Anda di halaman 1dari 1

New Delhi: Malang nasib seorang wanita di daerah Shahdara, India apabila dipaksa menjadi

pemuas nafsu bapa mentuanya selama lima tahun.


Tribun News memetik portal eva.vn melaporkan apa yang lebih menyedihkan apabila mangsa
berusia 25 tahun itu mengadu nasibnya kepada suami dan keluarga mentuanya, tetapi tidak
diendahkan.
Sebaliknya, mereka memintanya mengunci mulut dan merahsiakan perkara itu daripada
pengetahuan orang lain.
"Suami tidak marah sebaliknya minta saya berdiam diri manakala ibu mentua mulanya marah dan
menyerang saya selepas mengetahuinya.
"Namun, hanya setakat itu saja kerana ibu mentua juga tidak dapat berbuat apa-apa begitu juga
suami.
"Ini kerana mereka terlalu takut dan hormat dengan bapa mentua saya yang juga ketua keluarga.
"Lagipun, suami saya hanya melakukan pekerjaan kecil-kecilan dan segala perbelanjaan rumah
ditanggung oleh bapanya jadi mungkin sebab itu dia hanya berdiam walaupun tahu saya terseksa,"
katanya.
Mangsa dilaporkan berkahwin pada 25 November 2011 dan tinggal bersama suami, ibu serta bapa
mentuanya.
Tiada masalah berlaku di awal perkahwinan, tetapi mangsa akhirnya menyedari sikap aneh bapa
mentuanya yang sering memerhatikannya sebulan selepas berumah tangga.
"Perkara itu berlarutan sehingga 2015 biarpun saya dan suami dikurniakan cahaya mata.
"Pada satu malam, dia memperkosa saya dan bukan sekali tetapi berulang kali dia melakukannya
dalam tempoh lima tahun.
"Lebih menakutkan apabila bapa mentua mengancam untuk membunuh saya jika menceritakan hal
itu kepada orang lain," katanya.
Menurut mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu, bapa mentuanya pernah berkata yang dia
adalah kekasihnya pada siang hari dan isteri pada sebelah malam.
Enggan dirinya terus menjadi mangsa, wanita itu akhirnya menceritakan kepada ibu kandungnya
yang kemudian menemaninya membuat laporan di balai polis daerah Jyoti Nagar.
"Susulan aduan diterima, polis menjalankan pemeriksaan dan mendapati mangsa diperkosa oleh
suspek yang juga bapa mentuanya.
"Suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika
terbukti bersalah," katanya.

Anda mungkin juga menyukai