Anda di halaman 1dari 1

KONSEP PROGRAM

Program senamrobik ini dijalankan secara alam maya dengan berkonsepkan “Keep Healthy and Fit
With New Norm E-Robic”. Program ini diadakan pada 5 December 2020 di mana ia terdiri daripada
warga UPSI iaitu para pelajar dan juga kakitangan pihak Universiti. Program ini telah memilih untuk
mengadakannya pada pada musim pendemik COVID-19 secara alam maya supaya program ini dapat
menyeru seluruh pelajar dan kakitangan UPSI dapat membebaskan diri daripada segala penyakit
kronik dan tekanan walaupun berada di kediaman masing-masing. Konsep “Keep Healthy and Fit”
ini menekankan tentang penjagaan kesihatan dari aspek fizikal dan mental bagi seluruh warga UPSI.
Hal ini demikian kerana para pelajar dan kakitangan UPSI merupakan individu yang terikat dengan
pelbagai komitmen seharian dan sedikit sebanyak telah menjuruskan mereka kepada situasi tekanan
yang tidak dapat dielakkan. Namun demikian, tekanan yang melampaui batas akan mempengaruhi
seseorang untuk mengambil makanan yang tidak seimbang secara berlebihan bagi mengurangkan
tekanan tersebut. Amalan yang tidak sihat ini akan memberi impak negatif terhadap kesihatan
terutamanya perubahan fizikal kepada individu tersebut seperti obesiti. Lantaran itu, secara tidak
langsung program ini juga berketepatan dengan situasi pendemik sekarang di mana sedikit sebanyak
dapat membantu membunuh sel-sel bakteria yang terdapat di dalam badan seseorang melalui suhu
yang tinggi. Contohnya, program ini diadakan di kawasan terbuka kediaman masing-masing yang
terdedah kepada cahaya matahari. Lantaran itu, program ini juga dapat menaikkan lagi semengat
seseorang serta mengurangkan tekanan dengan memainkan lagu-lagu yang rancak ketika melakukan
program tersebut. Menurut Yohan Kurniawan & Hishamuddin Md Som (2013), “Salah satu kaedah
rawatan tekanan yang cukup popular pada masa ini adalah rawatan muzik. Rawatan muzik adalah
suatu teknik rawatan yang menggunakan muzik untuk menyelesaikan masalah fizikal mahupun
mental, sama ada dengan cara mendengar muzik mahupun bermain alat muzik.” Justeru itu, program
yang berkonsep “Keep Healthy and Fit With New Norm E-Robic” dan bertemakan alam maya ini
amat sesuai untuk dipraktikkan pada musim pendemik bagi seluruh masyarakat di Malaysia supaya
dapat mengurangkan risiko penyakit kronik, obesiti dan juga tekanan yang saban hari kian meningkat.

REFERENCE

http://www.ukm.my/personalia/wp-content/uploads/2015/06/Jurnal-Personalia-Pelajar-6-Yohan-
Kurniawan.pdf

Anda mungkin juga menyukai