Anda di halaman 1dari 3

NOR ALIFF ISKANDAR

Nyatakan kepentingan aktiviti membuat binaan dan kraf kepada murid keperluan khas.

- Berikan 5 kepentingan dalam bentuk esei.

 Meluahkan perasaan
 Menguatkan motor kasar dan motor halus
 Menguatkan daya imaginasi
 meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
 Memperkembangkan bakat & kreativiti
 Beri peluang ke arah perkembangan diri pelajar / kerjaya pelajar.

JAWAPAN

Pendidikan seni visual mampu melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya
membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai
keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam konteks aktiviti membuat
binaan dan kraf tradisional, Ia memberikan impak yang positif kepada murid
terutamanya murid keperluan khas.

Antara kepentingan yang dapat diperoleh oleh murid keperluan khas melalui
pendidikan seni visual adalah ia menjadi satu platform dan media untuk meluahkan
perasaan mereka. Murid keperluan khas mempunyai satu emosi yang agak kompleks
dimana mereka akan cepat berasa gembira,sedih, murung dan lain-lain. Aktiviti
membuat binaan dan kraf menjadi menjadi satu tempat dimana mereka dapat
meluahkan perasaan sambil berkarya. Sebagai contoh, mereka boleh melukis di atas
kertas tentang perasaan gembira apabila bertemu dengan ahli keluarga. Dari sini dapat
dilihat bahawa aktiviti ini menjadi satu kelebihan untuk mengurangkan tekanan terhadap
diri murid-murid.

Selain itu, ia juga dapat menguatkan pengawalan tubuh badan mereka dari segi
moto halus dan juga moto kasar. Apabila murid-murid melakukan aktiviti seperti
menggunting dan sebagainya, ia dapat membantu mereka untuk lebih fokus dan
membuat satu hasil karya yang teliti. Melalui aktiviti ini.. moto halus dan moto kasar
mereka dapat dikawal dalam kadar yang maksimum dan membantu mereka untuk
menjalani kehidupan seharian dengan normal. Ia jelas dilihat dapat membantu murid-
murid keperluan khas dengan adanya aktiviti membuat binaan dan kraf.

Disamping itu, imaginasi dan kreativiti murid merupakan satu asas yang paling
penting bagi memastikan murid dapat mencapai sesuatu kejayaan. Oleh itu, dengan
adanya aktiviti membuat binaan dan kraf menjadi pendorong kepada murid keperluan
khas untuk mengasah bakat mereka menjadi lebih kreatif dan inovatif dan Berjaya
menghasilkan satu karya yang bermakna dalam hidup. Ia memberi peluang kepada
mereka untuk meneroka dan mengasah minda mereka menjadi lebih cekap dan
seterusnya menjadi seorang insan yang mempunyai daya intelek yang baik. Contohnya,
melalui aktiviti ini, murid keperluan khas dapat menghasilkan satu karya berperingkat
antarabangsa dan bersaing di seluruh dunia. Oleh itu, jelaslah bahawa aktiviti ini
memainkan peranan penting dalam menjadikan murid keperluan khas lebih kreatif dan
inovatif.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu menjadi satu tempat dimana melalui aktiviti ini,
murid dapat berinteraksi dengan alam sekitar serta masyarakat disekelilingnya. Aktiviti
ini menjadikan kualiti komunikasi murid menjadi lebih bagus. Contohnya, Semasa
melakukan aktiviti membuat binaan dan kraf, mereka akan bersosial dengan rakan dan
juga guru. Dari sini mereka akan meningkatkan penguasaan mereka dalam berbahasa
tidak kira melalui audio, teks atau visual. Setiap maklumat yang disampaikan akan
menjadi lebih bermakna. Ini menunjukkan bahawa aktiviti ini menjadi satu perancangan
penting dalam membantu murid-murid keperluan khas.

Akhir sekali, aktiviti ini mampu untuk menjadikan murid keperluan khas untuk
memperkembangkan lagi kerjaya serta memberi peluang kepada mereka untuk mencari
serta meningkatkan identiti diri mereka. Contohnya, Dengan aktiviti tersebut, mereka
dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan dapat mengurangkan rasa malu untuk
menunjukkan bakat yang tersimpan didalam diri mereka. Aktiviti ini menjadikan mereka
lebih berani dan tidak gentar untuk melakukan sebarang aktiviti walaupun dianggap
sebagai insan istimewa. Oleh itu, aktiviti ini mampu menjadikan diri mereka lebih yakin
untuk menghasilkan sesuatu karya yang baru dan mampu mengubah hidup masyarakat.
Ia sangat jelas bahawa aktiviti ini dapat meningkatkan jurang antara insan istimewa dan
juga insan biasa.
Kesimpulannya, aktiviti membuat binaan dan kraf banyak memberikan kesan
yang positif terutamanya terhadap murid keperluan khas. Semua pihak mesti
memainkan peranan dalam membantu mereka untuk mencapai kehidupan yang
harmoni dan sejahtera. Mereka merupakan satu aset negara yang mesti diberikan
penekanan supaya dapat melahirkan satu insan yang berfikiran kelas pertama. Oleh itu,
aktiviti ini banyak membantu dan memberi impak yang besar terhadap diri, masyarakat
dan negara.

Anda mungkin juga menyukai