Anda di halaman 1dari 11

MEMBINA SOALAN (LATIHAN)

MEMBINA SOALAN

1. Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.
A Mengapakah Misya hendak belajar di laur negara pada tahun hadapan?
B Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?
C Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?
D Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?

2. Kompang selalu dipalu di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu.


A Di manakah kompang selalu dipalu?
B Apakah alat muzik yang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
C Mengapakah kompang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
D Siapakah yang selalu memalu kompang di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu?

3. Enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan kerana telah dimasuki air.


A Bilakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?
B Bagaimanakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
C Adakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
D Mengapakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?

4. Pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu kelihatan compang-camping dan lusuh.


A Siapakah yang memakai pakaian yang compang-camping dan lusuh?
B Mengapakah pakaian mangsa-mangsa pelarian itu compang-camping dan lusuh?
C Bagaimanakah pakaian mangsa-mangsa pelarian perang itu?
D Di manakah pakaian compang-camping mangsa-mangsa pelarian perang itu?

5. Kehijauan hutan hujan tropika merupakan tarikan utama pelancong ke Sabah.


A Bagaimanakah keadaan hutan hujan tropika di Sabah?.
B Apakah yang menjadi tarikan utama pelancong ke Sabah?
C Siapakah yang tertarik oleh kehijauan hutan hujan tropika di Sabah?
D Bilakah pelancong melawat hutan hujan tropika di Sabah?

6. Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
A Mengapakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
B Di manakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
C Berapakah bilangan peserta yang mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
D Bilakah Firdaus akan mengikuti kem kecemerlangan UPSR?

7. Saya tinggal di Kampung Medan.


A Di manakah kamu tinggal? C Apakah keunikan Kampung Medan?
B Siapakah yang tinggal di Kampung Medan? D Bilakah kamu akan ke Kampung Medan?

8. Ya, saya pernah tinggal di Melaka.


A Di manakah kamu tinggal? C Pernahkah kamu tinggal di Melaka?
B Siapakah yang menemani kamu ke Melaka? D Adakah negeri Melaka negeri yang indah?

9. Setiap pelajar perlu yakin dan tekun jika ingin cepat pandai.
A Apakah sifat yang perlu ada pada pelajar?
B Bagaimanakah sifat pelajar yang baik?
C Adakah setiap pelajar perlu tekun dan rajin?
D Apakah sifat yang perlu ada pada setiap pelajar jika ingin cepat pandai?
10. Sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan.
A Kenapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
B Kepada siapakah sikap kata-mengata antara satu sama lain tidak patut diamalkan?
C Apakah sikap yang tidak patut diamalkan antara satu sama lain?
D Apakah hukuman jika kita kata-mengata antara satu sama lain?

11. Budak-budak itu menunggang basikal bersaing-saing sambil bersiul.


A Apakah yang dilakukan oleh budak-budak itu?
B Apakah yang ditunggang oleh budak-budak itu sambil bersiul?
C Bagaimanakah perasaan budak-budak itu?
D Di manakah budak-budak itu berada?

12. Banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang sambutan Hari
Kebangsaan.
A Bilakah bangunan-bangunan lama itu dicat?
B Bilakah sambutan Hari Kebangsaan?
C Mengapakah banyak bangunan lama itu dicat?
D Mengapakah banyak bangunan lama di bandar raya Kuala Lumpur dicat menjelang
sambutan Hari Kebangsaan?

13. Azmi akan menyambut hari jadinya pada minggu hadapan.


A Mengapakah Azmi menyambut hari jadinya?
B Bilakah hari jadi Azmi?
C Bilakah Azmi akan menyambut ulang tahun hari kelahirannya?
D Apakah rancangan Azmi pada minggu hadapan?

14. Perompak itu dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.


A Bagaimanakah perompak itu dijatuhkan hukuman?
B Siapakah yang menjatuhkan hukuman terhadap perompak itu?
C Apakah hukuman yang dijatuhkan terhadap perompak itu?
D Mengapakah terhadap perompak itu dijatuhkan hukuman penjara?

15. Dikir barat, boria, dan ghazal adalah antara kesenian tradisional yang terkenal di negara kita.
A Dari manakah kesenian tradisional yang terkenal di negara kita berasal?
B Di negeri manakah kesenian dikir barat, boria, dan ghazal terkenal di negara kita?
C Apakah antara kesenian tradisional yang terkenal di negara kita?
D Pihak manakah yang bertanggungjawab mengekalkan kesenian tradisional di negara kita?

16. Gajah semakin diancam kepupusan akibat aktiviti pembukaan hutan, pertanian, pembalakan, dan
pembukaan jalan raya.
A Di kawasan manakah kita dapat melihat gajah yang diancam kepupusan?
B Apakah factor yang menyebabkan gajah semakin diancam kepupusan?
C Adakah gajah di negara kita semakin diancam kepupusan?
D Bilakah gajah mula diancam kepupusan?

17. Cara penjagaan gigi yang betul dapat mengelakkan penyakit gusi.
A Bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit gusi?
B Mengapakah penyakit gusi perlu dielakkan?
C Adakah terdapat cara penjagaan gigi yang betul untuk mengelakkan penyakit gusi?
D Apakah penjagaan gig yang betul?

18. Pihakl muzium terpaksa merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu
untuk mengelakkan kecurian.
A Siapakah yang merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
B Adakah pihak muzium merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
C Mengapakah pihak muzium terpaksa merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
D Bagaimanakah cara pihak muzium merahsiakan kawasan penemuan khazanah purba itu?
19. Warga tua dapat memberi sumbangan untuk membendung masalah remaja kini dengan
memberi Pendidikan
dari segi agama, budaya, dan sosial.
A Bagaimanakah warga tua dapat memberi sumbangan untuk membendung masalah
remaja kini?
B Siapakah yang dapat memberi sumbangan untuk membendung maslah remaja kini?
C Bilakah warga tua dapat memberi pendidikan kepada remaja kini?
D Benarkah warga tua dapat memberi sumbangan kepada remaja?

20. Mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan ke kawasan yang lenih selamat.


A Bagaimanakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan?
B Ke manakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan?
C Bilakah mangsa-mangsa banjir itu dipindahkan?
D Mengapakahkah mangsa-mangsa banjir itu perlu dipindahkan?

21. Punca keruntuhan moral ialah kurangnya didikan agama dan kasih sayang.
A Apakah punca keruntuhan moral?
B Siapakah yang kurang mendapat kasih sayang?
C Apakah kesannya jika seseorang itu kurang didikan agama?
D Mengapakah didikan agama dan kasih saying penting?

22. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Guru Besar.


A Kepada siapakah Guru Besar menyampaikan hadiah?
B Siapakah yang menyampaikan hadiah kepada para pemenang?
C Apakah hadiah yang diberikan oleh Guru Besar kepada para pemenang?
D Berapa orang pemenangkah yang menerima hadiah daripada Guru Besar?

23. Kempen Menabung itu dilancarkan di sebuah bank terkemuka.


A Apakah tujuan Kempen Menabung itu dilancarkan?
B Pihak manakah yang melancarkan Kempen Menabung itu?
C Mengapakah bank terkemuka itu melancarkan Kempen Menabung?
D Di manakah kempen menabung itu dilancarkan?

24. Saya akan membuktikan bahawa saya sama sekali todak bersalah dalam perkara ini.
A Bagaimanakah kamu dapat membuktikan bahawa kamu tidak akan bersalah?
B Apakah yang akan kamu lakukan?
C Mengapakah kamu hendak membuktikan bahawa kamu tidak bersalah?
D Siapakah yang akan membuktikan bahawa kamu tidak bersalah?

25. Hukuman yang berat akan dikenakan oleh kerajaan terhadap pihak yang terlibat
mencemarkan udara.
A Di manakah berlakunya pencemaran udara?
B Bagaimanakah langkah kerajaan untuk mengawal pencemaran udara?
C Apakah yang menyebabkan pencemaran udara?
D Mengapakah pencemaran udara perlu dikawal?

26. Setiap hari saya menelaah pelajaran selama lima jam di rumah.
A Mengapakah anda mendapat keputusan yang cemerlang?
B Bilakah anda selalu menelaah pelajaran?
C Apakah rahsia kejayaan cemerlang anda dalam pelajaran?
D Siapakah yang mendorong anda hingga mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pelajaran?

27. Bandar raya Kuala Lumpur dihias indah menjelang sambutan Hari Kebangsaan.
A Mengapakah bandar raya Kuala Lumpur dihiasi indah?
B Mengapakah bandar raya Kuala Lumpur dihiasi indah menjelang Hari kebangsaan?
C Bilakah bandar raya Kuala Lumpur dihiasi indah?
D Bagaimanakah keadaan bandar raya Kuala Lumpur setelah dihias?
28. Perniagaannya semakin maju kerana Murad seorang pemuda yang rajin dan gigih.
A Siapakah yang rajin dan gigih berusaha?
B Siapakah yang semakin maju?
C Bilakah perniagaan Murad semakin maju?
D Mengapakah perniagaan Murad semakin maju?

29. Sudah tentu. Saya pun memang hendak ke pasar.


A Bilakah kamu hendak ke pasar?
B Siapakah yang hendak ke pasar?
C Bagaimanakah awak hendak menghantar saya ke pasar?
D Bolehkah kamu menghatra saya ke pasar?

30. Kita dapat melihat pelbagai jenis buku di dalam perpustakaan.


A Siapakah yang dapat melihat pelbagai jenis buku di perpustakaan?
B Bolehkah kita melihat pelbagai jenis buku di perpustakaan?
C Bagaimanakah kita dapat melihat buku di perpustakaan?
D Apakah yang dapat kita lihat di dalam perpustakaan?

31. Saya menerima hadiah hari jadi ini daripada ibu Nasuha.
A Daripada siapakah awak menerima hadiah hari jadi itu?
B Untuk siapakah hadiah hari jadi itu?
C Bagaimanakah awak menerima hadiah hari jadi itu?
D Bilakah awak menerima hadiah hari jadi daripada ibu Nasuha?

32. Sarawak ialah negeri yang terbesar di Malaysia.


A Apakah negeri yang terbesar di Malaysia?
B Siapakah negeri yang terbesar di Malaysia?
C Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia?
D Bagaimanakah Sarawak negeri yang terbesar di Malaysia?

33. Nurul pelajar yang cerdik. Dia sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang.
A Sejak bilakah Nurul cemerlang dalam peperiksaan?
B Siapakah yang mendapat keputusan cemerlang?
C Benarkah Nurul pelajar yang cerdik?
D Mengapakah Nurul cerdik?

34. Ibu Dayang berasal dari Brunei.


A Siapakah ibu Dayang?
B Ke manakah ibu Dayang?
C Dari manakah ibu Dayang berasal?
D Bagaimanakah ibu Dayang berasal dari Brunei?

35. Dia dapat memulakan perniagaannya dengan mencagar tanah kebunnya.


A Bolehkah dia memulakan perniagaan nya dengan mencagar tanah kebunnya itu?
B Bilakah dia memulakan perniagaannya?
C Siapakah yang memulakan perniagaan dengan mencagar tanahnya itu?
D Bagaimanakah dia memperoleh wang untuk memulakan perniagaannya?

36. Amira sanggup bergolok gadai untuk menyekolahkan anaknya.


A Apakah yang dilakukan oleh Amira?
B Bagaimanakah Amira menyekolahkan anak-anaknya?
C Mengapakah Amira sanggup bergolok gadai?
D Adakah Amira bergolok gadai untuk menyekolahkan anak-anaknya?

37. Saya datang ke sini dengan menumpang kereta kawan ayah saya.
A Dengan siapakah kamu datang?
B Apakah kenderaan yang kamu naik?
C Bagaimanakah kamu datang ke sini?
D Kereta siapakah yang kamu tumpang?
38. Majlis hari lahir adik saya ditunda pada minggu hadapan.
A Bilakah majlis hari lahir adik awak?
B Mengapakah majlis hari lahir adik awak ditunda?
C Di manakah majlis hari lahir adik awak diadakan?
D Mengapakah majlis hari lahir adik awak dibatalkan?

39. Bunga-bunga yang telah digubah ini akan dihantar ke Hotel Intan.
A Mengapakah bunga-bunga ini digubah?
B Adakah bunga ini telah ditempah?
C Apakah yang akan dilakukan dengan bunga yang digubah ini?
D Siapakah yang memesan bunga-bunga ini?

40. Sejak semalam dia asyik menangis, puas saya pujuk tapi dia enggan berhenti.
A Mengapakah awak tidak memujuknya?
B Sejak bilakah dia menangis?
C Siapakah dia yang menangis itu?
D Di manakah dia telah menangis?

41. Saya berazam akan meneruskan kerjaya sebagai penulis selagi terdaya.
A Kenapa saudara memilih bidang ini?
B Adakah saudara akan terus berkecimpung dalam bidang penulisan?
C Apakah azam saudara dalam bidang penulisan?
D siapakah yang mendorong saudara menjadi penulis?

42. Kereta itu berpusing-pusing kemudian terbabas ke dalam parit.


A Adakah kereta itu berpusing?
B Mengapakah kereta itu berpusing-pusing?
C Apakah yang berlaku kepada kereta itu?
D Bagaimanakah keadaan kereta itu?

43. Pendaki terpaksa menempuh jalan yang licin dan curam untuk sampai ke puncak Gunung Tahan.
A Mengapakah pendaki menghadapi masalah?
B Bagaimanakah pendaki sampai ke puncak Gunung Tahan?
C Siapakah yang menghadapi masalah ke Gunung Tahan?
D Apakah masalah yang dihadapi oleh pendaki Gunung Tahan?

44. Mereka menggunakan jambatan gantung itu untuk menyeberangi Sungai Jelai.
A Mengapakah mereka menyeberangi Sungai Jelai?
B Siapakah yang menggunakan jambatan gantung itu?
C Bagaimanakah mereka menyeberangi Sungai Jelai itu?
D Bilakah mereka menggunakan jambatan gantung itu?

45. Negeri sembilan sangat terkenal kerana mengamalkan tradisi adat pepatih.
A Apakah yang menyebabkan Negeri sembilan terkenal?
B Siapakah yang membawa tradisi adat pepatih di Negeri Sembilan?
C Apakah keunikan tradisi adat pepatih yang diamalkan di Negeri Sembilan?
D Dari manakah tradisi adat pepatih berasal?

46. Pesta Keseniaan Asia itu akan diadakan di Istana Budaya.


A Siapakah yang akan merasmikan Pesta Kesenian Asia itu?
B Mengapakah Pesta Kesenian Asia itu diadakan?
C Di manakah Pesta Kesenian Asia itu akan diadakan?
D Pihak manakah yang menganjurkan Pesta Kesenian Asia itu?
47. Kaum Bajau yang tinggal di Kota Belud sangat cekap menunggang kuda.
A Mengapakah kaum Bajau sangat cekap menunggang kuda?
B Apakah keistimewaan kaum Bajau yang tinggal di Kota Belud?
C Di manakah biasanya kaum Bajau ditemui di Sabah?
D Apakah haiwan yang biasanya ditunggang oleh kaum Bajau?

48. Nazrin pergi ke bank untuk mengemaskinikan buku simpanannya.


A Nazrin pergi ke bank?
B Sudah berapa lamakah Nazrin pergi ke bank?
C Dengan siapakah Nazrin pergi ke bank?
D Apakah tujuan Nazrin pergi ke bank?

49. Peserta perkhemahan itu sedang melakukan aktivti burung hantu.


A Di manakah aktiviti burung hantu itu diadakan?
B Menarikkah aktiviti burung hantu itu ?
C Apakah yang sedang dilakukan peserta perkhemahan itu?
D Berapa lamakah aktiviti burung hantu itu diadakan?

50. Sidang akhbar Hidupan burung 2004 itu diadakan bagi menyedarkan masyarakat tentang
menjaga kebajikan
burung.
A Di manakah sidang akhbar Hidupan Burung 2004 itu diadakan?
B Pihak manakah yang menganjurkan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?
C Apakah tujuan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?
D Bagaimanakah perjalanan sidang akhbar Hidupan Burung 2004?

51. Pameran produk baru tembikar itu diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.
A Bilakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?
B Berapakah bayaran masuk untuk menyaksikan pameran produk baru tembikar itu?
C Di manakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?
D Mengapakah pameran produk baru tembikar itu diadakan?

52. Buluh banyak digunakan dalam industri pembuatan seperti bakul sayur dan kertas.
A Apakah kegunaan buluh dalam industri pembuatan ?
B Di manakah buluh biasanya tumbuh?
C Adakah industri pembuatan banyak menggunakan buluh?
D Berapakah harga bakul sayur yag diperbuat daripada buluh?

53. Pada masa kini arang digunakan untuk membakar sate.


A Mengapakah arang digunakan semasa membakar sate?
B Di manakah arang banyak diperoleh untuk membakar sate?
C Apakah kegunaan arang pada masa kini?
D Siapakah yang membakar sate itu?

54. Dahulu, manusia menggunakan bulu burung, kalam batu, berus, dan kapur untuk menulis.
A Bilakah alat tulis mula dicipta manusia?
B Apakah yang digunakan manusia dahulu untuk menulis?
C Mengapakah manusia mencipta alat tulis?
D Bagaimanakah alat tulis dicipta manusia?

55. Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan pada bulan Februari 1988.


A Sejak bilakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
B Mengapakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
C Bilakah Unit Pelancongan Malaysia ditubuhkan?
D Apakah unit yang baru-baru ini ditubuhkan?
56. Dia tidak mengakui kesalahannya.
A Mengapakah kesalahan itu tidak diakuinya?
B Bagaimanakah pengakuannya terhadap kesalahannya?
C Adakah dia tidak bersalah dalam kejadian itu?
D Benarkah dia tidak mengakui kesalahannya?

57. Mereka berkhemah di Pulau Ketam.


A Mengapakah mereka pergi ke Pulau Ketam?
B Di manakah mereka berkhemah?
C Adakah mereka berkhemah di Pulau Ketam?
D Siapakah mereka?

58. Pertunjukan itu diadakan untuk mengutip derma.


A Adakah pertunjukan itu akan diadakan?
B Di manakah pertunujukan itu akan diadakan?
C Bagaimanakah pertunjukan itu diadakan?
D Mengapakah pertunjukan itu diadakan?

59. Kelab Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara pada hari Sabtu depan.
A Mengapakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara?
B Bilakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan berkunjung ke Taman Negara?
C Apakah tujuan Kelab Alam Sekitar sekolah melawat Taman Negara?
D Bagaimanakah anggota Kelab Alam Sekitar sekolah menghabiskan masa lapang pada
hari Sabtu?

60. Sebelum ke hospital, kami ke Restoran Permai di Jalan Ipoh.


A Ke manakah mereka hendak pergi?
B Bilakah kamu akan ke Restoran Permai?
C Kamu ke mana tadi sebelum ke hospital?
D Adakah kamu akan ke hospital?

61. Ya, pasukan negara kita berjaya memasuki pertandingan akhir itu.
A Adakah pasukan negara kita berjaya memasuki pertandingan akhir bola sepak itu?
B Pasukan dari manakah yang berjaya memasuki pertandingan akhir?
C Bagaimanakah keputusan pasukan negara kita?
D Bilakah pertandingan akhir akan diadakan?

62. Tidak lama, lebih kurang sepuluh minit lagi majlis itu akan dimulakan.
A Pada pukul berapakah majlis itu akan dimulakan?
B Lambat lagikah majlis itu akan dimulakan?
C Siapakah yang akan merasmikan pembukaan majlis itu?
D Mengapakah majlis itu belum dimulakan?

63. Kebakaran itu berlaku tengah hari tadi. Ketika itu penghuni rumah tersebut berada
di tempat kerja.
A Bagaimanakah kebakaran itu boleh berlaku?
B Apakah yang berlaku tengah hari tadi?
C Bilakah kebakaran itu berlaku?
D Apakah punca kebakaran itu?

64. Kemalangan itu berlaku sebagai akibat kecuaian pemandu kereta biru itu.
A Di manakah kemalangan itu berlaku?
B Siapakah yang terlibat dalam kemalangan itu?
C Apakah punca kemalangan itu berlaku?
D Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan itu?
65. Ayah saya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
A Bagaimanakah kesihatan ayah saya?
B Di manakah ayah kamu berada?
C Ayah kamu apa khabar?
D Mengapakah ayah kamu berada di situ?

66. “Wanita yang bersanggul itu ibu saya,” kata Jaja.


A Siapakah wanita yang bersanggul itu?
B Kenapakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?
C Di manakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?
D Bagaimanakah wanita yang bersanggul itu ibu awak?

67. Pertandingan Panjang Akal itu akan diadakan di Stadium Merdeka.


A Bilakah pertandingan Panjang Akal itu akan diadakan?
B Siapakah yang menganjurkan pertandingan Panjang Akal?
C Siapakah peserta pertandingan Panjang Akal?
D Di manakah pertandingan Panjang Akal itu akan diadakan?

68. Rendang yang sedap ini dimasak oleh mak cik saya.
A Di manakah rendang itu dimasak?
B Bagaimanakah mak cik memasak rendang itu?
C Siapakah yang memasak rendang yang sedap itu?
D Kenapakah mak cik memasak rendng yang sedap itu?

69. Rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan dengan menggunakan jentolak.


A Benarkah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?
B Bagaimanakah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?
C Mengapakah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?
D Bilakah rumah-rumah setinggan itu akan dirobohkan?

70. Sektor pelancongan amat penting sebagai penggerak ekonomi negara.


A Benarkah sektor pelancongan ialah penggerak ekonomi negara?
B Bagaimanakah sektor pelancongan boleh menggerakkan ekonomi negara?
C Mengapakahkah sektor pelancongan amat penting kepada negara?
D Bilakah sektor pelancongan amat penting kepada negara?

71. “Tidak, saya tidak pernah menghalang anak-anak saya menceburi bidang sukan,” kata Puan Ani.
A “Mengapakah puan menghalang anak-anak puan menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?
B “Betulkah anak-anak puan tidak berminat menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?
C “Adakah puan menghalang anak-anak puan menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?
D “Siapakah yang menggalakkan anak-anak puan menceburi bidang sukan,” tanya Ajai?

72. David tidak disukai oleh penduduk kampung kerana dia suka melakukan perkara yang tidak
berfaedah.
A Mengapakah David suka melakukan perkara yang tidak berfaedah?
B Mengapakah penduduk kampung tidak suka David melakukan perkara yang tidak berfaedah?
C Mengapakah David sangat ditakuti oleh penduduk kampung?
D Mengapakah David tidak disukai oleh penduduk kampung?

73. Jamuan makan malam ini ialah anjuran Persatuan Bekas Pelatih Maktab Perguruan Kinta, Ipoh.
A Bilakah jamuan makan malam ini akan diadakan?
B Mengapakah Persatuan Bekas Pelatih Maktab Perguruan Kinta menganjurkan jamuan
makan malam ini?
C Siapakah penganjur majlis jamuan makan malam ini?
D Di manakah majlis jamuan makan malam ini akan diadakan?
74. “Kejadian tanah runtuh itu berpunca daripada sikap pemaju perumahan yang tidak
mementingkan kehijauan
alam sekitar,” tegas menteri itu.
A “Apakah punca kejadian tanah runtuh berlaku?” tanya wartawan.
B “Bagaimanakah cara hendak menghalang kejadian tanah runtuh?” tanya wartawan itu.
C “Siapakah yang menyebabkan kejadian tanah runtuh?” tanya wartawan itu.
D “Bilakah kejadian tanah runtuh berlaku?” tanya wartawan itu.

75. Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan di daerah Hilir Perak.
A Bilakah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan?
B Mengapakah daerah Hilir Perak dipilih sebagai tuan rumah sambutan
Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak?
C Apakah acara yang akan diadakansempena sambutan Hari Kebangsaan
peringkat negeri Perak?
D Di manakah sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Perak akan diadakan?

76. Halim menggunakan buku dan kamus untuk membuat rujukan.


A Apakah yang digunakan oleh Halim untuk membuat rujukan?
B Mengapakah Halim menggunakan buku dan kamus untuk membuat rujukan?
C Pukul berapakah Halim membuat rujukan?
D Adakah Halim menggunakan buku dan kamus untuk membuat rujukan?

77. Penampilan diri yang baik dan bersopan perlu ada pada seseorang penyambut tetamu.
A Apakah yang perlu ada pada seseorang penyambut tetamu?
B Mengapakah seseorang penyambut tetamu perlu mempunyai penampilan diri yang
baik dan bersopan?
C Bagaimanakah penampilan diri seseorang penyambut tetamu?
D Adakah penampilan diri yang baik dan bersopan perlu ada pada seseorang
penyambut tetamu?

78. Berita itu tersebar luas setelah disiarkan di dalam akhbar.


A Mengapakah berita itu boleh tersebar?
B Bagaimanakah berita itu tersebar luas?
C Siapakah yang menyebarkan berita itu?
D Apakah berita yang disebarkan di dalam akhbar?

79. Penagih dadah itu dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.


A Bilakah penagih dadah itu dihukum penjara?
B Siapakah yang menjatuhi hukuman itu?
C Apakah hukuman yang dikenakan kepada penagih dadah itu?
D Berapakah hukuman penjara itu?

80. Kuda kepang paling popular di negeri Johor.


A Di manakah kuda kepang paling popular?
B Apakah nyanyian rakyat negeri Johor?
C Apakah yang paling terkenal di negeri Johor?
D Siapakah yang menarikan tarian kuda kepang di negeri Johor?

81. Memang begitulah cadangan asal kami.


A Apakah rancangan asal kamu?
B Mengapakah kamu tidak jadi ke bandar?
C Apa kata kita ke bandar?
D Bagaimanakah kita ke bandar?

82. Para murid dinasihati agar berhati-hati ketika melintas jalan raya.
A Adakah para murid perlu berhati-hati ketika melintas jalan raya?
B Apakah yang perlu murid lakukan ketika melintas jalan raya?
C Bagaimanakah caranya para melintas jalan raya?
D Apakah nasihat kepada para murid ketika melintas jalan raya?
83. Adiknya menangis kerana belonnya pecah.
A Mengapakah belon itu pecah?
B Mengapakah adiknya menangis?
C Bilakah belon itu pecah?
D Bagaimanakah belon itu pecah?

84. Puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan miskin dengan yang kaya.
A Siapakah yang mendapat faedah daripada berpuasa?
B Apakah kebaikan berpuasa?
C Adakah puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara manusia?
D Bagaimanakah puasa dapat merapatkan jurang perbezaan antara golongan miskin dan
golongan kaya?

85. Shah mengeluarkan semua wang simpanannya untuk memulakan perniagaannya itu.
A Siapakah yang membantu Shah untuk memulakan perniagaan itu?
B Bagaimanakah perniagaan Shah ketika memulakan perniagaannya?
C Bagaimanakah Shah mengeluarkan semua simpanannya?
D Dari manakah Shah mendapat modal untuk memulakan perniagaannya itu?

86. Saya menyiapkan projek yang cikgu beri selama tiga hari.
A Bilakah kamu menyiapkan projek yang cikgu beri?
B Benarkah kamu menyiapkan tiga hari projek yang cikgu beri?
C Berapa lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu beri?
D Lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu beri?

87. Boria merupakan salah satu persembahan kebudayaan yang terkenal di negara kita.
A Bagaimanakah boria terkenal di negara kita?
B Di manakah boria terkenal di negara kita?
C Mengapakah boria terkenal di negara kita?
D Apakah salah satu persembahan kebudayaan yang terkenal di negara kita?

88. Semua tugasan hendaklah kamu hantar selewat-lewatnya pada hari Jumaat.
A Bagaimanakah kamu perlu menghantar semua tugasan tadi?
B Bilakah kamu perlu menghantar semua tugasan tadi?
C Siapakah yang akan menghantar semua tugasan tadi?
D Apakah tugasan yang perlu dihantar?

89. Mereka terlewat kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.


A Bagaimanakah mereka terperangkap?
B Mengapakah mereka lewat?
C Di manakah mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas?
D Apakah mereka terlewat?

90. Penduduk Taman Bukit Perdana sedang membersihkan kawasan masjid.


A Di manakah penduduk Taman Bukit Perdana membersihkan kawasan masjid?
B Apakah yang sedang dilakukan oleh penduduk Taman Bukit Perdana?
C Mengapakah kawasan masjid dibersihkan?
D Apakah yang terdapat di kawasan masjid?

91. Pertandingan itu diadakan bersempena sambutan Hari Polis.


A Mengapakah pertandingan itu diadakan?
B Bilakah Hari Polis akan disambut?
C Adakah pertandingan itu diadakan bersempena dengan Hari Polis?
D Bilakah pertandingan itu diadakan?
92. Ya, sayalah yang terlibat dalam menyelesaikan kes rompakan bank itu.
A Mengapakah saudara melibatkan diri dalam kes rompakan di bank itu?
B Adakah saudara yang terlibat dalam menyelesaikan kes rompakan di bank itu?
C Bagaimanakah saudara menyelesaikan kes rompakan di bank itu?
D Mungkinkah saudara yang menyelesaikan kes rompakan di bank itu?

93. Bagaimanakah kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan kereta itu berlaku.
A Kemalangan itu menyebabkan sebuah lori dan kereta terbabas ke dalam gaung?
B Kemalangan itu menyebabkan enam orang mangsa mati di temapt kejadian?
C Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta yang memotong garisan berkembar dua
terbabas lalu
merempuh lori di hadapannya?
D Kemalangan itu menyebabkan orang ramai berhenti untuk membantu mangsa?

94. Pemandu pelancong itu sedang memberikan penerangan kepada pelancong-pelancong asing.
A Apakah yang sedang dilakukan oleh pelancong-pelancong asing itu?
B Mengapakah pemandu pelancong memberikan penerangan kepada pelancong-pelancong
asing itu?
C Di manakah pemandu pelancong memnerikan penerangan kepada pelancong-pelancong itu?
D Apakah yang sedang dilakukan oleh pemandu pelancong itu?

95. Lelaki itu memandang saya beberapa kali seolah-olah ada yang tidak kena.
A Mengapakah lelaki itu macam tidak kena?
B Bagaimanakah lelaki itu memandang kamu?
C Mengapakah lelaki itu memandang kamu beberapa kali?
D Siapakah lelaki yang memandang kamu itu?

96. Puan Fatimah membekal beberapa keping roti untuk anaknya ke sekolah sebagai alas perut.
A Siapakah yang membawa beberapa keping roti ke sekolah?
B Mengapakah Puan Fatimah membekalkan roti untuk anaknya?
C Apakah bekalan yang dibawa untuk alas perut?
D Benarkah Puan Fatimah membekalkan beberapa keping roti untuk anaknya?

97. Yasminlah yang memenangi peraduan warna itu.


A Di manakah peraduan warna itu diadakan?
B Siapakah yang memenangi peraduan mewarna itu?
C Mengaapakah Yasmin menyertai peraduan mewarna itu?
D Bilakah peraduan mewarna itu diadakan?

98. Bangunan buruk itu terpaksa dirobohkan kerana lebuh raya akan dibina di situ.
A Mengapakah bangunan buruk itu dirobohkan?
B Siapakah yang akan merobohkan bangunan buruk itu?
C Bilakah bangunan buruk itu hendak dirobohkan?
D Bagaimanakah bangunan buruk itu akan dirobohkan?

99. Penyakit itu merebak sejak tiga bulan yang lalu.


A Apakah yang merebak?
B Di manakah penyakit itu merebak?
C Bagaimanakah penyakit itu merebak?
D Sejak bilakah penyakit itu mula merebak?

100. Mereka mengatasi masalah krisis air dengan menggali telaga.


A Di makanakah masalah krisis air itu berlaku?
B Mengapakah masalah krisis air berlaku?
C Bagaimanakah mereka mengatasi masalah krisis air?
D Benarkah masalah krisis air berlakul?

Anda mungkin juga menyukai