Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah, kurniakanlah padaku kejayaan terbesar iaitu selamat dari api nerakamu dan masuk ke syurga firdaus.

Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami

Ya Rahman, kurniakan pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkann kalimah syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir kami dan kurniakan kami syafaat Rasulullah saw.

Ya Allah masukkan kami dalam kalangan Rasulullah dan para sahabat

Selamatkanlah rakan rakan bukan islamku dari neraka dan kurniakan mereka hidayahMu

Satukanlah aku dalam Syurga FirdausMu dengan orang orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.

Ya Rahim, Sempurnakan ibadahku dan agamaku dan selamatkan aku daripada segala kejahatan dan izinkan aku untuk membantu orang yang susah.

Ya Allah terima lah amalan baik kami dan tingkatkan pahala buat kami. Padamkan dosa dosa kami ampunkan sepenuhnya ya Rahman. Limpahi kami dengan rahmat dan keredhaanMu dan jauhi kami dari kehinaan pada hari hitungan amal.

Ya Allah yang Maha Mencipta diriku, aku mohon hanya kepadaMu agar kau jadikanlah rekod amalan ku rekod tertinggi apabila aku mati. Kurniakan aku, keluargaku, sahabatku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.

Masukkan kami dalam golongan orang yang Engkau lindungi, redhai dan sentiasa mendapat pengampunanMu dan mendapat naunganMu pada hari ketika tiada nanungan selain dari Arashmu.

Anda mungkin juga menyukai