Anda di halaman 1dari 3

SUMMARISING

Secara ringkasnya, sebelum penggubalan “Akta Warisan Kebangsaan” 2005, terdapat


beberapa rang undang-undang yang menfokuskan kepada pemuliharaan dan perlindungan
warisan negara. Namun begitu, rang undang-undang tersebut tidak memberi kesan kerana
berlakunya kecurian, pengabaian, kehilangan serta kemerosotan nilai warisan budaya. Pada
tahun 2004, Kerajaan Pusat telah menyusulkan pindaan rang undang-undang tentang
pemuliharaan warisan negara. Pada tahun 2005 pula, mesyuarat parlimen secara besar-
besaran telah diadakan untuk menyokong pindaan yang terkandung dalam Akta Warisan
Kebangsaan dengan memasukkan usul pemuliharaan warisan. Kesannya, ia telah
memudahkan kedua-dua belah agensi dan juga rakyat Malaysia untuk memelihara,
melindungi dan menjaga warisan negara.
Akta Warisan Kebangsaan 2005 atau dikenali dengan Akta Warisan Kebangsaan telah
diperkenalkan dan diberikan penekanan. Secara keseluruhannya, Akta ini diberi penekanan
terhadap perundangan serta pemuliharaan dan juga penjagaan warisan budaya. Disamping itu,
dasar dan peraturan yang dikenalkan oleh “Jabatan Muzium” didapati masih diguna pakai
sehingga “Akta Warisan Kebangsaan 2005” digubalkan serta Jabatan Warisan Malaysia
(2007) ditubukan demi mencapai objektif sebelum ini. Selain itu, pengisytiharan Akta
Warisan Kebangsaan 2005 telah diadakan. Tujuannya adalah untuk melindungi warisan
negara secara berkesan dan menghalang pihak agensi dan orang luar daripada mengambil hak
warisan kita.
Jabatan Warisan Malaysia merupakan salah satu agensi yang paling berkuasa dalam setiap
hal yang berkaitan dengan perlindungan dan pemuliharaan warisan negara. Agensi ini telah
dipertanggungjawabkan untuk mengurus segala hal yang berkaitan dengan permuziuman dan
pemuliharaan warisan. Ini menyebabkan fungsi dan bidang kuasa Muzium Negara
diperkecilkan serta berlakunya kerugian ke atas dua agensi tersebut. Oleh itu penstrukturan
semula dilakukan untuk menggabungkan semula badan agensi supaya terwujudnya sebuah
badan agensi yang dapat bekerjasama dan kekal hebat dalam memajukan lagi perancangan
mengenai dasar untuk melaksanakan pembangunan warisan negara. Tujuannya adalah untuk
membuka mata luar untuk mengenali warisan negara yang merupakan aset penting negara.
Oleh itu, kewujudan kedua-dua agensi tersebut telah membuka ruang kepada warisan negara
untuk dilindungi dan dipelihara sebaiknya. Tindakan yang sewajarnya harus dilakukan bagi
menggelakkan berlakunya kerugian. Ketanggungjawaban kesemua agensi dapat
meningkatkan pembangunan warisan negara. (Nur Amalina, 2020)
PARAPHRASING
Adat “melenggang perut” merupakan salah satu amalan dan pantang larang yang diamalkan
dalam kehidupan masyarakat melayu. Adat “melenggang perut” ini dilakukan kepada ibu
hamil bagi menentukan keadaan bayi serta menjauhkan bayi tersebut daripada perbuatan
yang tidak baik. Seterusnya, adat yang diamalkan oleh masyarakat melayu ialah mencukur
rambut bayi atau cukur jambul. Adat cukur jambul ini kebiasaannya dilakukan sebelum bayi
tersebut diberikan nama atau selepas hari ketujuh kelahiran bayi itu. Bagi masyarakat India
pula, adat melenggang perut dilakukan kepada wanita hamil. Upacara tersebut perlu
dilakukan semasa kandungan wanita hamil mencapai 7 bulan. Masyarakat India mempercayai
bahawa upacara melenggang perut dapat menghindari ibu dan kandungan anak daripada
perbuatan jahat. Selain itu, upacara cukur rambut juga diamalkan oleh masyarakat India.
Upacara tersebut seharusnya diadakan selepas tempoh sebulan kelahiran bayi. Upacara cukur
jambul ini juga akan dihadiri oleh ketua dewa. (Nur Amalina, 2020)
SYNTHESIZING
“Akta Warisan Negara” ini telah menjadi tunjang utama dalam aspek perundangan sehingga
kepada pentadbiran dan juga pengurusan warisan budaya (Nur Amalina 2020) - artikel 1
walaubagaimanapun (Nur Amalina 2020) berpendapat “Akta Warisan Kebangsaan” telah
menjadi perlindungan terhadap barang-barang peninggalan warisan demi mengekalkan aset
warisan negara - / artikel 2.

“Warisan budaya tidak ketara” ialah kegiatan budaya yang melibatkan upacara yang
mengenai alam serta mempunyai unsur-unsur kepercayaan seperti penyembahan (Nur
Amalina, 2020) – artikel 1 walaubagaimanapun (Nur Amalina, 2020) berpendapat bahawa
“warisan tidak ketara” adalah berkaitan dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
dimiliki oleh manusia melalui proses perwarisan sama ada mempelajarinya atau daripada
mimpi- / artikel 3

Anda mungkin juga menyukai