Anda di halaman 1dari 1

Kuala Terengganu: Giliran arkitek Terengganu FC (TFC), Lee Tuck pula mengucapkan selamat

tinggal kepada keluarga pasukan itu selepas penyerang dan pemain sayap, Dominique Da Sylva
dan Muhammad Faris Ramli berbuat demikian sebelum ini.
Manakala dua lagi bintang import skuad itu, Babacar Diallo dan Sanjar Shaakhmedov masih belum
ada jawapan walaupun dikhabarkan mendapat tawaran daripada pasukan lain.
Menerusi kenyataan yang dimaklumkan dalam laman sosial peribadinya tengah hari tadi, Tuck yang
juga pemain berdarah campuran England- Malaysia mengucapkan penghargaan dan terima kasih
kepada pihak pengurusan, jurulatih dan rakan sepasukannya selepas tiga tahun berkelana di
Terengganu.
Bekas kapten TFC itu juga bangga bekerjasama dengan keluarga pasukan itu sehingga berjaya
menduduki tempat ketiga Liga Super musim ini dan seterusnya layak ke pentas Piala AFC musim
depan.
"Saya sedih menyatakan perjalanan bersama pasukan TFC berakhir, saya akan berpisah dengan
pasukan itu, mereka ada perancangan baharu untuk musim depan dan saya tidak ada dalam
perancangan itu.
"Apapun terima kasih kepada semua, saya dan keluarga selesa tinggal di sini (Terengganu), setiap
minit saya sentiasa memberikan yang terbaik, saya juga gembira diberi peluang, semoga TFC terus
berjaya," kata pemain berketinggian 1.75 meter itu yang pernah beraksi dalam Liga Thailand dan
Bangladesh.
Terdahulu pemain berusia 32 tahun kelahiran Halifax, England itu yang mula beraksi dalam saingan
Liga Malaysia (Liga M) pada 2017 dengan pasukan Negeri Sembilan menyuarakan impian untuk
terus kekal menyarung jersi skuad Penyu musim depan lebih-lebih lagi bakal bersaing dalam kancah
Piala AFC.
Bagaimanapun, hasrat pemain itu dan juga peminat setia Hitam Putih untuk melihat kelibat pemain
yang digelar 'Rooney Ganu' beraksi bersama skuad itu berkecai.
Malah hasrat pemain itu untuk menjadi pemain naturalisasi bersama Terengganu pada 2022 selain
menyarung jersi pasukan Harimau Malaya juga dilihat semakin berliku.

Anda mungkin juga menyukai