Anda di halaman 1dari 1

PRA 3102 : PENGAJIAN KURIKULUM DAN MODEL PRA SEKOLAH

NORAINI BT CHE EMBONG


700216115040

Refleksi

Assalamualaukum.....
Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan
kerja kursus Pendidikan Pra 3101 . Semasa menyiapkan kerja kursus ini banyak
cabaran yang dihadapi memandangkan Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah
subjek baru bagi saya.

Kerja Kursus ini juga banyak memberi pendedahan bagaimana untuk


mendapatkan maklumat dari berbagai sumber, contohnya buku rujukan, buku
teks, internet dan bahan maujud di sekeliling kita. Pengalaman berinteraksi
dengan rakan sekelas juga boleh membuka horizon pemikiran ahli.

Saya juga mengambil masa yang agak lama kerana banyak perkara yang
harus diterokai untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Sumber-sumber yang
yang berkaitan mestilah dipelbagai agar hasil akhir memenuhi kehendak soalan.

Saya juga terpaksa merujuk dan banyak bertanya kepada rakan-rakan


sekerja terutama guru prasekolah untuk mendapatkan maklumat yang tepat.
Saya amat bertuah kerana mereka sentiasa menghulurkan bantuan dan idea.

Sebenarnya Kerja kursus banyak membuka minda dan pengetahuan saya


tentang pendidikan awal kanak-kanak. Kalau sebelum ini saya agak ketinggalan,
tetapi sekarang saya telah dapat mendalami ilmu di bidang ini. Ia juga banyak
membantu dalam kerjaya saya.

Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana berjaya menyiapkan


tugasan dengan sebaik mungkin.
Sekian terima kasih.

JABATAN ILMU PENDIDIKAN i

Anda mungkin juga menyukai