang pelbagai bersama murid-murid lain.
Selain daripada itu juga, guru perlu mengambil kira aspek kesesuaian tempat sekiranya ingin
menjalankan kaedah simulasi agar murid-murid berasa selesa semasa mempersembahkan
simulasi mereka. Dalam usaha memastikan agar disiplin pelajar sentiasa terkawal, guru
hendaklah memberitahu pelajar supaya berbincang dalam keadaan yang tidak mengganggu
pelajar-pelajar yang lain sebelum mengarahkan meraka melakukan sesuatu aktiviti.

Guru juga perlulah lebih bijak dalam menyesuaikan teknik pengajaran dengan kehendak dan
latar belakang pelajar supaya teknik yang digunakan dalam pengajaran dapat menarik minat
pelajar belajar. Melalui sesi pembelajaran berasaskan tugasan komunikatif(CTBL) yang
berkesan dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran yang dipelajari.
Penggunaan multimedia di dalam pengajaran dan pembelajaran juga dikatakan efektif dalam
menarik minat pelajar untuk belajar. Guru-guru pelatih hendaklah sentiasa didedahkan dengan
cara bagaimana komunikasi boleh berjalan dengan baik di dalam kelas. Guru-guru pelatih perlu
diberi pengetahuan dan kemahiran tentang kriteria-kriteria serta aktiviti pembelajaran berasaskan
tugasan komunikatif (CBTL) yang sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kaedah Pembelajaran Berasaskan Tugasan Komunikatif(CTBL)bukan
sahaja mampu menjadikan alam pendidikan lebih menarik, selesa dan berkualiti.Dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran, pelajar-pelajar diberi tugasan tertentu sama ada secara
individu atau secara berkumpulan dan mengikut tahap kebolehan mereka. Melalui aktivitiaktiviti yang dijalankan, proses pembelajaran berasaskan tugasan komunikatif boleh berlaku
secara semulajadi, tidak disedari dan tiada tekanan. Pelaksanaan CBTL juga memberi peluang
kepada murid untuk terlibat secara aktif di dalam pembelajaran, terdedah kepada senario sebenar,
mempelajari kemahiran inter dan intrapersonal dan lebih bebas menyiapkan tugasan walau masih
terikat dengan skop dan masa yang ditetapkan.

Selain itu, pendekatan CBTL dapat merungkaikan sistem belajar di sekolah yang ' rigid' dan
lebih tertumpu kepada teori sahaja. Maka, menjadi kerugian kepada guru dan murid jika
kebaikan dan kelebihan CBTL tidak diaplikasikan dan seterusnya dimanfaatkan bersama.

Kaedah

Pembelajaran

Berasaskan

Tugasan

Komunikatif

(CBTL)banyak

membantumeningkatkan keberkesanan pembelajaran pelajar dan boleh dilaksanakan dalam


pelbagai bidang pengajian. Pembelajaranpelajar telah dapat diubah daripada rote learning
kepada pembelajaran bermakna atau meaningful learningterhasil daripada pendedahan pelajar
kepadasituasi yang sebenar atau berasaskan pengalaman semasa melaksanakan tugasan.
Pendekatan ini juga telah berjaya membantu pelajaruntuk meningkatkan kemahiran insaniah
mereka bagi menghadapi dunia pekerjaan kelak. Kebiasaannya pengalaman ini tidak diperoleh
melalui kaedah tradisional khususnya apabila guru menggunakan kaedahsyarahan.

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

SENARAI RUJUKAN
Amir Awang. 1987. Corak Rancangan Pengajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Azizi Bin Yahaya & Syazwani Binti Abdul Razak, Teori Berkaitan Gaya Pembelajaran Dan
Kaedah Pengajaran, Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia
Basturkmen, H. L. 2006. Ideas and Options InEnglish For Specific Purposes.Mahwah, New
Jersey, Lawrence Erlbaum Associates Inc.
Cece Wijaya dan A. Tabrani Rusyan. 1991. Kemampuan Dasar Guru Dalam Proses BelajarMengajar. Penerbit PT Remaja Rosdakarya, Bandung.
Ellis, Rod. 2006. The methodology of task-based teaching. Asian EFL Journal 8/3: 19-45.
Harmer.J. 1982.What is Communicative? ELT Journal. 36 (3):164-168.
Harmer.J.1983. Inauthentic Authenticity or Authentic Inauthenticity? TESL EJ, Volume 1(Ogos)
Hussain Othman 2003. Rote Learning and Meaningful Learning: A Survey from Western and
IslamicConcepts of Education, Jurnal Kemanusiaan, 1 (Oktober): 39-58.
Hussain Othman, Berhannudin Mohd Salleh, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus & Abdullah
Sulaiman. Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBL dan POPBL)
Bagi

Meningkatkan

Kemahiran

Insaniah

Pelajar,

Pemikiran

kritis

dan

kemahiran

menyelesaikan masalah
Hussain Othman, BerhannudinMohdSalleh, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus & Abdullah
Sulaiman. Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (PBL dan POPBL)
Bagi

Meningkatkan

Kemahiran

Insaniah

Pelajar.

Pemikiran

kritis

dan

kemahiran

menyelesaikan masalah
Littlewood W. 1981. Communicative Language Teaching: An Introduction.Cambridge.
Lutfi Hassan danNorhayuza Mohamad. 2010. Penggunaan Strategi Pembelajaran Berasaskan
Tugasan Dan Aktiviti Dalam Kalangan Pelajar-Pelajar Bahasa Arab UITM. Universiti
teknologi Mara, Shah Alam.
M.Mojibur Rahman. 2010. Teaching Oral Communication Skills: A Task-based Approach. ESP
World, Issue 1 (27), Volume 9, 2010,

STRATEGI PENGAJARAN GGGE 6563

KERTAS KONSEP

INTAN SUFINAZ& PADMANABAN

Mohamad Sattar Rasul, Md Yusof Ismail, Napsiah Ismail, Rashid Rajuddin, Roseamnah Abd.
Rauf (2009). Aspek Kemahiran Employability Yang Dikehendaki Majikan Industri Pembuatan
Masa Kini. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 67 79
N.S.Prabhu. 1987. Second Language Pedagogy.Oxford University Press.
Nitce Isa Medina Machmudi Isa & Mai Shihah Hj Abdullah. 2013. Pembelajaran Berasaskan
Projek:

Takrifan,

Teori

dan

Perbandingannya

dengan

Pembelajaran

Berasaskan

Masalah.CREAM - Current Research in Malaysia Vol.2, No. 1, January 2013: 181-194


Nunan, D. 1989. Designing Tasks For The Communicative Classroom. Cambridge: Cambridge
University Press.
Nunan, D. 1989. Understanding language classrooms. London: Prentice-Hall International.
Nunan. D. 2004. Task-based language teaching. Cambridge: Cambridge University Press.
Oxford, R. L., Lavine, R. Z., & Crookall, D. 1989. Language learning strategies, communicative
approach and classroom implications. Foreign Language Annals.
Pornpimon Saeheng dan Noppadol Prammanee. 2012. The Effect of Using a Task-Based
Interactive LearningProgram on English Reading Ability of HigherVocational Certificate
Accounting Students. HRD JOURNAL Volume 3. Number 1. June.2012
Rahimpour, M. 2008. Implementation of task-based approaches to language teaching. Foreign
Languages Research (Pajohesh-e-Zabanhay-e- Khareji), Special Issue in English, Tehran
University, No, 41, 45.61.
Robiah Sidin &Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran
dalamPembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan 32 (2007) 139-152
Wesche, M. B. & Skehan, P. 2002. Communicative, Task-Based, and Contentbased Language
Instruction.

Anda mungkin juga menyukai